Tuesday, March 15, 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"


hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je huda? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh.


Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME. oke dah bye.

.end of entry.

Tuesday, March 8, 2011

jom kita main tunang tunang jom.


HAHA. ramai bising sbb muka justin bieber dgn tomok kt sini lama-lama. eh eh. itu mmg sticky post kot. korang apa taw. awwww. cmne nak buat sticky post pn aku tataw ah. keh keh keh. aku dpt komisen duh biar muka depa lama-lama kt blog aku. haha.

arr sorry la lama tak apdate. bz woh. bz apa? bz apa? gila kau. aku sekarang dah mcm artis. peh. penat duh reply komen-komen kt fesbuk. kah kah kah. aku rasa tahap populariti aku dah saing-saing norlia ghani ja. serius tak tipu. apahal bleh tetbe femes eh?

sebab, aku dah TUNANG! keh keh keh. tak tipu oh. serius dah tunang. mcm tiba-tiba je kn. tp sape kesah. mende ad hoc kan lg org ramai suka? tu pasal fesbuk aku mcm fesbuk artis tetbe. sekejap kang keluar notification "jenab likes your picture" sekejap kang keluar notification "gar this_are yu (euh?) commented on ur photo" kejap kang keluar notification "tomok posted on ur wall" (ewah tomok tak habes habes. haha). so mmg rasa femes habes. sape nak rasa femes tetbe, tips nya senang ja. bertunang lah secara tiba-tiba. haha. sumpah terbukti berkesan. tak caye bleh try buat nnt oke.

meh aku cerita sket eh pengalaman aku bertunang. biasa ja. sbb aku pn baru first time bertunang kn. eh? haha. sbb ad hoc, preparation mcm tak berapa nak ada sgt. nak cari cincin punya la ssh. aku ni dah la tak gemar pakai mende-mende gini. tetbe nak kena pilih plak. aduh. pening oh. rasa mcm nak pitam pn ada. nasib baik la tunang kesayangan tolong pilih. org kt poh kong tu pn nmpk mcm dh hangen ja. bwk bwk kuar aku tanak. bwk bwk kuar aku geleng kepala. bwk bwk kuar aku buat muka. lama gk la duk kt situ. mujur dia org cina. kalau dia org klate, mesti aku dah kena 'nate mu!" sebijik.

nak cari baju pn parah gak. esok nak tunang, petang tu baru aku g try ngusha baju. bila masuk je setiap kedai, kitaorg ckp cmni "kak, nak cari baju tunang". akk kedai pn jawab "oh bleh. sape nak tunang ni dek?" sambil buat muka comel, kitaorg jawab "kitaorg la kak". muka akk tu sumpah mcm tak percaya habes. pastu dia tanya lg "oke. bila tu nak tunang dek?". sekali lg sambil buat muka comel kitaorg jawab "esok kak". hahaha. muka akk tu mcm nak ckp "hoy budak-budak! korang ingat ni main pondok-pondok ke haa? esok nak tunang harini baru terkial-kial nak cari baju?!". heee. ssh weh cari baju. takdak saiz la tak bekenan la. last-last aku bantai ja pakai baju songket aku. lantak la. lawa gak apa baju songket aku tu. cuma lari tema la drpd wane hantaran aku. haha. tp dulik ah!

sumpah malas nak menaip. tepek gambar ja bleh ka? heee. bleh eh.


engrave nama kami. auch. romantik tak? sila jeles. hee.


oh utk kasi korg lg jeles, nah pic dekat sket. haha.


hoy hoy. nak bertunang ke nak main pondok-pondok neh??


tunang kesayangan! i <3 u so much!


oke yg ni dah tak mcm main pondok-pondok kan? ;p


tgk tgn aku. hasil drpd masuk kelab nasyid time skola dulu :p


pandangan matanya menghancurkan jiwa. ewah. jiwang. boleh teka lirik lagu apa tu sekarang. cepat. sape teka betul aku kasi hadiah berupa url fesbuk aku supaya boleh tgk lebih banyak gambar. kah kah kah. tade sape peduli la woyy. blah la woyy. boo booo. oke dah bye.

.end of entry.

Saturday, February 19, 2011

tutorial (hah?) kenapa justin bieber perlu jadi adik angkat tomok new boyz.


"eh bila justin bieber nak dtg malaysia?"
"peh. apsal? kau nak pergi ka?!"
"aah. aku nak pergi"
"serius?!"
"serius. aku nak g campak telur kt dia. jom ah"

sesape yg mak dia ada niaga kedai runcit, meh ar jd supplier telur sket. jgn ah nak kedekut sgt. dulu zaman-zaman tomok new boyz sejarah mungkin berulang meraung cuba cuba berbaik (jahat) cuba ke kanan (kiri) cuba betulkan (salah) cuba luruskan (gagal) maunya itu itu juga (itu juga) (peh gila aku hapal lagu new boyz! agaga) maren laju ja kau sign mou jd supplier kan. 



peh. muka tomok zaman dolu-dolu mmg bleh tahan pesen muka minta telur. rambut tu konpem sapu tancho. melekap statik ja. siap belah tengah lagi. mmg pujaan gadis-gadis kelas 2 melur sungguh. zaman-zaman ni mmg kau bleh jumpa ukiran hati beserta ayat "tomok wuz here" kt meja gadis-gadis ni. serius tak tipu.


ehem. tomok sekarang. ada rasa nak campak telur ke ada rasa nak campak nombor telefon? kau pilih sekarang cepat. kau la pilih. aku tak bleh. nnt kena "blah la lu" plak (silap oh kasi taw link blog kt bf? dah tak bleh nak berfoya-foya. jom buka blog baru?) kah kah kah.


justin bieber dolu-dolu. muka bleh tahan minta telur. pn begitu, tetap menjadi calon pilihan suami ideal 2011 oleh adik2 yg belajar di kumon, smart reader, dan tidak ketinggalan juga tabika kemas.

justin bieber sekarang. bertambah-tambah minta telur nmpk gayanya. plz la rambut tu. aduh pening aku tgk rambut kulup melekap kau ni bieb oii. bagi la ruang udara sket utk otak kau bernafas. kesian dia. dia selalu bbm aku mlm-mlm. ngadu sesak nafas katanya. kah kah kah. tak kelakar. tp tanak bye lg. sbb x abes lg. hee.

tomok, kalau kau baca blog aku ni, aku minta tolong sgt-sgt. kau amek la dia ni jd adek angkat kau. pastu bila si bieber ni dtg malaysia, lepas dia kena campak telur, kau bawak la dia g kedai gunting rambut maniam. kronik naa dah aku tgk gaya rambut dia neh. bleh eh? thanx yarr. u r my ex-boifren forever yarr (mcm biasa ayat feveret). haha. eh tp apsal aku beria concern pasal justin bieber neh? kau gila apa. pencemaran pemandangan tahu gaya rambut dia neh. hey burung gagak yg tgh berusaha keras isi batu dlm botol utk minum air pun bleh tercekik batu la kalau nampak gaya rambut dia neh. haha. oke dah habes. bye.


.end of entry.

Wednesday, February 9, 2011

tentang dia.

peringatan awal: sumpah entri ni bkn genre mcm entri-entri biasa dlm blog aku. kalau agak-agak kau boleh muntah, tolong la jangan baca. haha. hey hey. aku pun manusia biasa. ada hati dan perasaan. apa salah nya aku jiwang sekali sekala. lol. hee.

3 january 2011

mak balik kerja. mak tunjuk msg kwn dia. kwn dia tanya samada aku dah berpunya atau belum. katanya, dia nak kenalkan dgn anak dia. tp dia ckp anak dia "rugged" sket. aku tgk nama anak dia sambil dalam hati "hurm. nama bleh tahan sedap. meh kita tgk sket muka dia rupa apa". mak tanya aku "nak berkenalan tak?". sbb aku seorang yg rupalistik, maka aku ckp "nnt dulu la mak". mak ckp "oke. takpa. mak tak paksa". malam tu, aku buka fesbuk. aku taip nama dia. nak tgk rupa dia. tp aku tak ingat nama ayah dia. lepas 12 minit perah otak, akhirnya aku ingat nama ayah dia. peh hebat tak daya ingatan aku? haha. oke. dah taip nama penuh dia. boleh tekan SEARCH sekarang. weuw. keluar muka dia. dalam hati aku "boleh tahan". oke takpa. kita kena berlagak kool wlpn kita tak minat kumpulan kool.

4 january 2011

esoknya aku msg mak "mak, bleh la kasi fesbuk uda. suruh la dia add. apa salahnya berkwn kan". ewah. dan-dan. padahal kau dah usha fesbuk dia dulu. kah kah kah. tengah hari tu juga dia add aku. mcm biasa. buat-buat kool sahaja. kami chat sedas dua, kemudian laju ja dia minta pin bbm aku. apa lg. duk ber bbm ah. mlm tu dia kol. ada isu yg diutarakan. sensitip gak la isu nya. tayah la cite eh? biar aku dgn dia ja yg taw. hehe. ya aku menanges gara-gara isu itu. peh kau faham tak kau faham tak? baru first day kenal dia dah buat kau nanges. perasaan kau mcm "apahal kau ni?! kau ingat kau xavi hernandez ke ha?!". oke. sumpah aku benci gila dia time tu. aku siap ckp depan cermin mcmni lagi "mak...apa ni mak..org pesen apa yg mak kenalkan kat uda ni mak??". haha. mcm bangang. sbb terlalu sakit hati, aku siap berazam yg aku akan buat dia jatuh hati kt aku kemudian aku tak nak kt dia. jahat oh? haha. pedulik ah!

5 january - 16 january 2011

kami duk ber bbm. mcm org bercinta. padahal tak bercinta pn. kan aku ada misi aku tersendiri? entah mcm mana bleh terlepas ckp pasal blog. dia minta link blog aku. nak baca kata nya. aku kasi. peh lepas baca dan-dan terus nak adore aku. hee. terima kasih blog. kerana dirimu, diriku di adore oleh seseorang yg sgt perasan berkaliber, perasan hensem, dan kuat show off. sng nak jalankan misi <3.

17 january 2011

dia ajak aku makan malam. oke kami pergi makan malam sama. dia suruh aku order. apa lg, aku bantai order tom yam ayam, udang goreng tepung dgn kailan ikan masin. dia tanya aku "makan sotong?". aku jawab "makan". dia order sotong kerabu. peh tak pernah-pernah aku mkn sotong kerabu. mmg aku tak sentuh la lauk tu. dia tanya aku "apahal tak mkn ni? td kata makan sotong?". sambil buat muka perasan comel, aku jawab "err ayat sy tak habes lg td sebenarnya. mmg la sy makan sotong. tp sy mkn sotong kt rumah ja. sotong kt kedai sy tak makan". dia punya muka bengang toksah kira ah. hangen kemaen. membazir katanya. "peh budak ni. mcm-mcm hal la. eh awk tak boleh mcmni. lain kali awk ckp betul-betul kalau tak makan. awk igt sy bleh habes ke makan semua ni? membazir tahu tak?". weuw. kena marah duh. buat muka kering ja la. keh keh keh. sambil dia duk makan, aku main bb dia. tak pepsl bb dia tak bleh on. rosak terus. hebat tak tgn aku? pegang ja terus rosak. haha.

18 january 2011

pagi tu dia kol. ajak pergi tgk wayang, betulkan kereta dan bb dia. oh ya. lupa. mlm smlm tu dia hantar aku balik kolej tetbe kereta dia rosak. maksudnya, aku bukan takat rosakkan bb dia, kereta dia pn aku rosakkan. tanpa berbuat apa-apa la tp nya. hebat gila aku kan? haha. kami tgk cerita khurafat. kah kah kah. dia punya bising toksah cerita la. mcm-mcm dia komplen. "eh pelakon ni tak boleh la mcmni. baca skrip sgt neh" "ahhh cite cmni mana bleh jual!" "aduh cerita apa neh?!" "eh sy nak tdo la boleh tak?". kah kah kah. aku gelak je. tp mmg cerita tu tahpape sket. serius. membazir duet ja. mujur bukan duet aku. hehe. lepas habes tgk wayang, pergi betulkan bb dia. lepastu pergi betulkan kereta dia plak. mlm tu dia kol (lepas pukul 12. so dh jadi 19 january ah). minta kapel. wah laju aja. hebat tak aku? ngeh ngeh ngeh. ya mari kita berkapel. haha. 

29 january 2011

ohh aku lupa nak cerita. rambut dia ni panjang. sumpah panjang gila. 2 thn tak potong kata nya. dan ya. aku tak suka tgk lelaki berambut panjang. dia kata dia ada impian. nak buat rambut mcm midnite mark katanya. jadah mende midnite mark aku pn tak tahu la. kau nak tahu kau google sendiri la ye. tp sbb aku asyik ckp "xavi hernandez punya rambut hensem" berulang-ulang kali, lama-lama dia setuju nak potong rambut dia. kah kah kah. sekali lg aku rasa aku sgt hebat sbb berjaya buat dia potong rambut. tehee.

29 january kitaorg keluar. malam sblm tu dia keluar dgn kekwn opis dia. balik lambat gila. dia pesan, esok pagi kejut dia. aku ckp "eh mana bleh. nak deting kena ah berusaha bangun sendiri". nak balas dendam punya pasal, dia ckp "oke esok kita jumpa kt depan kolej awk pukul 11. sape lambat blanje eskrem. setiap 7 minit bersamaan dgn 1 eskrem". haha. kemaen berlagak dan konfiden lg dia. dia tak tahu ke aku ni berdaulat? mmg pg tu dia bangun lambat. pukul 11 baru dia bangun. ceh. aku tepat pukul 11 dah tunggu kt depan kolej kot. hesh. pasrah ja masuk bilik balik. perasaan kecewa dia mcm kecewa tgk game arsenal 4 seri dgn newcastle haritu. haha.

aku ikut dia pergi potong rambut. err first time kot ikut lelaki potong rambut. adik or abang aku potong rambut pn aku tak pernah ikut. haha. kemaen bergaya lg cina tu potong rambut dia. tapi tak cukup pendek. aku malas nak komplen lg sbb aku dah byk komplen sebenarnya time cina tu potong rambut dia. haha. tp cina tu tak faham-faham. takpa la. aku mmg kurang bekenan dgn gaya rambut dia. dah ala-ala nick carter zaman backstreet boys dolu-dolu ja. kamon la. sekarang zaman justin bieber oke? peh! haha. 

30 january 2011

dia pn ngaku yg dia kurang gemar dgn rambut baru dia. haha. kesian dia. aku rasa bersalah gila. last-last aku ajak dia potong lg sekali. pergi la potong lagi sekali. yeahh. kali ni sumpah pendek. haha. aku suka. suka gila! tp dia asyik komplen ja rambut dia tahpape. kena pakai wax baru oke kot kata nya. sbb kalau tak pakai wax nmpk mcm serabai gila. ada yg tercacak tak tentu pasal. kau tahu rambut conan? ha mcmtu la lebih kurang rambut dia. ada yg ternaik-naik sket. haha. tp sumpah aku suka tgk rambut dia cmtu. kesian dia. kena bahan dgn kekwn dia. tp dia cakap "sy tak kesah. asalkan awk happy dah ar". ngeheheh. mlm tu nak juga tgk wayang wlpn dia ckp gaji dia tak masuk lg. takpa. aku ckp, kita kongsi-kongsi duet. tp aku pn tak cucuk duet time tu. so mcm ada sket gila duet dlm dompet. haha. aku tanya dia "nak beli popcorn pn tak boleh la eh?" dia jawab "tak boleh la. duet kita tak cukup kan? nak buat mcm mana". sadis gila. nak beli popcorn pn tak lepas kau tahu? beli air mineral pn pilih yg paling murah punya. mmg rasa mcm anak nelayan gila. haha. eh ke anak nelayan zaman sekarang dah kaya? tak miskin sgt? hoho.

5 february 2011

ada kwn aku kawen kt jengka. aku ajak dia pergi sama. dia kata oke. first time dia datang rumah nak amek aku. kitaorg janji nak pergi sekali dgn kwn aku. naik kereta berempat. so janji pukul 9 sampai kt rumah kwn aku. pukul 8.25 dia ckp mak dia suruh breakfast dulu bagai. aku dah hangen sket. aku ckp kt dia "dah la menumpang org. segan tahu tak kalau lambat". tepat pukul 8.40, dia msg ckp dah smpai depan rumah. kata nya dia nampak kereta aku abah bawak. so dia follow ja sampai depan rumah. haha. hebat. tp masalahnya aku baru lepas mandi time tu. laju ja dia msg "dahla tumpang kereta org. pastu lambat plak. buat malu ja". hahaha. demn. lepas dah siap, aku keluar rumah. mak ckp mak nak tgk dia. mak pn ikut keluar rumah. dia keluar kereta. berborak sedas dua dgn mak pastu kasi roti canai. buat breakfast katanya. mak ckp "eh la ssh2 ja. tu huda tu belum brekafast". dia senyum dan jawab "eh takpa. utk dia ada dlm kereta". oke. mak masuk rumah. aku masuk kereta. aku pandang tmpt duduk belakang. sambil buat muka tak puas hati, aku tanya "ehh kata ada breakfast utk saya. mana nya?". dia gelak. "mana ada. sy main ckp je td". cis. 

oke tiba-tiba aku dah penat dan malas nak taip. stop mcmni ja la bleh ka? korang pn mesti malas nak baca juga kan? haha. oh eh. ya. misi tersendiri tak menjadi. kau gila ke apa. kalau kau berada di tempat aku, bila ada org layan kau dengan begitu baik, kau pn takkan tergamak nak jalankan misi tu. hehe.



p/s utk awk: sy tahu awk mesti baca entri ni kan? haha. terima kasih utk segala-gala nya. sy minta maaf sbb sy slalu buat awk sakit hati. sy pn tak tahu kenapa. satu hal yg pasti, sy syg awk. oke dah bye.

.end of entry.

Thursday, February 3, 2011

step-step jimat duet kt pasar.

1. tanpa mandi pagi, pergi ke pasar dgn berbekalkan muka baru bangun tdo anda. tolong jgn amek remeh. step ni crucial taw. tgk ai dh speaking. tu artinya mmg betul2 penting la. haha.

2. kaut udang dan sotong sesedap rasa. smpai tgn dah rasa lenguh, baru stop kaut. ehem. apa? tareti nak pilih udang? takpa. jgn risau. meh aku ajar. kau pegang bhgn leher dia. kalau kental, elok la tu. kalau lembik mcm nyah kt lorong hj taib, kurang elok la tu.

3. dah siap kaut letak dalam bakul, terus letak kt meja cashier. lepastu bila nmpk akk cashier dah start menimbang udang, kau cepat2 buat muka 'eh eh nab! ikan cencaru tu mcm fresh ja. moh tgk sedas dua sat'. Tanpa rasa ragu-ragu, terus pergi kt bhgn ikan plak.

4. bila dia dah siap timbang kemudian bagitahu harga 'RM 35.60. Siapa punya ni? 35.60 eh', kau buat-buat tak dgr sbb sebuk ngusha insang cencaru merah lg ke idak. Ha? Kau tanya jadah apa usha insang merah ke idak? eh tu cara nak taw ikan fresh ke idak la. ah leceh la cmni. Xkn sume mende aku nak kena ajar? Penat taw mak mcmni. Benci awwww. malam ni dah la kena OT. tak sukew tak sukew tak sukew. I nyah, I pn oke. Ihiks.

5. sambil ngusha insang cencaru, jeling akk cashier sket. bila dia dah start timbang utk org lain punya, kau bleh la buat muka 'aih sume ikan ni xfresh la nab. malas mak nak beli nokss. beli ikan sardin cap king cup lg fresh'.

6. sblm g kt cashier, usha mamat jual santan kt kedai depan jap. eh mamat tu kacak kot. oke tade fungsi pn step yg ni sbnrnya. kah kah kah. next!

7. dtg kt cashier sambil cari-cari udang dan sotong kau. Setting muka noob+baru bangun tdo baik punya. Biar nmpk mcm kau xsengaja terlepas dengar harga td (kan aku dh ckp step 1 crucial?). 'Eh mana td sy punya? yg ada udang dgn sotong tu. berapa ringgit ya?'. ah ha! dia dah lupa berapa! maka dia timbang lg sekali. hasilnya 'em RM 35 ringgit'. wah! enampohsen dah hilang tiba-tiba. hebat tak? bahahaha.

8. bleh pergi beli mamee monster perisa bbq. dua peket duh bleh dpt. mkn sorg2 mmg puas hati gila. agagaga. sekian. bye.
Related Posts with Thumbnails