Wednesday, November 6, 2013

Macam rindu jew. Macam rindu jew.

Rindu nak ber blogging.


Rindu nak bersengkang mata semata-mata nak menghasilkan post yang diminati ramai (masalahnya ada ke? Pernah ke post kau diminati ramai? Puihhh HAHA)


Rindu nak baca komen orang sejurus selepas up new post (sejurus apa woiii. Bajet blogger femes. Paling kuat pun seminggu lepas up post baru ada orang komen la. itu pun anonymous "hai! What a fantastic blog u hv here! Come visit mine. I follow you you follow me back yeah")


Rindu nak kelam kelibut buka new tab banyak-banyak sebab terlepas post blogger lain bila away (contoh raya balik kampung tak dapat online. Bukan. Bukan sebab takde line internet. Tp sibuk tolong nenek anyam ketupat *nampak tak permainan dia di situ*. So banyak new post yg terlepas. Lepastu menggelabah buka banyak-banyak terus. Lepastu laptop hang. Lepastu stress. Lepastu minta laptop baru kt abah. Lepastu instead of kasi laptop baru, abah kasi pelempang baru)


Rindu nak komen keji-keji kutuk-kutuk mengarut-ngarut kt blog post orang lain. (Dalam erti kata lain, membuat onar di blog orang. Haha. Lepastu ada sohabat-sohabat seangkatan plak tu yang suka buat onar jugak. So saling bantu membantu. Wonderpets sangat kan)


Rindu nak baca blog review daripada blogger lain. KIH KIH KIH (ini paling tak boleh blah. Ada pernah orang review blog kau ke woy? Ada la woy sekali dua. Sekali dua je tak payah nak rindu lah. Semak sungguh. Alaaa biar la. syasya sukew mata syasya!



Rindu nak dapat duit daripada nuffnang. Eh? Pernah dapat 2 kali je pun boleh rindu dah ke? Boleh lah. Asal lebih dari sekali kan. Kui kui kui. Kincin vole vera tak vole.



Rindu. Sumpah rindu. Haih. Nanti lah one fine day aku up post yg berguna pada bangsa agama negara dan syasya ye. Hihi.



Rindu nak tekan button publish KAH KAH KAH oke nak tekan sekarang bye bye bye.

Sunday, May 12, 2013

Masih hidup (heh?)

Hyeeee. Ya Allah lama gila tak jenguk blog. Sejak ada instagram ni hari hari aku duk stalk pic retis retis. Stalk pic bby bby comel pn ye gak. Mcm bby atitaharis tu. mak aih comel kemain. Tp paling tak tahan bila tgk komen komen org kt situ. Kannnn! Masing masing nak tag pakwe or suami sambil @uzairasri nak cmnieww gakkk hew hew hew (ini contoh je kau jgn nk search plak ig laki aku. Tetibe. Haha). I mean, ank kau nnt sah sah ikut muka kau atau laki kau (err melainkan ada isu infidelity ya). Takkanlah tetbe ank kau keluar nk muka mcm miranda kerr pulop (hoi huda bkn dulu kau harap ank kau keluar muka mcm suri cruise ke? KAH KAH KAH diam lah kau. Aku dah insap la ni).

Tapi takpe lah. Masing masing la kan. Berharap tu tak salah. Berangan tu yg bikin gua panas. Eh tetibe. Entry tade hala tuju. Sbnrnya aku nak apdate kisah kelahiran anak aku. Tp tetbe tgk ada post ni dlm draft. Ate abiskan dulu la yedok? Baru buat new post. Wahahah. Oke. Dah nak post (nak jugak post wlpn mcm sampah masyarakat. Puihhh suka hati aku la). Byeeee. 

Tuesday, January 1, 2013

Syaiton yg direjam (title dramatik sgt)

Rinduuuuu nak apdate blog. Tp entah kenapa mcm ada syaitonnn malas yg bertepek kt dahi aku ni. Tiap kali nak apdate blog, syaitonn tu jerit "JANGAN JANGAN! TAYAH TAYAH!" Entah apa yg dia dengki sgt dgn aku pn aku tak tahu la. Ada gk aku cuba slow talk dgn dia. Aku ckp nnt duit nuffnang aku bg la separuh kt dia. Tp pandai plak tu dia menjawab "AH! KAU INGAT AKU TAK TAHU YG DUIT NUFFNANG KAU TU CUMA SEKANGKANG KERA?! NAK BG SEPARUH KUNUN! HAK PTUIHHH!"  Perghhh. Jilaka tau syaitonnn ni. Dasar syaitonn punya syaitonnn. Perangai serupa iblis.

Jadi begitu la kisah nya kenapa blog aku dah tak sering di apdate. Maka dgn kedatangan 2013 ni, aku harap syaitonnn tu boleh bertepek di dahi org lain plak. Agar aku bleh sering apdate blog. Hihi. Agar duit nuffnang aku bleh bertambah lebih banyak. Hihi. Agar hasrat aku berkereta kan mini cooper bleh tercapai. Amboi over. Kah kah kah. Oke la dah habis. Bye bye bye.

Eh eh. Lupa. Happy twenty thirteen yawww! Semoga azam kalian semua tercapai. Azam aku nak lebih gigih apdate blog. Lolololo tak ilmiah sungguh. Duniawi sungguh. Haha. Oke la oke la. Azam aku nak jd isteri dan mama yg mithali. Gitewwww sangat! Ukhrawi kan? Hihi. Oke dah bye.


P/s: jgn riba anak time tgh apdate blog. Nnt siku kau terkena kt muka dia. Haha. Sian anak mama ni :p
Related Posts with Thumbnails