Thursday, April 15, 2010

coklat bawang. ada ke? mcm sdp je?

bila aku tak nak buat, kecik ati.
bila aku dah buat, jadi macam ni.























aku plak yg rasa kecik ati sampai nak lari rumah tetbe. kau tgk. sampai dah tak rupa bawang puteh. tak tergamak aku nak tgk. bila aku tanya "MAK, MAK TAK MASAK KE? DAH NAIK BERAKAR UMBI BAWANG PUTEH YG UDA KUPAS NEH". skrip biasa mak "MAK TAK SEMPAT LA. MAK BZ. MAK KAN CAREER WOMEN". heh. takpa. takpa. at least aku dah ada alasan yg kukuh utk tidak mengupas bawang puteh dgn kuantiti yg byk bila disuruh oleh mak di lain hari. yeay!

p/s: nampak gaya, mcm dah nak tumbuh jd pokok bawang ja. aku ingat aku boleh jadi usahawan bawang puteh la pasneh. maklum lah bak kata mak senah, apa tuh..em..hijau tangan? tangan sejuk? ha lebih kurang lah tu. sesiapa yg nak beli bawang puteh boleh call aku. udah-udah le beli bawang kt si wong teck kiong tuh. mari bantu org melayu pulak. dah la melayu, muda pulak tu. dah la muda, perempuan pulak tu. dah la perempuan, comel pulak tu. dah la comel, err. hee. sebelum korg rasa nak sepak, aku bla dulu. bye!

.end of entry.

Monday, April 12, 2010

guru pitka barangkali.

hari tu, dgn muka yg bersinar, azim ckp kt aku "MAK UDA! AZIM DAH PANDAI BACA BAHASA INGGERIS". aku senyum (kali ini bukan dgn senyuman magibon. senyuman magibon hanya utk memikat para lelaki dewasa lah. bkn utk budak berumur 6 thn. apatah lg kalau budak tu ank sedara kau sendiri. sumbeng mahrem jadinya nnt. haha). tiba-tiba aku teringat, dulu azim sebut SUPERBIKE jadi SU-PER-BIE-KE (bunyinya penuh kemelayuan. bie-ke tu bunyi mcm kau sebut kueh bingke ubi tanpa huruf N dgn G). itu dulu. sekarang, bak kata azim, dia dah pandai baca bahasa inggeris.

semalam hujan lebat. tiba-tiba azim bersuara "MAK UDA, PETIR TU BAHASA INGGERIS" aku dpt kesan ada bunyi keyakinan di hujung ayat dia. sambil buat muka ingin tahu, aku tanya "OH YEKE? HABIS, BAHASA MELAYUNYA APA?" azim kerut kening sket. lepastu dia pun jawab, "KALAU BAHASA MELAYU, GURUH LA MAK UDA" eik. takpa. mungkin aku salah dengar. yelah bak kata senior aku, 'kalau kita dah korek telinga pun, kadang-kadang kita tak perasan masih ada taik telinga yg tertinggal kt tepi-tepi tu lagi'. jd aku pun tanya azim sekali lagi "OH..KALAU BAHASA INGGERIS?" kali ni azim buat muka tak puas hati sket "PETIR LA! BAHASA MELAYU GURUH!" dia jwb dgn penuh semangat kesukanan. pergh. berat jugak neh. esok kalau aku lapang aku ingat nak pergi usha tadika tempat dia belajar la. kalau perlu, aku nak saman tauladan cekgu dia sebanyak RM 1 juta. eh korang jgn dah siap berangan nak suruh aku belanja caribbean fish Secret Recipe plak. aku ckp kalau perlu je. heh.

.end of entry.

Thursday, April 8, 2010

atas permintaan ramai

setelah dibasuh dgn penuh kasih syg.

 
dah. puas hati korg semua? haha. kachak rupanya kipas cap mistral aku neh. suci ja rupa dia kan? siap ada air-air lg. ala-ala baru lepas berwudhu gitu. err tu bkn air peluh ya. itu air musta'mal ;p

.end of entry.

Wednesday, April 7, 2010

tugasan terakhir.

Amacam? serius tak bunyi nya bila aku pakai perkataan 'tugasan' tu? mari aku tunjuk contoh konteks penggunaannya, "BAIK ENCIK. SAYA AKAN LAKUKAN TUGASAN TERSEBUT DGN SEGERA, SEMPURNA, DAN RAHSIA". mcm sgt penting kan? mari kita cuba translate ke bahasa ingelish. 'assignment'. contoh konteks penggunaannya, "AKU TAK BUAT PN LAGI ASSIGNMENT TU. KENA HANTAR SBLM PUKUL 5 HARI NI KAN? JAP LG LA AKU BUAT. AKU NAK LIKES STATUS FESBUK KWN-KWN AKU NEH". tiba-tiba dh jd mcm enteng. semalam sepatutnya aku kena hantar assignment. tapi aku tak siap. so pg tadi baru aku terkial-kial hantar. kwn aku tanya berapa pages aku buat assignment tu. aku ckp aku tak tahu. aku malas kira. lgpn matematik aku memang lemah. tp itu jwpn kaver line ja. sebenarnya aku malas nak ckp kt dia yg aku buat betul-betul ikut sukatan untuk muat selit bawah pintu bilik lecturer. haih. nak tahu tak kenapa aku lambat siapkan assignment? ni semua salah Dato' M. Daud Kilau. kau tahu tak gara-gara dia bukak baju kt ABP-BH hari tu aku tak boleh tidur lena dua mlm? asek terkenang-kenang ja. hesh -.-

.end of entry.

Saturday, April 3, 2010

sebab aku kan kakak.

Khamis. 1/4/2010. seawal 7.42 pagi mak msg aku, "bila nak balik?". menyusul tak lama kemudian, msg drpd abah pulak "ada plan nak balik?". wah. mak abah aku neh, betul-betul rindu kt aku gamak nya. beria tanya aku balik rumah ke tak. bg tidak menghampakan harapan kedua org tua, aku pun call mak "mak, kenapa? nak suruh uda balik ke?" dgn penuh rasa syahdu, mak pn jawab "aah. nak suh tolong jaga amir. mak dgn abh outstation minggu neh". oh kecewa sedikit di situ. rupa-rupa nya nak suruh aku balik utk jaga adik aku semata. tiada rindu, tiada juga hp baru (err. mcm tiada kaitan. takpa abaikan). adik aku tu walaupun umur dah 17 tahun, nak suruh dia masak nasi pn kena buat ugutan 'AKU CAMPAK PSP KAU KANG' sebanyak dua belas kali. baru la terkedek-kedek dia pergi masak nasi. nampak tak betapa tidak boleh berdiri di atas kaki nya sendiri? maka terpaksa lah aku sbg kakak sulung (eh huda, kau ada adik beradik perempuan yg lain ke? -.-) menyorongkan kaki aku sendiri utk dipijak oleh beliau. ceh nampak mcm kakak mithali bukan? haha. betul lah. mmg mithali. tgh hari khamis tu juga aku pulang ke rumah oke. tiba-tiba, ptg jumaat tu mak aku cakap adik aku tak jadi balik. eh eh eh. apa neh? aku balik semata-mata utk menjaga beliau. mana boleh mcm ini. ini dah mcm adik kandung menganiaya kakak kandung sendiri! gara-gara tak puas hati, terus aku msg kwn adik aku (adik aku tak bwk hp g asrama. skema kan beliau? bak kata abg aku, mana boleh dia bwk hp. nnt jatuh la reputasi dia sbg kadet kebangsaan. cet)

"CAKAP KT AMIR, SATG ABG DIA NAK DTG AMEK DIA"
(menggelupur la adik aku. tetbe msg bitaw nak dtg amek. haha. terus dia kol aku suruh aku kol dia balik)
"HA CPT SIAP-SIAP. JAP LG KTAORG DTG AMEK KAU"
"LA APA PLAK. AKU DH BITAW MAK ABAH AKU TAK BALIK"
"EH TADE TADE. KAU KENA BALIK JUGA. SIAP CPT"
"NAPE? ALA MANA BOLEH. ESOK AKU ADA PROGRAM"
"PROGRAM APA?"
"EMM ERR ADA LA PROGRAM. ALA AKU TANAK BALIK"
"AHHH. TADE-TADE. KAU TAHU TAK ESOK CHELSEA LWN MAN U?" (bijak tak aku? aku taw adik aku sokong chelsea. tips kpd kakak-kakak di luar sana, sila amek tahu adik lelaki anda sokong kelab bola apa. sng utk kegunaan mengugut di masa akan datang)
"CEWAH. PANDAI UGUT AKU. TAW LA. TP ALAA..."
"AH TADE. KTAORG DAH ON THE WAY NEH"
"HAA??!! YEKE? ALAAAA"
"TADE ALA ALA. CPT SIAP"
"OKE LA. OKE LA. TP NNT KORG KNE TUNGGU DPN ASPURA LAMA SKET LA. SBB AKU TAK KEMAS APA-APA LG NEH"
"TAKPA. NNT AREA KOL 9 BARU KTAORG GERAK"
"EHHHH!!! TD KATA DAH OTW? HAHAA. KANTOI!! DAH DAH TADE. AKU TANAK BALIK. TAYAH DATANG AMEK AKU"
(bengong. bleh plak terkantoi menipu dgn budak berumur 17 tahun yg hanya tahu main psp dan membaca komik naruto di internet -.-)
"HAHAHA. WOYYY. BETUL LA. MMG DAH NAK OTW LAH NEH. AH TADE TADE. JAP G KTAORG SMPAI. SIAP CEPAT"
"YELA YELA"

heh. amacam? hebat tak aku? haha. padahal banyak kali kena kutuk dgn abg aku gara-gara terkantoi menipu. eh org jujur mmg mcmni. hee. takpa. yg pnting, berjaya mengambil beliau balik ke rumah. tp kesian gk la kt dia. sbb dah malam, jd dia nak amek tanda tgn warden pn mcm susah. siap kena marah lg dgn warden. dia cerita ustazah tu membebel kt dia "AWK NEH MENGANGGU LA! TAHU TAK SY NAK MKN NEH? DAH MLM-MLM BARU NAK BALIK!". ceh. dah kau warden. nasib ar! hangen ja aku dgn abg aku dgr. "USTAZAH, USTAZAH JGN BYK CAKAP SGT. SIGN JE BOLEH TAK? USTAZAH DAH LAH TAHU NAK MENGGEMOKKN BADAN JA. KALAU USTAZAH TAK PUAS HATI SGT MEH JUMPA DGN ABG SY" haha. kalau adik aku ikut ayat abg aku neh, mmg kena sebat dua belas kali la jawab nya.

***
sbb aku malas, lunch hari ni aku masak ayam goreng segera ja. err, memang la hangit sikit. tp aku goreng dgn penuh kasih sayang tahu? takpa. nnt malam kita pergi pasar malam, beli makanan best-best lepastu kita tgk game chelsea sama-sama ya ;')

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails