Thursday, September 10, 2009

FINAL DESTINATION of the ORPHAN.

Oleh kerana aku dan kawan aku mengalami keguguran, kami mula meruyan ke lengkungan. oke. oke. yela aku phm. lengkungan adalah tmpt utk org kaya melepak. tp aku sbg penggemar kaya auntie rosie, xslh kot nk melepak gk kt situ. sampai² ja kami terus beli tiket wayang. punya la bagus time tiket yg kami amek. 7.40pm. mmg terserlah kegugurannya. sebelum tu, bebuke puasa dulu kt station kopitiam (mslhnye puasa ke? heran aku).

Tepat 7.40pm, kami masuk wayang. cerita apekah? oleh kerana aku neh sensation seeking orgnye (mengklasifikasikan diri sendiri tanpa rasa segan silu), mesti la Final Destination 4. eh, eh. bukannnn. bukan yg bese² pnye. bukan yg doblas hengget tu. xmain ar (gle belagak. msti korg rse nk hempuk dgn kayu jati kan?). kami tgk yg 3D oke. baru la ada rasa nk mengelak² sket bile ade benda melayang kan. pastu bila ade darah terpecik² baru ade feel nak lap² muke. haha (oke sila jeles kpd kami). spek 3D sgt la menghuduhkan kondisi tudung aku. kelebaran tak hengat. kalah lebar mulut jaclyn victor kot tudung aku time tuh. agknye kalau mak aku tgk aku time tu pn terus die tak ngaku aku ank die. seb baek la tade org duk sblh aku. dan yg lebih bernaseb baek, aku bkn tgk wayang dgn bf (kalau adek aku dgr ayat neh msti die ckp "CEH. BOLEH BLA. BF PN TADE"). tp memikirkan rege menyewa spek tersebut utk 1jam lebih sket = RM5 hengget, aku tak pehduhli. buruk pn buruk la. kne pakai gak. 5 hengget tu. beli nasi ayam goreng dara/janda wt bebuke puasa pn lepas (persoalan lg skali. mslhnye kau puasa ke? pelik la kau ni huda. bab makan tetbe kau nk belagak hebat matematik -.-).

Cite die boleh la. mmg la ngeri gk. tp bila die nk buat terlalu ngeri dh jd cm katun pn ade aku tgk. heee. tp siyes. hero die sgt hensem oke. lebih² lg kalau korg tgk 3D. mcm die betul² terjelma di dpn mate korg (tp jgn la korg smpai tak terkawal tgn lantas berusaha utk menggapai² muke die plak. malu aku weh). tp sungguh. bak kata pantun org melayu dolu², alaa ape tu dekat di mata, dekat juga di hati. ha yg tu lah (dengut. tu bkn pantun la *pangggg* kene lempang skali dgn cekgu BM. oh slh eyh. abeh ape ek?). tp pape pn, terpkse bersetuju dgn en.fhad. endingnye sgt membuatkan anda terign mengeluarkan ayat wut tha tuuuut (eh tp sgt tak bersetuju dgn ulasan en.fhad mengenai si hero. kalau cmtu, aku pn nk ckp yg heroin nye bese² ja dan aku lg cun dr mereka. haha. oke betul. aku menipu besar. sila beratur di sini kalau nak sepak muke aku).

Abeh ja cite tu kwn aku memberi idea meruyan. beratur lg skali. beli tiket cite Orphan plak. tak ke meruyan namenye? seb baek rege tiket tu 6 hengget ja. tp sgt la malang. dpt tmpt baris ke 3 dr depan kot. heran aku. cite dh agk lme pn masih penuh. em cite tu psl ape? eh msti la psl bunuh² kejam gk. aku kan sensation seeking (oke. mengklasifikasikan diri sendiri skali lg. tolong pijak kaki aku kalau mahu). cite tu siyes BEST. aku suke. yg membuatkan aku agk sedikit terganggu, sorg awek duk sblh member aku. alaaa wt aksi takut² manja plak dgn bf die. siap duduk gaye tgk cite seram kt umah ag. ala korg taw kan yg lutut due² dh setarap dgn mata tu. ntah² siap buat gaye menonton di antara celah jari² tgn ag kot. "AH DAH KALAU KAU TAKUT SGT G TGK CITE UP JA LA WEI!" (dlm ati ja la tpnye yg termampu :p). Sekian sahaja edisi meruyan utk kali ini.

Saturday, September 5, 2009

kesah kasehan si Azim

Keluar je dr toilet, aku nmpk Azim. Muke die mcm muke org yg terlanjur melakukan sesuatu, menyesalinya, tetapi tidak tahu apakah solusi terbaik yg harus dilakukan. Ala² muke Fendi dlm drama Sembilu Kasih bila die bergaduh dgn Zeti (oke ayat penerangan aku melebih kot. korg phm dh kan?). Muke tu disertakan dgn sedikit senyuman wlpn aku taw dlm mulut die penuh 'sesuatu'. Aku syak air. Air ape aku tataw. Tp bibir atas dan bwh die merah. Cm kne air sirap pekat. Aku pandang kerusi tepi die. Aku nmpk botol air sirap tak bertutup. Maksud aku, pati air sirap. Ye air sirap yang belum dibancuh!

"eyh, Azim!! buang cpt!!"

Die pn berlari masuk toilet.

"buweeekkkkk!! aaahhhhh!!" haha. siyes comel gile bunyi die time tu :p

"hahahahahah. g minum pati air sirap wtpe?" - pak ngah.

"padan muke. pandai² amek sendiri sape suruh" - ayah Azim.

"laaa. ats meja neh ade yg dh siap la Azim" - mama Azim.

Sian Azim. Haha.

Nota kaki: Mak aku suka gile kot drama Sembilu Kasih tu dulu. Haha.

.end of entry.

Wednesday, September 2, 2009

DSLRean, no offence.

2 September 2009.6.30 ptg. Bazaar Ramadhan.

Mcm biasa. Orang ramai sgt². Tiba-tiba kelihatan sekelompok DSLRean. Masing² dgn DSLR tergantung di leher. Wah. Habis hebat la kot. Haha. Aneh. Panorama di bazaar ramadhan sungguh abstrak kah? menarik kah? Orang semakin ramai. DSLRean berhenti di tengah². Sambil ambil gambar, sambil berdiskusi mengenai gambar yg diambil. Keadaan mula sesak. Mereka tahu tak mereka salah satu punca kesesakan? mereka tahu tak mereka menyusahkan orang ramai? tak tahu. Yg mereka tahu 'hey, we are DSLRean!' Sungguh. Aku kurg gemar sama DSLRean -.-

p/s: " eleh. tak lawa mane pn. same je dgn pic gune digi cam" - ayat kwn aku.


.end of entry.

Tuesday, September 1, 2009

aku yg lmbt atau dia yg pantas?


"kak, soto satu"

Sambil menunggu, aku berpaling ke arah tv.
Tiba-tiba aku teringat. Aku lupa nk ckp aku tamo taugeh.
Baru aku pusing nak bitaw..

"nak semua ni dek?"

Oh lega. Nasib baik dia tanye dlu. Aku pandang plastik.
Tp dlm tu dh ade taugeh. Aku diam. Aku pandang muke dia.

"nak semua bahan ni ke adek?"

Dia mengulang soalannya. Ye aku faham.
Cuma aku tataw nak jwb cmne.

"bahan ni, nak semua ke tak nak??"

Dia buat muka ketat.

"haa. semua²"

demn -.-!


.end of entry.

Belum masanya utk morning sickness.

Pernahkah anda mengalami perasaan yg bilamana anda membaca surat khabar / majalah / komik / lain² bahan bacaan (MASTIKA PN BOLEH DIKRE) dalam kenderaan yg sdg bergerak, kepala anda akan mula merasa pening dan perasaan nak muntah akan hadir tanpa diundang? Apakah kaitan di antara membaca dlm kenderaan bergerak dgn perasaan itu semua? secara zahirnya seakan tiada perkaitan. Dahulu, penat otak mentah aku dikerah dgn cara paksaan utk memikirkan jawapan kepada situasi tersebut. Tp apakan daya, semakin aku kerah, otak mentah aku semakin tidak terdaya utk merungkaikannya (TANDA PROTES BARANGKALI). Akhirnya, selepas aku bertapa di sebuah kawasan yg tidak terjelma dalam peta Malaysia yg berbentuk ibu mengandung itu (HASIL DIDIKAN CIKGU TUISYEN TING 3 AKU. UTK MUDAHKAN KAMI HAFAL PETA MALAYSIA KATANYA) baru aku tahu, situasi ini dinamakan 'motion sickness'. Ianya terjadi apabila terdapat percanggahan di antara apa yg mata kita lihat dan apa yg badan kita rasa.

Teori utk menerangkan 'motion sickness' ini ialah 'sensory conflict theory' (BETUL. TAK TIPU. SENSORY JUGA MENGALAMI KONFLIK. BKN SUAMI ISTERI DRAMA MELAYU JE YG MENGALAMINYA. ATAU LEBIH TEPAT, DRAMA ARAHAN Dato' Yusof Haslam). Teori ini menjelaskan bahawa apabila maklumat drpd mata berkonflik dgn maklumat drpd vestibular senses (sensation of movement, balance, and body position), ianya akan mengakibatkan rasa pening, loya dan lain² ketidakselesaan fizikal (NI KALAU DATUK K TERSALAHMENGERTIKAN MOTION SICKNESS SITI NURHALIZA, MSTI DIE GEMBIRA GILE KAN?).

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mangatasi 'motion sickness' ini? Caranya adalah dengan fokus terhadap sesuatu benda. Cthnya kalau anda sedang membaca surat khabar mengenai gosip artis, f o k u s. Itu sangat penting. Bayangkan sahaja betapa jerihnya para wartawan mengarang cerita tersebut. Jadi, di samping hasrat ingin mengatasi 'motion sickness', secara tidak langsung kita juga telah berbakti dengan menghargai hasil kerja mereka. It is called a win win situation. Bak kata Vince AF 'Kita semua pemenang. Tiada pengalah'. Kpd mereka yg mengalami masalah 'motion sickness', semoga berjaya mengatasinya. Tetapi jika anda tidak mahu mengatasinya juga tidak mengapa. Tidur sahaja. Alternatif lain; mkn. Tiada konflik, perut pn kenyang. Bahagia bukan?


p/s: oh patut la time skola rendah dlu ble ade exam, aku bce buku dlm kete xpening pn :p

.end of entry.

Related Posts with Thumbnails