Thursday, August 19, 2010

biskut kegemaran saya.

hye semua!! tak payah dekat! tak payah dekat! aku tade nak goreng telur dadar utk korang pn. duk jauh-jauh pn takpa. haha. permulaan ja dah menjurus ke arah sesuatu yg sia-sia. jadi memang benar assumption kalian. ini memang entri sia-sia. tp sejak bila aku pernah ada entri yg tidak sia-sia? oh ada satu. entri minyak petronas. itu bukan entri sia-sia. itu entri serius mencari bakal suami. haha.

eh lama aku tak apdate ork? korang rindu tak kt aku? halah. ayat tipikal blogger yg dah lama tak apdate betul. jap. aku tuka ayat. eh lama aku tak apdate. korang ada rasa nak korek hidung di siang hari tak? kalau ada, bagus lah. itu artinya IQ korang berada di tahap normal. tahniah! negara memang memerlukan orang mcm kalian!

ya entri sia-sia kita hari ini bertajuk "biskut kegemaran saya". biskut neh mmg aku suka gila sejak zaman sekolah. sebab dia sedap. jadi, setiap kali balik rumah, aku mesti beli utk bwk balik asrama. sebab aku suka sgt biskut ni, aku selalu makan sorok-sorok. tanak kasi kekwn lain. haha. gila kedekut kan? (oke nani aku tahu kau mesti nak ungkit hal roti kan? sila lah. sharing kan is caring? haha).

tp aku ada seorang kwn yg sgt suka meminta makanan org tanpa rasa bersalah. ada sekali tu, dia nampak aku makan "biskut kegemaran saya". dia pn pantas ja bina ayat kalis baik punya "EH! BISKUT APA TU? MCM SEDAP JE. KITA TAK PERNAH MKN PN. SEDAP KE?" atau dalam bahasa mudahnya, "WOY MEH AR SKET BISKUT KAU. AKU NAK". dgn kadar kerelaan di tahap 0.0001%, aku pn bagi ja la.

sambil makan, aku pn saja la nak cuba buat dia faham kenapa aku sebenarnya tanak share pn biskut tu dgn kekwn lain (sumpah biskut tu ja. biskut lain aku tak kesah. kalau biskut cap ping-pong tu, amek semua pn takpa). sedang dia makan, aku bersuara; "KAU TAHU TAK BISKUT NEH BERAPA HARGA DIA?" sengaja. aku nak tgk apa reaksi dia. "ENTAH. TAK TAHU. MUNGKIN DLM 3 KE 4 RINGGIT KOT?" dia jawab sambil mulut laju menguyah "biskut kegemaran saya". aku senyum tipis. "SALAH. BISKUT NEH HARGA DIA DLM 11 KE 12 RINGGIT". dia buat muka terkejut gila. dalam hati aku sedikit girang. YES! taktik aku berjaya! lepas dia tahu biskut tu mahal, mesti dia takkan minta lg drpd aku dah! kau bijak huda!

masih dengan muka terkejut, dia ambil lg seketul "biskut kegemaran saya". dia masuk mulut, dia hangguk-hangguk tanda faham. "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL.....SBB TU DIA SEDAP!!" kata dia sambil ketawa girang. aku sedikit hampa. bukan kawan ku. bukan. kau patutnya ckp "OHH PATUT LAH. DIA MAHAL...SBB TU KAU NAK MKN SORANG-SORANG. TANAK KONGSI DGN ORG LAIN!" mission failed -.-







tp itu dulu la. sekarang, sejak saya menjual HAI-O, saya sudah tidak kedekut lagi untuk berkongsi "biskut kegemaran saya". terima kasih HAI-O. oke ending tade kaitan dan sangat tiba-tiba. dah bye.

.end of entry. 

45 comments:

  1. aku tak kisah kalau ada orang nak amik 'biskut kegemaran aku' sebab aku minat semua biskut.

    tapi aku pantang kalau ada orang amik roti jala aku. memang nak kene babab.

    ReplyDelete
  2. oh pendek pulak comment aku kali ni. mungkin sebab bulan puasa. tangan aku pun turut berpuasa dari menaip panjangpanjang.

    ReplyDelete
  3. akak comeyh! nak seketul 'biskut kegemaran sy' tu..ekekeke

    ReplyDelete
  4. fadh,
    roti jala setakat dua keping sehengget tuh tade sapa nak amek fadh oii. haha. aah. aku pelik gk. siap gosok-gosok mata td tgk komen kau pendek. huahahah.

    fatin,
    nah hamek ar. byk ag kt bilik neh :p

    ReplyDelete
  5. entri tipikal budak2 tadika kemas. cerita mengenai makanan kegemaran.

    ReplyDelete
  6. biskut! hanya minat munchys music :P

    ReplyDelete
  7. biskut 4 segi cap ping pong jugak yang terbaik untuk aku hehehe

    ReplyDelete
  8. razman,
    yg penting logik dan nyata. bukan angan-angan yg tak logik dan tak mungkin terjadi. kah kah kah.

    fid,
    yg ni 12 kali lebih sedap fid. sumpah. hee.

    man,
    haha. sedap tuh. feveret gk ar. zaman skola-skola dulu, cecah sos ja. sadis. haha.

    ReplyDelete
  9. sama lah. kedekut. tak suka share benda2 yang special or mahal or dibeli guna duit sendiri unless dia mmg my best buddy or dia mmg faveret person la. haha ;D

    ReplyDelete
  10. tu la. makan sorang-sorang baru nikmat kan? haha. gila kedekut.

    ReplyDelete
  11. oh usahawan hai-o sekarang,

    nnt bila dah jadi ahli diamond, jangan lupa beli caldina sebijik. ala, macam tipikal ahli-ahli hai-o bertaraf diamond tu

    ReplyDelete
  12. haish. wajib lah tuh. tp kau tertinggal satu step penting sblm beli caldina. iaitu bwk parents g buat haji dulu. kah kah kah.

    ReplyDelete
  13. hahaha

    kebal gila minah tu..boleh bikin hati punah.

    tu pun biskut feveret aku woh..tp aku rasa cam jajan je.huhu.aku takde lak mkn sorg2..kongsi je dgn sapa2..hehe.

    ReplyDelete
  14. hek eleh. biskut 12 hinggit pon saving. aku tiap2 ari sedekah doploh lima ribu ringgit kat masjid, x kecoh pon! huhu...

    ReplyDelete
  15. sekarang bkn tgh kecoh ke? haha. sudah la kau. nak suh blanje aku kenny pn belum tentu lepas :p

    ReplyDelete
  16. ala, bulan poser. xleh ar nak belanja lunch. kalau tak, malam nih gak aku dah tempah kenny rogers mid valley tuh khas untuk ko

    ReplyDelete
  17. owH ingat biskut famous amos td..

    x suka biskut la..suka roti benggali jer :)

    ReplyDelete
  18. aidi,
    eh sapa ckp blanje lunch? blanje berbuka pn boleh. awawawawa :p

    makdara,
    err roti benggali tu apa? sedap ke? tak pernah mkn pn? (eh kenapa ayat dah serupa ayt kwn sy neh? haha)

    ReplyDelete
  19. ehem. encik f, kalau share dgn aku boleh? wakakaka.

    ReplyDelete
  20. belanja berbuka? ala mid valley selalu penuh la...

    ReplyDelete
  21. eh tak semestinya kt mid valley. tmpt laen pn oke apa. yg penting ada kenny. kah kah kah.

    ReplyDelete
  22. kenny rogers tempat lain semua dah tutup dah. hormat bulan poser agaknyer...

    ReplyDelete
  23. memang. org kedekut mmg suka bg alasan. aku dah cukup faham dah. haha. takpa. johnny's pn boleh :p

    ReplyDelete
  24. apepasal lu citer perkare membatalkan pose ni ha?? har har har...

    ReplyDelete
  25. masalahnya sekarang, lu puasa ke? har har har.

    ReplyDelete
  26. hahah bisku biskut biskut semua makan janji naa dia biskut. LOL =P

    ReplyDelete
  27. wah. ni bagus neh. semua jenis biskut dia bantai neh ;p

    ReplyDelete
  28. johnnys? aper tuh? kedai makanan murah tuh ker? :P

    ReplyDelete
  29. haha. bg blogger femes mcm kau, ya lah. itu kedai murah ja. mknn berkos rendah. apa lg, meh blanje aku cepat! :p

    ReplyDelete
  30. senang senang makan ja biskut tawar
    tak bimbang kena pau ngan member

    ReplyDelete
  31. biskut cap ping-pong la tu. biskut tu depa tanak paw plak. high taste depa neh. haha.

    ReplyDelete
  32. ceh, takat belanja johnnys. aper la sangat.
    nah amek lima posen nih pegi bukak poser kat johnnys tuh. nanti balance bagi balik.

    ReplyDelete
  33. nak beli nasi semangkuk pn tak lepas bang. punya la kedekut. haritu siap dpt blackberry percuma. ceit! haha.

    ReplyDelete
  34. hahhaahhaha... dapat blackberry la. bukan dapat duit cash seploh juta. ish2... pakai blackberry nih nak kena topap lagi. habes dah duit. sob2... :(

    ReplyDelete
  35. haha. tu la kau. tak pandai main politik. org pas dpt tu g jual dgn harga mahal sket. kn boleh dpt cash? itu pn nk kena aku ajar ka? haha. tayah topap. topap berkoyan-koyan pn bkn kau msg aku. eh? wakakaka.

    ReplyDelete
  36. hahaha... mesej ko? tuh kat facebuk berlambak-lambak aku mesej ko. satu pon ko tak reply pastu nak harap ko balas text mesej aku? sedeyh tau tak! :(

    ReplyDelete
  37. haha. msg kt fesbuk mmg aku tak reply. byk sgt. tak larat mak noxx. wakakaka.

    ReplyDelete
  38. Allah. merajuk plop dah. dasar jejaka lombok. haha.

    ReplyDelete
  39. hahaha... kurang ajar. hampir tersebut bab1 bler aku baca komen nih.

    ReplyDelete
  40. haha. jgn weh. kurang pahala pose aku tanak tanggung eyh :p

    ReplyDelete

nak komen jgn rasis sgt. lempang karang.