Thursday, December 30, 2010

semua meroyan. termasuk la shax dan hannamaruku. kah kah kah.


agak-agak kalau aku mengaku aku gf s. kunalan, blog aku bleh femes tetbe mcm blog gf khairul fahmi tak? keh keh keh. apa pn, tahniah malaysia. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. oke tak berapa nak tumpah sgt. sbb tak lahir kt malaysia pn. kah kah kah. tp jgn la time menang ja baru nak bangga la tanah tumpah la harimau malaya aummm la apa bagai semua. satg kalah kemaen kau kutuk kan kaki pengkar la main mcm budak skola menengah la takdak bakat la tendang ke laut la main bola ke main galah panjang la apa sudah jadi la hilang punca la (tp aku selalu buat cmni. haha). menang ke kalah ke, tetap la bangga jd warga malaysia ya semua. yg penting, majulah s. kunalan utk bola sepak malaysia. err s. chanturu pun boleh. kui kui kui. 
  
p/s: macik cleaner aku tgk pg td gundah gulana ja muka dia sambil basuh toilet. konpius kot. tak tahu nak sedeh sbb indonesia kalah or nak happy sebab esok cuti! keh keh keh. esok cuti dating moh!

.end of entry.

Monday, December 27, 2010

plz yarr. plz. don't do dis again yarr.


gara-gara tak cukup tidur semalam, aku qada' tdo petang td. aku tdo tepat pukul 4. mmg sengaja tdo pukul 4. org kata apa tu, tdo kejap lepas zuhur sblm asar kan sunat? ha yg tu lah yg aku cuba buat (CORRECTION: TDO SUNAT IALAH SEBELUM ZUHUR. MAAF DI ATAS KEDANGKALAN ILMU AKU. THANX KPD YG SUDI BETULKAN).

sedap-sedap tdo, henset bunyi. menggelabah aku bangun. tgk henset tertera "istanaku calling". ewah. stylo kan aku sep nama mcmtu. mesti ramai yg rasa nak tiru tetbe kan? sila sila. jgn segan-segan. kuno naa rupanya kalau kau sep nama "rumah" mcmtu ja. haha.

cepat-cepat aku terus tgk cermin. lap air liur basi sket. oke dah siap. muka dah comel. boleh angkat telefon sekarang. kah kah kah. mmg tipu. aku tgk cermin sbb nak kena buat latihan suara dulu. "hello assalamualaikum". cubaan pertama. "hello assalamualaikum". cubaan kedua. apa kau ingat aku sengaja ke buat cmtu? tu nak ejas suara duh. kasi suara kedengaran mcm bukan baru bangun tdo. atau lebih tepatnya, kasi suara kedengaran mcm tengah buat assignment.

petang-petang mcmni kalau mak aku taw aku tdo mmg dia libas pakai tudung ariani dia. sakit tak sakit sgt lah. abg aku paling hebat cam suara aku bangun tdo. tu pun bahaya gak tu. kalau dia taw aku tdo petang-petang, mau bernanah telinga aku kena maki dgn dia. 

lepas dah rasa suara comel ala-ala hello-hello kitty-kitty gitu dan tak serak mcm suara serena rezwan yg dpt kawen dgn mat salleh tu (kau jeles kan dia dpt kawen dgn mat salleh huda? tak tak. aku tak jeles. aku tak suka keturunan mat salleh pun. aku suka keturunan mat kilau ja. mat kilau dgn m daud kilau ialah dua org yg berbeza ya kwn-kwn. saja nak tunjuk yg aku hebat sejarah. org kompetitif mmg mcmni), aku pn angkat telefon dgn bajet tenang; 

"hello assalamualaikum"
"hello mak uda!"

demn! azim ja rupanya?! 
wadefak latihan suara aku td membazir gila!

"ha. ya azim. nape?"
"mak uda kt mana?"
"kat kolej. nape?"
"ohhh. kooolejjjj" 

cukup 6 harakat dia sebut perkataan kolej tu terus dia letak tepon. peh. boleh tahan cilakak perasaan nya. aku penat bangun tdo kot. aku penat buat latihan suara kot. aku baru qada' tdo sejam je kot.

tp, bak kata macik-macik ahli JKK kg teras jernang, tiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. ya. dah pukul 5 petang. dan aku belum solat asar lg time tu. terima kasih azim. mak uda sayang azim. cuma lain kali, jgn la letak tepon mcmtu ja. ckp la "bye" dulu ke "salam satu malaysia" ke "stay cute owez" ke "forget me not" ke "keep in touch" ke. baru la mak uda tak saket hati sgt. oke azim? 










oh btw, ada tak keturunan mat kilau yg rupa mcmni? kalau ada aku nak masuk minang sekarang juga. kui kui kui. oke dah bye.

.end of entry.

Thursday, December 23, 2010

yg rasa masa itu emas sri pinang mahupun emas poh kong, tolong jgn buka entri ni. yg rasa masa itu emas zhulian, boleh buka kot. haha.


siapa setuju hingus kita bau mcm gam kanji yg warna puteh tu? 

apa ke bangang benar entri kau ni huda? haha. maaf. aku selalu rasa bau dia sama. tp tak pernah berani nak tanya kekwn. takut diejek "euh. jijik la kau ni huda. tak feminis langsung". lepastu nnt terus kena pulau. tade sapa nak main lompat getah dgn aku. makan kt kantin pn sorg-sorg nnt. hat isi buku biodata tu pn nnt takdak sapa nak address aku sbg "kawan kegemaran". duh. sungguh tak matang.

eh lg satu. kalau bau dia sama, adakah dia boleh berfungsi mcm gam kanji juga? oke bertambah bangang entri ni. baik aku tulis end of entry sekarang sblm ramai org rasa nak sepak aku. haha. bye.

.end of entry. 

Tuesday, December 21, 2010

selekeh itu style. ewah.

"jom pergi wangsa walk"
"jom"

setiba di wangsa walk, dia berhenti. aku pandang dia. dia pandang aku. atas bawah atas bawah. kemudian dia gelak.

"apsal?"
"selipar jambannn!"
"eh. nike kot"
"tade org taw brand apa! yg penting selipar jamban!"
"haha. yg taw, taw ah. yg tataw, dah ar. lantak ar"

***

ya kwn-kwn U yg sentiasa cemerlang mengapdate blog tp sering kecundang menghantar assignment on time, adik-adik skola menengah yg baru habes SPM lalu mula mengatur 'reunion' di mydin putrajaya walhal tak sampai seminggu pn lg berpisah, isteri-isteri pegawai gomen yg setiap hujung tahun sering gusar menunggu pembentangan bajet sambil dlm hati 'tolong la ada bonus aku nak shopping kasut jukebox ni', dan para-para ptd yg byk duit tp tak pernah nak blanje aku makan. hari ni topik perbincangan kita ialah MENGAPA BLOG NURUL HUDA RAHIM BEGITU SELEKEH. ya. jwpn nya mudah. sbb kalau kau jumpa aku di luar pn, aku mmg seorang yg selekeh. dalam bahasa baku nya, aku telus dan jujur org nya. kah kah kah. kalau tuan selekeh, biar la blog pn turut sama selekeh. 

agk segan kalau blog aku meriah mcm profile picture fesbuk korang yg kt icity tu, siap ada hati berdenyut-denyut, ada bedak jatuh dari langit umpama berada di chechnya, cemerlang gemilang terbilang, berwarna warni bak inner tudung ayunar, bercursor i lap u but u lup other girl bagai, tp tetiba bila kau tengok tuan dia, sangat BIASA. mcm nasi goreng biasa. apa pn takdak. nnt kang mana la taw ada org kutuk belakang; "EH BLOG KEMAEN PANDAI LG KAU MEKAP KASI CANTIK BAGAI. DIRI SENDIRI? HAREMM. DASAR INDAH BLOG DARI RUPA BETUL! MUJUR LA JENIS NATURAL BEAUTY. TAK MEKAP PN DAH COMEL" ayat yg di italic tu hasil kajian ke atas 6 jejaka normal asia yg berwajah tampan tanpa bantuan kolar terangkat mahupun gaya rambut senget sebelah tomok. tak aku tak paksa korang percaya pn. tanak percaya pn takpa. tak kecek hati. saya gay. saya oke *senyum gay*. alolololo tade sapa tanya kau oke ke tidak hak ptuih.

maka dgn bermotokan "biar selekeh asal telus", ini lah hasilnya. tolong lah terima apa ada nya. lepas ni jgn nak tanya-tanya lg kt formspring aku kenapa blog aku selekeh. sumpit mata karang tahu la. (jap. masalahnya kau ada formspring ke huda? eh tade. tp biar ah aku nak berangan mcm ada formspring. mcm pemes ja kalau ada formspring. haha). sekarang semua ramai-ramai secara berjemaah boleh tgk b/g blog aku warna apa. dah nampak? ya. itulah warna kulit aku juga. telus bukan? kah kah kah. oke yg itu tipu. dah bye.

nah gambar si selekeh sedang mengait rambutan. ala tak payah la nak buat perangai budak-budak sgt nak tanya dpt ke idak rambutan tu. common sense kot. sekali tgk je dah boleh tahu kan?

.end of entry.

Monday, December 13, 2010

gunners!


"sam, pagi ni kita mesti menang taw! kalau kita menang, aku buat pulut kuning resipi mak aku khas utk kau! serius sumpah tak tipu"

"bereh. rendang sekali taw abg mar. lama dah aku ngidam nak makan rendang ni. duk london neh haremmm la nak jumpa rendang"

"ho lah. berehhhh"

*apdate*

pulut kuning tak dapat la jepp. kad kuning banyak ar -.-

.end of entry.

Friday, December 10, 2010

6 perkara yank (gadis tak ejaan yg aku?) boleh membuatkan aku mencarut ketika memandu.


1. asyik nak tekan brek (keutamaan nya lebih kpd kaum lelaki dan pengkid. kaum perempuan dan pondan boleh lg dimaafkan)

peh. ini mmg la. kalau dpt kt aku kereta kau tu mmg aku cabut pedal brek! hangguk mu asyik nak tekan brek ja keje. tade mende lain ke kau nak buat? pergi main wiper pn lagi bagus la aku rasa. lebih-lebih lg kalau aku tgk org lelaki yg buat keje cmni. ish mmg la. rasa nak sound kuat-kuat ja "HOY KAU NI TAK MASKULIN LANGSUNG! JAAFAR ONN PN 6 KM JAUH LEBIH MASKULIN DRPD KAU TAHU?!"

2. makan jalan

kuek kuek kuek. apasal keluar bunyi itik? entah. aku pn tak tahu. tetbe rasa nak taip bunyi itik. kah kah kah. oh ya. hangin tahu tgk org makan-makan jalan ni. bajet kereta kau besar mcm hummer la nak duk makan-makan jalan neh? takat kereta passo yg dah diubah suai menjadi myvi tak perlu la nak makan jalan org. semak kot. aku kasi makan kasut converse size 5 karang tahu la.

3. potong line

tak bertamadun betul org mcmni. kau ingat kau hensem ke nak potong-potong line ha? eh tak. kalau kau mmg hensem pn tak boleh juga potong line sebenarnya. tp kalau kau xavi hernandez, mungkin boleh kot. hi hi. aku mmg dah lama teringin nak pasang speaker yg mcm kt lori apek 'kaw-kaw koci paper lama' tu. nnt bila ada org potong line boleh la aku jerit kuat-kuat; "WOY BODOH LA KAU NI. SEMUA ORG BERATUR YG KAU NAK POTONG LINE APAHAL HA?!". dabel tak bertamadun bila kau potong line kt touch n go. apa ke jumud benar pemikiran nya. rasa nak lempang pn ada. 

4. bwk 60 km/j tp dgn penuh keyakinan stay kt lane kanan

amboi cik kiah. kot ye pn nak amalkan konsep 'biar lambat asal selamat', jgn la stay lane kanan. pergi la lane kiri. lane kanan utk org yg amalkan pepatah 'yg kurik itu kundi, yg merah itu saga, yg laju itu kami, yg lembab itu anda' keh keh keh (eleh huda. mcm la kau bwk laju sgt. booo. booo). eh diam lah kau. jenama kereta membataskan segalanya tahu. tolong ya cik kiah. jgn  stay lane kanan kalau kau bwk slow. gara-gara kau ja pahala aku boleh berkurangan taw nnt. ini kan masih awal muharam. kang tak dpt catit utk pahala lg dah dpt utk dosa plak. tak cemerlang tahu rekod ai nnt. awww. kah kah kah.

5. org yg bwk mini cooper kemudian lalu sebelah kereta aku

eh. yg ini mcm bersifat peribadi ja huda? haha. ya. mini cooper ialah kereta idaman aku. jd bila ada org bwk kereta mini cooper sebelah kereta aku, terus rasa nak mencarut. lebih-lebih lg kalau yg bwk tu macik. terus mcm nak ckp kt macik tu; "MACIK, MACIK TAK SESUAI TAHU PAKAI KERETA NI. LEBIH BAIK KASI SAYA". tp kalau yg bwk kereta tu jejaka muda kacak bergaya, terus nak cakap; "EH. SY RASA SY TERCIPTA DRPD TULANG RUSUK KIRI AWK LA. MARI KITA KAPEL" peh. boleh tahan cilakak perangai kau yg ini ya huda. kah kah kah.

6. terlepas pedal minyak

yg ini aku tak tahu la pernah terjadi kt korang ke tidak. tp boleh tahan selalu juga jd kt aku. kadang-kadang tengah tekun bwk, pedal minyak terlepas drpd kaki. lg tertekan bila adik aku ada kt sebelah dan bertanya "APA YG CUBA KAU BUKTIKAN HUDA?" -.-

oke yg point dua terakhir sebenarnya saja utk cukupkan kuota supaya jd 6. sebab apa? sebab aku kan suka nombor 6. xavi hernandez kan pakai jersey nombor 6 kt barcelona. besday aku kan 6 disember. yes. you heard me right (ewah cakpong cakpong. tetbe nak speaking). besday aku baru berlalu haritu. dah tak payah nak wish 'happy belated besday huda! moga panjang umur murah rezeki!' bagai. dah lambat kau tahu? tp kalau nak wish 'semoga dpt suami beriman, kaya dan kacak', yg itu boleh. masih sempat lagi. hi hi. dah bye.

.end of entry.

Wednesday, December 1, 2010

sessi bersama peminat (part 3)

lama dah tak melayan karenah peminat. nnt kena cop blogger bajet best plak. jadi mari kita tgk soalan-soalan yg terpilih utk minggu ini. oh ya. nak tgk sessi bersama peminat (part 1) boleh klik kt SINI. ha? apa? korang cari sessi bersama peminat (part 2) tak jumpa pn? tade. mmg tade. saja aku nak buat part 3 terus. no 3 kan mcm best plak tetbe sejak gareth bale tetbe hebat? haha. jom tgk 3 soalan yg terpilih. mcm biasa, ayat tipikal utk yg tak terpilih, tolong jgn berkecil hati. mungkin soalan anda tidak bersifat dugro yg boleh merangsang neuron-neuron aku. maka sila cuba lg tulat.




Soalan: 153CM BERSAMAAN BERAPA METER

Jawapan: nampak tak dia pakai caps lock? dari situ kita dah boleh tahu yg soalan dia ni urgent sgt-sgt. mungkin dia salah seorang calon SPM 2010. esok kan paper add math. risau la tu keluar soalan mcmni lepastu terkial-kial tareti nak jawab. takpa. memandangkan add math akk time SPM dulu dpt A1 (readers, tolong jgn polos sgt), apa la salahnya berkongsi ilmu sket dop? oke. jap. kau neh time cekgu jamal ajar math kau tdo ke apa? eh tak baik bersangka buruk. mari kita husnuzon dgn dia. mungkin dia mengalami kecederaan tulang selangka. sbb tu dia tak dtg sekolah time cekgu jamal ajar bab ni.

senang je dek. meh akk ajar cara mudah cepat dan tepat cmne nak tuka 153cm kpd meter. mula-mula amek pensel steadler 2B, tulis besar-besar kt kertas 153 lepastu letak titik lepas nombor 3. oke. dah? bagus. lepastu, tanpa mengangkat pensel, buat gerakan separa bulat ke kiri sebanyak dua kali. sekarang titik dah berada di antara no 1 dgn 5 bukan? ya! dah dpt jwpn! 153cm bersamaan dgn 1.53 meter! senang kan? dah boleh masuk tidur sekarang. esok bangun boleh senyum kt semua org sambil dlm hati "A1 dlm genggaman!".


Soalan: petua menggemokkan badan

Jawapan: amboi kau. dan-dan. kerajaan sebuk nak kurangkan globesiti, org lain semua sebuk cari petua nak kuruskan badan, kau nak cari petua gemukkan badan plak ya. pulak tu elok je sampai kt blog aku. cis betul. mmg la aku gemuk oksigen sket, tp tak semestinya aku ada petua nak menggemukkan badan. takpa. demi kau, aku cuba. meh aku siapkan jadual pemakanan utk kau. tp kena disiplin taw ikut jadual. wlpn kau bukan anak cekgu disiplin. janji oke? besfren forever yarr (ni mana plak dtg tiba-tiba neh?)

11 pg: bangun pagi terus pergi beli nasi lemak (siapa ckp pukul 11 pg dah tade org jual nasi lemak? macik senah yg meniaga kt simpang tiga hujung Jalan Wawasan tu jual sarapan sampai pukul 12 taw). beli 2 bungkus nasi lemak lauk telur mata dgn ayam goreng. lepastu kau mkn sorg-sorg. jgn kongsi dgn bf atau anak jiran depan rumah atau kwn yg  suka kutuk belakang atau macik senah td. faham?

12.30 tgh hari: wlpn dah kenyang, lunch tetap kena amek. lunch kita makan westernize sket la eh. pergi restoran village view, order nasi goreng USA. mcm biasa, mkn sorg-sorg. say no to sharing.

4.30 ptg: tea time! nama ja tea, tp kau jgn nak ngade-ngade minum teh ja. apa barang. tak melayu langsung. pergi kedai talib laris, beli pisang goreng 12 ketul, keropok lekor 6 ringgit, dan cekodok pisang 6 ketul. makan semua sorg-sorg. kalau ada org minta, ckp cmni "hidup kau kalau tak menyusahkan org tak boleh ke?"

8.30 mlm: makan malam kita masak sendiri la eh? eh. tak payah la. hari ni hari rabu. pergi pasar malam ah. attire tolong jaga oke. jangan berpakaian seperti gadis-gadis kilang berlagak seksi yg mengamalkan konsep Yang Penting Tubuh dan bukan Yang Penting Rupa. sampai-sampai pasar malam boleh kasi sedekah kt pacik buta yg tengah main alat muzik sambil menyanyikan lagu maher zain. peh. up-to-date kot pacik. dah kau tak payah la nak sing along plak lagu maher zain dgn dia. jalan cepat! bila nampak kedai nasi ayam azah, singgah beli sebungkus. jalan lg nampak kedai roti john zek zack, singgah beli 2 bantal. selimut tayah. kah kah kah. tak kelakar. jalan lg jumpa kedai ayam uncle bob. tak payah beli. dia cakap ayam dia tade lemak. gagal misi kita nnt. jalan terus beli rangka ayam, tongkek ayam, sosej ayam, semua lah yg berminyak. kau beli ja semua. lepastu kau melantak la semua.

9.00 mlm: cuci muka gosok gigi basuh kaki gosok-gosok perut buncit tepek-tepek krim kecantikan safi, terus tidur!

boleh ikut jadual ni beserta berpegang teguh pada konsep 'bersenam? mana ada masa. sy penat lah. sy malu lah'. insyaAllah, kurang 6 bulan, kau akan berjaya menambahkan berat badan kau. dah gemuk nnt jgn nak ngade-ngade beli Jusmate 5 plak. lempang karang.


Soalan: apsal aku tak boleh masuk laman web spa

Jawapan: mungkin sebab kau tak cukup kacak. kah kah kah. oke main-main ja. jgn tacing sgt. soalan kau paling senang. aku rasa kau tak boleh masuk laman web spa sbb kau gagal ujian dia lah. bg mengelakkan kau berkecil hati lalu melarikan diri ke lombok, mereka banned kau drpd masuk laman web spa. tu psl kau tak bleh masuk. takpa ah. tp kau nak masuk laman web spa buat apa sebenarnya? alalala mesti nak apply jd ptd kan? ni kali ke berapa dah apply? hi hi.  

sekian sahaja utk sessi bersama peminat kali ini. semoga kita berjumpa lg nnt. akhir kata, majulah Arsenal utk EPL (tiba-tiba). kah kah kah. saja nak bakar peminat-peminat Chelsea (adik faiz sahaja), Liverpool (kazenku imah), Tottenham (apek paper lama), dan Man u (mamak tebar roti canai kt kedai mufah maju). dah bye!

.end of entry.

Sunday, November 28, 2010

sama-sama la kita blinggg blinggg.


"beli emas lg ke? wah. mak mmg jaguh la bab membazir duit ni"

"eh diam lah kau ani. aku pakai duit aku kot. bukan aku songlap duit raya kau pun. ni utk pelaburan masa hadapan. kau apa tahu?"

"wawww. ganas taw mak ni. itu pn nak marah. oke takpa. mak beli la byk-byk. nnt bila ani besar, boleh ani take over semuanya. maklum la, mak kan dah tua. tak lama lg mesti mak mati kan?"

"bijaknyaaa anak mak. dasar materialistik kau ani. kot ye pn kaver la sikit sifat mazmumah kau tu. kita kan bangsa satu malaysia"

"hehe. ye la mak. sama-sama la kita blingg blinggg"

bagus iklan ni. mengajar anak-anak menjadi lebih telus. hangguk mung. materialistik duh. libas dengan hanger karang tahu la.

p/s utk ani: panas betul aku tengok kau ni ani. emas sri pinang pn kau nak paw kt mak kau ka? dasar melukut di tepi gantang betul. laen kali paw ah tiffany & co ke cartier ke. baru la futuristik.

pergh. sbb begitu ramai readers yg sgt polos, maka aku kena buat penjelasan bahwasanya skrip di atas telah diubah oleh aku mengikut darah muda O+ aku. skrip asal iklan tu bukan mcm ni. harap maklum.

.end of entry.

Sunday, November 21, 2010

sampah! semuanya sampah!

he he. lama tak apdate kan? haritu si adik faiz sahaja review blog aku. bilangan orang yg dtg blog aku dah bersama dengan kalau aku buat satu entri. hebat gak impak org review blog kita eh. jimat. tayah buat entri. kah kah kah. sesiapa yg nak review blog aku, sila la review. nnt aku kasi kasih sayang yg tak berbelah bagi kt korang. haha. ke korang nak klcc? alolololo. sweet nya hak ptuih.

aku malas gila nak apdate blog sekarang. maklum la, duduk rumah. astro kan lg penting drpd korang? makan kan lg penting drpd korang? eh tak tak. korang PENTING TAW! WUWUWUWU siapa cakap korang tak penting. *sambil nanges teresak-esak kemudian memeluk erat laptop lalu mencium blog sendiri (ejas ciuman tepat-tepat di bahagian "followers")*. tiba-tiba ada nenek aku lalu kt belakang. takpa. tak kira. masih tetap peluk dan cium "followers" sendiri. persyaitonkan anasir luar yg lain. alolololo sweet nya hak ptuih.

eh dah dua perenggan. keh keh keh. ini betul entri sampah. oh cakap pasal sampah, haritu adik-adik aku tgk siaran national geographic. gila ilmiah. aku rasa rancangan paling ilmiah yg pernah aku tgk pn rancangan dora the explorer. tu pn tahan 2 minit setengah ja. tp takpa. sebab aku seorang yg kompetatif, maka aku pn join diaorg tgk sama-sama. cerita dia pasal ulat beluncas lepastu bertukar menjadi kepompong. biasa. sebagai seorang yg kompetatif, kadang-kadang kau memang ada rasa nak tunjuk pandai kt org lain.  

berbekalkan ilmu yg aku perolehi drpd rancangan dora the explorer, dgn penuh konfiden, aku bersuara separa tegas; "lepas jadi kepompong dia jadi lalat kan?". adik-adik aku terus kerut kening sambil buat muka 'ish-meluat-la-aku-tgk-ilmu-national-geographic-kau-ni-huda!'. tanpa berlengah, masing-masing mula mengutuk aku secara bergilir-gilir. dah mcm acara lari bergilir dlm guni aku rasa. "apa kau ni huda?! teruk betul! lalat? lalat? haha!". oh eh. salah ke. demn. "lalat tu drpd ulat sampah la. ni jd rama-rama ngeng!". eleh. lebih kurang je kot. dua-dua pun boleh terbang kot. berkira kot.

p/s: logik la. kau tgk muka aku pn kau dah boleh agak kan? dulu aku tadika islamik. mana ada hafal-hafal lagu dari ulat jadi kepompong tidur lena dalam gelongsor cukup masa kepompong pecah pom jadilah rama-rama yg indah! ni. kitaorg hafal juzu' amma ja.   

.end of entry.

Wednesday, November 10, 2010

yg selalu subuh gajah mcm aku boleh baca ni (tp kenapa mesti gajah yg dipersalahkan? kau yg bangun solat lmbt, gajah plak yg kena. mcm kesian je kt gajah? tak eh?)


mesti nak kena buat intro ke? tak payah pn takpa kan? ala kalau aku buat intro pn korang skip kan? aku tahu. sbb aku pn slalu skip intro korang. haha. dah tak payah nak intro bagai. baca je terus. ni aku kasi kaedah-kaedah yg boleh digunapakai utk kejut org atau diri sendiri bangun solat subuh. yg rasa mana ada ikatan kemikal dgn diri, bleh la try cuba buat ya (nampak tak cara sebenar mcm mana nak buat intro supaya org tak skip? hebat kan aku)

1. KAEDAH MAK AKU

kaedah ni berpegang pd konsep "kami kaum mak sgt menyokong keras pengunaan emosi dalam apa jua keadaan sekalipun!". sambil kau kejut, sambil kau membebel-bebel dgn nada sedih penuh emosi mcm kau baru lepas terkeluar AF minggu ke 6. lagi hebat kau beremosi, lagi cepat boleh buat org bangun. sedangkan time berjaga pn kau tak suka kena bebel, apatah lg time tidur kan? mesti rasa terganggu dan annoying habes. aku suka guna kaedah ni kt adik aku. end up mesti dia bangun sambil garu kepala yg tak gatal laju-laju, tarik muka tertekan habes, jalan hentak-hentak kaki, dan tutup pintu toilet kuat-kuat. eleh. nak tunjuk protes ah tuh konon.

2. KAEDAH ABAH AKU

konsep nya lebih kepada "kita kaum bapa harus sentiasa kelihatan kool wlpn kita tak pernah minat kumpulan kool". masuk bilik, tayah cakap banyak. satu ayat ja "huda bangun subuh" sambil tangan laju menutup suis kipas tanpa rasa bersalah sedikitpun. wawww. tak sampai 2 minit konpem terus bangun. panas weh. mcm perbuatan yg agak keji je main tutup-tutup kipas ni kan? tp takpa. demi sesuatu yg wajib, terus dikira sbg perbuatan yg mulia. haha. tp disebabkan aku senegara kelahiran dgn alex ferguson (wah! dan-dan), maka setiap kali abah tutup kipas, darah dari hidung aku pasti akan mencurah-curah ke ladang gandum. sejak tu abah dah tak buat kaedah neh kt aku. penat nak bersihkan ladang gandum nnt katanya.

3. KAEDAH MEMPERGUNAKAN BF/GF

yg ini mcm la korang tak biasa buat kan. alalalala. suruh bf/gf tolong kejut subuh. awwww. bajet romantika de amor el islamika la? hak ptuih. oke tak payah nak konon jijik sgt. kau pn pernah buat kan huda? haha. dah diam. semua org pn pernah buat juga. jgn nak banyak bunyi sgt. ya bila org tersayang miskol, mesti kau rasa sgt teruja lepastu laju je nak bangun kan. amboi kau gatal. kecik-kecik tanak demam panas sampai kena sawan tarik. besar-besar menyusahkan org nak kena kejut bangun solat subuh la apa bagai semua. haha. tp takpa. yg penting solat subuh tak tinggal. 

4. KAEDAH MOKHDAR

eh cilakak. mana dtg kaedah ni kt sini tetbe neh? haha. ada rasa mcm terimbau kenangan zaman sekolah menengah tak? yo pacik mokhdar! amcm bisnes? dah bersara belum? heh. next!

5. KAEDAH AKU

aku rasa kaedah aku paling simple dan tidak rasis. semua org boleh guna tanpa mengira jantina dan kadar rupa paras. mula-mula kau set alarm henset sendiri (set lagu kasi rancak sket. jgn yg  meleleh-leleh bagai neh. nak bangun solat subuh. bukan nak meratapi acara clash), buat description alarm yg boleh menginsyofkan diri sket (contoh: eh kau ni bangang ke apa? cepat bangun solat subuh! berdosa tahu kalau tak solat?!), volume kasi full blast (wah betul ke ayat 'full blast' aku tuh? selalu tgk org pakai rasa mcm kool ja. teringin gk nak pakai. hurm ada gak la rasa kool sket. he he), lepastu sebelum tidur henset tu letak jauh-jauh drpd katil (tp jgn la jauh sgt sampai kau tak bleh nak dgr bunyi alarm plak). motif nya supaya nnt bila alarm berbunyi, di samping kecenderungan utk 'snooze' alarm berkurangan, korang juga memerlukan usaha dan daya tujahan yg jitu untuk bangun tutup alarm tu. jd bila dah bangun, senang ah nak terus pergi toilet.   

6. KAEDAH AKU II (TOLONG PERCAYA)

bilal baru ketuk-ketuk mikrofon sket nak buat sound check azan subuh aku dah merakas bangun pergi toilet dah. amcm? berapa ramai macik-macik yg tgh berkira-kira nak jadikan saya sbg menantu? 

sebab aku suka no. 6, maka aku kasi 6 kaedah sahaja. boleh kah begitu? kita anggap ja la boleh sebab ini blog aku bukan blog perkongsian mudharabah mahupun murabahah. akhir kata drpd aku, tak payah nak renung-renung kan sgt, amalkan ja la terus woy!  

.end of entry.

Monday, November 1, 2010

petua layan org tua berborak.

ramai muda mudi zaman Satu Malaysia sekarang ni tak suka nak berborak dgn org tua kan? ala tak payah nak tipu la. aku tahu. aku pun sama gak sebenarnya. haha. tp sebenarnya, bukan susah sgt pn nak layan org tua ni berborak. senang ja. korang cuma perlu dengar sambil angguk-angguk dan buat bunyi "ohhh" "aahh" "ya la tuh" "betul dah tuh". depa neh selalu nak kongsi cerita ja. ada kau jumpa org tua tanya soalan mcmni "cu, berapa ya kelajuan bunyi sesaat?" ataupun "nak, theorem pythagoras tu jadah apa eh?". takda kan? so mmg simple je kalau nak layan depa borak. kebetulan aku baru lepas mkn kepsi td, meh la aku kasi petua sedas dua sket. 

1. SETTING MUKA SENYUM

yang ini sumpah crucial. kau kena sentiasa senyum time nak dengar dia bercerita. ni nak tunjuk macam kau teruja la nak dengar cerita dia tuh. tak kesah la kau tengah mengantuk gila sebab smlm-tidur-lambat-semata-mata-tunggu-game-MU-sbb-nak-tgk-Macheda-berkasi-tp-tiba-tiba-dia-tak-diturunkan ke, kau tengah lapar sebab letih-dan-penat-tgk-cerita-Cahaya-yg-mcm-vlerghhhh!-apa-neh?! ke, apa ke, tak kesah. yg penting, kau mesti setting muka senyum bila nak dgr org tua bercerita. kalau kau buat muka ketat, sumpah dia akan kecik hati. laju-laju ja dia packing beg nak balik kampung karang.

2. JANGAN UBAH TOPIK

aku faham. bila berborak dengan orang tua ni, mesti ada satu point nnt mcm tetbe kau dah lost dan mula tak faham dgn jalan cerita dia. dalam hati mcm 'eh mende apa org tua ni tgh mengarut td?'. takpa. wlpn kau dah lost, kekalkan muka senyum dan angguk-angguk konon faham. tade masalah. sbb dia takkan suruh kau ulang balik apa yg dia dah cerita. jadi kau jangan nak pandai-pandai ubah topik plak. contoh mcm dia tengah cerita pasal zaman komunis, kau jangan nak tiba-tiba bawa keluar ayat "nek, sy rasa tenang sgt bila tgk muka joe jonas. mcm ada 'sesuatu'. sy agak dia tu jodoh sy la nek. hik hik hik". mmg minta pelempang percuma betul.

3. IYA KAN AJA WALAU DIA SEBUT NAMA KAU SALAH

yg ini mmg biasa terjadi. perenggan pertama cerita betul dah sebut nama aku huda. masuk perenggan kedua tetbe "tu lah kan, kita tak tahu. rezeki masing-masing ye yana". eh eh bila masa nama aku jd yana? takpa. dgn muka senyum, angguk-angguk iya kan je. masuk perenggan ketiga "hati ni rasa sebak je kenangkan budi baik dia tu eda". wawwww. kini yana sudah tiada! eda pula muncul! hye, nama saya eda. dan saya pakai clear for mens. kah kah kah. takpa. kau angguk-angguk sambil senyum ja lagi. takkan lah kau nak sound dia "eh tp nek, nama sy buka eda. nama sy huda. tp kalau nenek nak panggil sy dgn nama lain, boleh panggil sy cheryl tweedy. hi hi hi". tak sopan sungguh. maka, terima ja la nama apa pn.  

4. JANGAN KELUARKAN AYAT "OH NENEK TANYA SAYA KE?"

kekdg bila kau dah asyik duk angguk-angguk, senyum-senyum, lost-lost sama cerita dia, kau dah mula tak dpt nak bezakan antara ayat penyata dengan soalan. kekdg dia tanya kau soalan, kau ingat dia tengah bg ayat penyata. konfiden ja la kau angguk-angguk sambil "aah, ye lah tuh". yg org tua tu pn tercengang mcm 'eh budak ni. nak ajak bergaduh ke apa?! kan aku tgh tanya soalan neh!'. so bila kau dah sedar yg dia sebenarnya tengah tanya soalan, cepat-cepat kau tambah senyuman sambil "ya nek. mende apa td nek?". ni mcm konon-konon kau tak berapa nak faham la soalan dia td. kalau kau ckp "oh nenek tanya saya ke?" nampak sgt mcm kau tak pay attention langsung kt cerita dia. dah tambah kecik hati org tua tu. td dah siap packing beg kan? sekarang terus suruh kau hantar kt puduraya plak.

5. KALAU DIA NANGIS, KAU JGN NANGIS SAMA. 

sbb nnt lg galak dia nangis. kau dengar je cerita sedih dia tu. kalau dia nangis pn, kau buat muka konon-konon faham je kesedihan dia tu. org tua ni tak boleh dilayankan sgt emosi dia tu. kang kalau kau nangis sama, mau 2 jam 2 minit tak berhenti org tua tu menangis. kalau boleh, try buat kening mcm Deco. nampak simpati habes. hee.



heyypp. aku suruh tgk kening ja! jgn nak terjatuh hati plak tetbe. Deco aku punya oke. haha. akhir kata, jangan lah malas nak layan org tua berborak. kesian tahu. dia nak bercerita. dengar ja la tadah telinga. tade salah nya. dia dah tua. bukan muda mcm korang yg boleh 'ON SUNYI dan hantarkan ke 33445' ataupun bukak fesbuk, buat status 'argh aku bosan sgt-sgt hari ni. tulun! tulun! nak buat apa ya?' sambil tunggu org komen, sambil layan lagu justin bibir. euh.

.end of entry.

Sunday, October 31, 2010

NAH RAZMAN!




FAEDAH!





kah kah kah. amacam? puas hati?


.end of entry.

Friday, October 29, 2010

kerana hati tiada aplikasi shift delete.

empat hati empat jiwa
yang sedang rasa cuma dua
kisahnya mungkin berbeza
penghujungnya bakal sama

kata dia senyum itu peneman setia
tiap kali usai bertemu pangeran hati
kata aku kalau bahagia yang dirasa
nikmati sedaya mampu selagi ada

dua pilihan dengan ungkap atau diam
dua jawapan dibentang kasih atau dibiar mati
kerana rasa tidak akan terungkap pasti
perlahan mula disimpan kemas dalam hati

andai takdirnya kelak menjadi empat rasa
kisah bahagia dikhabar indah pada langit
walau takdirnya kekal dengan dua rasa
kisah bahagia masih setia menemani

sedangkan itu pencipta riang tawa
salahnya apa untuk dibiar mengalir
yang dirasa teruskan sahaja tanpa henti
kerana esok belum tentu ianya masih ada

.end of entry.

Monday, October 25, 2010

ini puteri yg dah di remix. yawww.

dulu waktu zaman aku skola menengah, setiap hari rabu aku mesti bertukar jd power rangers pink. comel kan? aku rasa hari rabu adalah hari di mana aku kelihatan sgt comel. hari-hari lain tak sgt comel. cuma sgt-sgt comel ja. kah kah kah. meluat kan. aku pun meluat gak. mcm mana la korang boleh tahan baca blog budak perasan mcmni. tak faham aku. takpa. tak penting. yg tu kita bincang nnt.

kenapa jd power rangers pink? sbb nak pergi dating kt perpustakaan skola dgn power rangers merah la. power rangers merah kan kacak bergaya. awww. haha. cokia gila lawak kau huda. nak gelak pn rasa serba salah. oke fine. sebenarnya sbb aku ahli persatuan puteri islam. memang. memang aku sengaja jd ahli persatuan tu. org tua-tua kata apa, sediakan diri sebelum menjadi isteri CEO? ha yg tu lah. aku kan mmg minda kelas pertama punya orang? (bab ni je lah).

selama aku jd ahli persatuan puteri islam ni, byk kaedah jahitan yg aku dah belajar. kau cakap je nak jenis yg mana. jahit jelujur? jahit silang pangkah? jahit insang pari? insang cencaru? semua aku boleh buat. serius tak tipu. aku siap pernah jahit baju kurung kot time tu. hebat kan aku? lepas spm, ada gk Jovian Mandagie offer aku jd share partner dia. rilek je aku tolak. nak sambung belajar konon nya.

tp itu dulu la. dulu. sekarang, ehem. bukan tak hebat dah. masih hebat. cuma skill tu dah kurang la. biasa la. kalau dah lama tak praktis, mmg la cmni kan? td aku nak jahit seluar kt bahagian zip kaki. atas keyakinan dan iman yg teguh, aku pun mula menjahit. bila dah settle, aku senyum senget sebelah tanda "hmph. enteng. tak mencabar langsung". rasa bangga dgn diri sendiri. bukan ramai anak gadis yg boleh menjahit mcm aku di zaman Satu Malaysia sekarang ni. lepas dah siap pakai seluar, aku usha balik jahitan aku...









fhew. boleh tahan smart kan? style habes. ni org panggil jahitan 3D nama dia. tak. kalau kau tak pernah dengar atau tgk jenis jahitan ni takpa. jgn nak rasa down ke nak lari laju-laju langgar dinding ke nak telan ubat gegat ke apa bagai semua. sbb ni mmg jenis jahitan yg rare. one of a kind gitu. mmg jarang org dpt tgk jenis jahitan ni. ni kira korang bertuah la dpt tgk. pergi buat sujud syukur sekarang.

sebelum berpisah, saya tinggalkan anda dgn soalan trivia minggu ini. adakah Nurul Huda Rahim akan buka dan jahit semula seluar beliau tersebut? jgn berlengah! hantarkan jawapan anda ke kotak komen di bawah sekarang dan menangi hadiah berupa jahitan 3D percuma selama satu minggu! (tidak termasuk hari sabtu dan ahad).

.end of entry.

Thursday, October 21, 2010

padah kerana cuba berlagak.


oke. biar aku berterus terang dan bersikap telus. haritu, aku ada buat cubaan untuk mengapdate entri pasal benda ni. konon-konon nak tunjuk yg blog aku boleh tahan femes. tp bila dah fikir dua tiga kali, rasa mcm menggelabah ubi habes. jd aku pn delete entri tu.

tp tp tp, itu bukan masalahnya sekarang. masalah nya sekarang, setiap kali aku buka IE, dia akan keluar kotak kecik mcm kotak google kt sebelah tu. dia mcm dah customize plak size mcm tu. haritu aku saje ejas biar kasi nampak wallpaper laptop aku. sengaja gedik. mana tahu bila xavi baca blog aku, lepastu tgk wallpaper laptop aku, terus dia rasa nak masuk minang aku 11.11.11 nnt kan.

oh oh oh oh oppareul saranghae. sgt annoying bila buka IE besaq tu ja dia keluar. lepastu aku kena tekan button maximize. leceh tahu. boleh melecet tgn aku kalau lama-lama mcmni. pulak tu setiap kali aku tatap kotak tu, rasa mcm dia tgh mengejek dan mentertawakan aku, "kah kah kah. padan muka kau. haritu gedik sgt ejas aku kan?! sekarang hamek! biar. biar. aku nak kekal besaq ni ja. haha!". sumpah saya menyesal. mind to help me anyone? pretty please...eh btw, blog aku mmg boleh tahan femes kan? keh keh keh.

.end of entry.

Thursday, October 14, 2010

petua menjadi kakak yg tegas! (meskipun anda rendah berganda drpd adik anda)


jumaat lepas, abah kol aku. "ha bila kamu nak balik rumah? apa tareti-reti nak balik rumah ke? mentang-mentang tade game bola minggu neh. tanak balik la? lempang karang tahu la. minyak kereta dah tggl berapa keping? kamu tu dah la tareti nak isi minyak sendiri. cepat balik! lepastu kamu kena pergi beli kek besday utk mak dgn anep". sambil tarik muka bajet manja (apa motif tarik muka manja pn aku tak tahu. bukannya abah boleh nampak), aku pn jawab "ala rilek la bah. tak tekno la abah neh. minyak kereta ada lg 3 keping. petang sket karang uda sampai". *98% skrip asal telah dirombak*.

petang tu lepas bergaduh-gaduh manja dgn si waja (sila rujuk entri di bawah), aku sampai rumah pukul 5 lebih. buka-buka pintu rumah ja, dgn bantuan angin drpd kipas KDK raku-raku ventilation, gaya aku tak ubah mcm hero filem tamil. aku tiup tudung bhgn atas sket. saja biar nampak kool. lepas dah amek posisi gaya horatio, aku bersuara tegas "adik-adik! mari kita pergi beli kek sekarang!". krik. krik. krik. bunyi cengkerik. adik-adik tgh tekun tgk aksi org angkat berat sambil berbincang teknik mereka salah la apa bagai semua.

"adik-adik! dengar tak apa kakak cakap neh?!" sekali lagi aku bersuara tegas. biar diaorg gentar sket dgn aku. ingat aku lg rendah drpd diaorg, diaorg boleh kanak-kanak kan aku ke?! krik. krik. krik. krik. lg byk bunyi cengkerik tetbe. "anepppppp. amirrrrrr. cepat laaaaaaa. jom g beli kekkkkk. nnt abah marahhhhh" aku bersuara gaya kanak-kanak 6 tahun yg minta disiapkan kerja rumah sbb takut dimarahi cekgu tadika. nada tegas mmg tak bleh jalan dgn diaorg neh. mentang-mentang aku lg rendah. cis betul. "alalala. oke jom".

sampai-sampai kt secret recipe ja, kami terus bermusyawarah nak beli kek apa. lepas dah pilih kek, aku minta pen dgn kertas kt abg kaunter. tgh aku fikir nak tulis ayat apa kt kek, amir dtg. "alahai. kesian aku tgk kau". "ha? apsal?". "terkapai-kapai nak tulis. kikikiki". ya memang meja kaunter tu parat-parat dagu aku. hampeh betul adik aku neh. kutuk aku tanpa mengira bulan islam. apa boleh buat. kita tak boleh memilih ahli keluarga. kalau boleh, dah lama aku tak pilih kau jd adik aku amir! (aku harap kau baca ini. kah kah kah). pilih david archuleta lagi style. comel pn comel. suara pn sedap.

sebelum bayar, mmg prosedur wajib dia akan ulang apa yg kita minta dia tulis kt atas kek. nak pastikan betul ke tidak. berbekalkan built-in altec lansing speaker, abg kaunter tu bersuara mcm nak buat perkhabaran kt semua org kampung. sumpah kuat. pak mat tempe pn boleh dengar. "HAPPY BESDAY MAK DAN ANEP GEMUK!". aku dah ketawa gila. aku pandang anep. muka dia dah semacam. dan-dan tu juga dia terus angkat telefon konon-konon mcm ada org call. rasa tade dengar bunyi org call pn td. ha ha hamek ubat. amir, kau tggu bln 5 thn depan oke. jangan risau. semua dapat. keh keh keh.

.end of entry.

Friday, October 8, 2010

aku pn waja juga! (wlpn tak bwk kete waja)

td on the way nak balik rumah, aku drive duk kt lane kanan (fuhyo, Nurul Huda Rahim yg tak hebat memandu stay kt lane kanan! bergaya nya! sila kagum). tiba-tiba ada seekor waja yg sgt laju kt belakang kereta aku. dgn semangat yg waja, dia angkat lampu tinggi sekali kt aku. atau dalam bahasa baku nya bermaksud "hoy tepi la! kau tu dah ar kecek, lembap plak tuh!". oke fine. aku terus kesok ke kiri.

tp tp tp, org berlagak dan poyo selalu rugi. dia tak tahu sebenarnya kereta depan aku td yg slow. sbb tu aku pn terpaksa slow. sekarang si waja pn turut sama slow. kah kah kah. mari kita gelakkan dia beramai-ramai. maka oleh kerana aku seorang yg agak poyo, aku masuk lane kanan balik. cucuk baik punya belakang si waja. lalu dgn hati yg sedikit waja juga, aku kasi angkat lampu tinggi sedas. 

lepas aku angkat lampu tinggi, aku terus kesok ke kiri balik. sebab dah exit bangi. jd apa motif aku angkat lampu tinggi kt dia? bukan. bukan bermaksud "hoy tepi lah kau lembap!". tp ianya lebih kpd "eh hye si waja. kita berjumpa lg? tak sangka! dgn kadar kelajuan kau yg td, igtkan kau dah 12,0000 km jauh di depan aku! kikiki".

dah habis cerita. moral of the story, aku suka gila lagu maroon 5 yg misery tuh! oh eh. mcm tade kaitan. jap. aku cuba cari moral lain. ha oke. moral of the story, jgn bwk kereta waja dan berhati waja dgn mengangkat lampu tinggi kt org. boleh mcm tu? hehe. oke dah bye!

p/s: jgn bagitahu si waja yg aku sebenarnya baru blaja cmne nak buat lampu tinggi tu. sbb dah pandai buat, terus aplikasikan. hee. si waja, kau org pertama kena lampu tinggi drpd aku. terharu tak? 

.end of entry.

Sunday, October 3, 2010

buat adik faiz sahaja dan kawan-kawan yang sama waktu dengan nya.

kah kah kah. baru 15 thn ke korg?? alalala. kesian nya. apsal korg lahir lambat sgt? tu la. tanak berusaha lahir awal. ngahaha. isk. isk. kueh raya belum sempat habis dihadam lg dah nak kena jwb soalan PMR ye. tehee. gewd luck lah yer. satu je akk nak pesan, gagal PMR bukan berarti gagal dalam hidup. gagal masuk SBP/MRSM mungkin ye. hehe. tp apa ada hal. masuk sekolah biasa pn boleh cemerlang apa kalau rajen. buktinya tgk akk!  - Nurul Huda Rahim, PMR 9 A, SPM 11 A1, CGPA MATRIKULASI 4 flat. (tolong percaya. terima kasih)

.end of entry.

Tuesday, September 28, 2010

kuiz untuk mengetahui samada anda bertepuk sebelah tangan ataupun tidak.


1. Anda sedang kelaparan yg teramat sangat. kemudian anda pn msg dia memberitahu situasi anda. reaksi dia?

a. bersungguh-sungguh menawarkan diri utk hantar makanan dgn kadar yg segera (cth: la kenapa awk tak ckp yg awk lapar? sekarang juga sy bleh hantarkan mknn. awk nak apa? kenny? JM beriyani? pizza pah? awk ckp je. sy bleh belikan.15 menit lg sy smpai dpn kolej awk)

b. mcm mengambil berat. tp tanak hantar makanan dan hanya suruh anda pergi beli makanan sendiri (cth: ha? awk lapar ke? ala kesian nya. pergi la kafe. tak pn kalau malas masak megi ja. hehe)

c. buat tak kesah ja sambil sempat memerli (cth: la. lapar? bkn pg td dah mkn ke? berapa byk kali nak makan sehari? kalah kucing sy. eh awk tu bukan BMI dah melebihi paras normal ke? bebwk la diet oiii)  


2. Setiap hari, anda pasti akan msg dia. dia pula?

a. pasti balas tanpa lambat walau sesaat. kalau lmbt pn sbb tgh cirit. pula tu kalau tanya satu soalan, 12 dia jawab. pej msg pn sampai 3 lai. kalau anda tak start msg dulu pn, dia yg akn start msg.

b. ikut mood la. kadang-kadang balas. kadang-kadang tak. tp mmg tak pernah start msg dulu la. kena anda yg start dulu, baru dia balas.

c. 12 msg ekau hantar, haremmm. takdo satu pun dio baleh nyo. bazir kredit yo. agak kalau ekau hantar msg kek boghuk pn, boghuk lg rajin lah nak baleh msg ekau drpd dio (apa signifikan cuba berdialek nogori pn aku tak tahu la. tolong jgn nak tanya mengapa).


3. Anda seringkali ajak dia keluar bersama. reaksi dia?

a. jawapan dia sentiasa "jom/boleh" diikuti dgn moskot :). tak pernah tak boleh. dan setiap kali tu juga dia akan kelihatan begitu teruja serta sgt tidak sabar utk menantikan hari tersebut.

b. ucap terima kasih sbb ajak keluar sama. tp kasi alasan kata ada hal. kemudian kaver dgn ayat; next time bila free, mungkin boleh keluar sama-sama. dan mmg pernah sekali dua keluar dgn anda. maksudnya, ayt kaver td bukan sekadar omong kosong lah. ngertik?  

c. asyik bg alasan. minggu ni tak bleh sbb kucing kesayangan dia ada appointment dgn dokter gigi. minggu depan plak nak ikut promosi tour utk jusmate 5. minggu lg satu, nak pergi lombok cari adek dia yg dah lari dari rumah waktu raya ketiga haritu. ada aja hal dia. bz bukan main. kalah pelakon Dua Alam yg pecah panggung tu.


4. Bila anda mula bercerita mengenai ada lelaki/perempuan yang cuba mengurat/mengusha anda, dia 

a. kelihatan sgt jeles dan seboleh-boleh suruh anda supaya tidak layan lelaki/perempuan tersebut. lepastu mula memberikan point-point yg menunjukkan diri dia jauh 12 km lebih bagus berbanding lelaki/perempuan tersebut. hari-hari wajib buat follow up pasal ni.

b. mcm ada sedikit jeles, tp takkan tunjuk. kemudian buat-buat tak percaya dan menuduh anda hanya mereka-reka cerita/perasan lebih.

c. lagi galak suruh anda layan lelaki/perempuan tersebut. kata nya, kalian mmg sgt secocok dan kalau kalian kapel, akan kelihatan seperti brownies secret recipe yg dikerat 6! siap pesan lg kalau jd kawen, jgn lupa hantar kad jemputan. tag kt fesbuk dia tak layan.


5. Time hari jadi anda, dia

a. tepat pukul 12 dah wish. esok nya pula ajak keluar sama makan kt kenny rogers. lepastu kasi hadiah besday yg mahal secara 'surprise'.

b. takda la tepat pukul 12, tp at least ada la juga dia wish. bila anda tanya mengenai hadiah/blanje makan, baru dia akan berespon dgn baik. kalau tak tanya, mmg tade la nak blanje/kasi hadiah.

c. tak wish langsung. bila anda kasi tahu yg hari ini besday anda, dia ckp "oh ye ka? la tak tahu pn" tanpa memberikan sebarang wish. kalau wish tade, hadiah apatah lg. blanje mkn pn jgn harap lah.


6. Bila anda buat status kt fesbuk, dia

a. mesti komen beserta pakej like. wajib. kalau dia tak komen pn tu sbb (bukan cirit. takkan asek cirit ja?) dia tak online.

b. ikut kelapangan. kadang-kadang dia komen. kadang-kadang tak.  

c. tak pernah komen langsung. kalau komen pn, dia komen pasal hal yg tak berkaitan (cth status anda "yeay! duet nuffnang dah cecah 50 hengget! gembira sgt! nak pergi mkn eskrem mingo-mingo la ;)" dia komen "woy esok jgn lupa bwk assignment. nak tiru sket. he he he")










dah pilih jwpn dgn tepat? oke. meh tgk apakah keputusan nya!


semua a: woy dia suka kt kau gak lah! apa lg. ajak kapel sudeh. confirm takkan direjek. keh keh keh. err kalau dia rejek pn, mungkin sbb dia belum bersedia utk berkapel. kasi waktu sket oke. awww.

semua b: alamak. dia half-half la. kau kena usaha lebih keras sket lg kalau nak dptkan dia. oke? usaha tangga kejayaan! pantang berundur sblm kalah! err oke. faham dah kan maksudnya? selamat berjaya!

semua c: udah ler wei. dia tak suka kt kau. tak faham-faham lg ke? usah la mebongok-bongok kan diri dgn tetap suka sama dia. tade pekdah nya. cari sahaja org lain! aku kan ada? eh? haha.

campuran a, b, dan c: err yg ini aku tak berapa nak reti interpret. kecelaruan identiti sungguh. kau ikut ja la firasat hati kau ya. tehee.

.end of entry.

Friday, September 24, 2010

nasib si anak kacuk. awwww.

sebelah bilik aku ada kakak baru masuk. aku igt org melayu. rupa-rupanya org narathiwat. aku dah berkop khun khap medai dgn dia td. ramah mesra gitu. bukan apa, senang. mana tahu nnt kalau zaquan adha clash dgn ayu raudah ke kan. boleh la aku bwk dia kawen lari kt sana. dah ada org "dalam" ni, mesti lg lancar urusan nya. dak?

lepas borak sedas dua dgn akk tu, tanpa berlengah, aku terus paw buah duku langsat dia. fhew. sedap habes! fresh dari narathiwat. dia siap suruh aku tapaw byk-byk masuk plastik lg. sbb sifat ketimuran masih menebal dalam diri, aku hanya senyum sambil geleng. cewah. padahal dia letak kotak buah tu kt luar bilik dia ja. anytime kot aku bleh amek ja. td pn aku baru lepas mkn lg. kah kah kah. takpa je kot kan. dah dia sendiri ckp bleh mkn. hee. halal ye kak narathiwat.

time aku nak pergi toilet td, aku nampak acik toilet. acik toilet ni dari sem lepas lg aku mmg slalu jumpa dia. sebab tiap kali dia nak basuh toilet pukul 10 pg, mesti aku baru nak terkedek-kedek pergi toilet sambil berlakon buat muka 'eh-alamak-acik-nak-basuh-toilet-ke?-maaf-la-saya-baru-nak-mandi-plak'. tp acik tu mmg baek. sempoi ja dia kasi aku masuk mandi gak wlpn dia nak basuh toilet. aku bukan sengaja tanak mandi awal. tp aku ada coolterphobic (ha tak tahu? coolterphobic ni maksudnya phobia mandi dgn air sejuk. eh term tu mmg sumpah tade. aku pepandai cipta sendiri ja. hee).  

so senang ckp, aku mmg dah kamcing habes ar dgn acik toilet ni. takat pinjam-pinjam cd ST12 tuh tade hal lah. karaoke lagu yank wali band sama-sama mau 5 kali sehari. tu tak kira bluetooth-bluetooth video ariel...oh eh. tade. tade. yg itu tade buat. haha. dia mmg rajen layan aku borak. selalu gk aku cerita kt dia yg nnt raffi ahmad nak masuk minang aku. dia gelak ja. dia ingat aku main-main gamaknya. td aku jumpa dia lg depan bilik aku. memandangkan hari ni hari jumaat, elok lah kiranya aku berborak sedas dua dgn dia;

"acik, amek ah buah neh. masuk plastik" ewah. pandai-pandai kau je huda suruh org tapaw buah duku langsat akk narathiwat. dia luku kepala kau pastu bawa kau lari g thailand tuka jantina kang tahu la! 

"ohh. iya. td adik tu bilang juga. suruh ambil" haha. nasib baik akk narathiwat pn mmg suruh acik toilet tu tapaw. mmg byk kot.

"ha tu la. byk tu acik. amek ja. nak plastik? sy ada" siap nak provide plastik lg. kau bilang sama aku mana mau ketemu sama anak gadis sesopan, sesantun, dan secomel aku di jaman sekarang ini?

"ga papa. ini acik ada plastik nya. ini punya adik juga ya? buah nya di kumpul sama-sama ya?" dah pulak. acik tu ingat buah duku langsat tu harta sepencarian bersama aku dgn akk narathiwat. sbb aku pandai-pandai suruh dia amek siap masuk plastik bagai kot. haha.

"eh tade la acik. ni akk tu bawa dr thailand"

"ohhh. adik org indonesia ya?" soalan ni boleh masuk list FAQ aku lah nnt. hesh. aku tahu la muka aku ada iras-iras revalina s.temat. tp tak semestinya aku org indonesia. haritu aku beli baju raya pn ada akk kedai tu ckp muka aku mcm muka alisa. ala alisa yg berlakon sinetron kt tv3 tuh. tak stylo betul. jauh na beza nya. kalau ckp mcm laudya cynthia bella ke boleh la gak aku terima. eh tp kalau dpt bf mcm evan, stylo gak. boleh la. alisa comel apa. kah kah kah.

"tak la acik. sy org sini ja"

"ohhh. eh adik ni baru ya kt sini?"

"la. mana ada acik. kan sy selalu tegur acik kt toilet?"

"laaa. adik yg tu ke? tak perasan! maaf!" beria aku borak bagai nak rak. rupa-rupa nya dia tak ingat pn aku siapa. cis. tp mmg bukan salah acik tu. biasa la. org muka kacukan portugis, bugis, dan cina mcm aku ni, mmg tetiap bulan berubah. bulan ni muka iras-iras org portugis. bulan depan iras-iras org bugis. bulan depan lg satu muka iras-iras org cina plak. sbb tu ssh nak cam sket! kah kah kah.

sekian sahaja entri perasan melampau drpd saya. saya sudahi entri saya dengan pepatah; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. berperasan-perasan dahulu, berraffi-raffi ahmad kemudian.

.end of entry.

Sunday, September 19, 2010

entri malas (perut penuh kueh raya).

hye semua! lama kita tak ketemu ya. keh keh keh. amcm? berapa kg naik lepas raya neh? berapa ramai yg kerap kali menyumpah mesin penimbang berat sambil menghentak-hentak mesin tersebut? lepastu berapa ramai plak yg asek dtg blog aku, tp tgk tade apdate lalu tetbe rajen menyelongkar entri-entri lepas? (boooo boooo) hahaha.

oke. meh cerita sket pasal raya aku lah. em biasa ja. mcm thn-thn lepas, beraya kt johor lah. i'm johorean u noe (tak perlu speaking kot. johor pn masih dalam malaysia. bukan dah masuk london -.-). sebab tade rumah mak mertua, maka raya ke 3 dah balik selangor.

habis dua perenggan dah. hebat gak aku buat entri wlpn tgh malas. haha. oh ya. aku masih dpt duet raya! tp tak byk lah. ada la  dlm 40 hengget. alhamdulillah. rezeki anak. lepas la belanja nak beli horlick buat stok utk puasa thn depan. ya lah, nnt kalau anak aku liat nak bangun sahur, boleh la aku buat ho ho ho horlick eyh?! kah kah kah.

sebelum berpisah, (eh nak berpisah dah? dasar pemalas. bkn malas, cuma otak tepu dgn kueh tart ja) hamek la dua keping pic raya aku haritu buat tatapan kalian yg berada nun jauh di egypt, jepun, norway, brunei (jgn nak pertikaikan plak betul ke ada org kt sana baca blog aku. aku check nuffnang aku taw. tetiap bulan ada. wakakaka), spain (xavi baca blog aku bila dia tade match), indonesia (raffi ahmad ckp dia suka blog aku), USA (david archuletta pn rajen gk baca), dan semua lah. semoga berjumpa lg. bye!

sbg seorang pelajar yg tidak berjaya mendapatkan tajaan JPA mahupun MARA, wang saku mmg sgt sukar diperolehi. tetapi setelah menjual wan drup parfume, wang saku sy mencecah puluhan ribu ringgit. wawww. terima kasih wan drup parfume! kerana dirimu, diriku wangi berbau uwang. -Nurul Huda Rahim, pelajar IPTA.

sy Nurul Huda Rahim, mengucapkan selamat hari raya kpd semua pembaca blog otak ketat. anda semua mmg sgt-sgt-sgt TERBAIK! minta maaf utk segala salah dan silap. yg ada terkecil hati, jgn simpan dalam hati, jom kita jumpa kt lorong hj taib kalau tak puas hati (aku jual pantun hati 3 kerat ni. ada yg berminat nak beli?). yg ada buat open house, boleh la jemput sy. jemput tu bermaksud "hye jemput la dtg open house rumah i" beserta pakej "oke. tunggu depan rumah ye. jap lg i jemput u". keh keh keh. boleh?

.end of entry.

Tuesday, September 7, 2010

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas utk anda oleh Nurul Huda Rahim

neh aku nak kasi pesanan khidmat masyarakat sket utk korang semua neh. blog selekeh mcmni pn kena ada rasa tanggungjawab sosial sket gak. baru la nampak semangat ilmiah dan ummatic nya (celah mana ummatic pn aku tak tahu lah). ini asek tulis benda lagha ja. tak bagus la kan. oke ni pesanan ringkas nya; WOY SAPA AMEK DATO SOSILAWATI TUH WOY? PULANG AR BALIK. AKU NAK RAYA RUMAH DIA NNT. CMNE NAK DPT DUET RAYA KALAU DIA TADE?!

.end of entry.

Friday, September 3, 2010

MU fans, no offence (ini bukan repost)

abg chamakh hetrik! keh keh keh. theo walcott pergi reunion kawan-kawan sekolah menengah time neh. kalau tak, mesti dia pun hetrik.

dan ya. tlg jgn ada yg buat onar sebegini rupa. tak wasatiah betul. ini contoh sifat mazmumah ye adik-adik. ustazah zabedah tak suka.

.end of entry.

Thursday, September 2, 2010

Kolej Matrikulasi Perak, Copenhagen.


dulu kan, zaman aku matrik kan, aku selalu jumpa perkataan "copenhagen". tp aku tak pernah tahu pun copenhagen tuh menatang apa. aku selalu jumpa perkataan tu kt buku student. rata-rata, kalau kau buka buku student, kau terus akan nampak benda neh;

Nama: Samina mina eh eh Bt Waka waka eh eh
No Matrik: MS0617518167
Kolej Matrikulasi Perak, Copenhagen.

nampak tak? jd aku mmg aneh gila. menatang apa copenhagen tuh? apsal budak-budak suka tulis mcm tu? aku pn tanya la mak aku, apa maksud copenhagen tuh. mak aku cakap, tu nama city kt denmark. eik. habis, kolej matrikulasi perak tu kt denmark ke selama neh? aku memang tak faham gila mcm mana depa boleh tergamak tulis mcm tu. apa tade perasaan segan walau sekelumit ke? cewah. sekelumit weh. wakakaka. dah mcm A. Samad Said punya PA ja aku rasa.

sampai sekarang aku masih runsing memikirkan apakah perkaitan di antara kolej matrikulasi perak dengan copenhagen. aku rasa, tade menda lain lg dah. ini satu je perkaitan signifikan yg aku jumpa. kalau korang merupakan bekas golongan yg suka tulis "copenhagen", tolong la betulkan assumption aku ni kalau aku salah ya.
















Kolej Matrikulasi Perak, GOPENG.
Kolej Matrikulasi Perak, COPENHAGEN. 

amacam? sekali sebut laju-laju ada terdetik dalam hati "aah la. uk alah hai, lebih kurang je bunyinya senah" tak? lepastu bila dua ke tiga kali sebut laju-laju mula terdetik "kepala hangguk kau. dah GOPENG tu GOPENG ja la. apahal nak jd COPENHAGEN plak?!".

p/s: tetbe teringat budak-budak lelaki zaman matrik aku. ramai yg berhobikan menggigit-gigit kalkulator saintifik fx-570MS cap casio. jadah apa gigit-gigit kalkulator pn aku tak tahu lah. dgn harapan boleh meningkatkan kadar rupa paras barangkali?

.end of entry.

Tuesday, August 31, 2010

terbakar kampung, boleh jerit-jerit panggil bomba. terbakar hati, boleh try jerit-jerit panggil pramugara MAS (Air Asia pn boleh).


petang tu, client aku merupakan seorang budak lelaki melayu berumur 5 tahun. Qalif nama nya. bukan. itu bukan nama sebenar. itu nama mengikut darah muda O+ aku. aku suka gila nama Qalif. jgn nk tanya kenapa. sbb aku mmg tade jwpn utk soalan tu. lgpn, mana boleh bitaw nama betul client. confidentiality org puteh ckp.

session petang tu tujuannya utk administer IQ assessment. setelah 30 minit berlalu, Qalif mula asyik memberikan jawapan "ha yg ini paling tak tahu". tu tanda nya dah bosan lah tu. test IQ assessment neh mmg boleh tahan bosan. "kita penat lah. kita nak main tu" kata si Qalif sambil tgn dia menunjuk ke arah bakul kecil berisi lego.

"oke. jom kita main tu dulu eyh. satgi kita sambung balik oke?" tanya aku kpd si Qalif. pergh. hebat berpolitik gk kau ni huda. tetbe rasa kagum dgn kepintaran diri sendiri. haha. lepas berfikir beberapa saat, Qalif mengangguk tanda setuju. deal. kami pn main lego sama-sama. dia kata dia nak buat pistol. aku kata aku nak buat burung.

"Qalif, cantik tak burung neh?" aku tunjuk kt dia burung yg aku buat. "cantik! tp, tu burung apa?" ah sudah. dia tanya aku nama burung plak. aku dah ar fail bab-bab neh. maklum lah, kalau buka siaran animal planet pn paling kuat boleh tahan 2 minit ja. tu pn sbb kebetulan abg ngah aku tgh lalu. kena berlakon ilmiah sket. lepas dia dah bla, aku tuka ar siaran lain. tak remaja betul tgk animal planet. ingat aku ni pegawai perhilitan ka? tgk chuffle duniaku baru stylo. 

"err. Qalif nak burung apa?" aiceh. taktik biasa. mcm kau tak pernah buat. kalau kau tareti nak jawab soalan, kau kasi ja jwpn berbentuk soalan balik. habis cerita. ni professor kt universiti pn slalu pakai taktik ni apa. bila student tanya soalan, dia tataw nak jawab apa, dia kasi soalan balik kt si student tu. biasa ar tu. politik lebih. padahal segan nak ngaku tak tahu. keh keh keh. "em burung merpati" Qalif jawab sambil mata dia membulat sedikit. aih. comel habes budak neh. mujur umur kau baru 5 thn. kalau 25, mmg aku dah ajak kahwin dah. kah kah kah. "ha. oke. ni burung merpati" jawab aku yakin.

"burung merpati kita boleh makan kan?" kata Qalif. kali ni mata aku plak sedikit membulat. "ye ka? mana Qalif taw? Qalif pernah makan ke?" sumpah aku tak pernah tahu burung merpati boleh dimakan. takpa. korang boleh kutuk ckp general knowledge aku teruk la parah la apa bagai semua. aku tak kesah. sebab aku mmg berpegang pada pepatah "biar miskin general knowledge, asal kaya ilmu akhirat". dgn muka selamba, Qalif pn jawab "tak pernah. mummy yg cakap".

"owhh. mummy cakap. em, burung merpati sedap ke Qalif?" tanya aku lg. biasa. org penuh sifat ingin tahu mmg selalu banyak bertanya tanpa perasaan segan silu. ni salah satu ciri insan cemerlang bak kata Dr Fadhilah Kam To Me. sambil tunggu jwpn Qalif, aku senyum ala-ala cheryl cole. tiba-tiba si Qalif tarik muka aneh gila. kening dia dikerutkan. aku dah panik. apsal plak neh? aku tanya soalan yg menyentuh sensitiviti perkauman ke?

dgn masih mengekalkan kening berkerut, Qalif bersuara tegas "kan kita dah cakap kita tak pernah makan td?" tetbe kepala aku terasa bergoyang. dada rasa senak sket. "oke dah Qalif. kemas semua. kita nak sambung balik dah neh" laju ja aku suruh dia kemas. malu punya pasal. cis betul. mcm mana aku boleh tak perasan yg dia dah ckp dia tak pernah mkn burung tu. marah betul aku dimalukan sebegitu rupa. seharian tu tgn rasa ringan ja nak hentak sesiapa yg lalu sebelah aku. mujur mmg tade siapa pn yg lalu kt sebelah aku hari tu.

oleh kerana perasaan tak puas hati dimalukan oleh budak berumur 5 thn masih berbekas di hati, mlm tu juga, sejurus selepas solat terawih __ rakaat (ehem. mcm biasa. takut pahala tidak dikira sbg pahala nnt), aku terus kira IQ si Qalif. lepas dah tekan-tekan kalkulator kt henset, ternyata IQ dia 119 (klasifikasi high average). artinya, bukan IQ aku yg rendah. tp IQ dia yg terlebih tinggi. patut la. aku dah agak dari awal dah. tak mungkin lah budak ber IQ rendah boleh malukan aku dgn begitu tenang. tak logik langsung. kan?

p/s: aku tgh praktikal skang. tu psl mcm konon sedikit bz. korang tak payah nak tunggu sgt la entri drpd aku. takut kecewa ja nnt. eh?

.end of entry.

Sunday, August 22, 2010

ini baru betul dare to dream.

ada la aku dengar-dengar khabar angin sket, Masjid Al-Falah kt USJ Subang Jaya moreh makan mekdi. fergh. sungguh tekno bunyi nya. tak main la takat bubur-bubur pengat pisang ka kacang hijau ka kacang kuda ka kacang cap ngan yin ka. apa barang. tak futuristik langsung. budak-budak muda nak terawih smpai 23 rakaat pn jd tak bermotivasi. aku tunggu Masjid As-Solihin moreh mkn kenny plak.

nota kaki: moreh tu watak pipih ja. watak utama nya solat terawih. saja bagitaw. mana tahu ada yg terkeliru kan? kah kah kah.

.end of entry.

Thursday, August 19, 2010

biskut kegemaran saya.

hye semua!! tak payah dekat! tak payah dekat! aku tade nak goreng telur dadar utk korang pn. duk jauh-jauh pn takpa. haha. permulaan ja dah menjurus ke arah sesuatu yg sia-sia. jadi memang benar assumption kalian. ini memang entri sia-sia. tp sejak bila aku pernah ada entri yg tidak sia-sia? oh ada satu. entri minyak petronas. itu bukan entri sia-sia. itu entri serius mencari bakal suami. haha.

eh lama aku tak apdate ork? korang rindu tak kt aku? halah. ayat tipikal blogger yg dah lama tak apdate betul. jap. aku tuka ayat. eh lama aku tak apdate. korang ada rasa nak korek hidung di siang hari tak? kalau ada, bagus lah. itu artinya IQ korang berada di tahap normal. tahniah! negara memang memerlukan orang mcm kalian!

ya entri sia-sia kita hari ini bertajuk "biskut kegemaran saya". biskut neh mmg aku suka gila sejak zaman sekolah. sebab dia sedap. jadi, setiap kali balik rumah, aku mesti beli utk bwk balik asrama. sebab aku suka sgt biskut ni, aku selalu makan sorok-sorok. tanak kasi kekwn lain. haha. gila kedekut kan? (oke nani aku tahu kau mesti nak ungkit hal roti kan? sila lah. sharing kan is caring? haha).

tp aku ada seorang kwn yg sgt suka meminta makanan org tanpa rasa bersalah. ada sekali tu, dia nampak aku makan "biskut kegemaran saya". dia pn pantas ja bina ayat kalis baik punya "EH! BISKUT APA TU? MCM SEDAP JE. KITA TAK PERNAH MKN PN. SEDAP KE?" atau dalam bahasa mudahnya, "WOY MEH AR SKET BISKUT KAU. AKU NAK". dgn kadar kerelaan di tahap 0.0001%, aku pn bagi ja la.

sambil makan, aku pn saja la nak cuba buat dia faham kenapa aku sebenarnya tanak share pn biskut tu dgn kekwn lain (sumpah biskut tu ja. biskut lain aku tak kesah. kalau biskut cap ping-pong tu, amek semua pn takpa). sedang dia makan, aku bersuara; "KAU TAHU TAK BISKUT NEH BERAPA HARGA DIA?" sengaja. aku nak tgk apa reaksi dia. "ENTAH. TAK TAHU. MUNGKIN DLM 3 KE 4 RINGGIT KOT?" dia jawab sambil mulut laju menguyah "biskut kegemaran saya". aku senyum tipis. "SALAH. BISKUT NEH HARGA DIA DLM 11 KE 12 RINGGIT". dia buat muka terkejut gila. dalam hati aku sedikit girang. YES! taktik aku berjaya! lepas dia tahu biskut tu mahal, mesti dia takkan minta lg drpd aku dah! kau bijak huda!

masih dengan muka terkejut, dia ambil lg seketul "biskut kegemaran saya". dia masuk mulut, dia hangguk-hangguk tanda faham. "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL.....SBB TU DIA SEDAP!!" kata dia sambil ketawa girang. aku sedikit hampa. bukan kawan ku. bukan. kau patutnya ckp "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL...SBB TU KAU NAK MKN SORANG-SORANG. TANAK KONGSI DGN ORG LAIN!" mission failed -.-







tp itu dulu la. sekarang, sejak saya menjual HAI-O, saya sudah tidak kedekut lagi untuk berkongsi "biskut kegemaran saya". terima kasih HAI-O. oke ending tade kaitan dan sangat tiba-tiba. dah bye.

.end of entry. 

Wednesday, August 11, 2010

pertama complex.


sahur pertama.

sbb imsak pukul 5.43 pg, maka aku bangun pukul 5.30 pagi. mata separa terbuka. tgn capai air kosong. hati cakap, "sahaja aku bersahur hanya kerana Allah Ta'ala". otak mencelah, "eh bersahur kena ada niat ka?". minum seteguk, lepastu tidur balik.

dosa pertama.

"kak, tgk budak tu. umur baru 13, suara dah pecah"
"ha lah. kenapa?'
"tu justin bieber tuh. umur 16 suara mcm perempuan lg!"
"yg kau first day puasa nak kutuk justin bieber neh kenapa?"
"eh aah. entah lah. tak boleh eh? haha"

bazaar pertama.

jumpa ramai sgt pemain spain kt bazaar td. rasa mcm nak pingsan ja. mujur dah pukul 6 lebih. bazir ja puasa aku kalau tetbe pingsan. david villa ada, david silva ada, juan mata ada, pedro pn ada. messi ja takdak. eh? haha. tp tak jumpa xavi ah plak. hesh. tgk. pemain spain pn beli mknn berbuka kt malaysia. tp kenapa aku tak pernah jumpa pemain malaysia beli mknn berbuka kt malaysia eh?

berbuka pertama.

char kuey tiaw dgn hasil proses penyulingan sebanyak dua kali. sulingan pertama untuk buang taugeh. sulingan kedua untuk buang kerang. agk-agk pasneh kalau aku minta char kuey tiaw tanak taugeh dgn kerang boleh dpt murah sket ka? tak pn substitute dgn ayam kenny rogers pn style gak dop? baru lah tak minda kelas ketiga.

call pertama.

sejurus sahaja berbuka, ada org call. dalam hati dah mcm "wah. ni call nak ucap selamat berbuka la ni". dgn bersuara sopan, aku jwb call. tiba-tiba keluar suara amoi bercakap kuat gila. "WRONG NUMBER LA!" jerit aku tak puas hati. kau dah la tak puasa. jangan nak menganggu emosi org yg tgh nak berbuka puasa boleh tak? dah la lepastu terus letak ja. wish ar selamat berbuka ka. selamat bertadarus ka. tak satu Malaysia sungguh. islam hadhari apatah lagi. cis betul. rumah terbuka raya nnt jgn nak datang mkn lemang ya!

nota kaki: penulis sengaja tidak mahu menceritakan mengenai terawih pertama beliau. dikhuatiri org menganggap ianya bertujuan utk riak. maka pahala sudah tidak dikira sbg pahala nnt. sekian.

.end of entry.

Monday, August 9, 2010

ni lebih kurg mcm superbrands la. Malaysia's Favourite Brands gitu.


org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.

hari ni aku nak bercerita mengenai muka universal boleh? ala kalau korg ckp tak boleh pn aku tetap nak cerita gak. itu cuma prosedur wajib nak kelihatan konon-konon sopan ja sebenarnya. haha.

tetbe teringat ustaz bahasa arab aku dulu (hoish. jgn nak buat-buat terkejut plak bila taw aku blaja bahasa arab dulu. kan aritu aku dah kuarkan perkataan "uskud". baru sket tu. tu pn ada yg dah menggelabah tak faham maksud dia apa kan? haha). ustaz aku tu suka masuk kelas tetbe tanya mcmni "sy ingat sy nak buat kuiz la hari ni. boleh ke?". jwpn standard kitaorg "alaaa ustaz. mana boleh. kitaorg tak prepare apa-apa pn". sambil buat muka separa kerek, dia jawab "eh. siapa yg ustaz sekarang? suka hati sy la. apsal plak kamu nak ckp mana boleh. tade tade. sy nak buat juga". jd apa fungsi dia tanya kitaorg td sebenarnya? mmg tade fungsi pn.    

ya berbalik pd tajuk asal. muka aku ni boleh kira muka universal. sebab apa, mana-mana aku pergi, ada ja org ckp pernah jumpa aku. padahal aku mmg tak pernah jumpa pn diaorg sebelum ni. bila aku cakap tu bukan aku, diaorang mula la tak percaya. pastu kaver dengan soalan "kakak kau kot?". bila kurun aku ada kakak entah. ikut kan darah O+ muda aku ni, nak je aku jawab "kakak anda kot!".

eh kejap. nak buat klarifikasi ya. muka universal bukan bermaksud muka bersepah oke. itu lain. muka bersepah mcm muka yg kau boleh jumpa kt tepi-tepi jalan. muka universal neh, kau jumpa kt tmpt-tmpt kata nama khas ja. contoh mcm kt Universiti ka, Sekolah Menengah Sains ka, Mid Valley Megamall ka, Masjid Negara ka. faham ya? aku harap, kt bhgn komen nnt, tade la yg kasi komen mcm budak tak habes sekolah darjah 6 (e.g. "ala muka bersepah la tu", "ala muka berlambak tepi jalan namanya tu"). jgn ya kwn-kwn. 

kalau yg berjantina lelaki, ayat biasa aku dengar, "eh muka kau mcm muka ex-gf aku lah", "muka kau sama mcm muka gf aku". oke. bab ni tanak elaborate panjang-panjang. nnt kena kutuk dgn sigg lg.

yg perempuan mcm biasa la, "muka kau mcm muka kwn skola aku la!", "muka kau sebiji mcm muka sedara aku", "eh mcm biasa tengok la. kita pernah jumpa kn?". kalau nak yg rare sket "muka kau mcm muka classmate aku. tp kau versi perempuan. dia versi lelaki". kalau yg rare byk pn ada "huda, akk rasa, korang baik kapel lah" "eik? kenapa?" "sebab muka korang sama" "-.-".

yg hard core pn ada. pernah sekali tu kt sogo tgh ada sale. aku pn beria la cari t-shirt yg bekenan. tetbe ada sorg kakak tu dtg dekat aku. aku ingat dia nak cari t-shirt gak. aku pn buat bodo ja la. lepastu dia usha aku. makin lama makin dekat. mmg tekun gila dia pandang aku. dlm hati aku dah mcm "eh apahal akk neh usha aku dekat-dekat neh? ada bulu hidung aku terkeluar ke apa?".

tetbe dia pn bersuara "adik. adik ni yg keje kt kedai makan tu kan?". dah pulak. memang la aku gemuk sket. tp tak semestinya aku keje kt kedai makan. "err mana ada kak" aku jawab sopan. dia tak puas hati. "betul la! adik la yg keje kt kedai makan tu!". ah sudah. parah neh. ayat penyata terus dia bg. konfiden habes.

"tak kak. tade. bukan sy" jawab aku tenang. sambil buat muka tak puas hati, dia tanya aku lg "ye ke? tp muka adik sebiji mcm muka dia. kedai mkn kt klang tuh. betul bukan adik ke? kakak adik kot??". halah. malas betul aku. tanak kalah lg tu. malu la tu dah salah org. lepas aku ckp aku tade kakak, baru dia blah. hesh. tgn aku sket ja lg nak tarik tudung dia dah. mujur dia blah tepat pada masa nya. u shud consider ur self lucky ya kakak. ewah. aku sejak rajen tgk hannah montana, lidah dah terbiasa speaking london. maaf lah ya.

org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.

aku dah jumpa sorang yg sama muka dgn aku. nak tahu sapa?


cheryl cole. apahal? ada yg tak puas hati? pukul kang! (sengaja tipiskan mata dgn harapan boleh menambahkan efek konon-konon comel. berkesan tak? kalau tak berkesan, anggap ja la misi gagal)

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails