Wednesday, February 9, 2011

tentang dia.

peringatan awal: sumpah entri ni bkn genre mcm entri-entri biasa dlm blog aku. kalau agak-agak kau boleh muntah, tolong la jangan baca. haha. hey hey. aku pun manusia biasa. ada hati dan perasaan. apa salah nya aku jiwang sekali sekala. lol. hee.

3 january 2011

mak balik kerja. mak tunjuk msg kwn dia. kwn dia tanya samada aku dah berpunya atau belum. katanya, dia nak kenalkan dgn anak dia. tp dia ckp anak dia "rugged" sket. aku tgk nama anak dia sambil dalam hati "hurm. nama bleh tahan sedap. meh kita tgk sket muka dia rupa apa". mak tanya aku "nak berkenalan tak?". sbb aku seorang yg rupalistik, maka aku ckp "nnt dulu la mak". mak ckp "oke. takpa. mak tak paksa". malam tu, aku buka fesbuk. aku taip nama dia. nak tgk rupa dia. tp aku tak ingat nama ayah dia. lepas 12 minit perah otak, akhirnya aku ingat nama ayah dia. peh hebat tak daya ingatan aku? haha. oke. dah taip nama penuh dia. boleh tekan SEARCH sekarang. weuw. keluar muka dia. dalam hati aku "boleh tahan". oke takpa. kita kena berlagak kool wlpn kita tak minat kumpulan kool.

4 january 2011

esoknya aku msg mak "mak, bleh la kasi fesbuk uda. suruh la dia add. apa salahnya berkwn kan". ewah. dan-dan. padahal kau dah usha fesbuk dia dulu. kah kah kah. tengah hari tu juga dia add aku. mcm biasa. buat-buat kool sahaja. kami chat sedas dua, kemudian laju ja dia minta pin bbm aku. apa lg. duk ber bbm ah. mlm tu dia kol. ada isu yg diutarakan. sensitip gak la isu nya. tayah la cite eh? biar aku dgn dia ja yg taw. hehe. ya aku menanges gara-gara isu itu. peh kau faham tak kau faham tak? baru first day kenal dia dah buat kau nanges. perasaan kau mcm "apahal kau ni?! kau ingat kau xavi hernandez ke ha?!". oke. sumpah aku benci gila dia time tu. aku siap ckp depan cermin mcmni lagi "mak...apa ni mak..org pesen apa yg mak kenalkan kat uda ni mak??". haha. mcm bangang. sbb terlalu sakit hati, aku siap berazam yg aku akan buat dia jatuh hati kt aku kemudian aku tak nak kt dia. jahat oh? haha. pedulik ah!

5 january - 16 january 2011

kami duk ber bbm. mcm org bercinta. padahal tak bercinta pn. kan aku ada misi aku tersendiri? entah mcm mana bleh terlepas ckp pasal blog. dia minta link blog aku. nak baca kata nya. aku kasi. peh lepas baca dan-dan terus nak adore aku. hee. terima kasih blog. kerana dirimu, diriku di adore oleh seseorang yg sgt perasan berkaliber, perasan hensem, dan kuat show off. sng nak jalankan misi <3.

17 january 2011

dia ajak aku makan malam. oke kami pergi makan malam sama. dia suruh aku order. apa lg, aku bantai order tom yam ayam, udang goreng tepung dgn kailan ikan masin. dia tanya aku "makan sotong?". aku jawab "makan". dia order sotong kerabu. peh tak pernah-pernah aku mkn sotong kerabu. mmg aku tak sentuh la lauk tu. dia tanya aku "apahal tak mkn ni? td kata makan sotong?". sambil buat muka perasan comel, aku jawab "err ayat sy tak habes lg td sebenarnya. mmg la sy makan sotong. tp sy mkn sotong kt rumah ja. sotong kt kedai sy tak makan". dia punya muka bengang toksah kira ah. hangen kemaen. membazir katanya. "peh budak ni. mcm-mcm hal la. eh awk tak boleh mcmni. lain kali awk ckp betul-betul kalau tak makan. awk igt sy bleh habes ke makan semua ni? membazir tahu tak?". weuw. kena marah duh. buat muka kering ja la. keh keh keh. sambil dia duk makan, aku main bb dia. tak pepsl bb dia tak bleh on. rosak terus. hebat tak tgn aku? pegang ja terus rosak. haha.

18 january 2011

pagi tu dia kol. ajak pergi tgk wayang, betulkan kereta dan bb dia. oh ya. lupa. mlm smlm tu dia hantar aku balik kolej tetbe kereta dia rosak. maksudnya, aku bukan takat rosakkan bb dia, kereta dia pn aku rosakkan. tanpa berbuat apa-apa la tp nya. hebat gila aku kan? haha. kami tgk cerita khurafat. kah kah kah. dia punya bising toksah cerita la. mcm-mcm dia komplen. "eh pelakon ni tak boleh la mcmni. baca skrip sgt neh" "ahhh cite cmni mana bleh jual!" "aduh cerita apa neh?!" "eh sy nak tdo la boleh tak?". kah kah kah. aku gelak je. tp mmg cerita tu tahpape sket. serius. membazir duet ja. mujur bukan duet aku. hehe. lepas habes tgk wayang, pergi betulkan bb dia. lepastu pergi betulkan kereta dia plak. mlm tu dia kol (lepas pukul 12. so dh jadi 19 january ah). minta kapel. wah laju aja. hebat tak aku? ngeh ngeh ngeh. ya mari kita berkapel. haha. 

29 january 2011

ohh aku lupa nak cerita. rambut dia ni panjang. sumpah panjang gila. 2 thn tak potong kata nya. dan ya. aku tak suka tgk lelaki berambut panjang. dia kata dia ada impian. nak buat rambut mcm midnite mark katanya. jadah mende midnite mark aku pn tak tahu la. kau nak tahu kau google sendiri la ye. tp sbb aku asyik ckp "xavi hernandez punya rambut hensem" berulang-ulang kali, lama-lama dia setuju nak potong rambut dia. kah kah kah. sekali lg aku rasa aku sgt hebat sbb berjaya buat dia potong rambut. tehee.

29 january kitaorg keluar. malam sblm tu dia keluar dgn kekwn opis dia. balik lambat gila. dia pesan, esok pagi kejut dia. aku ckp "eh mana bleh. nak deting kena ah berusaha bangun sendiri". nak balas dendam punya pasal, dia ckp "oke esok kita jumpa kt depan kolej awk pukul 11. sape lambat blanje eskrem. setiap 7 minit bersamaan dgn 1 eskrem". haha. kemaen berlagak dan konfiden lg dia. dia tak tahu ke aku ni berdaulat? mmg pg tu dia bangun lambat. pukul 11 baru dia bangun. ceh. aku tepat pukul 11 dah tunggu kt depan kolej kot. hesh. pasrah ja masuk bilik balik. perasaan kecewa dia mcm kecewa tgk game arsenal 4 seri dgn newcastle haritu. haha.

aku ikut dia pergi potong rambut. err first time kot ikut lelaki potong rambut. adik or abang aku potong rambut pn aku tak pernah ikut. haha. kemaen bergaya lg cina tu potong rambut dia. tapi tak cukup pendek. aku malas nak komplen lg sbb aku dah byk komplen sebenarnya time cina tu potong rambut dia. haha. tp cina tu tak faham-faham. takpa la. aku mmg kurang bekenan dgn gaya rambut dia. dah ala-ala nick carter zaman backstreet boys dolu-dolu ja. kamon la. sekarang zaman justin bieber oke? peh! haha. 

30 january 2011

dia pn ngaku yg dia kurang gemar dgn rambut baru dia. haha. kesian dia. aku rasa bersalah gila. last-last aku ajak dia potong lg sekali. pergi la potong lagi sekali. yeahh. kali ni sumpah pendek. haha. aku suka. suka gila! tp dia asyik komplen ja rambut dia tahpape. kena pakai wax baru oke kot kata nya. sbb kalau tak pakai wax nmpk mcm serabai gila. ada yg tercacak tak tentu pasal. kau tahu rambut conan? ha mcmtu la lebih kurang rambut dia. ada yg ternaik-naik sket. haha. tp sumpah aku suka tgk rambut dia cmtu. kesian dia. kena bahan dgn kekwn dia. tp dia cakap "sy tak kesah. asalkan awk happy dah ar". ngeheheh. mlm tu nak juga tgk wayang wlpn dia ckp gaji dia tak masuk lg. takpa. aku ckp, kita kongsi-kongsi duet. tp aku pn tak cucuk duet time tu. so mcm ada sket gila duet dlm dompet. haha. aku tanya dia "nak beli popcorn pn tak boleh la eh?" dia jawab "tak boleh la. duet kita tak cukup kan? nak buat mcm mana". sadis gila. nak beli popcorn pn tak lepas kau tahu? beli air mineral pn pilih yg paling murah punya. mmg rasa mcm anak nelayan gila. haha. eh ke anak nelayan zaman sekarang dah kaya? tak miskin sgt? hoho.

5 february 2011

ada kwn aku kawen kt jengka. aku ajak dia pergi sama. dia kata oke. first time dia datang rumah nak amek aku. kitaorg janji nak pergi sekali dgn kwn aku. naik kereta berempat. so janji pukul 9 sampai kt rumah kwn aku. pukul 8.25 dia ckp mak dia suruh breakfast dulu bagai. aku dah hangen sket. aku ckp kt dia "dah la menumpang org. segan tahu tak kalau lambat". tepat pukul 8.40, dia msg ckp dah smpai depan rumah. kata nya dia nampak kereta aku abah bawak. so dia follow ja sampai depan rumah. haha. hebat. tp masalahnya aku baru lepas mandi time tu. laju ja dia msg "dahla tumpang kereta org. pastu lambat plak. buat malu ja". hahaha. demn. lepas dah siap, aku keluar rumah. mak ckp mak nak tgk dia. mak pn ikut keluar rumah. dia keluar kereta. berborak sedas dua dgn mak pastu kasi roti canai. buat breakfast katanya. mak ckp "eh la ssh2 ja. tu huda tu belum brekafast". dia senyum dan jawab "eh takpa. utk dia ada dlm kereta". oke. mak masuk rumah. aku masuk kereta. aku pandang tmpt duduk belakang. sambil buat muka tak puas hati, aku tanya "ehh kata ada breakfast utk saya. mana nya?". dia gelak. "mana ada. sy main ckp je td". cis. 

oke tiba-tiba aku dah penat dan malas nak taip. stop mcmni ja la bleh ka? korang pn mesti malas nak baca juga kan? haha. oh eh. ya. misi tersendiri tak menjadi. kau gila ke apa. kalau kau berada di tempat aku, bila ada org layan kau dengan begitu baik, kau pn takkan tergamak nak jalankan misi tu. hehe.



p/s utk awk: sy tahu awk mesti baca entri ni kan? haha. terima kasih utk segala-gala nya. sy minta maaf sbb sy slalu buat awk sakit hati. sy pn tak tahu kenapa. satu hal yg pasti, sy syg awk. oke dah bye.

.end of entry.

45 comments:

sharamli said...

mentang2 dah kapel!

cikCEPET said...

huhueee dasat laa uda....
tuh laa kn pmpuan neh ble da lme2 dieh akn syg spenuh nya...
nk2 family da ske....


:))

Cik Mira said...

sy pun adored belog awk! sy syg awk juge. hihihi.

hudaaaaaaaaaaa kawen jgn lupe ajak!

Clarky Afif said...

aku doakan semoga korang sampai ke Jinjang Ampang. kahkah!

Alexandriana Alia said...

wow!...


sy syg awak jugak. ok bye!

Nanadd said...

Hehe comel lahh :)

Yasmin said...

sambung aaa , pleaseee haha

kullestFAFA said...

ni mmg charree lah! haha.

kakiberita said...

gua tak percaya..
gua bulih baca sampai habez..
gua betol2 nk tahu..
keh keh keh

shahirahkhairudin said...

*senyum*
lehai comey.. ekeke..

abdul azim b mohamad isa said...

berjaya membuat lelaki potong rambut setelah menyimpan rambut selama 2 tahun adalah kejayaan yang besar.

lebih besar drpd kejayaan iniesta golkan ms lwn holland.

prasaan jatuhnya rambut itu ke lantai amat deep. walaupun dah 3 tahun berlalu, aku masih ingat feeling itu.

hehe. anda dah melangkah ke alam baru. tahniah. (bukan 2 alam)

Zulfahmi Abidin said...

This is love story the best ever in my life.bace sgt real kot. and ko ttp dgn perangai ko yg pelik tuh. dan dye pulak ikut kan aje kerenah ko walaupun ko kene sikit2.^_^ jodoh mak carikan lak tuh.aku doakan ko kekal k.^_^ serious this is best things ever.^_^ double thumbs up.

hana said...

ok entri jiwang yg bengong. berkali-kali baca pun pasti wat gelak kah3

nice one la kak uda ;P

hannamaruku said...

MUNTAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

shakinah said...

hai abang rambut panjang pakwe huda!




KIKIKIKIKIKIKIKIKIKIKIKIKIKI.

selipar buruk said...

kau tahu, air mata jantan aku menangis terharu. kau hengat yeh secara detail setiap tarikh? awww so manis okeh.

*tengah kesat air mata* okbai

Edriena Hazelina said...

finally!!!
jom double date!
haha!!!
akk g kl awal bln depan.

athirahzaki said...

wah~~
so sweet~~
<3
:D

Anis Che Rusli said...

aku rasa mcm bulu ketiak aku nk gugur sendiri. kau bercinta huda> ayoyoo.

*smbil pasang lagu bila cinta dn menari agogo di belakang uzair. opsss tersebut nme dia plak. :D

Nurul Huda Rahim said...

sharamli,
alah. aku bkn pesen sorok2 hubungan cm kau :p

cikcepet,
tehee. tuh ar. mari doakan kami. eh tetbe. haha.

cik mira,
awww. cik mira komen blog ai! terharu seh. makaseh mira. pasti! ;)

clarky afif,
eh kau mcm tetaw ja dia duk ampang. ngeee.

alexandria,
haha. sy syg awk juga. oke dah bye.

nanadd,
sape? aku ke? makaseh. har har har.

yasmin,
weh aku risau korang tak larat nak baca ja. haha.

kullest,
auch. makaseh!

kakiberita,
nama pn kakiberita. kena la mcm wartawan melodi. dak? hee.

shahirah,
aku kan comel? taw dah. thanx. agagaga.

abdul azim,
ni betul ckp berdasarkan pengalaman neh. mmg aku pn rasa bangga gila dgn pencapaian diri sendiri. senyum memanjang ja aku time rambut dia kena potong. haha. btw, kejayaan malaysia kalahkan indo aritu lg besar kot? haha.

zulfahmi,
aihhh. segan plak aku kau komen cmni. makaseh weh. pelik kan stylo. hee.

hana,
apsal bkn hanani? rasa mcm hanani kan patutnya? ngeee. thanx :)

hannamaruku cacat,
bila baru boleh kau buang sifat mazmummah kau ni hanna? tak elok mcmni hanna. dah pergi kapel dgn abg bangla cepat.

shax,
dah pendek duh. kacak gila kot bf aku. agagaga.

selipar buruk,
weuw. serius ka kau nanges? boleh bla! tak caya aku. haha.

edriena,
weeee. bleh bleh. jom! ;p

athirah,
awwww. thanx :)

anis,
bahaha. sebuk ja kau bocorkan nama dia. nama dia best kan? org nya pn best. tgk la gf dia sape. kah kah kah. woyyy aku buat entri cmni baru kau nak komen kan? aku libas dgn hanger kang baru tahu.

selipar buruk said...

iya lah aku nangis hokayy. 3 minit jela. pastu tetibe die benti. boleh?

okay lepas ni aku nak mintak mak aku carik kan jela. senang. aku duk office goyang kaki tunggu calon isteri datang.

okbai

Nurul Huda Rahim said...

haha. goyang kaki ja tak cukup weh. kena usap-usap perut skali. baru style. keh keh keh.

wani ezryl * said...

haha comel je.
bulan februari cupid merata-rata!! :P

♥CIK SHA♥ said...

wahhhhhhhhhhh..huda dah ade cinta hati???mabeles!!sweet la..mak pulak tu carikan..semoga kekal bahagia..^_^

Nurul Huda Rahim said...

wani,
haha. ye oh? musim mengawan gamaknya. kah kah kah.

cik sha,
makaseh! semoga cik sha pn kekal bahagia. hee.

The Nurul said...

homaigod huda!!! sweettttt!!!!

hana said...

angin kt niigata kuat so tuka name baru keh3
thumbs up la ececeh. bes glo laki sggp potong rmbut hihihi i like ler auww

Uzair said...

tentang dia???
tentang SAYA!!
hahaha....

thanks sayang...
tq all.....

Liyana Lunia. said...

MUNTAH muntah MUNTAH muntah

cmne uzair boleh terpikat ngn ko ah? dh la abis brg dia rosak. eeeeeeeeee nak je aku tepuk dahi org yg rosakkan brg aku wlaupun dia tak buat pape. HHAHAHA

Nurul Huda Rahim said...

the nurul,
aku mmg sweet. takkan kau baru sedar? haha!

hana,
apa kaitan angin niigata kuat dgn tuka nama? mcm takdak kaitan ja. haha. best best. rasa mcm hebat habes :p

<3,
eh eh. mana dtg ni tetbe ja? hee. u r most welcome syg :p

ynn,
haha. cmne dia bleh terpikat yg tu kau tanya dia ah. tak bleh aku nak jawab nya. kang kalau aku jawab, senang je. aku ckp "eh common sense kot. muka comel, perangai comel, suara comel. siapa tanak?". keh keh keh.

jade said...

ececeh... dh kapel dh? Haha. Mcm x caye jek ;p ade jgk yg suke wlaupun sengal2 sket. Haha ;) anyway, gud luck lah. Sweet sngt. Haha ;D

Zana Zingaa. said...

haha comel cerita ni. cepat smbung cinta huda uzair. ;)

Nazirul said...

buuuweeeekkkkk

Razman said...

nasib baik aku baca waktu cuti, so tak muntah dalam opis. muntah dalam rumah je. dah la otak cacat, muka hodoh, ada hati nak berjiwang. heh

Nurul Huda Rahim said...

jade,
lg sengal lg org suka. trendz. keh keh keh. makaseh ;)

zana,
tehee. nnt korang muntah secara berjemaah plak. aku gk yg ssh. haha.

nazirul,
ciri-ciri org yg bersifat mazmummah.

razman burok,
kau pn apa kurangnya man. muka burok, otak cacat, hidung besar, rambut berglitter. tp ada hati nak berjiwang juga kan. sama ja duh. keh keh keh.

Uzair Asri said...

walaupun dilabel sbg otak cacat...muka hodoh dan etc... sy x pedulik sume tu...sy ttp sayang awak...syg sgt2... u r my SOULMATE :)

Nurul Huda Rahim said...

weheee. makaseh syg. jgn peduli dgn si razman tu. dia mmg terencat. keje dia dengki org ja. kah kah kah. sy syg awk juga mr soulmate! ;)

Uzair Asri said...

tehee. thanx syg. love u so much!

Nurul Huda Rahim said...

peh dah kuar gambar! tolong la ngaku yg sy hebat sayang. keh keh keh ;p

Mommy Fara said...

cool...err, kapel je ke? kawen?

Uzair Asri said...

oke2... ngaku awk mmg hebat...gf sy mestila hebat kan???

Ery Farieha said...

wahh hihiihhik.
mak yg kenenkan.
cam best je.
nak soh mak kenenkan gak la :PP

Cik Adek Manes said...

mmg sgt express kan.. tup² cik nurul huda dah bakal menjadi puan nurul huda..

wat chenta hati cik bakal puan wannabe nurul huda, inche' uzair.. sile jage nurul huda baik² yeks..

nie kire tak sia² la promot pasal nak kawen la, nak kapel la kat blog ngan status fb maupon twitter.. wakakaka.. mmg baekkkk pnye market..

congrats koram bedua.. ;]

Nurul Huda Rahim said...

ery,
haha. sila sila. heee.

kak einaz,
thanx! :)

ika honey bunny said...

pehhhhhhhhhhh.. hehee. aww aww.. smoge berbahagia

Related Posts with Thumbnails