Saturday, May 15, 2010

TEMU DUGA PEGAWAI KEKASIH HATI


URUSAN KERAJAAN DIRI SENDIRI

SULIT DAN PERSENDIRIAN

KEPADA SESIAPA YG BERKENAAN,
(SILA BAYANGKAN INI ALAMAT RUMAH KORG).

SURAT PANGGILAN TEMU DUGA

NO. KP: (86-84 SAMBUNG SENDIRI)               Tarikh: 15/5/2010

Anda adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:

a. Kod Skim, Jawatan dan Gred
           PEGAWAI KEKASIH HATI GRED S52
b. Kementerian / Jabatan: JABATAN KEKASIH HATI
c. Tarikh: 17/5/2010
d. Masa: 10.00 PAGI
e. Tempat: SURUHANJAYA KEKASIH HATI MALAYSIA,
                 TINGKAT ENAM, MID VALLEY MEGAMALL,
                 50520, KUALA LUMPUR.

2. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan (ktp ga bisa ya mas)
b. Sijil Kelahiran (yg laminate dpt point lebih) 
c. Ijazah daripada pusat pengajian tinggi Malaysia (overseas pn oke)

3. Anda dikehendaki membawa resume bergambar yang ringkas dan padat. gambar berukuran myspace mahupun myrakan tidak dibenarkan sama sekali. untuk mengelakkan anda dilempang secara tidak sengaja, sila jangan gunakan ayat W atau tAiPaN yG sEbEgInI rUpA dalam resume anda. kecuali jika anda adalah Lionel Messi.

4. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. kecuali jika anda adalah seorang CEO syarikat cari gali minyak yg umurnya kurang daripada 27 tahun.

5. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. juga bersuara lunak dan mempunyai rupa paras yg menarik tanpa bantuan kaca mata hitam. sila jangan menyapu glitter di rambut anda. ianya langsung tidak membantu dalam meningkatkan kadar rupa paras anda. kecuali jika anda adalah Xavi Hernandez.

6. Keputusan temu duga ini boleh diketahui mulai 21/5/2010 dengan melayari Laman Web SKH atau menghubungi TeleSKH No. 600-83-7979 (ini nombor betul SPA. sila jgn cari pasal) atau SMS ke 30000 dengan menaip: SKHKEP <no. kad pengenalan> <kod skim>. sekian.

NURUL HUDA RAHIM
Bahagian Pengambilan
b.p Diri sendiri
Suruhanjaya Kekasih Hati Malaysia

Pemberitahuan ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan







cis.

.end of entry.

20 comments:

  1. tak pasal pasal jawatan ni wujud nnt.. heheheee ;) ye r, sekarang kan ramai andartuu

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahaha
    sape yg anta kad tu?
    mmg perli habes
    =P

    ReplyDelete
  3. mak aku suruh aku tukar nama jadi lionel berd. benci sungguh aku.

    ReplyDelete
  4. nak gi jemputan kawin rupanye...namun khayalan nak gi interview....huhuhu...imaginasi yg bagus gitu...

    ReplyDelete
  5. nur al ain,
    haha. takkan lah sebegitu dasat?

    firol,
    betul. hebat kau neh. cekgu la katekan. hee.

    ery,
    dia tak sengaja kot. maklum lah, muka sebegini comel mmg semua org igt dah ada kekasih. kah kah kah.

    berd,
    kalau benci, tuka jd bacary berd pn oke.

    risanur,
    hee. sy kn kuat berangan. lol. haha.

    ReplyDelete
  6. Apa kes Datin bawak kekasih hati? patutnya bawak Dato' la.

    Anak ikan ke apa.

    ReplyDelete
  7. "sila jangan menyapu glitter di rambut anda."

    kenapa aku rasa nak mencarut?

    ReplyDelete
  8. Datin Huda dan kekasih hati? sejak bila kau jadi sugar mummy?

    ReplyDelete
  9. hah~ kaw2 kawan ko perli eks.

    err, aku rase ko terlupa nak letak status + jantina lah. hohoho

    ReplyDelete
  10. amalina,
    A+ ah neh ek? :p

    anoneemus,
    anak ikan lah. dato' g oberseas. mcm tak pephm.

    razman,
    mujur aku tak buat link. haha.

    sigg,
    dah lama. malas bitaw kau. aku tahu kau sdg mencari kan? kah kah kah.

    huda,
    eh aku mmg bisexual lah. wakakakak.

    ReplyDelete
  11. keh3.padan la tibe2 kuar form carik kekasih hati.ade org bagi kad dengan ayat perli makan dalam rupenyer.keh3.

    ReplyDelete
  12. oh hari ni lah interbiu nya. ramai tak yg datang? hahaha.

    ReplyDelete
  13. et,
    heh. terima kasih kerna mengerti.

    Q,
    entah. aku g klcc td. tak g mid plak. aku dengar mid sesak. tak tahu lah kenapa.

    ReplyDelete
  14. ya. mungkin lepas interview boleh pergi lorong haji taib. haha

    ReplyDelete
  15. hoi semua
    yg kaya jer layak ;p

    ReplyDelete
  16. haha, comel je! tak taulah kalau betul2 ada

    ReplyDelete

nak komen jgn rasis sgt. lempang karang.