Hari tu aku bace paper kt bilik member aku. tetbe aku terbace pasal Jodoh4u.com. aku terkesima kejap. aku pn ckp la kt member aku. dh cm korea la plak ade mende² cmni. klaka gak. tak sangka pn ade. huuuu. tetbe semlm, aku tgh bosan², tergerak plak ati nk tgk. ape rupe laman sesawang tu ye sbnrnye? so, anda semua pasti dpt mengagak kan. aku bukak laman sesawang tuh! hahahah (oke. sila gelak guling². takpa. mmg agk taley diterima akal). bkn ape, aku nk gk tgk cmne org Malaysia mengendalikan laman cmni.
Oke la aku try menggunakan mesin carian die. "Saya Wanita mencari Lelaki. Umur 23 hingga 27". tu dia! byk gile! 1000 lbey gk la. hahaha. muke sume. aduh. aku tanak kutuk ape la (tp korg bley phm sendiri kot?) hahaha. siap ade yg pic pakai kupiah beserta serban neh. strategi utk mendptkn gadis solehah atau gadis yg bernama 'Solehah' barangkali? kekekek.tp ade gk la yg bley tahan. yg paling buat aku gelak, nama diaorg. ade jejaka kesepian la, desprado la, jejaka teruna la, jejaka misteri la (misteri ke? padahal dh siap ade pic, berat, umur, tggi, tarikh lahir. pn masih misteri ek? xphm) jejaka tampan la (obviously la kalo ko tampan ko tak masuk laman cmni sbb dh terlalu ramai gf. ye dak?) dsb. serius. nama² diaorg tu ley wt korg gelak tepuk² meja siap! huuu. tak kesah la. aku pn try la nk bukak profil penuh diaorg. tp taley. kne daftar dulu.
Oleh kerana aku terlalu ingin tahu, (oke. sila gelak guling² lg) aku pn daftar la. canggih jugak laman sesawang neh. selagi korg tak upload pic, selagi tu korg taley tgk pic org laen. haaa. amcm? strategi bagus kn? hahaha. then aku pn try la nk bukak profil penuh. "MAAF! untuk tatapan AHLI sahaja". eik. aku pn pelik. bkn aku dh ahli ke? rupe²nye, ahli tu maksudnye yg berbayar. kalau jd ahli berbayar, dpt la tgk pekerjaan org tuh, taraf pendidikan, gaji, kriteria yg org tu nk cri, anggaran hantaran, no tepon. sume la. fuh canggih kan? oke ni aku copy sket psl yuran keahlian utk tatapan korg (mne taw ade yg tergerak ati nk jd ahli berbayar ke kan? haha)
Yuran keahlian diwujudkan sebagai penapis agar ahli yang benar-benar serius mencari teman hidup sahaja yang menganggotai komuniti Jodoh4U.com. Anda yang bertujuan untuk mencari teman hiburan TIDAK DIGALAKKAN menyertai. Jika diteruskan anda hanya membuang masa kerana tidak akan menjumpainya di sini. Sila ke portal komuniti percuma yang sedia ada.
Keahlian setahun: RM 88
Keahlian 6 bulan: RM 68
Ahli VVIP: RM 288 (keahlian seumur hidup)
Perbaharui setahun: RM 70 (hendaklah sebelum tamat keahlian, sebaliknya harga biasa dikenakan)
Perbaharui 6 bulan: RM 50 (hendaklah sebelum tamat keahlian, sebaliknya harga biasa dikenakan)
Haaa. canggih tak canggih? siyes canggih. tp aku tgk laman neh oke gk la. bagus. die ade byk kata² hikmah dan nasehat² berguna. pendek kate, mmg sesuai gle utk mereka² yg duet dh byk berkepok² (smpai tataw nk wt ape kn dgn duet. haha), pastu parents dh bising tnye ble nk kawen, kekwn dh asek nyindir xsbr nk mkn nasik minyak, macik² jiran kt kampung dh membebel persoalkan npe korg ni tak laku ke jual mahal ke dsb nye lah kan. nah! skang ape ag, sila duduk depan laptop/comp korg, taip pada papan kekunci korg,
http://www.jodoh4u.com/. Ejen Carian Jodoh Internet Anda. tak salah mencuba kn. mmg ar jodoh di tgn tuhan. tp manusia kan tetap kne berusaha. so anggap la ni sbg slh satu drpd usaha kalian oke! semoga berjaya! hikhik ;p
p/s: korg rase patut ke aku mnta royalti sket sbb tolong promote laman sesawang diaorg? :p.end of entry.