Semalam mama saya genap 28 tahun. Hari ni saya genap 3 bulan! Terima kasih mama sebab keluarkan saya. Seluas dahi artis artis korea yg kemudian kaver dgn gaya rambut sarang burung tu, luas lagi kasih sayang sy terhadap heyy mama cita nega ayaiyaiyaiyai!
Saya tahu agak dramatik proses pengkeluaran saya. Tp tidak lah sedramatik kakak kakak dan abang abang yg kena ambil upsr berulang kali tu. Dgr khabar org ckp apa sgt lah upsr tu. Tayah la beria nak reseat bagai. Heyyy itu minda kelas ketiga tu. Upsr penting hoccayyy. Tgk mama saya. Upsr dpt satu ke dua A entah. Tu pasal blaja smpai master je. Kalau dpt 5A upsr mesti dh jd profesor emiritus. Uhus uhus uhus.
So sy ni kira ok lg ka kan. Tak la dramatik sgt sgt. Mama jgn risau. InsyaAllah saya akn jd ank yg soleh supaya sejuk perut mama nnt. Sesejuk embun pagi. Eh embun sejuk ke suci? Konpius la mama. Ahhh sesejuk losen aloe vera je la. Kan senang gitu.
Kalau tak sejuk juga nnt sy tolong letak ice pack jenama autumnz. Heh heh. Rilek la mama. Jgn marah. Apa org umur 28 ni keje mmg nak marah org je ke mama?
Sy tgk boleh tahan simba the lion king mama dgn kakak sarah. Singa pn tak sesinga mama. Mama ni mama ke singa? Ke mama singa? Eh pening la sy mcmni.
Daddy pn jd mangsa. Kdg kdg bkn main bersepai pinggan mangkuk dlm sinki tu mama kerjakan. Amboi mama. Kalau mama menantu haji ismail group logik juga mama nk buat gitu. Ihiks.
Ngape gitu ma. Bebwk ngucap istigpar bebyk. Mmg gini ler ada anak dua. Itu belum sy besar lg. Hah Hah. Jgn mama lupa sy ni hero. Mama tak tgk ke hero filem hindustan mcm mana. Dia punya kasi penerajang kt org siap bersepai cermin sana sini padahal tendang kaki tak sampai pn. Effect lebih tu penting.
Kang sy dah pandai meniarap menyelar merangkak menjilat lantai menelan tahi cicak bagai saya ingat level stress mama lg mencanak canak naik nnt.
So you better be prepared mentally and physically starting from now. Yes i mean now. Ecewah. Speaking uh. Hari hari cuti gini speaking sedas dua feel dia mmg lain mcm sikit. Rasa mcm dato' dato' baru balik dr europe trip gitu.
Ok lah mama. Penat dah sy ni. Kesimpulannya mama sentiasa lah bertabah ye dgn kakak sarah daddy dan juga saya. InsyaAllah besar ganjaran nya ye mama.
Mana tahu dpt mini cooper ke. Boleh sy tumpang sekaki pergi rumah pengasuh. Hihi. Duniawi semua tu mama. Yg penting ukhrawi. Mana tahu peroleh syurga ke kan.
Ok boleh ye mama. Langkah pertama mama boleh pergi basuh kain sekarang. Dah mcm mount midoriyama dah sy tgk baju kotor dlm bakul tu. Sementara sy masih tdo ni. Kang sy dh bgn panjang plak kisah nya. Oh eh. Sy tgh tdo ke? habis siapa yg taip ni? Sy taip dlm mimpi kut. Tak smpai punchline tu mama. Har har har. Bye.
8 comments:
hahaha ni comeback ke atau kejap je
besaq dah umar
pandai ye type dekat blog mama yang byk sawang ni ye
heh heh. tak berani nak panggil ini come back. sbb takut hangat hangat air cerek letrik je kang. kikiki.
aihhh jgn tak tahu umar dah boleh minum susu sendiri! eh. hahaha.
Happy belated birthday, Huda.
Hi, just blogwalking.
ahhahah zaman 2014 dah nak masuk 2015 ni ada lagi ke org blogwalking? semua org blogjog je skang. eh lain mcm plak bunyinya. hahaha.
Please link me back
amboi. your latest entry takde ke???
saya sangatlah suka baca blog ini maka saya sangat gembira kalau ada post baru.(walaupun kena tunggu lama huhuhuhu)
Alahai terharu nya! Terima kasih! 😘
Post a Comment