Thursday, June 30, 2011

mari belajar penaakulan mantik.

aritu aku kuar dgn shax. selamba je dia suruh aku amek dia kt rumah. pastu dia gula-gula kan aku dgn ayat 'nnt aku blanje kau mekdi. mekdi sedap tau!'. ceh. ingat aku budak tadika kemas ke apa?! ini mail lambung la. mail lambung tak makan rasuah (tetbe).

oke oke fine fine (sila baca guna nada si shuib sepah time final ML aritu HAHA). memang aku terpengaruh dgn rasuah dia. maka aku pn pergi amek dia kt umah. belum sempat smpai lg dia dh rakus msg aku 'nnt stop tepi jalan je tau. aku dah kt tepi jln. kalau masuk nnt leceh pak gad tanya memcm'. peh. terguris ego aku. padahal aku baru nk msg 'woy kau keluar tepi jalan sekarang. jgn nak bajet aku masuk smpai dlm sgt la' skali dia dh msg cmtu dulu. tp takpa. sbb, sikap toleransi pasti membawa kpd mekdi free (ini lg tetbe).

sampai kt wangsa walk, terus usha2 tiket wayang. sbb mcm tade cite best yg kena dgn time, ktaorg g mkn dulu. memule dh masuk restoran ayam penyet. elok waiter tu kasi menu dgn kertas ja, ktaorg rasa mcm tak stylo plak mkn kt situ. kah kah kah. selamba ayam ja kuar terus menuju ke secret recipe. memang. memang aku tahu sbnrnya kt wangsa walk tade mekdi. tp aku saje ja bwk shax g wangsa walk. sbb aku nak dia blanje aku mende mahal sket. kah kah kah. ampun shax. takpa. gaji kau byk lg kan? :p 

sepanjang duk melepak mkn kt secret recipe, ada gk la duk mengutuk blogger lain sedas dua. contohnya seperti 'razman rupanya lg rendah drpd gf nya azza', 'sigg asek berkapelkn gadis kacuk', 'hana ngaku pernah kapel dgn bangla' dan mcm-mcm lg la. tiba-tiba si shax buka cerita pasal bos dia kt secret recipe dulu. 

"bos aku kan, dia nak amek pekerja dia tgk rupa gk"
"apahal?"
"entah. ada satu budak tu, aku tgk mcm oke ja. tetbe bos aku tak amek. bila aku tanya, dia ckp sbb budak tu hensem"
"oh kiranya dia cuma amek pekerja yg cantik dan hensem ja la ye?"
"ha lebih kurang cmtu la"
"oke. so kira mcm sekarang kau nak ckp yg kau cantik la??"
"weyyy. tade ah. bkn mcmtuuuuu"

HAHAHAHA. oke here comes the penaakulan mantik;

ayat 1: semua pekerja secret recipe cantik 
ayat 2: shax pekerja secret recipe
kesimpulan: shax cantik

hee. tp kau mmg cantik apa shax. tp ada dua hal je yg aku tak puas hati dgn kau. pertama, apahal kau lg kurus drpd aku? kedua, apahal kau lg tinggi drpd aku? demn. rendah gila aku. tp takpa. yg penting aku dah nak kawen (KAH KAH KAH ini lg terpaling tetbe). 

dah habes mkn kitaorg g usha tiket wayang lg sekali. sbb tak tahu nak buat apa dah. tgh beratur, shax duk semangat cerita pasal cite seram thailand yg dia tgk aritu. tajuk nya ladda land kot. sumpah semangat gila dia cerita. suara tanak perlahan plak kan. mcm ada built in altec lansing speaker gitu. smpai pacik kt belakang pn dgr. pastu pacik tu tanya "cerita apa tu??". gila malu doe! oke tipu. pacik tu tanya anak dia sbnrnya. tp sbb pertanyaan dia tu mcm masuk ja dgn mende yg shax tgh cite, maka kami igt dia tanya shax. haha. tp sumpah shax. suara kau kuat mcm nak kasi semua org dgr :p

alahai. tetbe dah malas nak taip. cmne neh? oke dah habes la. bye. haha. boleh ke gini? anggap ja la boleh ye. teheee. bye.

.end of entry. 

8 comments:

hannamaruku said...

Sebab kau anak prof dr rahim, bangla pun bagla la kak huda.

Seyes ke shax camtu? Gila apa malu weh. Camni tak jadi la aku nak g kenduri kau dengan shax. Japg duduk satu meja dengan dia dalam kenduri prod dr rahim, habis dia sembang macam nak buat pengumuman.


Jatuh saham aku. Baru niat nak tackle anakanak kawan bapak kau sekilo dua.

Anoneemus™ said...

Nasib baik i lebih tinggi dan kurus drp u juga. haha.

rasis kan komen ini?

Nurul Huda Rahim said...

hanna;
tp ank-ank kwn ayah aku dia tak suka org krempeng cm kau. cmne? hahaha. shax ckp mmg semangat+kuat doe. malu sy dibuatnya. haha.

anoneemus;
apa tak sambung sket lg ayat tu. "dan i dah kawen dulu drpd u". haha. sumpah rasis gila :p

padeli said...

untunglah dah nak kawen. untunglah.

budak budak ump semua hensem.

here comes the penaakulan mantik;

1. budak ump semua hensem.
2. padeli hensem.
konklusi = padeli hensem.

tak cayer tanye piggplus. eh, siggplus. kbai

Nurul Huda Rahim said...

tak betul la penaakulan mantik kau tu. huh. piggplus tade dtg blog aku dah. dia bz dgn gf dia. hee. oh eh. maksud aku siggplus :p

Kapten Atok said...

gaya prof. haha.

kirim salam sama dia kalau jumpa lg.

padeli said...

oh. aku baru perasan. maaf. semula.

1. budak ump semua hensem.
2. padeli budak ump.
konklusi = padeli hensem.

biasalah. orang kecewa tak dapat jemputan kawen memang selalu tak sedar apa yang dia taip.

Nurul Huda Rahim said...

atok;
mejlis kawen aku nnt jmpe kot. kalau dia dtg ah. haha.

padeli;
LOLOLOLOLOLO.

Related Posts with Thumbnails