Monday, November 1, 2010

petua layan org tua berborak.

ramai muda mudi zaman Satu Malaysia sekarang ni tak suka nak berborak dgn org tua kan? ala tak payah nak tipu la. aku tahu. aku pun sama gak sebenarnya. haha. tp sebenarnya, bukan susah sgt pn nak layan org tua ni berborak. senang ja. korang cuma perlu dengar sambil angguk-angguk dan buat bunyi "ohhh" "aahh" "ya la tuh" "betul dah tuh". depa neh selalu nak kongsi cerita ja. ada kau jumpa org tua tanya soalan mcmni "cu, berapa ya kelajuan bunyi sesaat?" ataupun "nak, theorem pythagoras tu jadah apa eh?". takda kan? so mmg simple je kalau nak layan depa borak. kebetulan aku baru lepas mkn kepsi td, meh la aku kasi petua sedas dua sket. 

1. SETTING MUKA SENYUM

yang ini sumpah crucial. kau kena sentiasa senyum time nak dengar dia bercerita. ni nak tunjuk macam kau teruja la nak dengar cerita dia tuh. tak kesah la kau tengah mengantuk gila sebab smlm-tidur-lambat-semata-mata-tunggu-game-MU-sbb-nak-tgk-Macheda-berkasi-tp-tiba-tiba-dia-tak-diturunkan ke, kau tengah lapar sebab letih-dan-penat-tgk-cerita-Cahaya-yg-mcm-vlerghhhh!-apa-neh?! ke, apa ke, tak kesah. yg penting, kau mesti setting muka senyum bila nak dgr org tua bercerita. kalau kau buat muka ketat, sumpah dia akan kecik hati. laju-laju ja dia packing beg nak balik kampung karang.

2. JANGAN UBAH TOPIK

aku faham. bila berborak dengan orang tua ni, mesti ada satu point nnt mcm tetbe kau dah lost dan mula tak faham dgn jalan cerita dia. dalam hati mcm 'eh mende apa org tua ni tgh mengarut td?'. takpa. wlpn kau dah lost, kekalkan muka senyum dan angguk-angguk konon faham. tade masalah. sbb dia takkan suruh kau ulang balik apa yg dia dah cerita. jadi kau jangan nak pandai-pandai ubah topik plak. contoh mcm dia tengah cerita pasal zaman komunis, kau jangan nak tiba-tiba bawa keluar ayat "nek, sy rasa tenang sgt bila tgk muka joe jonas. mcm ada 'sesuatu'. sy agak dia tu jodoh sy la nek. hik hik hik". mmg minta pelempang percuma betul.

3. IYA KAN AJA WALAU DIA SEBUT NAMA KAU SALAH

yg ini mmg biasa terjadi. perenggan pertama cerita betul dah sebut nama aku huda. masuk perenggan kedua tetbe "tu lah kan, kita tak tahu. rezeki masing-masing ye yana". eh eh bila masa nama aku jd yana? takpa. dgn muka senyum, angguk-angguk iya kan je. masuk perenggan ketiga "hati ni rasa sebak je kenangkan budi baik dia tu eda". wawwww. kini yana sudah tiada! eda pula muncul! hye, nama saya eda. dan saya pakai clear for mens. kah kah kah. takpa. kau angguk-angguk sambil senyum ja lagi. takkan lah kau nak sound dia "eh tp nek, nama sy buka eda. nama sy huda. tp kalau nenek nak panggil sy dgn nama lain, boleh panggil sy cheryl tweedy. hi hi hi". tak sopan sungguh. maka, terima ja la nama apa pn.  

4. JANGAN KELUARKAN AYAT "OH NENEK TANYA SAYA KE?"

kekdg bila kau dah asyik duk angguk-angguk, senyum-senyum, lost-lost sama cerita dia, kau dah mula tak dpt nak bezakan antara ayat penyata dengan soalan. kekdg dia tanya kau soalan, kau ingat dia tengah bg ayat penyata. konfiden ja la kau angguk-angguk sambil "aah, ye lah tuh". yg org tua tu pn tercengang mcm 'eh budak ni. nak ajak bergaduh ke apa?! kan aku tgh tanya soalan neh!'. so bila kau dah sedar yg dia sebenarnya tengah tanya soalan, cepat-cepat kau tambah senyuman sambil "ya nek. mende apa td nek?". ni mcm konon-konon kau tak berapa nak faham la soalan dia td. kalau kau ckp "oh nenek tanya saya ke?" nampak sgt mcm kau tak pay attention langsung kt cerita dia. dah tambah kecik hati org tua tu. td dah siap packing beg kan? sekarang terus suruh kau hantar kt puduraya plak.

5. KALAU DIA NANGIS, KAU JGN NANGIS SAMA. 

sbb nnt lg galak dia nangis. kau dengar je cerita sedih dia tu. kalau dia nangis pn, kau buat muka konon-konon faham je kesedihan dia tu. org tua ni tak boleh dilayankan sgt emosi dia tu. kang kalau kau nangis sama, mau 2 jam 2 minit tak berhenti org tua tu menangis. kalau boleh, try buat kening mcm Deco. nampak simpati habes. hee.



heyypp. aku suruh tgk kening ja! jgn nak terjatuh hati plak tetbe. Deco aku punya oke. haha. akhir kata, jangan lah malas nak layan org tua berborak. kesian tahu. dia nak bercerita. dengar ja la tadah telinga. tade salah nya. dia dah tua. bukan muda mcm korang yg boleh 'ON SUNYI dan hantarkan ke 33445' ataupun bukak fesbuk, buat status 'argh aku bosan sgt-sgt hari ni. tulun! tulun! nak buat apa ya?' sambil tunggu org komen, sambil layan lagu justin bibir. euh.

.end of entry.

24 comments:

ckindollah said...

bahaahahahaha....
aku mmg xreti sembang ngan org tua...
THANKS kasik TIP =DD

fadh_q said...

oooo. kiranya aku dah tua la eh? sebab ade dua tiga member aku buat macam ni bila borak ngan aku. cis betul

e-liex said...

cam slalu jadi mangsa jek?

lagi satu orang tua kalau citer, dia suka ulang2 benda sama. anggukkan ajelah. huhu

tetibe teringat lak patient aku yang da tua duk bercerita jek.. sampai dalam ati aku "bila nak abes ni... aku ada soklan len nak kena tanya.. bila nak start rawatan ni..." tapi dalam ati jekla kalau tak mau tak datang lagi, aku yang menangis pilu..

Clarky Afif said...

aku baru je praktikkan tadi masa tengah tunggu bas tetiba terjumpa jiran.

betul senang.

nak senang lagi kau buat muka garang kompem pakcik/makcik tu tak berani tego.

otak ketat said...

ckindollah,
jgn risau. bkn kau seorang yg mcmtu kt dunia neh. haha. u r most welcome ;)

fadh,
eh takkan baru sedar? kan dah byk kali aku cakap kau tua? wakakaka.

e-liex,
haha. yg tu, org tak tua pn mmg slalu suka ulang-ulang cerita. kau tadah ja la muka konon-konon baru 1st time nak dgr cerita dia tu :p

clarky,
aah. pastu mekap mcm org tgh emo kan. mmg dia tak dekat langsung lah. hehe.

Anoneemus™ said...

Tp kalau nenek tu sembang dlm loghat yg tak difahami, bagaimana pula?

Tolong ye. ini masalah yg selalu dihadapi. sy hargai bantuan cik huda.

otak ketat said...

mmg tade cara lain. terpaksa buat-buat cirit ah. haha.

Ain Rusli said...

aku report kat ayah kau.
selama ni kau layan tak ikhlas kan.

ceh, anak thailand sungguh!

otak ketat said...

eh. ayah aku yg ajar neh. wakakak. mana dtg thailand nya weh? portugal oke. kah kah kah.

ismishahril said...

aku nak guna untuk jiran depan umah aku. dengar kata anak perempuan dia dah habis sekolah tahun ni.

piNky LuCiA said...

sape plak yang ajar ni... hihihi.

otak ketat said...

ismishahril,
anak perempuan dia yg obesiti tu ka? elok ah. mmg padan sgt dgn kau.

pinky,
entah. yg pasti bukan kau :p

vict said...

ya... pendengar tu memang penting... so, bila kita dah pilih nak jadi pendengar kita dah pilih jadi orang penting sebenarnya...

lambat laun, kita pun akan tua jugak. apa sangatlah yag boleh org tua buat selain bercerita...

salam singgah

otak ketat said...

he he. kadang-kadang kita tak sempat nak memilih pn tp dah terpilih. terpaksa la tadahkan aja telinga. yerp. nnt kita pn akan tua dan sebuk nak bercerita gk. kalau tade org nak dgr mesti sadis. hee. thanx sudi singgah ;)

ザ-sylver-shooter said...

hentak-hentak meja buleh tak..sbb aku saket orng tua yng slalu lepak kat mapley asal sembang je hentak-hentak..so assume hentak meja kira sbhgn cara ambil hati orng tua gak...
..


..dah tua-tua pun layan Rey Mysterio..adoi

Nurul Huda Rahim said...

haha. yg tu tak pasti lah. kau cuba try buat. kalau kau tak kena hentak dgn dia pastu, mungkin boleh la kot :p

Kuwe said...

ehh. sebelum itu. mana pergi otak ketat kau? kehkeh.

aku banyak kali feel macam ni bila naik bas untuk perjalanan jauh. gila dia punya feel. kadang kadang peramah terlebih boleh mengudang kemarahan.haha.

cheryl tweedy? ptuihh.

Nurul Huda Rahim said...

dah matang. nk jd isteri CEO la katekan. kah kah kah.

sumbat ipod sudeh. hehe.

eleh. kau jeles apahal? haha. kau nak gak ke? amek ah ashley cole. kah kah kah.

fndrocka said...

Aku suka je berborak dgn org yg lebih berusia..takde peer presure sembang dgn depa

Nurul Huda Rahim said...

haha! bagus kau neh. meh dtg rumah aku sekarang! :p

aTan aHmad said...

kalo orang tua gelak, korang gelak jugak, walaupun x kelakar..... org tua cepat terasa tau..

LIKE page saya. Disini. Tq

Amirull Jaafar said...

Berbual dengan orang tua ni perlu ada seni sikit.Tapi,part setuju sahaja dengan mereka tu saya kurang berkenan sikit.
hahaha.
:)

Nurul Huda Rahim said...

atan,
hipokrit weh. kah kah kah. tp betul la tu. kang kalau kita tak gelak terus suruh anta balik kampung plak. haha.

amirull,
tang mana tu? no. 3 ka? entah aku rasa iya kan aja la. dia lupa kekdg nama kita apa. layan kan aja. haha.

Cik FaRiZaM said...

tips yg menarik utk di ikut ...hahahaha

Related Posts with Thumbnails