Saturday, March 24, 2012

keikhlasan amalan kita.

aku sebenarnya tak berapa gemar berkawan dengan org yg jual herbalife ke bengkung premium beautiful ke jusmate5 ke dr jabbar ke dan apa kejadah mende lain lah yg seangkatan dengan nya.

tp nak dijadikan cerita kadang-kadang kwn sekolah kau dah berkecimpung dalam bidang ni. maka secara tidak langsung, kau pun dah ada kawan yg tergolong dalam arena ni. jadi sebab kau tak berapa gemar mende ni, takkan lah kau nak cakap "EH AKU TAK SUKA DUH KAWAN DENGAN ORANG YG JUAL HERBALIFE JUSMATE5 NATASHA BEAUTY NI BAGAI. KAU BOLEH TAK PUTUSKAN SILATURRAHIM KAU DENGAN AKU? KAU BOLEH TAK DELETE AKU DARI FRENLIST FB KAU, MYSPACE, BBM, DAN SEBAGAINYA LAH. NO HP AKU PN KALAU KAU NAK DELETE AKU BERSYUKUR SGT2". tak logik lah untuk budak yg ambil subjek syariah islamiah time spm dulu (dan dpt A plak tu) utk cakap cmni kan.

maka kadang-kadang kau pn jd tersepit. bila kau still berkawan dgn dia, setelah sekian lama dia menyepi, alik-alik dia contact kau, dan-dan terus berhujah pasal produk yg dia nak jual. aku pun tak pasti. di manakah nilai keikhlasan dalam perhubungan? cewah. tacing nya ayat kau huda. tp aku mmg sumpah terasa. mcm kau dah lama tak contact, pastu kau tetbe contact, bebwk la buat mukaddimah tanya aku sehat ke dak kawen dah ke anak berapa dah ke mak mertua dah g haji ke anak kucing aku dah buka mata ke  apa-apa je la. ini tidak. laju je kau nak promote barang kau kan? tension betul.

itu belum masuk lagi kalau dia bawak keluar ayat-ayat minta kaki seperti "LAAA KAU DUK RUMAH MERTUA LG KE SEKARANG? TGK AKU, NIAGA WAN DRUP PARFUME JE DAH BOLEH BELI RUMAH SENDIRI KT TAMAN JOBINA. KAU TADE RASA TERINGIN KE NAK JADI MCM AKU??". peh. tak baik tahu begitu. rezeki masing-masing. kalau kau betul berjaya meniaga benda-benda cmtu, bagus lah. bersyukur je lah dgn nikmat tuhan tu. tp rasanya tak perlu lah sampai mempersendakan orang lain yg tak berminat nak meniaga benda-benda gitu.

dah la aku nak marah lebih-lebih pn mcm malas plak sebab hari ni kan hari sabtu. aku nak g bersiap ni. nak pakai kasut yg ada sayap-sayap sket. al maklum lew snsd kan dtg klcc. tehee. iteww minat yoona. omel omel sangat diew tuew. heuw heuw heuw. buhbyeeee.

10 comments:

Rara Nasiha said...

susah la kawan dengan orang berniaga ni. kalau kita tolak, takut dia terasa hati pulak. :)

Puteri Biru said...

mmg sakit hati. nak berkawan ke nak berbisnes. bisnes tu bisnes la gak tapi respect la life org lain kan.

♥NuR SyAFiQah♥ said...

huhu sy pon tak suka org yg add fb semata2 nak promote barang die tu..terus block..haha KEJAM sikit :)

Nurul Huda Rahim said...

rara;
tu la kan. alik-alik apa yg kita bleh buat, pendam dlm hati ja la. paling kuat pn luah perasaan kt blog. wakakaka.

puteri biru;
indeed. mcm bila dah bisnes, hilang terus keihlasan dalam perhubungan kan. emm, rumah kau dah ada bio-aura? aku ada jual. bahahahah. tipu je.

nur syafiqah;
haha. bagus bagus. kalau yg mmg baru nak kwn tu bleh la terus block. tp kalau dah kawan skola ke tadika ke mcm kesian plak kan. hee.

♥CIK SHA♥ said...

kawan oke lagi weh..die pomot wat bodo je..lantak kau lah nak keluar air liur berjeje pun explain..aku buat pekak..kan? hahaha..

tapi kalau sedara mara sendiri camno wei?! tensi~~ kalau tak respon/tak beli/ tak dengar die pomot, kang dikatanye taknak tolong sedara mara..how come? (-_-")

Nurul Huda Rahim said...

KAH KAH KAH ye la kan? aku tak terpk plak kalau sedara yg meniaga. ssb sedara aku mcm oke2 je. tade plak buat perangai gini. ekekek. malang sungguh la kau kalau ada sedara gitu. emm kau mengelak je. setiap kali dia nak promote, kau buat2 mcm ada keje lain. wakaka.

Cik Adek Manes said...

koserr la minat yoona upernye !

haha ! wa siap dilit terus makhluk yang pomot sgala jadah natam cenggituk. naseb la bukan kwn sekulah khen. hanya kwn fesbuk ja. rimas tau, rimas !

sharamli said...

W0i memang 0rang bisness cam ni sepesen ke perangai. kawan ittew yang last bebaik2 waktu f0rm 5 dulu p0n tetiba tah0n ni mesej pr0m0t herbalife.. siap call lagik tau. Adui panjang pulak k0men

Faizal Rosly said...

di saat2 ini hari-hari nampak status bengkung di fesbuk. tetapi perubahan di perut beliau tak nampak pula. mungkin kerana beliau sudah kaya (tiba2 meluahkan perasaan)

Nurul Huda Rahim said...

cik adek manes;
haha. tp kalau org promote fan meeting bersama lee dong wook laju ja kan approve? ekekeke.

sharamli;
tahu takpe. aku rasa bila dah start bisnes gini, terus hilang la keikhlasan dalam perhubungan. hampeh betul. jgn kau pn jd gini dh le :p

faizal rosly (wawwww. full name. skema nya abg ijaicool ni :P);
kah kah kah. ataupun mungkin baru mendirikan rumah tangga. maklum la bini masak sedap sgt. pakai bengkung pn tercabut habis semua. haha.

Related Posts with Thumbnails