ini kejadian tahun 2006.
masa tu aku baru beli henset v3i. habis riak ujub takbur lah pakai henset tu time tu. bergaya gila bila ada org call. cara kau buka flip tuh, fuh! rasa semua org pandang. mcm kau cheryl cole!
mcm biasa lah, kwn-kwn yg tak berkemampuan mesti ada naluri nak sentuh-sentuh henset canggeh juga kan (gila ayat minta cagu). aku kasi aja. sedang mereka sibuk menggodek henset aku, tiba-tiba lecturer kami iaitu encik zul dtg. pantas mata dia menangkap v3i aku. sambil senyum sinis, satu sindiran padu dia lempar kt aku;
"canggeh ya henset student zaman sekarang"
aku senyum kelat.
"henset sy ni cokia ja"
kata encik zul sambil mengeluarkan henset cokia beliau. ya mmg sgt cokia. dah la bukan colored screen. siap bergetah lg. kesan gam UHU kt keypad pn kelihatan masih jelas. oke yg getah dgn gam UHU tu aku tipu. saja nak kasi efek cokia lebih menyerlah. berkesan tak?
"tp henset kamu canggeh pn, tade kredit buat apa kan? henset sy ni wlpn cokia, pakai line tau! tak pernah takde kredit! har har har"
gelak encik zul puas hati. aku dapat kesan perasaan tidak mahu kalah dalam diri beliau. aku senyum kelat lg sekali. sambil dalam hati "cantik sket encik zul. sy sejak 2005 dah pakai line kot!". oh lupa. "har har har" aku gelak balas. dlm hati ja la tapi nya.
.end of entry.





