Sunday, January 10, 2010

entah.

"cepatlah aku habis dan keluar dr sini..."
"haha. apsal? apsal kau tak suka duk sini?"
"entah la. aku pn tak pasti. yg pasti, tak suka"
"boleh plak. ada masalah pape ke?"
"tade. cuma.....tak suka. tu je la"


boleh kan kita tak suka sesuatu tanpa sebab?
ke...tak boleh sebenarnya?

.end of entry.

Saturday, January 9, 2010

INI TEKNIK TAWAR-MENAWAR

Hari ini nak cerita pasal tawar-menawar. korg hebat tak bab tawar-menawar neh? pernah ada pengalaman tawar-menawar yg menarik? cthnya, si peniaga menangis meraung-raung hingga melutut-lutut sbb terlalu tertekan dgn harga yg korg minta kurg ke. err. tak logik la plak. jap. aku pk cth laen yg lebih logik. emm. apa eh? aku slalu tgk peniaga last-last hangen, tamo layan dan buat bodoh je bila mak aku minta kurg harga. haha. ssh jugak sebenarnya nak tawar-menawar ni kan? tp org kata rugi kalau tak tawar-menawar. sbb harga sebenar jauh 12,000 km lebih murah drpd yg dijual. biasa la peniaga. mesti nak untung. tp aku mmg malas bab nak tawar-menawar neh. sbb tareti dan takut tak berjaya. mak aku siyes hebat gila (nampak ye kwn-kwn. bukan iman sahaja tidak dpt diwarisi. tawar-menawar juga sama). jd dia je la yg selalu tawar-menawar bg pihak aku. tp kalau aku kuar dgn kekwn, kekwn la yg tolong tawar-menawar. tp cmne pn, kita yg nk beli tu mesti kena berusaha lebih menunjukkan kesungguhan kan. so hari tu aku pn try la tawar-menawar dgn bantuan kekwn aku. berjaya ke tidak agk-agk eh?

"kak, 30 je dah la"
"tak boleh la dik. ni dah murah dah neh"
"ala kak. murah sket lg la"
"35 je boleh dik. ni paling murah ni"

3 org kekwn aku tolong minta kurang jugak. taw la mulut perempuan. sorg ja dah bising. 3 org, bising-bising-bising la jadinya. ala-ala back up singer rossa yg lagu hey ladies tu. macik tu agak-agak tension jugak dah sebenarnya. tp masih tersenyum.

"ni byk beli kt kedai akk neh. kurg la lg kak"
"betul neh dik. kalau tmpt laen 40 lebih ni"
"ala kakkkkk"
"aihhh. boleh. tp adik ni kena tinggal sini. semua baju free ja"
 
sambil pegang-pegang pinggang aku. haih macik neh. bahaya neh.

"haha. ala kak. tolong la kak"
"tak boleh la dik. minta maaf la"

kekwn masih tak putus asa membantu. mmg terbaek la diaorg neh. mesti time skola rendah motto diaorg 'be the best among the best'. siap harmonize lagi suara diaorg. sesiapa yg nak guna back up singer boleh call aku. tetbe, ada sorg kwn ckp kt aku try minta 32.

"oke la kak. kalau 30 tak boleh, 33 la"
"tak boleh dik. 35 je paling murah"
"sy nak beli dah neh. 33 ye kak"

gara-gara aku bodoh bab tawar-menawar, aku minta 33. dan bukan 32 seperti yg disarankan. bkn apa, aku risau kalau macik tu hangen gila dan terus tamo layan dah. bkn takat 32, 35 pn takpat kang.

"eeee. adik neh. dah kawen ke belum ni? kena jd menantu akk dulu la baru akk kasik 30. haaa. ok la. 33 lah"

sambil cabutkan baju dari hanger. ouh! faham dah la sekarang. maafkan sy macik kerana berfikir yg bukan-bukan mengenai macik sebelum ini. woww. menantu pilihan lah kira-kira nya aku neh ek.

"heee. terima kasih kakkkk"

sambil senyum dgn gaya yg paling sopan dan mengawan. eh. maksud aku, menawan lah. atau bahasa mudahnya, gaya menantu idaman macik-macik sekampung yg mmg rugi gila dan menyesal la kalau tak dapat aku sbg menantu kalian. hahaha.

Aku pn senyum puas hati sbb dapat kurangkan harga. tp kwn aku kt sebelah buat muka mcm 'bodoh lah kau neh aku suruh minta 32 yg kau minta 33 kenapa?!' ahh. janji rock! eh bkn. janji berjaya!

p/s: dpt spot tak tang mana tenik nya? :p

.end of entry.

Thursday, January 7, 2010

AKU TAK MINAT PEMAIN BOLA PN. TAPI PEMAIN BOLA YG MINAT AKU. HAHAHA.

"kak, pg td sy mimpi"
"yeke. mimpi apa?"
"mimpi ada org nak bertunang dgn sy"
"ouh. tu kalau ikut Freud, unfulfillment desire namanya! hahahaha"
"ceit"

padahal aku nak cerita siapa yg ajak aku bertunang tu. tp sbb dah kena bahan mcmtu, malas ar. kang lg bertambah-tambah bahanan nya kalau dia tahu aku mimpi Theirry Henry yg nak bertunang dgn aku. jgn tanya aku kenapa dia. aku pn tak tahu mengapa. kan lagi bererti mimpi aku kalau Xabi Alonso ataupun Lionel Messi yg ajak aku bertunang? Van persie pn oke. islam kan dia? heh.

p/s: nak taw mcm mana rupa watak-watak di atas, sila google sendiri. jgn malas sgt boleh tak? haha.

.end of entry.

Sunday, January 3, 2010

INI BUKAN AZAM. INI IMAM.

"apa azam tahun baru neh?"
"nak kawen dgn imam"
"hahahahaha"
"nape?"
"tade ah. sebelum ni doktor la, engineer la, CEO la. tetbe imam plak"
"heee"

Lelaki yg baik utk perempuan yg baik. aku tahu itu. dan aku sedar yg aku memang tak cukup baik utk mendapatkan seorang imam sbg bakal suami aku. wlpn sedar diri, aku tetap ada hasrat bersuamikan seorang imam (tak sedar diri lah tuh namanya!). kalau pun dia bukan betul-betul seorang imam masjid/surau, setidak-tidaknya dia boleh menjadi imam kepada keluarga aku. nnt kalau-kalau dia dtg mkn tengah hari kt rumah aku, kemudian masuk waktu zuhur, boleh la dia "TAKPA PACIK. BIAR SY JD IMAM" (cewah. ayat drama tv 1 betul). kan sejuk hati mak abah aku. tak pn kalau memang tak boleh jd imam utk keluarga aku, sekurang-kurang nya boleh la jadi imam utk aku. nnt tiap kali azan berkumandang, "YANG, DAH AZAN NEH. JUM KITA SOLAT. ABG JD IMAM" (neh plak ayat novel alaf 21). kan syahdu tu. tp janganlah hanya sekadar seseorang yg bernama MOHD IMAM yg kemudiannya utk bangun sembahyang subuh pn perlu aku yg kejutkan. dah la liat nak bangun, bila aku ajak sembahyang berimam, "ALA TAYAH LA. SOLAT ASING-ASING JE LA" (ni dh mcm ayt kt restoran. "byr sekali ke asing?"). huh. tak macho langsung!

.end of entry.

Friday, January 1, 2010

01/01/10.

ihik. saja. teruja. gatal la kau neh! aku takpat tgk bunga api. tu psl jd cmni. selalu dpt tempias dr putrajaya. tahun ni takpat pn. kecewa tahu? tgk di kaca tv ja. huh. mak ckp "ALA CMNI LA KALAU TGK KT LUAR PN. SAMA JE. HA CMNI LA. CMNI LA" (dh mcm iklan coca cola plak aku rasa. oh teringat kazen aku imah. OH JAMILAH JAMILAH. HIDUP KITA JAMILAH. haha). sgt tak seronok! takpa la. aku redha. org sibuk countdown, aku sibuk menghayati cerita di saluran zee 108. devdas. sedih kot. aku nak beli dvd dia ah nnt. haha.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails