Thursday, July 30, 2009

teruslah berhembus

Jumlah perokok di Malaysia mencecah 2.73 juta org sehingga membelanjakan purata RM8.6 juta sehari - Kosmo 29/Julai/2009

2 hembusan pada zahirnya sama tetapi tidak akan pernah seerti.
1 hembusan kepuasan dan 1 hembusan lelah.
Hembusan kepuasan perlahan-lahan menafikan nyawa.
Hembusan lelah sarat dgn harapan untuk bertahan hidup.
Teruslah berhembus. Jangan pernah berhenti.


.end of entry.

Thursday, July 23, 2009

Mencari Jodoh?

Hari tu aku bace paper kt bilik member aku. tetbe aku terbace pasal Jodoh4u.com. aku terkesima kejap. aku pn ckp la kt member aku. dh cm korea la plak ade mende² cmni. klaka gak. tak sangka pn ade. huuuu. tetbe semlm, aku tgh bosan², tergerak plak ati nk tgk. ape rupe laman sesawang tu ye sbnrnye? so, anda semua pasti dpt mengagak kan. aku bukak laman sesawang tuh! hahahah (oke. sila gelak guling². takpa. mmg agk taley diterima akal). bkn ape, aku nk gk tgk cmne org Malaysia mengendalikan laman cmni.

Oke la aku try menggunakan mesin carian die. "Saya Wanita mencari Lelaki. Umur 23 hingga 27". tu dia! byk gile! 1000 lbey gk la. hahaha. muke sume. aduh. aku tanak kutuk ape la (tp korg bley phm sendiri kot?) hahaha. siap ade yg pic pakai kupiah beserta serban neh. strategi utk mendptkn gadis solehah atau gadis yg bernama 'Solehah' barangkali? kekekek.tp ade gk la yg bley tahan. yg paling buat aku gelak, nama diaorg. ade jejaka kesepian la, desprado la, jejaka teruna la, jejaka misteri la (misteri ke? padahal dh siap ade pic, berat, umur, tggi, tarikh lahir. pn masih misteri ek? xphm) jejaka tampan la (obviously la kalo ko tampan ko tak masuk laman cmni sbb dh terlalu ramai gf. ye dak?) dsb. serius. nama² diaorg tu ley wt korg gelak tepuk² meja siap! huuu. tak kesah la. aku pn try la nk bukak profil penuh diaorg. tp taley. kne daftar dulu.

Oleh kerana aku terlalu ingin tahu, (oke. sila gelak guling² lg) aku pn daftar la. canggih jugak laman sesawang neh. selagi korg tak upload pic, selagi tu korg taley tgk pic org laen. haaa. amcm? strategi bagus kn? hahaha. then aku pn try la nk bukak profil penuh. "MAAF! untuk tatapan AHLI sahaja". eik. aku pn pelik. bkn aku dh ahli ke? rupe²nye, ahli tu maksudnye yg berbayar. kalau jd ahli berbayar, dpt la tgk pekerjaan org tuh, taraf pendidikan, gaji, kriteria yg org tu nk cri, anggaran hantaran, no tepon. sume la. fuh canggih kan? oke ni aku copy sket psl yuran keahlian utk tatapan korg (mne taw ade yg tergerak ati nk jd ahli berbayar ke kan? haha)

Yuran keahlian diwujudkan sebagai penapis agar ahli yang benar-benar serius mencari teman hidup sahaja yang menganggotai komuniti Jodoh4U.com. Anda yang bertujuan untuk mencari teman hiburan TIDAK DIGALAKKAN menyertai. Jika diteruskan anda hanya membuang masa kerana tidak akan menjumpainya di sini. Sila ke portal komuniti percuma yang sedia ada.

Keahlian setahun: RM 88
Keahlian 6 bulan: RM 68
Ahli VVIP: RM 288 (keahlian seumur hidup)
Perbaharui setahun: RM 70 (hendaklah sebelum tamat keahlian, sebaliknya harga biasa dikenakan)
Perbaharui 6 bulan: RM 50 (hendaklah sebelum tamat keahlian, sebaliknya harga biasa dikenakan)
Haaa. canggih tak canggih? siyes canggih. tp aku tgk laman neh oke gk la. bagus. die ade byk kata² hikmah dan nasehat² berguna. pendek kate, mmg sesuai gle utk mereka² yg duet dh byk berkepok² (smpai tataw nk wt ape kn dgn duet. haha), pastu parents dh bising tnye ble nk kawen, kekwn dh asek nyindir xsbr nk mkn nasik minyak, macik² jiran kt kampung dh membebel persoalkan npe korg ni tak laku ke jual mahal ke dsb nye lah kan. nah! skang ape ag, sila duduk depan laptop/comp korg, taip pada papan kekunci korg, http://www.jodoh4u.com/. Ejen Carian Jodoh Internet Anda. tak salah mencuba kn. mmg ar jodoh di tgn tuhan. tp manusia kan tetap kne berusaha. so anggap la ni sbg slh satu drpd usaha kalian oke! semoga berjaya! hikhik ;p

p/s: korg rase patut ke aku mnta royalti sket sbb tolong promote laman sesawang diaorg? :p


.end of entry.

Thursday, July 16, 2009

16 thn ke?

Peringatan awal: kalau anda anti sy, mgkin entry ini tidak perlu anda bace. takut ke anti an anda bertambah plak nnt. hikhik ;p.

Last week aku g birthday party ank jiran. then, ade sorg macik nih (kire jiran baru la sbb umah die tgh dibina) tanye aku..


"ank kak hafsah ke?"

"aah" (aku jwb smbil senyum2 sopan. belakon msti hebat maa)

"owh. no bpe?"

"em, empat. heee"

"owh. sekola tingkatan berapa? 16thn eyh?"

"heeee"

aku senyum ja. tak sempat nk jwb, sorg macik laen dh tolong jwbkn (macik tu jeles ar tuhhh. hakhak) :p


"laa dh masuk U dah budak tu"

"laaaa..sorry. macik igtkn dak skola ag. kecek ja"

Nota Kaki: tataw nk rase terharu ka terkilan ble org igt kite ag mude drpd umo sbnr kite -_-

.end of entry.

Friday, July 10, 2009

malam menuju pagi

mata giat menghasilkan air.
tangan berkerja bersendirian.
bibir acap kali tidak bercantum.
fikiran seakan tidak bersatu dgn jiwa.
bunyi muzik kedengaran sama semuanya.
pinggang mula meluahkan rasa ketidakpuashatian.
oh hypothalamus mula bersuara. menjalankan tugas barangkali.


.end of entry.

Wednesday, July 8, 2009

oh rambutan!

Rasenye sume pn taw kn skang musim rambutan. al kisah di blkg umah kami juga ade sepohon pokok rambutan. die berbuah bkn la tiap musim. tp musim ni, die berbuah plak. wlpn tak byk, ade la jugak (at least kite taw die bekeje keras utk menghasilkn buah ;p). so tiap kali agkt kain kt blkg, aku msti petik buah rambutan. tp tu pn kne berebut dgn semut. asal merah sket ja, msti semut dh santap dlu. aku terpkse mkn yg ijau² merah ja. semut, kalian sgt kejam oke?

Last week kami pulang ke kg segamat. aduh. kt tepi jln sume pokok rambutan berbuah lebat. jeles ja aku tgk. smpai je kt kg abah pn ape ag, petik sebyk mgkin. sblum pulang ke rumah, kami singgah di kg batu pahat. tnpa ku sedari, mak merencana utk kasi sume buah tu kt nenek aku. mujur sblm pulang aku terperasan buah rambutan tu dh tade. aku pn g la suh mak amek sket blk. mak pn wt muke tebal ja la minta blk. hahaha. selamatttt

Smpai umah, mak suh antar barang kt umah along. once again, mak bg sume rambutan kt along (tanpa pengetahuan aku gk). mak, mak juga seakan² kejam spt semut² di ats oke? huuuu. sok pg nya aku nk mkn rambutan baru aku sedar dh tade. aku pn msg la mak...

"mak, mne rambutan?npe dh tade?"

"mak dh kasi sume kt along"

"waaa,,,mak,,smpai ati mak. kan uda nk mkn. tggl la sket utk uda. sedihnye ;'("

"ala dh tggl sket ja rambutan tu. nnt kte beli kt pasar mlm ye nak"

"oke. rambutan gula batu sekilo taw"

Smlm kami ke pasar mlm dgn misi membeli rambutan gula batu. aku rse dh cm org ngandung yg ngidam ja. wakakakak. teruk betul lah (sifat xbagus. tlg jgn ikut ;p)

GERAI PERTAMA

mak: "ni rambutan gula batu ke?"

tukang jual: "tak. ni rambutan ank sekolah. manis kak. rase la..rambutan gula batu tak elok mkn. sakit tekak nnt kak"

aku: (dlm ati ja la tpnye ;p) ceyh. dh ko tade jual pepandai lak nk bg nasehat. huuu. aku pn try la mkn rambutan die. boleh la. tp tak manis n tak longkah sgt. so aku pn tanak ar.

GERAI KEDUA

mak: "ni rambutan gula batu ke?"

tukang jual: "haaa??ape tu??"

aku dlm ati gk: pulak macik ni..tak knal pn rambutan gula batu! parah! dh tak knal lgs0ng la aku pn maleh nk merase rambutan die. heeee

GERAI KETIGA

mak: "ni rambutan gula batu ke?"

tukang jual: "bkn kak. tp manis ni. rase la. rambutan gula merah neh. hahahaha"

aku: pacik neh melawak plak die. seb baek rambutan die sedap. ade la iras² rambutan gula batu. so dpt la sekilo. tp aku masih tertanye². mne perginya rambutan gula batu ye? dh pupus ka? teman², adakah anda knal sama rambutan gula batu? kalo xknal, bley join grup dgn macik di gerai kedua td! wahahahaha ;p

Nota kaki: saat ini tekak ku mula terasa perit. knape ye? hahahaha

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails