Sunday, January 31, 2010

PULANG KE KAMPUNG. 4 PERBEZAAN ANTARA DAHULU DAN SEKARANG.


entry sempena aku tak dpt ikut pulang ke kampung semalam :'(

DAHULU

1. Satu family naik van delica berwarna hijau. yakni 8 org kesemuanya. meskipun si van hijau agak hodoh (sbb dia berwarna hijau pekat dan tiba-tiba ada satu garisan berwarna hijau cair), dia banyak berjasa. sgt byk. rindu plak aku kt dia.

2. Kalau nak minta abah suruh berhenti sbb nak kencing pn takut (yela kami kan 6 beradik. kalau setiap sorg nak berhenti kencing pd waktu yg berbeza, tak ke byk waktu terbuang? tak ke makin lmbt sampai ke kampung? tak ke abah hangen kena drive lama-lama? haha). bila dah masing-masing takut, mula la "ALA KAU LA CKP" "KAU LA" "KAU LA. KALAU KAU CKP MESTI ABAH BERHENTI PUNYA". last nya mesti aku jugak yg kena ckp. kalau aku tak nak ckp pn, abg aku yg akn ckp. tp mesti guna nama aku jugak "ABAH, HUDA NAK KENCING" wlpn aku tanak pn kencing sebenarnya time tu -.-

3. Dah duduk ramai-ramai lama-lama dlm van tu mesti la ada pergaduhan sedikit sebanyak yg akn terjadi. abg first dgn abg second. abg third dgn aku. adik fifth dgn adik sixth. bagus. masing-masing ada pasangan sendiri (tp kalau bosan, boleh berganti pasangan. ikut suka sama suka). lepas tu bila abah tension sbb penat drive tak sampai-sampai kampung, ditambah dgn kami-kami yg bising bergaduh di belakang, dia mula hangen "NAK GADUH SGT TURUN KT TEPI JLN NI!" sambil van betul-betul diberhentikan di tepi jalan. serius. abah aku mmg nekad orgnya. aku pernah kena. turun la betul-betul. sadis gila. tp 5 minit lepas tu dia dtg amek balik.

4. Bila bosan, semua pandang belakang lepas tu setiap sorg cop kereta yg ada kt belakang si van hijau. kira mcm tgh race kereta la konon. bila kereta yg kau pilih berjaya potong si van hijau, makna nya kau lah yg menang. lepas tu mesti bersorak mcm mng F1 dan dpt hadiah grand prize. haha. faham tak? kalau tak faham sudah lah. aku pn mls nak jelaskan.

SEKARANG

1. Van hijau telah dijual. maka sekarang kalau nak pulang ke kampung hanya menaiki kereta sedan. ewah. (cuba buang titik pastu tambah m) haha. dah naik sedan takkan la masih 8 org kan? mmg tak la. sekarang kalau balik selalu 4 org ja. mak abah aku n adik.

2. Nak suruh abah berhenti sbb nak kencing pn dah tak takut sekarang. berani dah. wlpn baru je bertolak 20 minit yg lepas. sbb otak dah pintar sikit. bila abah tnya "KENAPA TAK KENCING KT RUMAH TD?" boleh menjawab dgn tenang "EM NAK BUAT MCM MANA. TD TAK RASA. SEKARANG BARU RASA". heh. 

3. Ni pn dah tak pernah terjadi lg. sbb adik aku sgt kuat tidur. baru 10 minit bertolak, dia dah boleh tidur. aku plak tekanan tgk dia. ktaorg ada buat peraturan (sebenarnya bkn ktaorg. aku sorg je. tp aku assume ja dia setuju gk. haha). yakni tak boleh tidur selagi belum keluar sempadan selangor. siapa tidur mmg kena dajal la. ada sekali tu aku sumbat tisu dlm mulut adik aku. haha. padan muka. siapa suruh kuat sgt tidur. em tp kdg-kdg kalau kitaorg gaduh pn, aku ckp cmni ja "OK DAH LA TU. AKU TANAK CKP DGN KAU DAH" matang tak aku sekarang ni?

4. Sekarang bila bosan, kitaorg menyanyi ja. amek botol air yg konon-konon berfungsi sbg mikrofon dan mula melontarkan suara yg konon-konon berfungsi sbg suara artis. sambil tu buat la gaya-gaya semangat menyanyi penuh perasaan. kalau lagu duet oke ar dedue boleh nyanyi. bila yg lagu solo, dah masing-masing berebut. kekdg sampai kemek botol air tu. last-last kongsi-kongsi je la. kau satu baris, aku satu baris. haha. bila dah agk-agk bosan (dan abah pn dah mula buka radio sinar), ktaorg mula tangkap-tangkap gambar plak. pastu mesti lapar. makan-makan plak. pastu ngantuk. sbb dah keluar sempadan selangor, boleh la tidur ;)

mesti semlm kau bahagia gila sebab boleh tidur dgn tenang wlpn baru 5 minit bertolak dari rumah kan?! -.-

p/s: hargai apa yg pernah kita lalui. samada ianya pahit atau manis. kerana setiap daripadanya pasti ada sesuatu yg boleh dikenang kembali dan dijadikan pengajaran. yg paling penting, ianya tidak mungkin akan terulang kembali sama seperti ketika itu.

.end of entry.

24 comments:

  1. yesterday's mystery is today's history..manis sungguh pengalaman ni..aku pulak yang tersengih sorang2 bace entry.aku tak merasa pengalaman macam ni sebab kampung nenek aku selang 2-3 kampung je.baru nak nak masuk gear 4,dah sampai.hehehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehehhe
    lain hulu lain parang
    lain dahulu lain sekarang

    ((sila baca gaya ala hencik karam singh walia))


    sekian

    bye


    >>____<<

    ReplyDelete
  3. haha. mesti dekat je dgn rumah neh. tu pn best jugak. tayah drive lama-lama. tayah nak berhenti-berhenti kencing. hikhik.

    ReplyDelete
  4. hahhaa.
    memori masa kecik2 dulu do
    rindu.
    :)

    ReplyDelete
  5. nape tak suro bapak hang angkat alza atau ezora???

    ReplyDelete
  6. shax,
    tu ar psl ;)

    fid,
    maksud kau sekarang ke? tak kuasa. yg ikut balik kg kami berdua ja. yg laen slalu bz ja. hahaha. kalau balik raya, konvoi ar dua kete.

    ReplyDelete
  7. dlu n skrg xsama..

    tp tetap mnnjadi 1 kenangan

    =)

    ReplyDelete
  8. betul. kenangan yg boleh diingati sampai bila-bila :)

    ReplyDelete
  9. encik ariffin kuat kencing, sebab diabetes dia.. so no worries nk berenti kt RnR mana2..heh

    ReplyDelete
  10. sigg,
    ahah. itu best. tade la takut-takut nak suh benti.

    cik adek manis,
    err. tp van ada kan? :p

    ReplyDelete
  11. everything changes... huhuhu :P

    ReplyDelete
  12. "kang benti tepi jalan kang!"
    slalu gak ktorg adek beradek kena~~
    kenangan seh.. skang, even 4 org jek adek beradek, bl blk raya mesti blk 2 kete. yela, nnt nak bawak balik ntah macam2 benda ntah :)

    ReplyDelete
  13. wtu aku kcik, dr phg ke perak leh naek 9 org 1 keta. keta, bkn van. leh byg x?

    ReplyDelete
  14. meo188,
    yeah. but the memory will remains forever :)

    e-liex,
    haha. durian sebakul. rambutan seplastik besar. duku langsat seguni. kan? tu tak masuk lauk-lauk nenek masak ag :p

    cik adek manis,
    err. tp kereta baru bakal menyusul kan? hikhik.

    razman,
    malas nk bayang. sbb aku rasa kau menipu. haha.

    ReplyDelete
  15. dlu xkan ada skrg
    sebab tu ada istilah dulu dan skrg

    cume yg boleh buat
    kekalkan memori spy tidak terpadam

    ReplyDelete
  16. baik! kapasiti memori akn diupgrade ke 16gig ;)

    ReplyDelete
  17. wah suke jgk van ijau!ble ktorg naik mst mcm excited jgk..rebut2 tempat..poyo x mse kte kck2 kn..kah3~

    ReplyDelete
  18. haha. takpa. semua org pn mcmtu bila pertama kali jmpa si van hijau. bila dah tetiap bulan kena naik dia, dah tak excited lah. haha.

    ReplyDelete
  19. I don't even know the way I stopped up right here, however I believed this post used to be good. I don't understand who you are but certainly you are going to a famous blogger should
    you are not already. Cheers!

    my blog post :: germany

    ReplyDelete
  20. Highly descriptive article, I liked that bit. Will there be a part 2?


    my website: vakantiehuisjes frankrijk

    ReplyDelete
  21. You made some good points there. I checked on the web for more info about the
    issue and found most individuals will go along with your
    views on this site.

    Here is my web blog ... vakantiehuis frankrijk huren

    ReplyDelete

nak komen jgn rasis sgt. lempang karang.