Wednesday, March 23, 2011

tentang dia (2).

sebab awk seorang je yg bukakan pintu kereta utk saya di hari pertama pertemuan kita. dan sampai sekarang masih begitu. sampai bila pun saya tak pasti. harap sampai sy mati. 

sebab awk seorang je yg tolong pakaikan stokin dan kasut utk saya bila saya malas nak bergerak sebab tengah period.

sebab awk seorang je yg tolong ikatkan tali kasut saya bila dia tiba-tiba terbuka time saya tengah jalan.

sebab awk seorang je yg tolong kupaskan kulit udang utk saya dan potongkan lamb chop utk saya.

sebab awk seorang je yg selalu bisik 'i love u' kt saya time kita kt escalator dan selalu jerit 'i love u' time hantar sy pulang ke kolej.

sebab awk seorang je yg ikut ckp saya bila saya suruh potong rambut. oke tak. tipu. ex-ex bf yg dulu pun ikut ckp saya gak bila saya suruh potong rambut. tehee. next!

sebab awk seorang je yg boleh buat saya terjaga pukul 3.30 pagi dan menanges-nanges hanya kerana rindukan awak.

sebab awk seorang je yg sanggup pergi 5 kedai semata-mata nak cari eskrem pelangi paddle pop utk saya. 

sebab awk seorang je yg sanggup datang dari serdang ke gombak time saya tengah menanges tanpa sebab.

sebab awk seorang je yg cakap saya cantik walaupun saya tengah selekeh dan cakap saya wangi walaupun saya tengah busuk.

sebab awk seorang je yg tak malu bila saya selalu langgar dan jatuhkan barang di hadapan orang ramai. dah la tak malu, siap boleh tolong angkatkan lagi barang yg jatuh tu.

sebab awk seorang je yg selalu nyanyikan lagu 'no one else comes close' utk saya.

sebab awk seorang je yg boleh buat saya ketawa dan kemudian menanges pada satu hari yang sama.

sebab awk seorang je yg nama Uzair Mohd Asri yg sgt saya sayang dan saya bangga utk kasi tahu semua orang yg "eh dia tu saya punya" :') 


and if you go i wanna go with you 
and if you die i wanna die with you
take your hand and walk away


"kenapa awk sayang sy?"
"em sebab awk sayang sy"
"tp dulu pn ada ex bf awk yg sayang awk kan?"
"ada"
"habes kenapa awk tak sayang dia?"
"sbb dia bkn awk"
"tak boleh la. jawapan awk tak boleh diterima cmtu. awk ckp awk sayang sy sebab sy sayang awk. tp dulu pn ada org yg sayang kt awk. tp awk tak sayang pn kt org tu. faham tak?"
"..."

sumpah saya tade jawapan utk soalan awk ni sayang. yg saya tahu saya mmg sgt sayangkan awak. saya ada cuba cari jawapan utk soalan awk ni. tp mmg tade jawapan. bukan. ada. tp bila nak dilafazkan, mmg takkan ada. tp, tak boleh eh kita sayang orang tanpa alasan? bukan ke kalau kita sayangkan org tu dgn satu alasan ianya dah jd sayang yg tak tulus. maksudnya, bila alasan tu dah tade nnt, artinya kita pn dah tak sayangkan dia. so bila kita sayangkan seseorang tanpa alasan, walau apa pun yg terjadi, kita akan tetap sayangkan dia sampai bila-bila. betul tak? ke salah? oh tak tahu. yg pasti, UZAIR MOHD ASRI, I DO REALLY LOVE YOU SO MUCH. 

cause you meant the world

.end of entry.

Tuesday, March 15, 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"


hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je huda? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh.


Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME. oke dah bye.

.end of entry.

Tuesday, March 8, 2011

jom kita main tunang tunang jom.


HAHA. ramai bising sbb muka justin bieber dgn tomok kt sini lama-lama. eh eh. itu mmg sticky post kot. korang apa taw. awwww. cmne nak buat sticky post pn aku tataw ah. keh keh keh. aku dpt komisen duh biar muka depa lama-lama kt blog aku. haha.

arr sorry la lama tak apdate. bz woh. bz apa? bz apa? gila kau. aku sekarang dah mcm artis. peh. penat duh reply komen-komen kt fesbuk. kah kah kah. aku rasa tahap populariti aku dah saing-saing norlia ghani ja. serius tak tipu. apahal bleh tetbe femes eh?

sebab, aku dah TUNANG! keh keh keh. tak tipu oh. serius dah tunang. mcm tiba-tiba je kn. tp sape kesah. mende ad hoc kan lg org ramai suka? tu pasal fesbuk aku mcm fesbuk artis tetbe. sekejap kang keluar notification "jenab likes your picture" sekejap kang keluar notification "gar this_are yu (euh?) commented on ur photo" kejap kang keluar notification "tomok posted on ur wall" (ewah tomok tak habes habes. haha). so mmg rasa femes habes. sape nak rasa femes tetbe, tips nya senang ja. bertunang lah secara tiba-tiba. haha. sumpah terbukti berkesan. tak caye bleh try buat nnt oke.

meh aku cerita sket eh pengalaman aku bertunang. biasa ja. sbb aku pn baru first time bertunang kn. eh? haha. sbb ad hoc, preparation mcm tak berapa nak ada sgt. nak cari cincin punya la ssh. aku ni dah la tak gemar pakai mende-mende gini. tetbe nak kena pilih plak. aduh. pening oh. rasa mcm nak pitam pn ada. nasib baik la tunang kesayangan tolong pilih. org kt poh kong tu pn nmpk mcm dh hangen ja. bwk bwk kuar aku tanak. bwk bwk kuar aku geleng kepala. bwk bwk kuar aku buat muka. lama gk la duk kt situ. mujur dia org cina. kalau dia org klate, mesti aku dah kena 'nate mu!" sebijik.

nak cari baju pn parah gak. esok nak tunang, petang tu baru aku g try ngusha baju. bila masuk je setiap kedai, kitaorg ckp cmni "kak, nak cari baju tunang". akk kedai pn jawab "oh bleh. sape nak tunang ni dek?" sambil buat muka comel, kitaorg jawab "kitaorg la kak". muka akk tu sumpah mcm tak percaya habes. pastu dia tanya lg "oke. bila tu nak tunang dek?". sekali lg sambil buat muka comel kitaorg jawab "esok kak". hahaha. muka akk tu mcm nak ckp "hoy budak-budak! korang ingat ni main pondok-pondok ke haa? esok nak tunang harini baru terkial-kial nak cari baju?!". heee. ssh weh cari baju. takdak saiz la tak bekenan la. last-last aku bantai ja pakai baju songket aku. lantak la. lawa gak apa baju songket aku tu. cuma lari tema la drpd wane hantaran aku. haha. tp dulik ah!

sumpah malas nak menaip. tepek gambar ja bleh ka? heee. bleh eh.


engrave nama kami. auch. romantik tak? sila jeles. hee.


oh utk kasi korg lg jeles, nah pic dekat sket. haha.


hoy hoy. nak bertunang ke nak main pondok-pondok neh??


tunang kesayangan! i <3 u so much!


oke yg ni dah tak mcm main pondok-pondok kan? ;p


tgk tgn aku. hasil drpd masuk kelab nasyid time skola dulu :p


pandangan matanya menghancurkan jiwa. ewah. jiwang. boleh teka lirik lagu apa tu sekarang. cepat. sape teka betul aku kasi hadiah berupa url fesbuk aku supaya boleh tgk lebih banyak gambar. kah kah kah. tade sape peduli la woyy. blah la woyy. boo booo. oke dah bye.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails