Thursday, April 26, 2012

kisah dongeng all time feveret.

semua orang mesti tahu kisah-kisah dongeng mcm cerita cinderella ke snow white ke red riding hood ke batu belah batu betangkup ke (eh? lain mcm je yg ni?) dan mcm-mcm lg la. so dalam byk-byk kisah dongeng ni, mana kisah dongeng yg korang paling suka?

kalau aku (tetbe nak bitaw. tade sape tanya pun huda?), aku suka cerita ni. tak tahu la korang taw ke idak pasal cerita ni. cerita ni mcm underrated sket la. tp aku suka cerita ni. aku pn xbpe nak ingat sangat la. aku hentam-hentam je la jalan cerita dia. oke ka?

cerita dia mcm ni...

once upon a time (alolololo intro kau sangat klise!), ada seorang princess ni dia sesat ke entah apa kejar rabbit ke apa ke kt dlm hutan. alik-alik hujan turun. dia pn lari la cari tmpt berteduh. tetbe dia nampak rumah besar. lepastu dia pn ketuk laju-laju sambil bg salam 3 kali (heh. muslim plak princess kau ni ye huda). kebetulan rumah tu pn mmg rumah anak raja (tak pasti la anak raja ke idak. tp rumah org kaya la). lepastu princess ni pn ckp la "hyezzz. sy ni pwincess. sekarang dah hujan dan dah larut malam, so sy nak tumpang tidur la kt rumah ni. boleh kew?"

yg buka pintu tu price la kunun-kunun nya. alik-alik terjatuh hati la plak (aku..aku..bagai sudah terkena..hati gembira rasa...jahatnya kamu..KAH KAH KAH). tp mcm biasa la. takkan la dah jatuh hati terus nak kawen and live happily ever after kan. mak si prince ni mcm tak berapa suka la princess ni. dia tak percaya la princess ni memang princess. dia ingat mcm anak penjala kepah ke apa kan.

alik-alik time nak tido malam tu, mak prince ni pn ada idea. "hah! alang-alang kau ngaku kau ni princess, meh aku try test sket betul ke idak". bisik hati mak si prince ni. dia pn kemas la bilik utk princess tu tidur. dia g susun nya tilam banyak-banyak smpai 28 lapis (mana dtg entah tilam byk-byk kt rumah. meniaga tilam kt danau kota gamak nya macik ni). kt bwh sekali, dia bubuh sebiji kacang hijau.

esok pg bila princess tu bangun tidur, macik ni pn tanya la dia "ate guane kome tdo semalam? lena ke idok?" (tetbe ada slang perak+ganu sket. wakakka). "bulih bulih la macik. tp dop taw ah ngape. hat pinggang ni ada rasa sengal-sengal ubi sket. mcm ada batu kecik ke mende entah kt bwh tilam tu. heuw heuw heuw"

maka mendengar jawapan si princess td, macik ni pn terus rasa "WAH!!! SUNGGUH LA DIA NI PRINCESS! KACANG KECEK GITU JE PUN DIA BLEH RASA WLPN AKU DAH SUSUN TILAM BANYAK-BANYAK!! AYUH LAH KAWEN SAMA ANAK BUJANG AKU!!"

and then, the prince and the princess live happily ever after.

KAH KAH KAH. menarik tak kisah dongeng ni? aku suka gila kisah dongeng ni. sampai kekdg waktu aku kecik-kecik, kalau aku bangun tdo rasa sakit pinggang sket, terus selak bawah tilam. bajet-bajet ada kacang hijau la kt bwh tu. haha. oke dah habis. korang cmne? apa cerita dongeng kesukaan kalian? meh ah cite sket. jangan ada yg bagi kisah vanila cokelat dingin lavenda 3 janji ke apa bagai dah le.

6 comments:

♥CIK SHA♥ said...

apsal macam pelik je kisah dongeng ko cite ni huda? kenape aku tak pernah dengar? musykil je rase..ahaha..

Syazwan Che Deraman said...

amboi.

hehehe.

wan tak suka sangat cerita dongeng.

hehehe.

wan pernah tengok sinderela sekali je. yang lepas tu, terus tak follow.

perempuan suka la cerita dongeng ni kan?

Anonymous said...

ape ek tajuk citer ni? aku pnh tgok kat tv mase kecik2 dlu.hehe

Nurul Huda Rahim said...

cik sha;
haha. tak pernah ke? aku reka sendiri kut cerita ni. wakakaka.

syazwan;
aku tak suka sgt. aku suka cite ni satu ja. hee.

anonymous;
ye ka? wahhh. aku baca kt buku ja. entah. aku pn tak tahu tajuk dia apa. kisah dongeng si puteri dan kacang hijau kut. kah kah kah.

Anonymous said...

cm cite bawang besar dan bawang kecik plak....

Anonymous said...

Cite princess and the pea..

Related Posts with Thumbnails