Thursday, August 19, 2010

biskut kegemaran saya.

hye semua!! tak payah dekat! tak payah dekat! aku tade nak goreng telur dadar utk korang pn. duk jauh-jauh pn takpa. haha. permulaan ja dah menjurus ke arah sesuatu yg sia-sia. jadi memang benar assumption kalian. ini memang entri sia-sia. tp sejak bila aku pernah ada entri yg tidak sia-sia? oh ada satu. entri minyak petronas. itu bukan entri sia-sia. itu entri serius mencari bakal suami. haha.

eh lama aku tak apdate ork? korang rindu tak kt aku? halah. ayat tipikal blogger yg dah lama tak apdate betul. jap. aku tuka ayat. eh lama aku tak apdate. korang ada rasa nak korek hidung di siang hari tak? kalau ada, bagus lah. itu artinya IQ korang berada di tahap normal. tahniah! negara memang memerlukan orang mcm kalian!

ya entri sia-sia kita hari ini bertajuk "biskut kegemaran saya". biskut neh mmg aku suka gila sejak zaman sekolah. sebab dia sedap. jadi, setiap kali balik rumah, aku mesti beli utk bwk balik asrama. sebab aku suka sgt biskut ni, aku selalu makan sorok-sorok. tanak kasi kekwn lain. haha. gila kedekut kan? (oke nani aku tahu kau mesti nak ungkit hal roti kan? sila lah. sharing kan is caring? haha).

tp aku ada seorang kwn yg sgt suka meminta makanan org tanpa rasa bersalah. ada sekali tu, dia nampak aku makan "biskut kegemaran saya". dia pn pantas ja bina ayat kalis baik punya "EH! BISKUT APA TU? MCM SEDAP JE. KITA TAK PERNAH MKN PN. SEDAP KE?" atau dalam bahasa mudahnya, "WOY MEH AR SKET BISKUT KAU. AKU NAK". dgn kadar kerelaan di tahap 0.0001%, aku pn bagi ja la.

sambil makan, aku pn saja la nak cuba buat dia faham kenapa aku sebenarnya tanak share pn biskut tu dgn kekwn lain (sumpah biskut tu ja. biskut lain aku tak kesah. kalau biskut cap ping-pong tu, amek semua pn takpa). sedang dia makan, aku bersuara; "KAU TAHU TAK BISKUT NEH BERAPA HARGA DIA?" sengaja. aku nak tgk apa reaksi dia. "ENTAH. TAK TAHU. MUNGKIN DLM 3 KE 4 RINGGIT KOT?" dia jawab sambil mulut laju menguyah "biskut kegemaran saya". aku senyum tipis. "SALAH. BISKUT NEH HARGA DIA DLM 11 KE 12 RINGGIT". dia buat muka terkejut gila. dalam hati aku sedikit girang. YES! taktik aku berjaya! lepas dia tahu biskut tu mahal, mesti dia takkan minta lg drpd aku dah! kau bijak huda!

masih dengan muka terkejut, dia ambil lg seketul "biskut kegemaran saya". dia masuk mulut, dia hangguk-hangguk tanda faham. "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL.....SBB TU DIA SEDAP!!" kata dia sambil ketawa girang. aku sedikit hampa. bukan kawan ku. bukan. kau patutnya ckp "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL...SBB TU KAU NAK MKN SORANG-SORANG. TANAK KONGSI DGN ORG LAIN!" mission failed -.-







tp itu dulu la. sekarang, sejak saya menjual HAI-O, saya sudah tidak kedekut lagi untuk berkongsi "biskut kegemaran saya". terima kasih HAI-O. oke ending tade kaitan dan sangat tiba-tiba. dah bye.

.end of entry. 

45 comments:

fd said...

aku tak kisah kalau ada orang nak amik 'biskut kegemaran aku' sebab aku minat semua biskut.

tapi aku pantang kalau ada orang amik roti jala aku. memang nak kene babab.

fd said...

oh pendek pulak comment aku kali ni. mungkin sebab bulan puasa. tangan aku pun turut berpuasa dari menaip panjangpanjang.

FATIN kiddy said...

akak comeyh! nak seketul 'biskut kegemaran sy' tu..ekekeke

Nurul Huda Rahim said...

fadh,
roti jala setakat dua keping sehengget tuh tade sapa nak amek fadh oii. haha. aah. aku pelik gk. siap gosok-gosok mata td tgk komen kau pendek. huahahah.

fatin,
nah hamek ar. byk ag kt bilik neh :p

Razman said...

entri tipikal budak2 tadika kemas. cerita mengenai makanan kegemaran.

Nadiene said...

biskut! hanya minat munchys music :P

Unknown said...

biskut 4 segi cap ping pong jugak yang terbaik untuk aku hehehe

Nurul Huda Rahim said...

razman,
yg penting logik dan nyata. bukan angan-angan yg tak logik dan tak mungkin terjadi. kah kah kah.

fid,
yg ni 12 kali lebih sedap fid. sumpah. hee.

man,
haha. sedap tuh. feveret gk ar. zaman skola-skola dulu, cecah sos ja. sadis. haha.

NeemoNeemo™ said...

Jom join kita!

Nurul Huda Rahim said...

kita nak pergi mana? jom! haha.

tenggelam punca said...

sama lah. kedekut. tak suka share benda2 yang special or mahal or dibeli guna duit sendiri unless dia mmg my best buddy or dia mmg faveret person la. haha ;D

Nurul Huda Rahim said...

tu la. makan sorang-sorang baru nikmat kan? haha. gila kedekut.

siggplus said...

oh usahawan hai-o sekarang,

nnt bila dah jadi ahli diamond, jangan lupa beli caldina sebijik. ala, macam tipikal ahli-ahli hai-o bertaraf diamond tu

Nurul Huda Rahim said...

haish. wajib lah tuh. tp kau tertinggal satu step penting sblm beli caldina. iaitu bwk parents g buat haji dulu. kah kah kah.

Anonymous said...

hahaha

kebal gila minah tu..boleh bikin hati punah.

tu pun biskut feveret aku woh..tp aku rasa cam jajan je.huhu.aku takde lak mkn sorg2..kongsi je dgn sapa2..hehe.

Nurul Huda Rahim said...

kau meniaga HAI-O eh? haha. tetbe.

Aidi-Safuan said...

hek eleh. biskut 12 hinggit pon saving. aku tiap2 ari sedekah doploh lima ribu ringgit kat masjid, x kecoh pon! huhu...

Nurul Huda Rahim said...

sekarang bkn tgh kecoh ke? haha. sudah la kau. nak suh blanje aku kenny pn belum tentu lepas :p

Aidi-Safuan said...

ala, bulan poser. xleh ar nak belanja lunch. kalau tak, malam nih gak aku dah tempah kenny rogers mid valley tuh khas untuk ko

Anonymous said...

owH ingat biskut famous amos td..

x suka biskut la..suka roti benggali jer :)

tenggelam punca said...

haha. tahu takpe. :D

Nurul Huda Rahim said...

aidi,
eh sapa ckp blanje lunch? blanje berbuka pn boleh. awawawawa :p

makdara,
err roti benggali tu apa? sedap ke? tak pernah mkn pn? (eh kenapa ayat dah serupa ayt kwn sy neh? haha)

Nurul Huda Rahim said...

ehem. encik f, kalau share dgn aku boleh? wakakaka.

Aidi-Safuan said...

belanja berbuka? ala mid valley selalu penuh la...

Nurul Huda Rahim said...

eh tak semestinya kt mid valley. tmpt laen pn oke apa. yg penting ada kenny. kah kah kah.

Aidi-Safuan said...

kenny rogers tempat lain semua dah tutup dah. hormat bulan poser agaknyer...

Nurul Huda Rahim said...

memang. org kedekut mmg suka bg alasan. aku dah cukup faham dah. haha. takpa. johnny's pn boleh :p

hamzah ian said...

apepasal lu citer perkare membatalkan pose ni ha?? har har har...

Nurul Huda Rahim said...

masalahnya sekarang, lu puasa ke? har har har.

Zida said...

hahah bisku biskut biskut semua makan janji naa dia biskut. LOL =P

Nurul Huda Rahim said...

wah. ni bagus neh. semua jenis biskut dia bantai neh ;p

Aidi-Safuan said...

johnnys? aper tuh? kedai makanan murah tuh ker? :P

Nurul Huda Rahim said...

haha. bg blogger femes mcm kau, ya lah. itu kedai murah ja. mknn berkos rendah. apa lg, meh blanje aku cepat! :p

syahira ariff said...

senang senang makan ja biskut tawar
tak bimbang kena pau ngan member

Nurul Huda Rahim said...

biskut cap ping-pong la tu. biskut tu depa tanak paw plak. high taste depa neh. haha.

Aidi-Safuan said...

ceh, takat belanja johnnys. aper la sangat.
nah amek lima posen nih pegi bukak poser kat johnnys tuh. nanti balance bagi balik.

Nurul Huda Rahim said...

nak beli nasi semangkuk pn tak lepas bang. punya la kedekut. haritu siap dpt blackberry percuma. ceit! haha.

Aidi-Safuan said...

hahhaahhaha... dapat blackberry la. bukan dapat duit cash seploh juta. ish2... pakai blackberry nih nak kena topap lagi. habes dah duit. sob2... :(

Nurul Huda Rahim said...

haha. tu la kau. tak pandai main politik. org pas dpt tu g jual dgn harga mahal sket. kn boleh dpt cash? itu pn nk kena aku ajar ka? haha. tayah topap. topap berkoyan-koyan pn bkn kau msg aku. eh? wakakaka.

Aidi-Safuan said...

hahaha... mesej ko? tuh kat facebuk berlambak-lambak aku mesej ko. satu pon ko tak reply pastu nak harap ko balas text mesej aku? sedeyh tau tak! :(

Nurul Huda Rahim said...

haha. msg kt fesbuk mmg aku tak reply. byk sgt. tak larat mak noxx. wakakaka.

Aidi-Safuan said...

dah la.. kecewa... :(

Nurul Huda Rahim said...

Allah. merajuk plop dah. dasar jejaka lombok. haha.

Aidi-Safuan said...

hahaha... kurang ajar. hampir tersebut bab1 bler aku baca komen nih.

Nurul Huda Rahim said...

haha. jgn weh. kurang pahala pose aku tanak tanggung eyh :p

Related Posts with Thumbnails