Monday, April 12, 2010

guru pitka barangkali.

hari tu, dgn muka yg bersinar, azim ckp kt aku "MAK UDA! AZIM DAH PANDAI BACA BAHASA INGGERIS". aku senyum (kali ini bukan dgn senyuman magibon. senyuman magibon hanya utk memikat para lelaki dewasa lah. bkn utk budak berumur 6 thn. apatah lg kalau budak tu ank sedara kau sendiri. sumbeng mahrem jadinya nnt. haha). tiba-tiba aku teringat, dulu azim sebut SUPERBIKE jadi SU-PER-BIE-KE (bunyinya penuh kemelayuan. bie-ke tu bunyi mcm kau sebut kueh bingke ubi tanpa huruf N dgn G). itu dulu. sekarang, bak kata azim, dia dah pandai baca bahasa inggeris.

semalam hujan lebat. tiba-tiba azim bersuara "MAK UDA, PETIR TU BAHASA INGGERIS" aku dpt kesan ada bunyi keyakinan di hujung ayat dia. sambil buat muka ingin tahu, aku tanya "OH YEKE? HABIS, BAHASA MELAYUNYA APA?" azim kerut kening sket. lepastu dia pun jawab, "KALAU BAHASA MELAYU, GURUH LA MAK UDA" eik. takpa. mungkin aku salah dengar. yelah bak kata senior aku, 'kalau kita dah korek telinga pun, kadang-kadang kita tak perasan masih ada taik telinga yg tertinggal kt tepi-tepi tu lagi'. jd aku pun tanya azim sekali lagi "OH..KALAU BAHASA INGGERIS?" kali ni azim buat muka tak puas hati sket "PETIR LA! BAHASA MELAYU GURUH!" dia jwb dgn penuh semangat kesukanan. pergh. berat jugak neh. esok kalau aku lapang aku ingat nak pergi usha tadika tempat dia belajar la. kalau perlu, aku nak saman tauladan cekgu dia sebanyak RM 1 juta. eh korang jgn dah siap berangan nak suruh aku belanja caribbean fish Secret Recipe plak. aku ckp kalau perlu je. heh.

.end of entry.

13 comments:

e-liex said...

ahahhaha. comel gile anak sedare ko... tula.. len kali suh cikgu jamilah ajr... hahaha

p/s-cuti ni mgkn aku jadik ckgu tadika, hantar la anak sedara ko g situ.. ;P

otak ketat said...

cekgu jamilah dah bersara lah. kau ngajar kat mana? aku nak take note. bahaya kau neh. anasir luar yg kurang sehat. haha.

Huda said...

pas neh suh dy blaja bhs arab plak eks~ hehehe

otak ketat said...

heh. nnt dia ckp, kalau bahasa arab, jd 'kilat' plak -.-

Edriena Hazelina said...

haha!! comel!
suke budak2 macam tu.

otak ketat said...

;)

Berd said...

baik si azim tu pandai cakap bi.
aku sampai skang tak pandai-pandai

UbiKentang Sofa said...

haha!
ekselen, ticher!
ekselen!

sharamli said...

gedik nak salahkan cekgu dia..padahal salah mak uda..lalalala

Zul said...

guruh vs petir... hehe :) btw, nice posting..

otak ketat said...

berd,
takpa tak penting. yg penting nama kau dah ala-ala mat saleh dah. haha.

ubikentang,
nak masuk tadika tu gk? aku bleh tolong daftar :p

sharamli,
ceh. mak uda penuh dedikasi. mana mungkin salah dia. haha.

zul,
thanx :)

Firol said...

hahah cerdas idea budak

otak ketat said...

dik cerdas. haha.

Related Posts with Thumbnails