Monday, May 3, 2010

mari beranalogi

hari ni kita bincang sesuatu yg berilmu sikit lah yer. oke tak? asik bincang benda yg tak berilmiah ja. tak merangsang neuron-neuron langsung. nnt kalau org tanya kenapa beruang kutub tak makan penguin pn kau tak tahu nak jawab apa. haha. eh tahu tak kenapa beruang kutub tak makan penguin? la. tak tahu? isk. kesian. meh aku bitaw. sbb beruang kutub kt utara. penguin kt selatan. jauh yer kawan-kawan. dia tak larat nak berjalan. penat. komuter tade pulak tuh. rapid kl apatah lg. wakakak. eh, tak lawak yer? oh maaf (tadi bkn cakap nak bincang sesuatu yg berilmu ke? mana nya?) haha. baik baik. aku nak mula bahagian ilmu la neh. kejap. sabar. kena buka perenggan baru. nnt ada org komplen mata berpinar.

ya topik kita hari ini ialah analogi. tahu tak maksud analogi? analogi neh mcm kau buat ayat perbandingan antara sesuatu perkara dengan perkara yg lain. kau bandingkan dari segi perbezaan atau persamaan perkara-perkara tersebut untuk menyampaikan sesuatu maksud yg tertentu. faham? kalau tak faham jgn risau. aku kasik contoh ayat yer. "ALAH KAU TAK PAYAH LAH NAK SEDIH SGT. AKU TGK EX-BF KAU TUH BUKANNYA KACAK SGT PN. MUKA MACAM JAMBATAN YG DAH SIAP TP ROBOH BALIK JA" jangan guna analogi ni kalau kau sayang pahala kau yer. haha. oke ini contoh yg lebih real. kejadian sabtu lepas. time tu kitaorg baru keluar daripada hotel nak pergi ke kereta. tiba-tiba mak ckp dgn adik aku

"amir nampak tak org yg kerja buka-buka pintu hotel tu?"
"ha nampak. kenapa?"
"amir nak keje macam tu?"
"tak nak"
"ha. sebab tuh la kena belajar rajen-rajen. kalau tak nanti kerja macam tu"
"eik?"

haha. aku gelak je dengar analogi macik hafsah. kau tgk macik hafsah. anytime anywhere. mmg hebat kan? aku rasa kalau kau nak menjadi seorang mak yg bagus, kau kena tahu buat analogi on the spot lah. wlpn analogi kau tu mcm tiba-tiba dan tak berapa nak ada kaitan sangat. meh aku nak try buat satu analogi untuk bakal anak aku "KAMU DAH BESAR NNT JD MCM SHEIKH MUSZAPHAR YE. DAH LA KACAK, DOKTER PULAK TUH" haha. boleh? korang pulak try buat analogi cepat. jangan malas sgt nak merangsang neuron tuh. kang org tanya kenapa beruang kutub tak mkn penguin pun tak reti nak jawab (tak payah la nak guna contoh yg sama sebanyak dua kali. annoying lah kau neh) haha. oke ah. bye.

p/s: teringat analogi lecturer aku dulu "KAMU MESTI JD MCM KAPAL TERBANG. LG TINGGI DIA TERBANG, LAGI KECIL KITA NAMPAK DIA" ;)

.end of entry.

30 comments:

  1. kisah penguin dengan beruang kutub tu..akak baru jer tau 2 hari lepas kat iklan tv..haha..nampak sgt aku ni cetek ilmu..hoho!

    ReplyDelete
  2. takpa kak. sy yakin 99% rakyat malaysia pn baru tahu lepas tgk iklan tuh. hahaha.

    ReplyDelete
  3. beruang tak tau jalan nak ke selatan..tu pasal dia tak makan pingu..

    ReplyDelete
  4. tau takpe. saya pun baru tahu lepas tgk iklan susu. haha

    ReplyDelete
  5. ries lee,
    kalau kau baek hati kau kasik ar dia gps. haha.

    pipi muncet,
    tuh ar kan. berjasa juga iklan tuh.

    ReplyDelete
  6. Saya ada analogi yg best.

    Boyfren yg perangai mcm haram itu ibarat cagu.
    Sungguh menyakitkan. Tapi untuk membuangnya amat perit. Tapi kena buang juga, klu tak jd makin parah.

    lepas tu ada orang tambah- busuk pulak tu!

    ReplyDelete
  7. daging peguin sejuk tak masak
    sebab tue beruang kutub tak teringin nak makan
    =]

    ReplyDelete
  8. syahira,
    kau sponsored microwave plak. haha.

    anoneemus,
    hahahahahahahaha. terbaek! sy suka analogi tuh. yer, tambahan itu pn sy suka juga. wakakakak. tp skang cagu dah jd cheese. haha.

    ReplyDelete
  9. setia dgn pasangan ibarat seafood. kalau allergik, nnti jadi gatal.

    ReplyDelete
  10. otak aku terketat nak fikirkan analogi. *fikir fikir fikir* huh tak keluar juga. dahlah.

    ReplyDelete
  11. ismishahril,
    aku tak pasti sbb skang tgh megrib ke apa tp aku tak bpe nak paham analogi kau tu. haha.

    q,
    umpama q dan ismishahril - analogi free khas utk kau. kah kah kah.

    ReplyDelete
  12. eh, dah pandai buat perenggan.

    ReplyDelete
  13. eh bila kau nak pandai ubah font color plak ye? haha.

    ReplyDelete
  14. eh? kenapa aku dgn ismishahril?

    ReplyDelete
  15. sbb korg kan partners paling sherasi bershama. haha.

    ReplyDelete
  16. jangan. bahaya. nanti awek ismishahril marah. haha.

    ReplyDelete
  17. analogi aku

    biar lambat, asal selamat.

    ko faham tak? haha

    ReplyDelete
  18. q,
    oh wawww. ismishahril ada awek rupanya? eh ke kau awek dia? wakakakaka.

    kapten,
    itu bkn analogi lah. itu motto. haha. tak faham sgt juga.

    ReplyDelete
  19. meh aku beranalogi plak

    jadilah macam matahari. membakar diri demi kepentingan seluruh manusia.

    ade bran? :)

    ReplyDelete
  20. haha. itu analogi zaman aku skola rendah. tak thrill. kasik ar yg laen. wakakka :p

    ReplyDelete
  21. analogi lecterer kau memang berguna untuk pengomen-pengomen kat atas.

    ReplyDelete
  22. utk kau tak berguna la yer berd? ;p

    ReplyDelete
  23. tiba2 tak bleh nak buat analogi la coz tak minum susu cam gitu...kalu minum susu confirm analogi otak akan tinggi...hehehe...

    ReplyDelete
  24. haha. tp susu tu utk budak2 je kak. jum kita minum susu anlene sama2. hikhik.

    ReplyDelete
  25. eh eh. rancak betol nama aku disebut. ni nk kene mintak royalti neh.

    ReplyDelete
  26. ahaha. kau g minta kt queen tuh. hee.

    ReplyDelete
  27. bravo mak sah..mmg orang library btul..resourcefulllll!!!~

    ReplyDelete
  28. haha. tuh ar. penuh informasi maklumat kan. hee.

    ReplyDelete
  29. hahahaha...padahal bell boy tuh entah2 kerja part time sementara tunggu result IPT ke. takkan nak suruh dier jadik part time CEO sony plak. adoila mak mertua aku nih. sedih tol aku. :p

    ReplyDelete
  30. haha. tahu takpa weh. aku pn ckp kt mak aku "MAK TAHU TAK ORG TU ADA DIPLOMA TAW" hee. takpa. niat dia baik. supaya adek aku blaja rerajen. kah kah kah.

    ReplyDelete

nak komen jgn rasis sgt. lempang karang.