Thursday, September 22, 2011

2 soalan wajib setelah berkahwin.

HYE SEMUA! MEMANDANGKAN HARI INI HUJAN, MAKA BIARLAH AKU APDATE BLOG. APAKAH PERKAITAN DI ANTARA HUJAN DGN APDATE BLOG, ITU AKU PN BELUM PASTI LG. YET TO BE DISCOVERED. KAH KAH KAH. AMCM? BLEH TAHAN ANNOYING TAK? DAH LA LAMA GILA TAK APDATE BLOG. TETBE APDATE TERUS PAKAI FONT BESAR. SIAP BOLD LG. TEHEE. EH HARI NI AKU PUASA (SO WHAT HUDA? TADE SAPE PEDULI KAU PUASA KE APA KE. OKE BYE BYE BYE -.-)

oke dah. kang guna font cmtu smpai habes ada yg menyimpan hasrat nak simbah asid kt muka aku plak. euwww. seram noxs. suami aku kalau bwk kereta suka buka tingkap. yg aku ni penggemar setia air cond. lepastu sejak kejadian orang di simbah asid, terus guna alasan tu bila naik kereta dgn dia. "YANG TUTUP TINGKAP. NNT KENA SIMBAH ASID. TAKUT" har har har. berkesan oh.

wah lari tajuk. oke back to the topic. 2 soalan wajib eh. mmg soalan ni wajib. mana-mana aku pergi, konpem semua org akn tanya soalan ni. baik macik sedara aku, baik jiran sebelah rumah, baik kwn-kwn kt universiti, baik kwn-kwn kt tmpt praktikal, baik kwn internet (cc: liyanaa.com), semua la. macik jual pecal kt pasar malam je yg tak tanya. oh ye. dan juga supervisor aku yg aku baru jumpa isnin aritu. kena marah duh. sbb lama gila tak pergi jumpa dia. kah kah kah. thesis kau bila nak siap huda? oke bye. jom siapakn entri ni dahulu :p


soalan pertama: "sudah berisi ke?"

wowwww. orang melayu kita mmg prihatin kan? wlpn baru 2 bln kahwin, semua prihatin nak tahu aku dah mengandung ke belum. bagus la. sifat prihatin mcmni mmg kita nak sgt-sgt lah. tp kalau setiap kali aku jumpa, semua org tanya soalan mcm ni, mau hangin jugak. nnt aku dah mengandung aku buat press conference kt majalah mangga ye (euwww). sambil bergambar di tepi kolam bersama suami tercinta. kah kah kah.


maxis juga tanak melepaskan peluang. turut sama menambah rasa hangin di hati. fyi (ewah sejak bila pandai guna fyi bagai neh? HAHA), msg tu byk kali dah aku dpt. acane plak maxis tahu aku dah kawen? ke ananda krishnan tahu yg aku baru kawen? rasa mcm tade jemput dia pn time kawen aritu. dulu zaman bujang tade pn dpt msg ghupa itu. iklan jap. ye, msg kt atas tu. ehem. tak faham-faham lg? tolong la click nuffnang aku. nak bayar bil tepon ni oi. hahaha.

sbnrnya aku mcm rilek-rilek je lg pasal mende ni. sbb aku pn baru 2 bln kawen. tp cuba kau bygkn kalau org tu dah 2 thn kawen, dan mmg tade rezeki nk dpt ank lg, lepastu semua org sibuk tanya soalan ni. tak kesian ke? aku pn mcm tension-tension asek nk kena jwb soalan sama. diaorg tu lg la tension. moral of the story, tak payah la tanya. kalau dia dah mengandung dan dia nak kasi tahu, dia akn kasi tahu. kau tak perlu la ssh-ssh nak tanya. mgkin la kau mcm nak beramah mesra, tp tanya la soalan lain ye. mcm "joe jonas dh kawen ke?"


ini joe jonas. tak perlu letak gambar pn takpe kut huda. haha.


soalan kedua: "mcm mana kehidupan selepas berkahwin ni? best tak? seronok tak?"

hey org gila je yg ckp kawen ni tak best. best gila duh kawen. sumpah best. gila apa tak best bila bgn tdo ada lelaki kesayangan di sebelah kau? gila apa tak best sebelum tdo dpt kiss muka lelaki kesayangan kau? gila apa tak best bila kau boleh peluk lelaki kesayangan kau setiap saat? memang best gila.


gila apa tak best bila kau nak megi pattaya lelaki kesayangan terus buat laju-laju? lepastu kau tinggal nganga mulut laju-laju ja :p

tapi tapi tapi. ini realiti kehidupan. kau takkan bahagia setiap saat. mesti ada ketika kau akn terluka juga. maksud aku, bergaduh tu perkara biasa. kalau dulu time bercinta mgkin la indah nak mati. gaduh pn jarang. kalau gaduh pn, sng je. tutup henset habis cerita. bila kau dah kawen, kau tetap kena berdepan dgn suami kau wlpn tgh gaduh. kena selesaikan juga masalah yg timbul. itu aku ngaku. mmg susah utk aku. sbb aku selalunya kalau marah, mmg akn senyap gila dan kalau boleh nak lari jauh-jauh. aku tak pandai sgt nak settle kan secara face to face. sbb nnt aku nanges je sampai berhingus bagai tanpa ckp sepatah kata pn. haha. gila cengeng.


malam 2 syawal. merajuk dengan suami. nangis-nangis, bbm-bbm musfirah, mogok-mogok tamo makan konon-konon kenyang, lalu terus buat-buat tidur. selepas dipujuk suami, dihidangkan sepinggan nasi berlauk ayam goreng dan sayur kobis, terus melantak laju. siap ada nasi kt tepi mulut lg tu. nampak benar pelahap nya. mak lapar noxs. nanges kan memang menggunakan byk tenaga? tu tak masuk tenaga nak pukul-pukul bantal lg. haha.



kesimpulannya, ya kawen memang indah. teramat indah malah. tapi, ini realiti. bukan fantasi. bergaduh, bermanja, marah, senyum, ketawa, menangis, merajuk, tanak kawan (hah?), rindu, annoying, dan apa semua jenis perasaan dan perlakuan, tetap akan wujud. cuma nya, mcm mana kau deal dgn semua tu la. apa pun, bak kata musfirah, suami ni tiket utk kita masuk syurga. jadi, mari kita sama-sama jd isteri solehah berbuat baik dan ikhlas dgn suami supaya dpt masuk syurga. amin. tehee. oke dah habes. bye. 

.end of entry.

18 comments:

Clarky Afif said...

comel letteww!
alah aku yang tak kawen pun tau la kawen best. hahahah!

myraVea said...

Nice entry dear..Moga menjadi isteri yang solehah..hehe

Baca entry ni, teringin pulak nak kahwin, tapi, apakan daya calon pon xde lagi..dush dushh..hehe


Selamat pengantin baru *boleh wish lagi kan?* *wink*

hakamah hamyadi said...

bestnya tgok org kahwen..hehe...so sweet..semoga berbahagia selalu

Nurul Huda Rahim said...

clarky afif;
haha. tu sbb kau gatei. wahaha.

myravea;
hee. terima kasih. oh jgn risau. jodoh rahsia Allah. mana tahu tetbe thn dpn kawen. kan? hee.

hakamah;
thanks. aminnn :)

pil khayal said...

jeles tol baca entry ni.ase nak kawen cpat2.hahaha

Huda Luna said...

amboi kiss pelok. jeles kite taww!
kekekeke

ape ni ape ni majok2 malam raye ke 2 isk isk kakak bucuk nii

ok laa kite pun nk tiket tu. nnt kite kawen awk dtg tau.

*kite dah klik nuffnang awk supaya awk boleh bayar dkt ananda tau*

*harap2 kak huda dpt anak kembar. aminn*

Nurul Huda Rahim said...

pil khayal;
yeahh. mari kawen cepat! :D

huda luna;
nomnomnomnom. comel nya komen dia! heee. oke cepat kawen gak adik manissss! err ank kembar? mcm misi mustahil. tp takpa lah. amin kan ja lah. mana tahu di hari jumaat yg mulia ni, termakbul plak kan. haha.

sharamli said...

Ah sudah! Tak jadik la nak kawen. Kang gad0h camana nak larik balik umah mak.

Eh..kal0 dapat anak kembar kasi kat kitew s0rang tau. Bye!

NeemoNeemo™ said...

Sila rujuk entri saya yg ini
http://suicidepark.blogspot.com/2011/09/soalan-nombot-4.html.


Supervisor tanya dah mengandung belum? serius? eh ke I've got punk?

Razman said...

kalau ikutkan entri, tahap nafsu terhadap suami tu memang tinggi. dah berisi ke belum?

Faizal Rosly said...

hai nurul huda.

1) sudah berisi ke?

2) mcm mana kehidupan selepas berkahwin ni? best tak? seronok tak?

oh wait, jawapan ada di atas....

puancomel said...

noxs..sme r kte nox..org asyik tye soaln tue je pas kwen..tension auww....bg la kte hnystar 2lu ke..hnymoon 2lu ker..hnysun 2lu ker..kte muda lg an..hahahaha

Nurul Huda Rahim said...

sharamli;
kah kah kah. apa barang nak lari balik umah mak. skang zaman moden la. lari pergi london sudeyh. ekekeke.

anoneemus;
haha. yerp dah baca. suka entri tu. nice. supervisor tanya. tp dlm hati ja la. marah punya pasal :p

rajeman;
tak perlu buat konklusi sebegitu rajeman. semua org pn dah tahu. haruslah. suami kacak kan. kah kah kah.

ijaicool;
eh eh. dah la baru follow blog org aritu. haha.

puancomel;
haha tuh ar pasal kan. kang aku dah bersalin bkn depa yg nak duk tolong jaga ank aku pn. hee.

Shahada Fauzi said...

tetibe rase nak kawen jugak nih..ahaha..


org Melayu kita kan prihatin..rajin ambil berat pasal org..itu baru soklan pas kawen..nanti ko dah beranak dapat anak sorang, orang tanya pulak "bila nk tambah lagi sorang?" haha..

Nurul Huda Rahim said...

aah. betul la tu. tak pernah nya tak prihatin kan. bagus org melayu ni sebenarnya :p

:: cikNuurul :: said...

bestnyeeee,..semue feelings ade dalam 1,.lepas kawen seme dapat rase,.auww,.sweet,.hehe,.

setuju ngan ayat last tu,suami is a free ticket to jannah,insyallah,.future gud wife wannabe,..amin amin,.

Nurul Huda Rahim said...

aminnnn. tu la. mmg semua feelings la ada. complete set giteww :p

tiqa said...

seronoknyee. tahniahh.
semoga jadi isteri solehah, bahagia ke akhirnya. :)

p/s: jeles ni. :P

Related Posts with Thumbnails