Wednesday, November 6, 2013

Macam rindu jew. Macam rindu jew.

Rindu nak ber blogging.


Rindu nak bersengkang mata semata-mata nak menghasilkan post yang diminati ramai (masalahnya ada ke? Pernah ke post kau diminati ramai? Puihhh HAHA)


Rindu nak baca komen orang sejurus selepas up new post (sejurus apa woiii. Bajet blogger femes. Paling kuat pun seminggu lepas up post baru ada orang komen la. itu pun anonymous "hai! What a fantastic blog u hv here! Come visit mine. I follow you you follow me back yeah")


Rindu nak kelam kelibut buka new tab banyak-banyak sebab terlepas post blogger lain bila away (contoh raya balik kampung tak dapat online. Bukan. Bukan sebab takde line internet. Tp sibuk tolong nenek anyam ketupat *nampak tak permainan dia di situ*. So banyak new post yg terlepas. Lepastu menggelabah buka banyak-banyak terus. Lepastu laptop hang. Lepastu stress. Lepastu minta laptop baru kt abah. Lepastu instead of kasi laptop baru, abah kasi pelempang baru)


Rindu nak komen keji-keji kutuk-kutuk mengarut-ngarut kt blog post orang lain. (Dalam erti kata lain, membuat onar di blog orang. Haha. Lepastu ada sohabat-sohabat seangkatan plak tu yang suka buat onar jugak. So saling bantu membantu. Wonderpets sangat kan)


Rindu nak baca blog review daripada blogger lain. KIH KIH KIH (ini paling tak boleh blah. Ada pernah orang review blog kau ke woy? Ada la woy sekali dua. Sekali dua je tak payah nak rindu lah. Semak sungguh. Alaaa biar la. syasya sukew mata syasya!



Rindu nak dapat duit daripada nuffnang. Eh? Pernah dapat 2 kali je pun boleh rindu dah ke? Boleh lah. Asal lebih dari sekali kan. Kui kui kui. Kincin vole vera tak vole.



Rindu. Sumpah rindu. Haih. Nanti lah one fine day aku up post yg berguna pada bangsa agama negara dan syasya ye. Hihi.



Rindu nak tekan button publish KAH KAH KAH oke nak tekan sekarang bye bye bye.

2 comments:

NeemoNeemo™ said...

First!

Rindu nak komen first.


Oqetengsbai. Nak pigi vara. Musti baya baru vole.

imah abd rahman said...

woi tolong la blog dah berhabuk.hapdet la sebijik!!wakakakaka kbaiii

Related Posts with Thumbnails