Friday, September 18, 2015
Jujurlah sajaaaa aku tak mengapaaaa
"heh bagus juga kau faham. senang kerja aku" aku pun tekan pedal minyak nak kasi nampak la mcm mana contoh tauladan yang baik kalau kau nak stay di lane kanan. alih alih aku tengok kiri bukan main kereta dia dah 12 batu ke depan. dia pn dah tekan pedal minyak baik punya.
kungajaqqqq. habis kalau kau boleh bawak laju yang kau kedek kedek kt lane kanan tadi apahal? kau saje nak tunjuk walaupun kau duduk lane kiri kau boleh bawak lagi laju drpd aku kan? ini satu penghinaan tahu tak? mcm sengaja la kau nak cakap "kau nak sangat duk lane kanan kan? hah amek la. tp apa apa pun kau akan tetap di belakang aku! kereta berkuasa 2.0! HAH HAH HAH good bye loser"
ok lah. bye.
yang benar,
pemandu viva 0.5 cc.
Sunday, May 10, 2015
Teringin nak buat dubsmash tapi takut takde orang like. Hurmmm.
Sunday, December 7, 2014
Umar Al Faruq nama dia.
Semalam mama saya genap 28 tahun. Hari ni saya genap 3 bulan! Terima kasih mama sebab keluarkan saya. Seluas dahi artis artis korea yg kemudian kaver dgn gaya rambut sarang burung tu, luas lagi kasih sayang sy terhadap heyy mama cita nega ayaiyaiyaiyai!
Saya tahu agak dramatik proses pengkeluaran saya. Tp tidak lah sedramatik kakak kakak dan abang abang yg kena ambil upsr berulang kali tu. Dgr khabar org ckp apa sgt lah upsr tu. Tayah la beria nak reseat bagai. Heyyy itu minda kelas ketiga tu. Upsr penting hoccayyy. Tgk mama saya. Upsr dpt satu ke dua A entah. Tu pasal blaja smpai master je. Kalau dpt 5A upsr mesti dh jd profesor emiritus. Uhus uhus uhus.
So sy ni kira ok lg ka kan. Tak la dramatik sgt sgt. Mama jgn risau. InsyaAllah saya akn jd ank yg soleh supaya sejuk perut mama nnt. Sesejuk embun pagi. Eh embun sejuk ke suci? Konpius la mama. Ahhh sesejuk losen aloe vera je la. Kan senang gitu.
Kalau tak sejuk juga nnt sy tolong letak ice pack jenama autumnz. Heh heh. Rilek la mama. Jgn marah. Apa org umur 28 ni keje mmg nak marah org je ke mama?
Sy tgk boleh tahan simba the lion king mama dgn kakak sarah. Singa pn tak sesinga mama. Mama ni mama ke singa? Ke mama singa? Eh pening la sy mcmni.
Daddy pn jd mangsa. Kdg kdg bkn main bersepai pinggan mangkuk dlm sinki tu mama kerjakan. Amboi mama. Kalau mama menantu haji ismail group logik juga mama nk buat gitu. Ihiks.
Ngape gitu ma. Bebwk ngucap istigpar bebyk. Mmg gini ler ada anak dua. Itu belum sy besar lg. Hah Hah. Jgn mama lupa sy ni hero. Mama tak tgk ke hero filem hindustan mcm mana. Dia punya kasi penerajang kt org siap bersepai cermin sana sini padahal tendang kaki tak sampai pn. Effect lebih tu penting.
Kang sy dah pandai meniarap menyelar merangkak menjilat lantai menelan tahi cicak bagai saya ingat level stress mama lg mencanak canak naik nnt.
So you better be prepared mentally and physically starting from now. Yes i mean now. Ecewah. Speaking uh. Hari hari cuti gini speaking sedas dua feel dia mmg lain mcm sikit. Rasa mcm dato' dato' baru balik dr europe trip gitu.
Ok lah mama. Penat dah sy ni. Kesimpulannya mama sentiasa lah bertabah ye dgn kakak sarah daddy dan juga saya. InsyaAllah besar ganjaran nya ye mama.
Mana tahu dpt mini cooper ke. Boleh sy tumpang sekaki pergi rumah pengasuh. Hihi. Duniawi semua tu mama. Yg penting ukhrawi. Mana tahu peroleh syurga ke kan.
Ok boleh ye mama. Langkah pertama mama boleh pergi basuh kain sekarang. Dah mcm mount midoriyama dah sy tgk baju kotor dlm bakul tu. Sementara sy masih tdo ni. Kang sy dh bgn panjang plak kisah nya. Oh eh. Sy tgh tdo ke? habis siapa yg taip ni? Sy taip dlm mimpi kut. Tak smpai punchline tu mama. Har har har. Bye.
Saturday, November 15, 2014
"Tapi suami sy tak hensem..."
Sebenarnya gini ler. Aku hidup sekarang tumpu pada laki dan ank-ank je. Tak menyempat weh nak up post dgn tajuk tajuk gitu. Oh eh. Did i mention to u i hv a newborn? Ahaha. Idok la newborn sgt. Dah 2 bln lebih ank teruna sy tu. Hew hew. Alhamdulillah. Anak dah sepasang. Mini cooper je belum dpt lg. Eh tetibe plak. Hye sayang. In case u read this, no i didnt meant it. Saje je melawak dua posen sikit. Tp kalau awk nk ambil serius pn apa salahnya. Sy sudi ambil mini cooper tu nnt. Lol.
Alaaa benci la. Baru kata nak post mende yg serius. Tetiba smpai skang masih melaba. Sape tahu melaba tu apa? Mak aku slalu guna perkataan tu. Kalau kau tak tahu cer kau google "maksud melaba". Nnt dtg kt blog ni balik pastu kau komen la kt post ni. Tanya aku apa maksud melaba. Nampak tak mcm mana jerih perih usaha aku nk tingkatkan duit nuffnang aku? Ahahha. Password pn dh lupa. Cmne nk cashout duit? Puihh puihh puihhh.
Ok serious mode: ON. Ecewah. Best gk buat mende ni. Slalu tgk org buat je mode on on ni kan. Jaafar on pn mesti selalu buat. Nampak sofistikated. Ala ala ala. Dah penat nak taip. Ahahha. Aku post gamba je la bleh ka?
Kawan wasap aku pasal patient dia sorg ni. Tak boleh terima laki dia tak hensem. Cmne tu weh??? Kau agak-agak sikit. Kau dah kawen kut. Takkan baru kau nak menyesal dgn muka laki pilihan kau?
Wednesday, November 6, 2013
Macam rindu jew. Macam rindu jew.
Rindu nak bersengkang mata semata-mata nak menghasilkan post yang diminati ramai (masalahnya ada ke? Pernah ke post kau diminati ramai? Puihhh HAHA)
Rindu nak baca komen orang sejurus selepas up new post (sejurus apa woiii. Bajet blogger femes. Paling kuat pun seminggu lepas up post baru ada orang komen la. itu pun anonymous "hai! What a fantastic blog u hv here! Come visit mine. I follow you you follow me back yeah")
Rindu nak kelam kelibut buka new tab banyak-banyak sebab terlepas post blogger lain bila away (contoh raya balik kampung tak dapat online. Bukan. Bukan sebab takde line internet. Tp sibuk tolong nenek anyam ketupat *nampak tak permainan dia di situ*. So banyak new post yg terlepas. Lepastu menggelabah buka banyak-banyak terus. Lepastu laptop hang. Lepastu stress. Lepastu minta laptop baru kt abah. Lepastu instead of kasi laptop baru, abah kasi pelempang baru)
Rindu nak komen keji-keji kutuk-kutuk mengarut-ngarut kt blog post orang lain. (Dalam erti kata lain, membuat onar di blog orang. Haha. Lepastu ada sohabat-sohabat seangkatan plak tu yang suka buat onar jugak. So saling bantu membantu. Wonderpets sangat kan)
Rindu nak baca blog review daripada blogger lain. KIH KIH KIH (ini paling tak boleh blah. Ada pernah orang review blog kau ke woy? Ada la woy sekali dua. Sekali dua je tak payah nak rindu lah. Semak sungguh. Alaaa biar la. syasya sukew mata syasya!
Rindu nak dapat duit daripada nuffnang. Eh? Pernah dapat 2 kali je pun boleh rindu dah ke? Boleh lah. Asal lebih dari sekali kan. Kui kui kui. Kincin vole vera tak vole.
Rindu. Sumpah rindu. Haih. Nanti lah one fine day aku up post yg berguna pada bangsa agama negara dan syasya ye. Hihi.
Rindu nak tekan button publish KAH KAH KAH oke nak tekan sekarang bye bye bye.
Sunday, May 12, 2013
Masih hidup (heh?)
Tapi takpe lah. Masing masing la kan. Berharap tu tak salah. Berangan tu yg bikin gua panas. Eh tetibe. Entry tade hala tuju. Sbnrnya aku nak apdate kisah kelahiran anak aku. Tp tetbe tgk ada post ni dlm draft. Ate abiskan dulu la yedok? Baru buat new post. Wahahah. Oke. Dah nak post (nak jugak post wlpn mcm sampah masyarakat. Puihhh suka hati aku la). Byeeee.
Tuesday, January 1, 2013
Syaiton yg direjam (title dramatik sgt)
Jadi begitu la kisah nya kenapa blog aku dah tak sering di apdate. Maka dgn kedatangan 2013 ni, aku harap syaitonnn tu boleh bertepek di dahi org lain plak. Agar aku bleh sering apdate blog. Hihi. Agar duit nuffnang aku bleh bertambah lebih banyak. Hihi. Agar hasrat aku berkereta kan mini cooper bleh tercapai. Amboi over. Kah kah kah. Oke la dah habis. Bye bye bye.
Eh eh. Lupa. Happy twenty thirteen yawww! Semoga azam kalian semua tercapai. Azam aku nak lebih gigih apdate blog. Lolololo tak ilmiah sungguh. Duniawi sungguh. Haha. Oke la oke la. Azam aku nak jd isteri dan mama yg mithali. Gitewwww sangat! Ukhrawi kan? Hihi. Oke dah bye.
P/s: jgn riba anak time tgh apdate blog. Nnt siku kau terkena kt muka dia. Haha. Sian anak mama ni :p
Wednesday, October 17, 2012
Sy dh keluar!
Err amcm muka sy? Ye ye sy tahu 600000 km jauh lebih comel drpd suri cruise bukan? Haha.
Mama ckp nnt dia apdate cite pasal proses kelahiran sy ye. Entah iye rajen ke idak entah mama sy tu. eh jgn bitaw dia sy ngata dia. Nnt sy xdpt minum susu. Sengsara la sy. Wuwuwu.
Oke dh penat. Bye :p
Tuesday, October 9, 2012
Rupalistik sket.
Mak tumpang tgk.
Mak kerut-kerut kening.
Aku tnya mak "Eh beria plak mak tgk cite ni. Hee"
"Tak. Mak igt dia dh mati dlm laut tu td. Tetbe hidup lg la plak"
"Eh. Hero takkn lah mati awal sgt mak"
"Hah??! Hero ke tu? Tak hensem pn. Takkanlah. Mak rasa tu org jahat tak? Muka pn mcm jahat ja"
HAHA. Sorry matt damon. Wlpn lu menang academy award, tetap, di logik akal mak aku, hensem mcm aaron aziz ja baru layak jd hero.
Oke sambungan. Tetbe ada babak matt damon lawan dgn org jahat. Mak tanya lagi
"Eh mana satu hero nya ni?"
"Yg tu lah yg mak ckp td tu"
"Yg buruk tu? Mak rasa tak lah"
Aku ketawa sambil tepuk dahi.
Oke sekarang dah faham mana dtg nya gene rupalistik. Heh heh.
Saturday, September 15, 2012
Hijack blog mummeh!
Hye semuaa! Mummy saya kirim salam. Dia ckp, bila dia rajen nnt dia apdate blog eh. Tp bila kurun nak tunggu dia rajen tuh sy pn tak tahu la. Tp buat masa sekarang biar saya je la take over blog ni. Sbb sy mcm rajen2 sket. Amcm?
So kita buat sessi pecahkn ais la dulu ye. Emm sy dah 34 minggu duduk dlm perut mummy. Mummy ckp, suruh sy keluar cepat sket. Sbb dia tak larat. Haha. Mummy sy tu buat apa je yg dia larat?? Oh makan dia larat sokmo. Tu psl doktor estimate berat sy 2.8kg sekarang. Huu. Heaven tahu duduk dlm perut mummy sy ni :p
Lepastu apa lg ye. Oh ye. Sy ni insyaAllah girl. Hee. So sy harap bila sy keluar nnt muka sy mcm iras2 suri cruise lah (eh harapan apakah ini??! Ha...rapan. Harapan menjadi laaaayuu. KAH KAH KAH). Bukan. Bukan. Itu bukan harapan sy. Itu harapan mummy sy. Mummy tolong behave oke! Err tp kalau sy pnya harapan, ada iras2 harper seven pn jd la. Hihihi.
Fuhhh. Siap pn tiga perenggan. Oke cukup dulu la ye. Sampai di sini sahaja ye. Mcm penat plak tetbe. Next time sy sambung lg. Hihi. Byeee.
Wednesday, June 20, 2012
eh? bila masa aku post benda ni???
Thursday, April 26, 2012
kisah dongeng all time feveret.
kalau aku (tetbe nak bitaw. tade sape tanya pun huda?), aku suka cerita ni. tak tahu la korang taw ke idak pasal cerita ni. cerita ni mcm underrated sket la. tp aku suka cerita ni. aku pn xbpe nak ingat sangat la. aku hentam-hentam je la jalan cerita dia. oke ka?
cerita dia mcm ni...
once upon a time (alolololo intro kau sangat klise!), ada seorang princess ni dia sesat ke entah apa kejar rabbit ke apa ke kt dlm hutan. alik-alik hujan turun. dia pn lari la cari tmpt berteduh. tetbe dia nampak rumah besar. lepastu dia pn ketuk laju-laju sambil bg salam 3 kali (heh. muslim plak princess kau ni ye huda). kebetulan rumah tu pn mmg rumah anak raja (tak pasti la anak raja ke idak. tp rumah org kaya la). lepastu princess ni pn ckp la "hyezzz. sy ni pwincess. sekarang dah hujan dan dah larut malam, so sy nak tumpang tidur la kt rumah ni. boleh kew?"
yg buka pintu tu price la kunun-kunun nya. alik-alik terjatuh hati la plak (aku..aku..bagai sudah terkena..hati gembira rasa...jahatnya kamu..KAH KAH KAH). tp mcm biasa la. takkan la dah jatuh hati terus nak kawen and live happily ever after kan. mak si prince ni mcm tak berapa suka la princess ni. dia tak percaya la princess ni memang princess. dia ingat mcm anak penjala kepah ke apa kan.
alik-alik time nak tido malam tu, mak prince ni pn ada idea. "hah! alang-alang kau ngaku kau ni princess, meh aku try test sket betul ke idak". bisik hati mak si prince ni. dia pn kemas la bilik utk princess tu tidur. dia g susun nya tilam banyak-banyak smpai 28 lapis (mana dtg entah tilam byk-byk kt rumah. meniaga tilam kt danau kota gamak nya macik ni). kt bwh sekali, dia bubuh sebiji kacang hijau.
esok pg bila princess tu bangun tidur, macik ni pn tanya la dia "ate guane kome tdo semalam? lena ke idok?" (tetbe ada slang perak+ganu sket. wakakka). "bulih bulih la macik. tp dop taw ah ngape. hat pinggang ni ada rasa sengal-sengal ubi sket. mcm ada batu kecik ke mende entah kt bwh tilam tu. heuw heuw heuw"
maka mendengar jawapan si princess td, macik ni pn terus rasa "WAH!!! SUNGGUH LA DIA NI PRINCESS! KACANG KECEK GITU JE PUN DIA BLEH RASA WLPN AKU DAH SUSUN TILAM BANYAK-BANYAK!! AYUH LAH KAWEN SAMA ANAK BUJANG AKU!!"
and then, the prince and the princess live happily ever after.
KAH KAH KAH. menarik tak kisah dongeng ni? aku suka gila kisah dongeng ni. sampai kekdg waktu aku kecik-kecik, kalau aku bangun tdo rasa sakit pinggang sket, terus selak bawah tilam. bajet-bajet ada kacang hijau la kt bwh tu. haha. oke dah habis. korang cmne? apa cerita dongeng kesukaan kalian? meh ah cite sket. jangan ada yg bagi kisah vanila cokelat dingin lavenda 3 janji ke apa bagai dah le.
Wednesday, April 18, 2012
kalau ngomong, ngaca dulu dong!
aih. bila teringat kt aaron aziz terus hilang sket panas hati aku ni. terus tak jadi aku nak bahasakan diri aku sbg gua. keh keh keh. tipu je. sebenarnya baru lepas msg dgn hubby tersayang. tu pasal tak berapa nak panas hati sangat dah sekarang ni (#kavercemerlang)
oke balik ke pangkal jalan. sebenarnya cmni, tadi aku duk bawah. mkn nasi+kicap+daging beger. elok aku duk mkn rilek-rilek, tetbe bibik datang. sambil ngomel-ngomel
"eihh. ini mcm mana ni? mau guna pulsa gratis katanya. apa yg mau dipijit nih???"
pertanyaan bibik aku biar tak berjawab. malas. bkn apa, aku sebenarnya baru lepas buat spss. kalau kau tahu apa itu spss, mesti kau akan faham betapa tensi nya buat menatang tu. maka aku nak bertenang seketika dengan menikmati mknnn aku. alik-alik bibik datang buat onar.
"eihhh. hudaaa. ini mcm mana ni? kata nya dapat pulsa gratis. apa nya yg mau dipijit nih??"
pehh. bibik ni. bleh tahan kental. pijit pijit. aku pijit kepala kau kang bik. nak sangat kan. ha nah aku jawab 4 das
"ngga taw la bik"
sambil tarik muka, bibik menyelar aku
"ehhhh. bodoh juga kau ni ya"
pelepup. sedas bibik kasi kt aku. masuk terus ke dalam jantung. sedikit pn tak tersasar. peh bibik ni. boleh tahan minta iron panas gak ni. sambil menghempas pinggan, aku pn jawab
"yang bodoh tu engkau bibik. tu pasal engkau jadi bibik! ngerti?!!"
oke tipu je. takkan la aku begitu kurang ajar kan. niat tu ada nak menjawab cmtu. tp memikirkan yg bibik ni 20+ tahun lebih tua drpd aku, maka aku pilih alternatif lain utk menjawab
"sy pakai line bik. tu pasal tak tahu pasal pulsa ni"
"apa nya tu line? arti nya bagaimana?"
"arti nya, sy tade beli2 pulsa ni. tetiap bulan sy bayar je. atau dalam bahasa mudah, sy ni anak orang kaya. bukan mcm bibik. paham?"
KAH KAH KAH oke tak payah bgtahu pn korang mesti tahu punya ayat yg hujung tu sekadar rekaan semata-mata kan?
"oh begituuu. jadi berapa tu kau bayar tiap2 bulan?"
"200 bibik"
jawab aku sombong.
"yg benar 200? banyak bangad! kalau ga ngomong pn masih perlu bayar 200??"
"ya bik ya"
jawab aku sambil angguk-angguk yakin.
"yehhhhhh"
kata bibik sambil mencebik dan berlalu pergi.
pelepup. bak kata pepatah org tua-tua, ibarat sirih pulang ke gagang (entah betul entah idak bantai saje la labu).
oke dah habis bye.
Tuesday, April 10, 2012
tips merangkul hati mak mertua.
Saturday, March 24, 2012
keikhlasan amalan kita.
tp nak dijadikan cerita kadang-kadang kwn sekolah kau dah berkecimpung dalam bidang ni. maka secara tidak langsung, kau pun dah ada kawan yg tergolong dalam arena ni. jadi sebab kau tak berapa gemar mende ni, takkan lah kau nak cakap "EH AKU TAK SUKA DUH KAWAN DENGAN ORANG YG JUAL HERBALIFE JUSMATE5 NATASHA BEAUTY NI BAGAI. KAU BOLEH TAK PUTUSKAN SILATURRAHIM KAU DENGAN AKU? KAU BOLEH TAK DELETE AKU DARI FRENLIST FB KAU, MYSPACE, BBM, DAN SEBAGAINYA LAH. NO HP AKU PN KALAU KAU NAK DELETE AKU BERSYUKUR SGT2". tak logik lah untuk budak yg ambil subjek syariah islamiah time spm dulu (dan dpt A plak tu) utk cakap cmni kan.
maka kadang-kadang kau pn jd tersepit. bila kau still berkawan dgn dia, setelah sekian lama dia menyepi, alik-alik dia contact kau, dan-dan terus berhujah pasal produk yg dia nak jual. aku pun tak pasti. di manakah nilai keikhlasan dalam perhubungan? cewah. tacing nya ayat kau huda. tp aku mmg sumpah terasa. mcm kau dah lama tak contact, pastu kau tetbe contact, bebwk la buat mukaddimah tanya aku sehat ke dak kawen dah ke anak berapa dah ke mak mertua dah g haji ke anak kucing aku dah buka mata ke apa-apa je la. ini tidak. laju je kau nak promote barang kau kan? tension betul.
itu belum masuk lagi kalau dia bawak keluar ayat-ayat minta kaki seperti "LAAA KAU DUK RUMAH MERTUA LG KE SEKARANG? TGK AKU, NIAGA WAN DRUP PARFUME JE DAH BOLEH BELI RUMAH SENDIRI KT TAMAN JOBINA. KAU TADE RASA TERINGIN KE NAK JADI MCM AKU??". peh. tak baik tahu begitu. rezeki masing-masing. kalau kau betul berjaya meniaga benda-benda cmtu, bagus lah. bersyukur je lah dgn nikmat tuhan tu. tp rasanya tak perlu lah sampai mempersendakan orang lain yg tak berminat nak meniaga benda-benda gitu.
dah la aku nak marah lebih-lebih pn mcm malas plak sebab hari ni kan hari sabtu. aku nak g bersiap ni. nak pakai kasut yg ada sayap-sayap sket. al maklum lew snsd kan dtg klcc. tehee. iteww minat yoona. omel omel sangat diew tuew. heuw heuw heuw. buhbyeeee.
Friday, February 3, 2012
apdate sekadar dalam usaha cuba meningkatkan uwang nuffnang. kui kui kui.
mula-mula rakaat pertama masih teguh berdiri sebelah aku. masuk rakaat kedua, tetbe dah agak sedikit menyandar dekat aku. aku pn mcm dah aneh2 heran sket la. eh eh budak ni. takkan malas bebenau nak diri time solat sampai nak duk menyandar kt aku plak?
sampai tahyat akhir, memang dah totally melekat kt aku dah si pwinceszzz maya ni. peh. agak bikin panas di situ. ada gak terbit rasa keinginan utk kasi dia tumbukan padu right uppercut real steel sbg tanda amaran (real steel cite feveret aku thn lepas. hugh jackman hot gilew oke dlm cite tu. tgn dia...yummeh! hee. sape tak tgk cite tu dia loser. haha). tp memandangkan aku dah baligh dan mumayiz, maka aku batalkan saja hasrat aku tu. elok je abah mertua bg salam, terus dia pandang aku dan bersuara;
"KAK HUDA, NAK TAW TAK, KT TELEKUNG KAK SEBAH ADA CICAK"
"OH SEBAB TU LA MAYA DUK MENYANDAR JE KT KAK HUDA EH?"
"AAH!"
amboi maya. kemaen sandar lg kau kt kak huda ye gara-gara ada cicak kt telekung kak sebah. nampak sgt kau solat tak khusyuk siap bleh nampak ada cicak bagai. tak boleh tahu mcmtu maya. tgk kak huda. khusyuk je taw. wlpn maya menyandar kt kak huda, kak huda tak rasa mcm ada org tgh sandar kt kak huda pn (eh bkn td kau ckp kau heran aneh rasa nak kasi right uppercut bagai ka? HAHA diam lah kau). sepatutnya kan maya kena khusyuk taw. contoh mcm kalau tgh solat kt mesjid ke tetbe ada org kafir dtg nak tembak pn kena tetap teguh khusyuk menunaikan solat. lolololo. beria bg nasihat kt sini utk maya. bukan dia baca blog aku pn. takpe la. sebah dan adik, tolong bitaw maya ye nnt. kak huda tahu kalian selalu stalk blog kak huda kan (pergi ke pasar membeli kuih, konfiden harus lebih) kui kui kui.
eh. lupa nak bgtahu. sekarang kt rumah ni ada bby. bby aku HAHAHAH terkejut tak? sila la percaya. heee. tak tak. tipu je. bby kakak ipar aku. comel sgt-sgt. ayatul husna nama dia. dah la comel, nama pn sedap. tp yg aku tak puas hati sekarang ni, dah apahal plak aku tetbe jd mak njang??? tak glemer betul. dah mcm mak panjang je. tak tahu le. nnt lah bila husna dah besar sket aku cuba hasut dia panggil aku aunty kis (as if aunty with plural kiut) KAH KAH KAH.
OKE DAH BYE
























































