lebih dari sehari aku tak bukak blog. sbb entry yg aku wajib baca menimbun gila. lepastu mula la menggelupur buka sekali semua sampai tab penuh. tu tak masuk dgn buka comment box lagi. kadang-kadang nak komen blog org lain terkomen kt blog org lain. memalukan bukan? berbeza betul daripada kalau kau terponteng kelas sejarah (sila jgn terlepas pandang 'ter' di situ. aku mmg maksudkan ketidaksengajaan. contoh tipikal utk ketidaksengajaan ialah apabila kau bangun lambat lalu mendapati baju sekolah tidak bergosok. ataupun dah bangun awal tiba-tiba baru tersedar kerja rumah semalam belum disiapkan. tipikal lah tuh. yg kurang tipikal sket bila nak pakai tudung lepastu tudung tidak memberikan kerjasama yg baik. ya betul. itu juga boleh dikira sebagai ketidaksengajaan). kalau tak dtg dua minggu pn kau tak payah nak menggelabah tanya kwn sebelah kena buka muka surat berapa. sebab masih di bab yg sama. yelah. nak cerita pasal parameswara berehat di bawah pokok pn mau makan masa dua hari. ironi bukan dengan blog? sehari tak bukak dah macam tertinggal doblas bab. haih. sudah lah tu. nak tahu tak, tadi aku jawab soalan exam dgn gaya parameswara yg sdg berehat di bwh pokok. beza nya cuma, aku tade nampak hewan-hewan yg sdg bergaduh -.-
.end of entry.

