Saturday, November 15, 2014

"Tapi suami sy tak hensem..."

Ehem. Tetiba update blog dgn tajuk serius kan. Ahaha. Tade la tajuk mcm "alaaa lama tak update" ke "alaa rindu lew" ke "blog berhabuk parah" ke "my blog needs new post! So here it is!!" Amboi gossip girls xoxo sgt yg last ni.

Sebenarnya gini ler. Aku hidup sekarang tumpu pada laki dan ank-ank je. Tak menyempat weh nak up post dgn tajuk tajuk gitu. Oh eh. Did i mention to u i hv a newborn? Ahaha. Idok la newborn sgt. Dah 2 bln lebih ank teruna sy tu. Hew hew. Alhamdulillah. Anak dah sepasang. Mini cooper je belum dpt lg. Eh tetibe plak. Hye sayang. In case u read this, no i didnt meant it. Saje je melawak dua posen sikit. Tp kalau awk nk ambil serius pn apa salahnya. Sy sudi ambil mini cooper tu nnt. Lol.

Alaaa benci la. Baru kata nak post mende yg serius. Tetiba smpai skang masih melaba. Sape tahu melaba tu apa? Mak aku slalu guna perkataan tu. Kalau kau tak tahu cer kau google "maksud melaba". Nnt dtg kt blog ni balik pastu kau komen la kt post ni. Tanya aku apa maksud melaba. Nampak tak mcm mana jerih perih usaha aku nk tingkatkan duit nuffnang aku? Ahahha. Password pn dh lupa. Cmne nk cashout duit? Puihh puihh puihhh.

Ok serious mode: ON. Ecewah. Best gk buat mende ni. Slalu tgk org buat je mode on on ni kan. Jaafar on pn mesti selalu buat. Nampak sofistikated. Ala ala ala. Dah penat nak taip. Ahahha. Aku post gamba je la bleh ka?


Kawan wasap aku pasal patient dia sorg ni. Tak boleh terima laki dia tak hensem. Cmne tu weh??? Kau agak-agak sikit. Kau dah kawen kut. Takkan baru kau nak menyesal dgn muka laki pilihan kau?

Itu lah babe. Kalau dah malaysian tu buat la cara malaysian kan. Kau tak payah nak bajet kau mat salleh. Mat salleh mmg ada yg "no honey. face doesnt matter to me. The most important thing is ur heart. Pure clean white heart lane". Gitewww. 

Tp kita malaysian ni muka mmg memainkan peranan penting. Tak caya kau tgk artis-artis yg kurang ada rupa. Maju jaya? Suam suam kuku babe. Tp apa maksud sebenar suam kuku ni? Ada tak bangsa bangsa pemikir yg sudi terangkan kt aku. I mean literally. Kuku kau suam ke? Ceh tetbe terus rasa kuku sendiri. Ahahah. Takpe kita biar socrates je yg jawab soalan ini. 

Ala huda tp cinta boleh dipupuk. Puihhhh. Itu lg menipu. Aku dah pernah cuba. Couple dgn laki yg aku rasa tidak la bekenan sgt rupa dia. Tp serius baik gilaaaa. Sayang gilaaaa kt aku. Tp bila aku date dgn dia aku rasa tak boleh blah. Muka dia tak hodoh. Cuma tak kena dgn selera aku. To be exact hidung dia pesek. (Hoiiii jahatnya kau huda clash kan org sbb hidung dia pesek. Hidung kau mancung sgt ke? Booooo!). 

Ok itu mmg tak patut. Tp at least aku tak kawen dgn dia lepastu asyik rasa nak bagi pelempang buaya je kt muka dia. Asyik rasa menyesal je kawen dgn dia sbb hidung dia pesek. Betul tak. Begini. Kita nk kawen kalau boleh utk seumur hidup. Kalau dlm masa 2 minit pn kau tak boleh tahan tgk muka dia, mcm mana nk bertahan utk 200 thn kan? 

Itu belum kira muka bgn tdo ada air liur basi sikit kt tepi bibir. Belum kira dia bersin lap hingus ada taik hidung terselet sikit kt tepi pipi. Belum kira dia mkn sambal ayam penyet wong solo terselit cili sikit kt gigi. Maksud aku dlm kondisi muka dia berpotensi tinggi utk hodoh. Faham tak?

Jadi gini. Bagi aku muka mmg penting. Sbb tu dlm islam pn salah satu ciri utk kau pilih pasangan ialah 'rupa'. Betul hati budi agama tu semua mmg lg penting. Tp rupa paling penting weh. Ahahha. Ke sbb aku yg rupalisitik? Hew hew.

Tak la. Cmni. Yg penting, kahwini lah org yg kau rasa sedap mata kau memandang. Dan jangan anggap hal rupa ni sesuatu yg remeh. Sebelum terlambat, baik kau clash kan bf kau yg kau terima sbb dia baik tu. Apa? Tak tahu nk bg alasan apa nak clashkn dia?

Senang je. "Awak. Kita clash la ye. Sbb awk terlalu baik utk sy". Alasan kengkonon suci. Gila. Kalau kau fikir logik, mana ada org tak nak org yg baik betul tak? Alasan clash ni mmg tak munasabah yet ramai je org guna. Yes aku ngaku aku pn pernah guna alasan ni. Bahaha. Eleh. Jgn nak kutuk aku sgt. Aku tahu kau pn pernah guna kan? ��

Tak apa. Biar la nampak keji. Yg penting di masa akn dtg kau tak keji laki kau di hadapan org lain. Faham tak. Laki tu weh laki. Tiket ke syurga. Haih. Ok dah faham? Panjang plak hakak membebel. Fefeeling mcm ada column sendiri kt majalah wanita plak. Ihiks. Ok lah hakak nak pergi syiommm laki hakak. Laki hakak hensem. Alhamdulillah. Syukur. Harap dpt mini cooper. Bahahha bye!

Wednesday, November 6, 2013

Macam rindu jew. Macam rindu jew.

Rindu nak ber blogging.


Rindu nak bersengkang mata semata-mata nak menghasilkan post yang diminati ramai (masalahnya ada ke? Pernah ke post kau diminati ramai? Puihhh HAHA)


Rindu nak baca komen orang sejurus selepas up new post (sejurus apa woiii. Bajet blogger femes. Paling kuat pun seminggu lepas up post baru ada orang komen la. itu pun anonymous "hai! What a fantastic blog u hv here! Come visit mine. I follow you you follow me back yeah")


Rindu nak kelam kelibut buka new tab banyak-banyak sebab terlepas post blogger lain bila away (contoh raya balik kampung tak dapat online. Bukan. Bukan sebab takde line internet. Tp sibuk tolong nenek anyam ketupat *nampak tak permainan dia di situ*. So banyak new post yg terlepas. Lepastu menggelabah buka banyak-banyak terus. Lepastu laptop hang. Lepastu stress. Lepastu minta laptop baru kt abah. Lepastu instead of kasi laptop baru, abah kasi pelempang baru)


Rindu nak komen keji-keji kutuk-kutuk mengarut-ngarut kt blog post orang lain. (Dalam erti kata lain, membuat onar di blog orang. Haha. Lepastu ada sohabat-sohabat seangkatan plak tu yang suka buat onar jugak. So saling bantu membantu. Wonderpets sangat kan)


Rindu nak baca blog review daripada blogger lain. KIH KIH KIH (ini paling tak boleh blah. Ada pernah orang review blog kau ke woy? Ada la woy sekali dua. Sekali dua je tak payah nak rindu lah. Semak sungguh. Alaaa biar la. syasya sukew mata syasya!



Rindu nak dapat duit daripada nuffnang. Eh? Pernah dapat 2 kali je pun boleh rindu dah ke? Boleh lah. Asal lebih dari sekali kan. Kui kui kui. Kincin vole vera tak vole.



Rindu. Sumpah rindu. Haih. Nanti lah one fine day aku up post yg berguna pada bangsa agama negara dan syasya ye. Hihi.



Rindu nak tekan button publish KAH KAH KAH oke nak tekan sekarang bye bye bye.

Sunday, May 12, 2013

Masih hidup (heh?)

Hyeeee. Ya Allah lama gila tak jenguk blog. Sejak ada instagram ni hari hari aku duk stalk pic retis retis. Stalk pic bby bby comel pn ye gak. Mcm bby atitaharis tu. mak aih comel kemain. Tp paling tak tahan bila tgk komen komen org kt situ. Kannnn! Masing masing nak tag pakwe or suami sambil @uzairasri nak cmnieww gakkk hew hew hew (ini contoh je kau jgn nk search plak ig laki aku. Tetibe. Haha). I mean, ank kau nnt sah sah ikut muka kau atau laki kau (err melainkan ada isu infidelity ya). Takkanlah tetbe ank kau keluar nk muka mcm miranda kerr pulop (hoi huda bkn dulu kau harap ank kau keluar muka mcm suri cruise ke? KAH KAH KAH diam lah kau. Aku dah insap la ni).

Tapi takpe lah. Masing masing la kan. Berharap tu tak salah. Berangan tu yg bikin gua panas. Eh tetibe. Entry tade hala tuju. Sbnrnya aku nak apdate kisah kelahiran anak aku. Tp tetbe tgk ada post ni dlm draft. Ate abiskan dulu la yedok? Baru buat new post. Wahahah. Oke. Dah nak post (nak jugak post wlpn mcm sampah masyarakat. Puihhh suka hati aku la). Byeeee. 

Tuesday, January 1, 2013

Syaiton yg direjam (title dramatik sgt)

Rinduuuuu nak apdate blog. Tp entah kenapa mcm ada syaitonnn malas yg bertepek kt dahi aku ni. Tiap kali nak apdate blog, syaitonn tu jerit "JANGAN JANGAN! TAYAH TAYAH!" Entah apa yg dia dengki sgt dgn aku pn aku tak tahu la. Ada gk aku cuba slow talk dgn dia. Aku ckp nnt duit nuffnang aku bg la separuh kt dia. Tp pandai plak tu dia menjawab "AH! KAU INGAT AKU TAK TAHU YG DUIT NUFFNANG KAU TU CUMA SEKANGKANG KERA?! NAK BG SEPARUH KUNUN! HAK PTUIHHH!"  Perghhh. Jilaka tau syaitonnn ni. Dasar syaitonn punya syaitonnn. Perangai serupa iblis.

Jadi begitu la kisah nya kenapa blog aku dah tak sering di apdate. Maka dgn kedatangan 2013 ni, aku harap syaitonnn tu boleh bertepek di dahi org lain plak. Agar aku bleh sering apdate blog. Hihi. Agar duit nuffnang aku bleh bertambah lebih banyak. Hihi. Agar hasrat aku berkereta kan mini cooper bleh tercapai. Amboi over. Kah kah kah. Oke la dah habis. Bye bye bye.

Eh eh. Lupa. Happy twenty thirteen yawww! Semoga azam kalian semua tercapai. Azam aku nak lebih gigih apdate blog. Lolololo tak ilmiah sungguh. Duniawi sungguh. Haha. Oke la oke la. Azam aku nak jd isteri dan mama yg mithali. Gitewwww sangat! Ukhrawi kan? Hihi. Oke dah bye.


P/s: jgn riba anak time tgh apdate blog. Nnt siku kau terkena kt muka dia. Haha. Sian anak mama ni :p

Wednesday, October 17, 2012

Sy dh keluar!

Hihi. Alhamdulillah. Sy dh selamat keluar hari sabtu haritu. Berat sy 3.4 kg. wuhuuu. Membesar dgn penuh kecemerlangan dlm perut mama. Mmg itu motto hidup sy :p

Err amcm muka sy? Ye ye sy tahu 600000 km jauh lebih comel drpd suri cruise bukan? Haha.

Mama ckp nnt dia apdate cite pasal proses kelahiran sy ye. Entah iye rajen ke idak entah mama sy tu. eh jgn bitaw dia sy ngata dia. Nnt sy xdpt minum susu. Sengsara la sy. Wuwuwu.

Oke dh penat. Bye :p
Related Posts with Thumbnails