Thursday, September 22, 2011

2 soalan wajib setelah berkahwin.

HYE SEMUA! MEMANDANGKAN HARI INI HUJAN, MAKA BIARLAH AKU APDATE BLOG. APAKAH PERKAITAN DI ANTARA HUJAN DGN APDATE BLOG, ITU AKU PN BELUM PASTI LG. YET TO BE DISCOVERED. KAH KAH KAH. AMCM? BLEH TAHAN ANNOYING TAK? DAH LA LAMA GILA TAK APDATE BLOG. TETBE APDATE TERUS PAKAI FONT BESAR. SIAP BOLD LG. TEHEE. EH HARI NI AKU PUASA (SO WHAT HUDA? TADE SAPE PEDULI KAU PUASA KE APA KE. OKE BYE BYE BYE -.-)

oke dah. kang guna font cmtu smpai habes ada yg menyimpan hasrat nak simbah asid kt muka aku plak. euwww. seram noxs. suami aku kalau bwk kereta suka buka tingkap. yg aku ni penggemar setia air cond. lepastu sejak kejadian orang di simbah asid, terus guna alasan tu bila naik kereta dgn dia. "YANG TUTUP TINGKAP. NNT KENA SIMBAH ASID. TAKUT" har har har. berkesan oh.

wah lari tajuk. oke back to the topic. 2 soalan wajib eh. mmg soalan ni wajib. mana-mana aku pergi, konpem semua org akn tanya soalan ni. baik macik sedara aku, baik jiran sebelah rumah, baik kwn-kwn kt universiti, baik kwn-kwn kt tmpt praktikal, baik kwn internet (cc: liyanaa.com), semua la. macik jual pecal kt pasar malam je yg tak tanya. oh ye. dan juga supervisor aku yg aku baru jumpa isnin aritu. kena marah duh. sbb lama gila tak pergi jumpa dia. kah kah kah. thesis kau bila nak siap huda? oke bye. jom siapakn entri ni dahulu :p


soalan pertama: "sudah berisi ke?"

wowwww. orang melayu kita mmg prihatin kan? wlpn baru 2 bln kahwin, semua prihatin nak tahu aku dah mengandung ke belum. bagus la. sifat prihatin mcmni mmg kita nak sgt-sgt lah. tp kalau setiap kali aku jumpa, semua org tanya soalan mcm ni, mau hangin jugak. nnt aku dah mengandung aku buat press conference kt majalah mangga ye (euwww). sambil bergambar di tepi kolam bersama suami tercinta. kah kah kah.


maxis juga tanak melepaskan peluang. turut sama menambah rasa hangin di hati. fyi (ewah sejak bila pandai guna fyi bagai neh? HAHA), msg tu byk kali dah aku dpt. acane plak maxis tahu aku dah kawen? ke ananda krishnan tahu yg aku baru kawen? rasa mcm tade jemput dia pn time kawen aritu. dulu zaman bujang tade pn dpt msg ghupa itu. iklan jap. ye, msg kt atas tu. ehem. tak faham-faham lg? tolong la click nuffnang aku. nak bayar bil tepon ni oi. hahaha.

sbnrnya aku mcm rilek-rilek je lg pasal mende ni. sbb aku pn baru 2 bln kawen. tp cuba kau bygkn kalau org tu dah 2 thn kawen, dan mmg tade rezeki nk dpt ank lg, lepastu semua org sibuk tanya soalan ni. tak kesian ke? aku pn mcm tension-tension asek nk kena jwb soalan sama. diaorg tu lg la tension. moral of the story, tak payah la tanya. kalau dia dah mengandung dan dia nak kasi tahu, dia akn kasi tahu. kau tak perlu la ssh-ssh nak tanya. mgkin la kau mcm nak beramah mesra, tp tanya la soalan lain ye. mcm "joe jonas dh kawen ke?"


ini joe jonas. tak perlu letak gambar pn takpe kut huda. haha.


soalan kedua: "mcm mana kehidupan selepas berkahwin ni? best tak? seronok tak?"

hey org gila je yg ckp kawen ni tak best. best gila duh kawen. sumpah best. gila apa tak best bila bgn tdo ada lelaki kesayangan di sebelah kau? gila apa tak best sebelum tdo dpt kiss muka lelaki kesayangan kau? gila apa tak best bila kau boleh peluk lelaki kesayangan kau setiap saat? memang best gila.


gila apa tak best bila kau nak megi pattaya lelaki kesayangan terus buat laju-laju? lepastu kau tinggal nganga mulut laju-laju ja :p

tapi tapi tapi. ini realiti kehidupan. kau takkan bahagia setiap saat. mesti ada ketika kau akn terluka juga. maksud aku, bergaduh tu perkara biasa. kalau dulu time bercinta mgkin la indah nak mati. gaduh pn jarang. kalau gaduh pn, sng je. tutup henset habis cerita. bila kau dah kawen, kau tetap kena berdepan dgn suami kau wlpn tgh gaduh. kena selesaikan juga masalah yg timbul. itu aku ngaku. mmg susah utk aku. sbb aku selalunya kalau marah, mmg akn senyap gila dan kalau boleh nak lari jauh-jauh. aku tak pandai sgt nak settle kan secara face to face. sbb nnt aku nanges je sampai berhingus bagai tanpa ckp sepatah kata pn. haha. gila cengeng.


malam 2 syawal. merajuk dengan suami. nangis-nangis, bbm-bbm musfirah, mogok-mogok tamo makan konon-konon kenyang, lalu terus buat-buat tidur. selepas dipujuk suami, dihidangkan sepinggan nasi berlauk ayam goreng dan sayur kobis, terus melantak laju. siap ada nasi kt tepi mulut lg tu. nampak benar pelahap nya. mak lapar noxs. nanges kan memang menggunakan byk tenaga? tu tak masuk tenaga nak pukul-pukul bantal lg. haha.



kesimpulannya, ya kawen memang indah. teramat indah malah. tapi, ini realiti. bukan fantasi. bergaduh, bermanja, marah, senyum, ketawa, menangis, merajuk, tanak kawan (hah?), rindu, annoying, dan apa semua jenis perasaan dan perlakuan, tetap akan wujud. cuma nya, mcm mana kau deal dgn semua tu la. apa pun, bak kata musfirah, suami ni tiket utk kita masuk syurga. jadi, mari kita sama-sama jd isteri solehah berbuat baik dan ikhlas dgn suami supaya dpt masuk syurga. amin. tehee. oke dah habes. bye. 

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails