Wednesday, August 11, 2010

pertama complex.


sahur pertama.

sbb imsak pukul 5.43 pg, maka aku bangun pukul 5.30 pagi. mata separa terbuka. tgn capai air kosong. hati cakap, "sahaja aku bersahur hanya kerana Allah Ta'ala". otak mencelah, "eh bersahur kena ada niat ka?". minum seteguk, lepastu tidur balik.

dosa pertama.

"kak, tgk budak tu. umur baru 13, suara dah pecah"
"ha lah. kenapa?'
"tu justin bieber tuh. umur 16 suara mcm perempuan lg!"
"yg kau first day puasa nak kutuk justin bieber neh kenapa?"
"eh aah. entah lah. tak boleh eh? haha"

bazaar pertama.

jumpa ramai sgt pemain spain kt bazaar td. rasa mcm nak pingsan ja. mujur dah pukul 6 lebih. bazir ja puasa aku kalau tetbe pingsan. david villa ada, david silva ada, juan mata ada, pedro pn ada. messi ja takdak. eh? haha. tp tak jumpa xavi ah plak. hesh. tgk. pemain spain pn beli mknn berbuka kt malaysia. tp kenapa aku tak pernah jumpa pemain malaysia beli mknn berbuka kt malaysia eh?

berbuka pertama.

char kuey tiaw dgn hasil proses penyulingan sebanyak dua kali. sulingan pertama untuk buang taugeh. sulingan kedua untuk buang kerang. agk-agk pasneh kalau aku minta char kuey tiaw tanak taugeh dgn kerang boleh dpt murah sket ka? tak pn substitute dgn ayam kenny rogers pn style gak dop? baru lah tak minda kelas ketiga.

call pertama.

sejurus sahaja berbuka, ada org call. dalam hati dah mcm "wah. ni call nak ucap selamat berbuka la ni". dgn bersuara sopan, aku jwb call. tiba-tiba keluar suara amoi bercakap kuat gila. "WRONG NUMBER LA!" jerit aku tak puas hati. kau dah la tak puasa. jangan nak menganggu emosi org yg tgh nak berbuka puasa boleh tak? dah la lepastu terus letak ja. wish ar selamat berbuka ka. selamat bertadarus ka. tak satu Malaysia sungguh. islam hadhari apatah lagi. cis betul. rumah terbuka raya nnt jgn nak datang mkn lemang ya!

nota kaki: penulis sengaja tidak mahu menceritakan mengenai terawih pertama beliau. dikhuatiri org menganggap ianya bertujuan utk riak. maka pahala sudah tidak dikira sbg pahala nnt. sekian.

.end of entry.

Monday, August 9, 2010

ni lebih kurg mcm superbrands la. Malaysia's Favourite Brands gitu.


org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.

hari ni aku nak bercerita mengenai muka universal boleh? ala kalau korg ckp tak boleh pn aku tetap nak cerita gak. itu cuma prosedur wajib nak kelihatan konon-konon sopan ja sebenarnya. haha.

tetbe teringat ustaz bahasa arab aku dulu (hoish. jgn nak buat-buat terkejut plak bila taw aku blaja bahasa arab dulu. kan aritu aku dah kuarkan perkataan "uskud". baru sket tu. tu pn ada yg dah menggelabah tak faham maksud dia apa kan? haha). ustaz aku tu suka masuk kelas tetbe tanya mcmni "sy ingat sy nak buat kuiz la hari ni. boleh ke?". jwpn standard kitaorg "alaaa ustaz. mana boleh. kitaorg tak prepare apa-apa pn". sambil buat muka separa kerek, dia jawab "eh. siapa yg ustaz sekarang? suka hati sy la. apsal plak kamu nak ckp mana boleh. tade tade. sy nak buat juga". jd apa fungsi dia tanya kitaorg td sebenarnya? mmg tade fungsi pn.    

ya berbalik pd tajuk asal. muka aku ni boleh kira muka universal. sebab apa, mana-mana aku pergi, ada ja org ckp pernah jumpa aku. padahal aku mmg tak pernah jumpa pn diaorg sebelum ni. bila aku cakap tu bukan aku, diaorang mula la tak percaya. pastu kaver dengan soalan "kakak kau kot?". bila kurun aku ada kakak entah. ikut kan darah O+ muda aku ni, nak je aku jawab "kakak anda kot!".

eh kejap. nak buat klarifikasi ya. muka universal bukan bermaksud muka bersepah oke. itu lain. muka bersepah mcm muka yg kau boleh jumpa kt tepi-tepi jalan. muka universal neh, kau jumpa kt tmpt-tmpt kata nama khas ja. contoh mcm kt Universiti ka, Sekolah Menengah Sains ka, Mid Valley Megamall ka, Masjid Negara ka. faham ya? aku harap, kt bhgn komen nnt, tade la yg kasi komen mcm budak tak habes sekolah darjah 6 (e.g. "ala muka bersepah la tu", "ala muka berlambak tepi jalan namanya tu"). jgn ya kwn-kwn. 

kalau yg berjantina lelaki, ayat biasa aku dengar, "eh muka kau mcm muka ex-gf aku lah", "muka kau sama mcm muka gf aku". oke. bab ni tanak elaborate panjang-panjang. nnt kena kutuk dgn sigg lg.

yg perempuan mcm biasa la, "muka kau mcm muka kwn skola aku la!", "muka kau sebiji mcm muka sedara aku", "eh mcm biasa tengok la. kita pernah jumpa kn?". kalau nak yg rare sket "muka kau mcm muka classmate aku. tp kau versi perempuan. dia versi lelaki". kalau yg rare byk pn ada "huda, akk rasa, korang baik kapel lah" "eik? kenapa?" "sebab muka korang sama" "-.-".

yg hard core pn ada. pernah sekali tu kt sogo tgh ada sale. aku pn beria la cari t-shirt yg bekenan. tetbe ada sorg kakak tu dtg dekat aku. aku ingat dia nak cari t-shirt gak. aku pn buat bodo ja la. lepastu dia usha aku. makin lama makin dekat. mmg tekun gila dia pandang aku. dlm hati aku dah mcm "eh apahal akk neh usha aku dekat-dekat neh? ada bulu hidung aku terkeluar ke apa?".

tetbe dia pn bersuara "adik. adik ni yg keje kt kedai makan tu kan?". dah pulak. memang la aku gemuk sket. tp tak semestinya aku keje kt kedai makan. "err mana ada kak" aku jawab sopan. dia tak puas hati. "betul la! adik la yg keje kt kedai makan tu!". ah sudah. parah neh. ayat penyata terus dia bg. konfiden habes.

"tak kak. tade. bukan sy" jawab aku tenang. sambil buat muka tak puas hati, dia tanya aku lg "ye ke? tp muka adik sebiji mcm muka dia. kedai mkn kt klang tuh. betul bukan adik ke? kakak adik kot??". halah. malas betul aku. tanak kalah lg tu. malu la tu dah salah org. lepas aku ckp aku tade kakak, baru dia blah. hesh. tgn aku sket ja lg nak tarik tudung dia dah. mujur dia blah tepat pada masa nya. u shud consider ur self lucky ya kakak. ewah. aku sejak rajen tgk hannah montana, lidah dah terbiasa speaking london. maaf lah ya.

org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.

aku dah jumpa sorang yg sama muka dgn aku. nak tahu sapa?


cheryl cole. apahal? ada yg tak puas hati? pukul kang! (sengaja tipiskan mata dgn harapan boleh menambahkan efek konon-konon comel. berkesan tak? kalau tak berkesan, anggap ja la misi gagal)

.end of entry.

Saturday, August 7, 2010

kotak buruk berbunyi.

"amir sini jap mir"
"apa?"
"g tutup radio tu jap"

"apa dosa radio tu?" celah abah. haha. marah la tuh. abah suka buka radio klasik nasional lepastu blah entah ke mana. aku yg terpaksa menadah telinga dengar nya. mau tak cair taik telinga aku neh?

.end of entry.

Monday, August 2, 2010

apa boleh buat. IQ kita berbeza.

weh kau,
apsal kau pakai jersi spain ha?
kau ingat kau xavi hernandez ka?

weh kau, 
jgn lupa yg aku lg hebat drpd kau.
sebab aku berjaya pukul 3 ekor nyamuk.
dan kau berjaya pukul seekor sahaja. kah kah kah.

weh kau,
terima kasih sebab sudi blanje aku mkn.
jangan kecewa sbb aku mkn tak habes oke.
kau sendiri tahu kenapa aku makan tak habes kan?

weh kau,
terima kasih sebab tak malu keluar dgn aku yg selekeh ni.
tp kalau kau malu pn, aku kesah apa? kan aku dah bitaw awal-awal.
yang pasti, aku suka keluar dgn kau sbb kau lg gemuk drpd aku. hee.

weh kau,
terima kasih sebab bersabar dgn perangai aku.
wlpn aku buka wiper secara tiba-tiba sedangkan tak hujan pun,
wlpn aku main hentam buka black ice kau tanpa baca instruction,
wlpn aku tareti duduk diam dlm kete smpai kau xnmpk side mirror,
wlpn aku tutup radio time lagu penyanyi kesukaan kau sdg ke udara,
kau tetap bertenang. eh ke pura-pura bertenang ja? cis. dasar keji.

p/s: masuk kete pening lg tak? haha.

.end of entry.

Sunday, August 1, 2010

bukan aku yg dilahirkan sbg heartbreaker. tp korang yg dilahirkan sbg heartbroken. haha. fhew. statement bajet kau cheryl cole ja.


dulu aku ada abg senior. mari kita nama kan dia suphardojho. eh tanak lah. tak mesra telinga. em, shauqi mcm mana? euh. teringat komentator kt astro arena time world cup haritu. haha. tengku qalif shahrir oke tak? amboi. kacak sgt tuh. hurm. sbb dah tade nama yg sesuai, mari kita nama kan dia sbg abg senior sahaja.

perenggan pertama mmg biasa sia-sia. kalau kau belajar karangan bahasa malaysia time spm dulu pn mmg tade isi kt perenggan pertama kan? perenggan kedua atau ketiga baru ada isi tersurat dan tersirat. nampak tak hasil pelajar yg tak pernah tidur time kelas bahasa malaysia mcm mana? sbb tu cekgu jamilah syg aku.

oke. perenggan kedua pn mcm berbaur sia-sia sahaja. mari kita terus ke isi tersurat. abg senior tu suka kt aku. ewah. statement perasan lawa habes. haha. bukan. tp betul. dia sendiri mengaku. tp aku ckp, aku suka dia sbg kwn ja. tetbe dia naik hangen. dia ckp, "eleh, kt fakulti tuh ramai ja perempuan yg cantik nak kt sy. sy ja tanak". wah. statement dia lg tak bleh bla. perasan kacak nak mampus. lalu kalau ramai perempuan cantik nak kt kau, kenapa kau nak kt aku yg selekeh ini? maka kesimpulan yg boleh kita buat, aku lg cantik drpd perempuan cantik di fakulti ya. kah kah kah.

hari-hari abg senior msg aku. aku layankan aja. tp kalau malas, mmg mcm harem la aku balas. nak-nak bila dia hantar msg yg agk annoying. contoh mcm ada satu time tu, hujan lebat gila. normal bg org yg takut guruh mcm aku, bila ada guruh akan terus tidur. sbb kalau berjaga, nnt aku melompat-lompat ketakutan. jd tade guna nya kau berjaga. lebih wajar kalau kau tidur. jimat degupan jantung.

sedang aku enak tidur, dia hantar msg "hujan lebat lah. sy stuck kt food court neh. boleh tak dtg bwk payung utk sy? sy tade payung neh ;)". kau dah la tgh tekun tidur. tetbe dpt msg mcmtu. dah ar siap ada maskot smiley di hujung ayat. mmg irritating habes. aku pn balas "ala. jalan ja. kalau kena panah petir, anggap ja la itu suratan takdir" fergh. tak logik lah Nurul Huda Rahim begitu keji. mmg tak la. aku balas cmni sbnrnya "oh ye ke. oke. takpa. tunggu kt situ ye. jap lg hujan berhenti". aku rasa mesti dia expect aku balas "oh ye ke. oke. takpa. tunggu kt situ ye. jap lg sy dtg". lupa. beserta maskot smiley ;) di hujung ayat. tp tak dpt la bang. haha.

perkara basic kalau dia msg aku ialah ajak makan sama. tuh kalau aku listkan dalam buku 555 tu, mau 5 keping penuh buku tu. haha. bermcm alasan aku bg sbb tanak keluar mkn dgn dia. antara alasan yg aku guna; "oh sy dah makan la", "eh sy puasa hari ini", "err roommate sy dah belikan mknn", "hari ni sy cirit", "alamak. bmi sy dah 29.5 la", "awk mkn la dulu. sy berkabung seminggu. rabbit sy mati" dan lain-lain lg. tp dia tak pernah putus asa. aku agak motto dia zaman sekolah menengah dulu mesti "KEJAR YOP KEJAR!".

ada skali tu, dia ajak aku makan mcm biasa. aku ckp aku tanak mkn malam tu. tp sebenarnya time tu aku mmg dah ada kt food court dgn kwn aku. tetbe time tgh tggu mknn, aku nampak dia. ah sudah! ada yg kantoi bacin neh kang. aku pn perlahan bisik kt kwn aku "weh, tuka tmpt dgn aku weh. aku nmpk abg tu la". kemudian kami pn tuka tempat. aku lega sambil senyum simpul. fuh. selamat. beberapa saat kemudian, msg masuk. aku buka lalu baca "ELEH. TAK PAYAH LA NAK TUKA TMPT BAGAI! IGT SY TAK NAMPAK KE?!"

pengajaran: menipu org buta adalah dua belas kali lebih selamat.

.end of entry.


Related Posts with Thumbnails