Sunday, May 10, 2015

Teringin nak buat dubsmash tapi takut takde orang like. Hurmmm.

Makin seriau aku tengok trend org sekarang bg nama anak. Kalau dulu nama watak dalam novel alaf 21 tu pun dah boleh buat aku rasa nak terajang sliding door rumah jiran. Ini kan pula nama anak orang sekarang. Memang boleh buat bersepai meja solek datin rosmah. 

Nama nak ala ala omputeh. Masalah nya kalau kau mmg kawen dgn omputeh yakni kemudian nya anak kau bermuka kacukan pan asian mcm ashraf sinclair (tengok. waima parents ashraf pn bg nama dia ashraf. Idok ler pharrell ke) takpe la juga kan. Sajak sgt lah tu bak kata makcik makcik rewang kt kg teras jernang ni.

Ini kawen sesama melayu anak muka melayu kulit kulit melayu hidung hidung melayu perangai perangai (eh yg ni xde kaitan kut sis) tetbe nama nak josephztx correlle mahmood al khudeer (kena ada nama melayu arab sikit kt hujung. Baru nmpk infusion dia tu). Tak sesuai la hoi. Tak caye cuba kau pergi tanya humud al khudeer. Apa? Tak kenal sape humud al khudeer??? Takkanlahhhh. Yang kau tersengeh sengeh sambil ngadap video dia sampai dua ratus enam puluh lapan kali ulang tu mendenyaaaa. Siap share dgn caption "ala cuweetnya. Ngape aku pn senyum sekali dengan dia ni" "Bergetar tulung rusuk kiri titeww" "Ku terima pinangan mu dengan doa qunut"  Jangan ingat aku tak stalk facebook korang. 

Alaaa huda kau dah kenapa? Suka hati la anak aku. Bkn anak kau. Nama anak aku british inspired kau yg panas apahal? Aku ni pengguna tegar produk quputeh. Salah ke aku nak bagi nama anak aku ala ala omputeh? Aku bukan apa. Aku risau je nanti masuk sekolah anak kau ni kena bahan dengan rakan sekelas. Kalau kena bahan dgn rakan je takpe lagi wei. Kalau kena bahan dengan cikgu? Makcik cleaner? Makcik kantin? Tukang kebun sekolah? 

"Awak apasal nama nak edward acah acah hero twilight saga plak. Cikgu tengok muka awak ni lebih kepada hero filem amir dan lokman ke laut. Secara literal nya pun mmg muka awk ni ke laut. Celah mana datang nya edward tu? Apa mak bapak awak hilang punca ke masa bg nama awk ni?"

"Eh engkau makan lepat pisang ke? Nama kau kan jacob. Kau kena makan biskut jacob je. Kah kah kah"

Mau anak kau pulang sekolah menangis nangis ajak kau pergi mahkamah angkat sumpah tukar nama dia. Tak ke horror. 

Tapi kalau dia ajak kau pergi mahkamah tuka nama pun takpe lagi. Kalau dia ajak kau pergi korea nak buat plastik surgery mcm mana. Nak sekufu kan muka dengan nama katanya. Camne tu. 

Pun begitu, kalau kau bertegas juga nak bagi nama anak macam tu, takpe la. Ikut la masing masing. Gst kau bayar sendiri juga. Bukan aku tolong bayarkan pun (eh tetibeee). Tp kalau engkau orang perasan, biasa nya lah ye biasa nya, org yg nama kampungan ni lg kacak/jelita drpd org yg bernama urbanlicious ni.

Betul. Tak tipu. Contoh dia mcm. Siti saleha. Nur fathia. Norjuma. Nurul Huda Rahim. Oh eh. Apa ni. Benci lah. Tetibe ending mcm nak up diri sendiri.

Ah cuba lah engkau orang bagi cth lain. Sis nak pergi usha #dubsmashmalaysia. Sis suka layan dubsmash ni. Kelakar. Memasing muka nak feeling lebih aje. Beria ia muka  diaorg ni. Kening cantum ada. Mata juling ada. Bibir terjuih herot berot ada. Yang siap dengan props pun ada kate kauuu. Kau mampu? 

Terhibur sis nengoknya. Maklum la sis ni jenis mudah terhibur. Tapi sis pun jenis mudah terdebik. Harap harap tak terjumpa la orang orang yg buat dubsmash ni kt luar. Bukan apa. Risau kalau terdebik gara-gara terlampau terhibur. Hahahahambar sis. Okbai. 

2 comments:

cEro said...

Lamanya tak sampai sini...
Walaupun dah jarang update tp entri masih menyengat. Hehehe

Selamat hari raya :)

Sejujurnya, baru minggu lepas aku tau apa itu dubsmash.
Rasa macam baru keluar tempurung plak...hehehe

hamizah che mat said...

haha cuba lah buat
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Related Posts with Thumbnails