Tuesday, August 2, 2011

tentang dia (5) [EDISI BUMPER]


sudah 18 hari menjadi isteri kepada lelaki kesayangan ni :')


hye hye! beria je aku hye. entah ada lg ke entah idak org yg baca blog selekeh aku neh. heee. eh ada ada. aku check nuffnang, ada 35 org yg wajib buka blog aku setiap hari. sumpah tak tipu. makaseh byk-byk kalau anda tergolong dlm golongan 35 orang yg sgt setia meng view blog aku wlpn aku tak apdate. 

seperti yg dijangkakan, ini entri yg ditunggu-tunggu oleh kalian. ewah. kau dah la lama tak apdate blog. tetbe apdate terus nak buat ayat konfiden minta pelempang. haha. tp betul kan? mmg korang tertunggu-tunggu entri ni kan? kalau tak semua org pn, at least si setia 35 org tu pasti tertunggu-tunggu entri ni kan? hee. oke jom!





















ADAKAH ANDA TERUJA? AYUH KAWAN-KAWAN! KITA SCROLL DOWN SECARA BERJEMAAH DALAM KIRAAN 3!!

1! 



2!



3! 



(tak perlu semangat sangat kot huda. siap bold bagai. zzz -.-)


bakal suami yg cuba berlakon tenang. 

di akad oleh abah kesayangan :)

time-time mcmni la kena mengambil kesempatan ke atas kazen sendiri. fungsi imah pd hari itu ialah sbg tukang lap peluh sepenuh masa. hee. terima kasih imah. i love you.

habes akad. mari baca doa. kata org, muka aku persis artis. kah kah kah. dah kau bayar mekap artis, wajib lah dia transform muka kau jd mcm artis. baru lah berbaloi bayar mahal-mahal. ye dop? :p


mas kawen dan bracelet. 


yang ku nanti saat memegang tangan nya. 
sampai nanti tetap memegang tangan nya :')



cium dahi. free advice: time nikah, jgn pakai tudung ariani (yg ada awning tu). nnt susah nak cium dahi.tak syahdu tahu kalau tak cium dahi? takkan nak cium mulut plak? LOLOLOLO.  


he is officially mine :')




oke dah cukup gambar nikah banyak tu? jom tgk gambar mejlis plak



dewan tun abdullah mohd salleh, ukm.


masuk-masuk dewan....


posing bajet-bajet mcm artis sket....


lambai-lambai rakyat jelata sket...


terus makan! HAHA


pesen nak pandang kamera aja setiap masa. perasan artis la katekan. kah kah kah.

acara memotong kek (bosannya kapsyen kau. tak perlu bagi tahu pn semua org dah boleh tahu kot. zzzz)

acara suap kek (kapsyen kau yg ni pun bosan la huda. lg bagus kalau kau tak buat kapsyen. oke dah bye)



tiada kapsyen.


adik beradik suami :D


kwn-kwn skola menengah. mashit, iman, aina, uyun, dan ruskiah. terima kasih sudi datang!



mak abah kesayangan :')



mak abah mertua kesayangan juga :')


adik, ati, dan kak jiyah. comel-comel kan adik dan kakak ipar aku? ;)


huda luna yg cun dan shax ex pekerja secret recipe yg meng claim dirinya cantik (haha. mmg cantek pn). makaseh sudi datang oi.


ada perkhidmatan belon utk kanak-kanak kt mejlis kami. canggeh tak? mejlis kawen tomok pn tade perkhidmatan cmni (tetbe nak gak kasi contoh tomok) haha. 




oke dah habes. hah? apa? tak puas? nak lagi? oke baik. demi kalian...
























NAH!





khas untuk readers kesayangan. terimalah gambar outdoor photo shoot kami :p





buat pose bajet comel mcm artis korea sket. haha.


baju siap masuk longkang. takpa. sewa mahal. lenjan ja selagi boleh.

suami sayang. masih kacak walaupun tanpa bantuan keris di pinggang. ye. sy terlupa nak check time amek baju kawen tu. bila mak andam tanya "eh mana keris pengantin laki? tade eh?". baru teringat. sian suami sy. maaf ye sayang. tp tade keris pn awak tetap kacak habes :')


hensem nya suami saya :D


konon-konon manja. padahal dah penat gila nak bergambar. haha.


i love you so much sweetheart <3


patutnya gambar ni kamera man suruh buat mcm gaya nak sambut belon. tp aku buat gaya mcm aku yg campak belon ke atas. haha. bantai la labu.


baaaaaaaa


chakkkkkk!

dah habes. kesimpulannya, jd pengantin sgt best. lebih-lebih lg bila ramai mak budak dtg bwk ank dia sambil ckp "ni ank sy sibuk nak salam pengantin perempuan. cantik katanya". KAH KAH KAH. sumpah tak tipu oi. ni kan bulan ramadhan. teheee. oke dah habes. bye.

oh eh. kejap. tajuk entri konon-konon edisi bumper sebab nak sekali kan dgn entri honeymoon. tp tetbe malas plak. so apdate nnt lah. oke ka? heee. selamat berpuasa semua! :D 

.end of entry.

Monday, July 4, 2011

sabtu minggu depan.



aku kawen oi! kah kah kah. memang. memang sengaja amek gambar atas beg converse. konon-konon mcm kad kawen aku tu converse yg taja. keh keh keh. mcm stylo ja kalau converse buat kad kawen. tak ke? haha.

emm tolong doakan mejlis berjalan dgn lancar oke? dan ya. tolong doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat. terima kasih. saya sayang kalian. tp saya lg sayang bakal husben saya (tetbe. tade sape tanya pn. booo booo HAHA). oke dah bye.
 

Thursday, June 30, 2011

mari belajar penaakulan mantik.

aritu aku kuar dgn shax. selamba je dia suruh aku amek dia kt rumah. pastu dia gula-gula kan aku dgn ayat 'nnt aku blanje kau mekdi. mekdi sedap tau!'. ceh. ingat aku budak tadika kemas ke apa?! ini mail lambung la. mail lambung tak makan rasuah (tetbe).

oke oke fine fine (sila baca guna nada si shuib sepah time final ML aritu HAHA). memang aku terpengaruh dgn rasuah dia. maka aku pn pergi amek dia kt umah. belum sempat smpai lg dia dh rakus msg aku 'nnt stop tepi jalan je tau. aku dah kt tepi jln. kalau masuk nnt leceh pak gad tanya memcm'. peh. terguris ego aku. padahal aku baru nk msg 'woy kau keluar tepi jalan sekarang. jgn nak bajet aku masuk smpai dlm sgt la' skali dia dh msg cmtu dulu. tp takpa. sbb, sikap toleransi pasti membawa kpd mekdi free (ini lg tetbe).

sampai kt wangsa walk, terus usha2 tiket wayang. sbb mcm tade cite best yg kena dgn time, ktaorg g mkn dulu. memule dh masuk restoran ayam penyet. elok waiter tu kasi menu dgn kertas ja, ktaorg rasa mcm tak stylo plak mkn kt situ. kah kah kah. selamba ayam ja kuar terus menuju ke secret recipe. memang. memang aku tahu sbnrnya kt wangsa walk tade mekdi. tp aku saje ja bwk shax g wangsa walk. sbb aku nak dia blanje aku mende mahal sket. kah kah kah. ampun shax. takpa. gaji kau byk lg kan? :p 

sepanjang duk melepak mkn kt secret recipe, ada gk la duk mengutuk blogger lain sedas dua. contohnya seperti 'razman rupanya lg rendah drpd gf nya azza', 'sigg asek berkapelkn gadis kacuk', 'hana ngaku pernah kapel dgn bangla' dan mcm-mcm lg la. tiba-tiba si shax buka cerita pasal bos dia kt secret recipe dulu. 

"bos aku kan, dia nak amek pekerja dia tgk rupa gk"
"apahal?"
"entah. ada satu budak tu, aku tgk mcm oke ja. tetbe bos aku tak amek. bila aku tanya, dia ckp sbb budak tu hensem"
"oh kiranya dia cuma amek pekerja yg cantik dan hensem ja la ye?"
"ha lebih kurang cmtu la"
"oke. so kira mcm sekarang kau nak ckp yg kau cantik la??"
"weyyy. tade ah. bkn mcmtuuuuu"

HAHAHAHA. oke here comes the penaakulan mantik;

ayat 1: semua pekerja secret recipe cantik 
ayat 2: shax pekerja secret recipe
kesimpulan: shax cantik

hee. tp kau mmg cantik apa shax. tp ada dua hal je yg aku tak puas hati dgn kau. pertama, apahal kau lg kurus drpd aku? kedua, apahal kau lg tinggi drpd aku? demn. rendah gila aku. tp takpa. yg penting aku dah nak kawen (KAH KAH KAH ini lg terpaling tetbe). 

dah habes mkn kitaorg g usha tiket wayang lg sekali. sbb tak tahu nak buat apa dah. tgh beratur, shax duk semangat cerita pasal cite seram thailand yg dia tgk aritu. tajuk nya ladda land kot. sumpah semangat gila dia cerita. suara tanak perlahan plak kan. mcm ada built in altec lansing speaker gitu. smpai pacik kt belakang pn dgr. pastu pacik tu tanya "cerita apa tu??". gila malu doe! oke tipu. pacik tu tanya anak dia sbnrnya. tp sbb pertanyaan dia tu mcm masuk ja dgn mende yg shax tgh cite, maka kami igt dia tanya shax. haha. tp sumpah shax. suara kau kuat mcm nak kasi semua org dgr :p

alahai. tetbe dah malas nak taip. cmne neh? oke dah habes la. bye. haha. boleh ke gini? anggap ja la boleh ye. teheee. bye.

.end of entry. 

Sunday, June 26, 2011

ini hobi macik hafsah (2)

mak aku ada banyak hobi. selain hobi ni, dia ada lg satu hobi aneh. yakni menyimpan nasi minyak sampai jd sejuk beku kt dlm freezer. aku kadang-kadang jd rimas tgk nasi-nasi minyak tu. entah kurun bila punya pn aku tak tahu la. aku syak ada yg smpai dah beranak satu dah pengantin yg empunya nasi minyak tu.

semalam aku siang ayam, ikan kembung, ikan cencaru, dan sotong (haruslah senaraikan semuanya kan. KAH KAH KAH. dah lama tak membangga diri di blog sendiri. bila ada peluang, harus manfaatkan). bila dah siap siang semua, aku nak masukkan dlm freezer. hangin plak bila aku tgk tade tmpt kosong. aku pn apa lg, laju ja aku amek 2 bungkus nasi minyak sejuk beku mak aku tu pastu aku masuk dlm plastik sampah.

oke. sbb mak aku g melaka semlm. maka dia tade kt rumah. sbb tu aku berani buang tanpa pengetahuan dia. tp aku terlupa nak buang plastik tu keluar rumah. akibatnya, bila dia balik, dia nampak nasi minyak dia 2 bungkus dah terkulai layu dlm plastik sampah.

"sape yg buang nasi minyak ni????! ingat pasir ka???!"

"err uda yg buang. freezer tak muat mak. jd uda buang la nasi minyak mak sket. takkan nak buang ayam ikan bagai plak kan? takpa. kan banyak lg tu nasi mak"

"ye laaaa! masalah nya kamu buang nasi yg baru!"

"err mana uda nak tahu baru ke lama. semua sama ja rupa dia mak. sejuk beku siap ada ketulan-ketulan ais gitu"

"mengada betul laaaaa"

aku berlalu dgn buat muka tak bersalah. terus g depan cerita kt abah. abah dah gelak-gelak ja. "tu la kamu. lain kali dah buang tu cepat-cepat la bawak keluar rumah". adeyyy. lupa daaa. akhir kata, kepada abah, terima kasih kerana tak putus-putus menyokong uda (hah?). kepada mak yg sedang berada dlm bilik, uda minta maaf. jgn sedih-sedih ye. takpa. hari ni kan ank pacik jai kawen? boleh la mak kumpul nasi minyak balik. kui kui kui. dan ya. boleh la uda buang lg nnt. keh keh keh. mungkin mak patut buat label tarikh kt nasi minyak tu kot. senang uda nak buang yg dah lama. tade la terbuang yg baru. hihi. oke dah habes. bye bye bye.

.end of entry.

Tuesday, June 7, 2011

ini epik.



sumpah epik. kah kah kah. ohok! ohok!

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails