eh vavi taw harian metro online ni. aku baru nak baca kisah khairul fahmi pulang cincin. tetiba dah 5 perenggan, ini ending nya "Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya." alah berkira naa. igt aku hadap sgt ke nak baca cerita tu hah?! (eh td bkn ke baru ckp tamo masuk campur hal org? kah kah kah).
ahh. sudah. tade makna nya itu semua. mari sambung kisah honeymoon aku. yeah. so lepas kawen 16 july, petang esoknya terus fly ke sabah. teheee. sampai kt sabah duk semporna jap. esok pg baru gerak g mabul island. kitaorg duduk kt Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge. kah kah kah. kopipes pastu malas nak ubah font. mati lah kau baca blog org pemalas cm aku ni tehee. jom buat perenggan baru. mungkin default font akan muncul secara tiba-tiba (aminnnn).
eh. tak bleh gak jd default font. demn. terpaksa tuka sendiri. oke. dah. teheee. ye kt mana td? hah. dah smpai kt uncle chang, duk lepak-lepak dulu. tunggu kawan suami aku smpai. kira ktaorg ni g honeymoon berempat lah. best gak. at least ada org nak tolong tangkapkan gambar kami nnt. ye tak? bijak tak suami aku? bijak kan? haha. sblm dia smpai, kami terpaksa la bergambar dgn menggunakan khidmat self timer. eh cantik gak taw gambar kami wlpn guna self timer. tak caye? nah!
oke ni tipu. nampak sgt suami aku yg tangkap gambar ni :p. next!
peh! amcm? lawa tak?? oke ni pun tipu gak. ada minah cina tgh lalu pastu kitaorg suh dia tolong tangkapkan. teheee. next!
oke ni sumpah self timer. apa? tak cukup nais kau cakap? nak kena lempang baru nak ngaku gambar self timer ktaorg nais ka?? haha.
pehhh. ini mcm self timer gila ke apa tak nais??? kameraman tgk pn mengalir deras air mata dia neh. mau resign dan-dan tu juga. rasa terhina dgn self timer.
tgk la rambut suami sy. begitu lembut, lurus, dan sgt conan (tetbe)
tanpa kameraman pn, kami masih mampu menghasilkan gambar bertaraf A1. oke tak perlu nak kami sgt la huda. suami kau ja yg berhempas pulas nak setting bagai. kau tahu duduk minum air sprite sambil makan mamee ja kan? -.-"
apahal entri honeymoon aku dah mcm entri "TIADA KAMERAMAN, SELF TIMER PUN BERGUNA" neh?? adeyyy. oke sorry. melalut memang hobi sy. hehe. ye. mabul island sgt cantik. air dia gila jernih. lepastu malam-malam kitaorg lepak depan bilik, tetbe keluar penyu besar gila tgh amek nafas. pehhhh. gila ah. dah rasa mcm tgh shooting utk channel animal planet ja. kah kah kah.
alamak. bila kitaorg nak amek gambar ja dia dah nak blah. adeyyy. tp nampak gak la kan? besar gila oh.
cantik kan? bukan. aku bukan maksudkan air laut tu. aku maksudkan muka aku. kah kah kah. tak klaka huda. oke mmg aku maksudkan air laut tu. jernih sgt2. cantik :D
bila kau rasa nak mandi air laut, bleh buka pintu bilik, amek tangga, terus turun bawah. tgk suami aku. begitu teruja. air tgh pasang pn nak turun gak. mujur pandai berenang. kalau tak, mmg pelempang la makannya. kah kah kah. heyyppp huda. biasa neh nak lempang suami. tak tak. cium ja bleh :p
nampak tak? betapa jernihnya air dia.
suami pakai baju I <3 BALI. dgn harapan dpt menipu kalian yg kami sedang ber honeymoon di Bali. padahal sabah sudehhh. haha. tak tak. itu aku yg pandai-pandai mereka cerita. suami mmg suka baju I <3 ___ neh. byk gila koleksi dia. I <3 EGYPT ada, I <3 PARIS ada. aku nak tgk bila kurun dia nak pakai baju I <3 NURUL HUDA RAHIM plak.
bila kwn suami yakni pasangan apish dan mishkat sampai, makin panjang la langkah kami. habis satu pulau tu kitaorg redah.
sebelum tu, pekena goreng pisang dulu. gila apa goreng pisang sehengget dpt sepuluh keping?! murah nak mati. kt warung mak jemah depan rumah kau dpt mcmtu? dpt? haha.
weheee. boleh masukkan sound track "bercanda di pasiran pantai..."
auch. gambar ini bukan hasil superimpose mahupun picnik.com ya.
kami dan apish mishkat :)
time apish amek gambar neh, dia ckp "haish. gambar nak gaya comel aja. mmg stok-stok gambar nak masuk fesbuk la neh". kah kah kah.
merenung masa depan (alah. cliche gila kapsyen kau huda).
mcm biasa. buat gaya comel ialah kepakaran kami :p
tak tahu kenapa nak buh gak gambar ni. mcm comel ja. kah kah kah.
nampak mcm ringan. nampak mcm ringan. nampak mcm ringan (bila dah ulang sampai 3 kali, kau faham-faham sendiri la ye).
aiceh. dah mcm kaver filem.
setelah di survey-survey, kami rasa mabul water bungalow resort yg terpaling best antara semua. mmg cantik habis. maka kitaorg pn redah masuk resort tu. lepastu buat-buat selamba g mandi air laut, swimming pool, jacuzzi dia bagai. haha.
first time merasa jakuzi. gila besttttt. sgt teruja bermain jakuzi hingga beberapa kali hampir terlemas dlm jakuzi tersebut.
sepanjang honeymoon, hobi suami ialah mengangkat sy. sesudah honeymoon, hobi suami ialah menampal koyok di pinggang dan bahu. keh keh keh. tipu sahaja.
oke. ini juga gambar hasil self timer. kitaorg nak buat gambar mcm kitaorg tgh terjun dlm air. apish tukang kira. bila mcm gambar nak ditangkap dah, kami ramai-ramai jerit "LOMPATTTTT!". hasil gambar pertama kurang menjadi.
maka mencuba utk kali kedua. jadi dah. tp manusia biasa la mesti tamak. tetbe rasa mcm nak amek gambar yg siap ada splash air.
ya. maka kami buat lg sekali. jadi gak la. cuma gaya terjunan aku agak aneh hingga kelihatan seperti kanak-kanak cacat yg dilemparkan ke dalam kolam oleh bapa tirinya. (over taw perumpamaan kau). tp tidak mengapa lah.
sedang asek bergembira, tiba-tiba didatangi pekerja resort tersebut. dia pn tanya "maaf encik. encik mmg duduk di sini ka?". ngaaaaa! aku dah cuak gila. tp suami aku kool ja jawab "aah. kami mmg duduk sini". orang tu tanya lg "bilik berapa tu?". pehhh. gila ah siap tanya nombor bilik. laki aku bab-bab berlakon tenang mmg hebat. "bilik 216". laju ja dia jawab. pekerja tu pn blah. kami pn apa lg, cepat-cepat berkemas utk blah gk. takut kantoi plak.
tiba-tiba dtg lg satu pekerja. "maaf encik. kami dah check. encik bkn duduk di sini. jadi minta encik beredar". fuhhhh. siap check oi. hahaha. mati la kantoi menipu. kah kah kah. ye ah. dekat 2 jam kot kitaorg melepak kt situ. dah la melepak secara haram, buat bising lg tu. duk jerit "LOMPATTT" berulang kali. keh keh keh.
petang rabu tu kami pulang ke darat. sampai kt tawau, kwn suami bwk g kedai makan. sbb aku rasa mcm loser gila kalau tak mkn seafood bila dtg sabah, maka aku bekeras nak makan ketam. walhal dah dekat 3 4 restoran kami g. tade pn jual ketam. demn. last-last, kwn suami kasi cadangan. beli kt pasar then suh org restoran masakkan. wahhh. bernas gak.
suami beli ketam. 7 ekor sepuluh ringgit. murah oi. rasa nak beli bwk balik rumah ja. hesh.
awhhhh. kacak nya suami sy. orang lelaki kalau tgh beli ikan, mmg kelihatan sgt hensem kau tahu? (sengaja puji dgn harapan lepas-lepas ni suami akn sentiasa rajin g pasar dan membeli ikan bagai)
kalau sape-sape yg tak tahu maksud
Behind every great man there's a great woman, (mcm biasa . kopipes pastu malas ubah font. wakakaka)
hah. ini lah maksudnya. kau tengok. mmg isteri solehah. suami duk sibuk beli ikan dia boleh posing pandang kamera plak. kah kah kah.
peh ikan dia cantik oi. siap ada warna biru bagai. lepastu mata ikan dia comel gila. bulat dan jernih. dah mcm ikan mainan ja aku tgk.
puas hatiiiiiii. dpt mkn ketam :D
pagi khamis. dah nak pulang :)
lepak-lepak kt tawau dulu.
lepastu g tgk cerita monte carlo kejap. peh itu mcm punya cerita pn ada ka? bosan nak mati oi! ktaorg tgk separuh ja. lepastu terus blah. flight ktaorg malam. smpai lcct area kol 1 cmtu. nasib baik abg aku baik ati tolong fetch kami. apahal penutup entri kau mcm bodo-bodo bosan ja neh? arghhh. dah la tu. kita habes mcmni sahaja la boleh ka? dah habes bye. oh eh kejap. nak buat kesimpulan.
kesimpulannya, honeymoon sy tersangat best dan tersangat indah. terima kasih sgt-sgt utk suami kesayangan. i love you so much. you are the best thing that's ever been mine. i'm so glad to be yours <3
ohhh kejap. lupa nak kasi korang tgk gambar time ktaorg g snorkeling. hehe. nah!
suami ajar buat floating :)
si pakar.
comelllll.
comel kuasa dua (sbb ada aku. lalalala)
best oh :D
muahhhh. terpaling comel. i love you sayang.
ikan :D
err. masih ikan.
muka aku dah mcm nenek kebayan first time g snorkeling.
ikan lg. heee.
haha. sorry sayang. sy tak pakar lah guna kamera DISPOZABAL neh :p
oke dah habes. bye bye bye.
.end of entry.
16 comments:
PEHHHHH JELES WOII. OK AKU DA TERCAPSLOCK MALAS NAK BACKSPACE BALIK. OK SAMBUNG. JELES WOI. MABUL MABUL. NNT BAGI QUOTATION PEGI SANE EH. HAHA DAH MACAM KO TOUR GUIDE PLAK KAN SANE SIAP QUOTATION BAGAI. KEKEKE.
sumpah best!
tak bosan baca.
terus rasa macam nak kawen sekarang jugak!
enjoy betol bace ko punye kisah..ha ha aku asek ketawe jek bace ayat ko! like!
wah....cemburunya!!!!! nk kahwin gak!!! ;(
Awwww
nak komen secara comel lah sbb tengok pon dah tau bestt gilaa
S.pengantin baru dan salam ramadhan akak
perghhhh dah kawennnnnn !
best giloshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! terangsang nak kawen jugak =.=
hoyeah.^_^ finally.^_^
bercinta lepas kawen. syok kan.
cik mira;
haha. kalau tak silap, seorang dalam 3 ratus lebih. cuba google. tehee. aku pn tak sure. suami yg uruskan semuanya :p
ezza;
thanks ;)
cik sha;
haha. pergi jumpa tok kadi sekarang! :p
ja_on_seven;
heee. terima kasih. terharu aku kau suka baca blog selekeh aku ni ;)
emira;
adeyyy. tetbe ramai org nak kawen pas baca entri ni ye. kawen la weh kalau dah mampu. kawen itu indah :D
diyana;
awhhhh. makasehhhh :)
una;
haha. bleh rujuk komen utk emira seperti yg tertera di atas. hee.
zulfahmi;
haha. suka kau ye. bagus2. mesti kau tergolong dlm si setia 35 kan? :p
anis;
syok habes. haha. tp kena byk bersabar dan toleransi lah. sbb masing2 pn masih dlm proses mengenal hati budi masing2 kan. cewah. ayat kau tak perlu nak matang sgt la huda. haha.
0tak tuan bel0g dah l0nggar rasanya sekarang ni..keh keh keh
TAHNIAH!
sha;
haha. ye ah tu. dah semakin longgar sejak bersuami gamaknya :p
anchor;
thanks :D
congrats~~~
ok, trus terasa nak kawen. haha
haha. thanks. g kawen g. sebat ja mana2 dokter yg masih single tu :P
kak huda sweet gila!!
selamat pengantin baru, even dah dekat sebulan :DD
Post a Comment