Thursday, April 26, 2012

kisah dongeng all time feveret.

semua orang mesti tahu kisah-kisah dongeng mcm cerita cinderella ke snow white ke red riding hood ke batu belah batu betangkup ke (eh? lain mcm je yg ni?) dan mcm-mcm lg la. so dalam byk-byk kisah dongeng ni, mana kisah dongeng yg korang paling suka?

kalau aku (tetbe nak bitaw. tade sape tanya pun huda?), aku suka cerita ni. tak tahu la korang taw ke idak pasal cerita ni. cerita ni mcm underrated sket la. tp aku suka cerita ni. aku pn xbpe nak ingat sangat la. aku hentam-hentam je la jalan cerita dia. oke ka?

cerita dia mcm ni...

once upon a time (alolololo intro kau sangat klise!), ada seorang princess ni dia sesat ke entah apa kejar rabbit ke apa ke kt dlm hutan. alik-alik hujan turun. dia pn lari la cari tmpt berteduh. tetbe dia nampak rumah besar. lepastu dia pn ketuk laju-laju sambil bg salam 3 kali (heh. muslim plak princess kau ni ye huda). kebetulan rumah tu pn mmg rumah anak raja (tak pasti la anak raja ke idak. tp rumah org kaya la). lepastu princess ni pn ckp la "hyezzz. sy ni pwincess. sekarang dah hujan dan dah larut malam, so sy nak tumpang tidur la kt rumah ni. boleh kew?"

yg buka pintu tu price la kunun-kunun nya. alik-alik terjatuh hati la plak (aku..aku..bagai sudah terkena..hati gembira rasa...jahatnya kamu..KAH KAH KAH). tp mcm biasa la. takkan la dah jatuh hati terus nak kawen and live happily ever after kan. mak si prince ni mcm tak berapa suka la princess ni. dia tak percaya la princess ni memang princess. dia ingat mcm anak penjala kepah ke apa kan.

alik-alik time nak tido malam tu, mak prince ni pn ada idea. "hah! alang-alang kau ngaku kau ni princess, meh aku try test sket betul ke idak". bisik hati mak si prince ni. dia pn kemas la bilik utk princess tu tidur. dia g susun nya tilam banyak-banyak smpai 28 lapis (mana dtg entah tilam byk-byk kt rumah. meniaga tilam kt danau kota gamak nya macik ni). kt bwh sekali, dia bubuh sebiji kacang hijau.

esok pg bila princess tu bangun tidur, macik ni pn tanya la dia "ate guane kome tdo semalam? lena ke idok?" (tetbe ada slang perak+ganu sket. wakakka). "bulih bulih la macik. tp dop taw ah ngape. hat pinggang ni ada rasa sengal-sengal ubi sket. mcm ada batu kecik ke mende entah kt bwh tilam tu. heuw heuw heuw"

maka mendengar jawapan si princess td, macik ni pn terus rasa "WAH!!! SUNGGUH LA DIA NI PRINCESS! KACANG KECEK GITU JE PUN DIA BLEH RASA WLPN AKU DAH SUSUN TILAM BANYAK-BANYAK!! AYUH LAH KAWEN SAMA ANAK BUJANG AKU!!"

and then, the prince and the princess live happily ever after.

KAH KAH KAH. menarik tak kisah dongeng ni? aku suka gila kisah dongeng ni. sampai kekdg waktu aku kecik-kecik, kalau aku bangun tdo rasa sakit pinggang sket, terus selak bawah tilam. bajet-bajet ada kacang hijau la kt bwh tu. haha. oke dah habis. korang cmne? apa cerita dongeng kesukaan kalian? meh ah cite sket. jangan ada yg bagi kisah vanila cokelat dingin lavenda 3 janji ke apa bagai dah le.

Wednesday, April 18, 2012

kalau ngomong, ngaca dulu dong!

ini hari gua sedikit panas. nampak tak mcm mana gua bahasakan diri gua? tu buktinya gua mmg betul-betul tgh panas. panas dlm konteks entri hari ini bermaksud panas hati. sepertimana zed zaidi panas hati bila aaron aziz menang abpbh, sebegitu juga la gua tengah panas hati sekarang. tapi gua bukan panas hati sebab aaron aziz menang. lu gila ke apa. pelakon feveret gua tu. dah la kacak, kacak plak tu (bila dah redundant tu maksudnya mmg kacak sungguh la mat haron mustapha bin mat aziz mustapha ni :p)

aih. bila teringat kt aaron aziz terus hilang sket panas hati aku ni. terus tak jadi aku nak bahasakan diri aku sbg gua. keh keh keh. tipu je. sebenarnya baru lepas msg dgn hubby tersayang. tu pasal tak berapa nak panas hati sangat dah sekarang ni (#kavercemerlang)

btw, ni la ic sebenar aaron aziz. korang pepandai ja edit smpai jd mat haron mustapha mat aziz mustapha bagai kan. tak baik tahu. eh tp adik aku ckp, mana la tahu ic singapore pn mcm ic malaysia. yg bleh tuka tu kalau lepas umur dh jd 12 tahun tu kan. kah kah kah. tak tahu la aku. apa-apa je la aaron aziz oii. 



oke balik ke pangkal jalan. sebenarnya cmni, tadi aku duk bawah. mkn nasi+kicap+daging beger. elok aku duk mkn rilek-rilek, tetbe bibik datang. sambil ngomel-ngomel

"eihh. ini mcm mana ni? mau guna pulsa gratis katanya. apa yg mau dipijit nih???"

pertanyaan bibik aku biar tak berjawab. malas. bkn apa, aku sebenarnya baru lepas buat spss. kalau kau tahu apa itu spss, mesti kau akan faham betapa tensi nya buat menatang tu. maka aku nak bertenang seketika dengan menikmati mknnn aku. alik-alik bibik datang buat onar.

"eihhh. hudaaa. ini mcm mana ni? kata nya dapat pulsa gratis. apa nya yg mau dipijit nih??"

pehh. bibik ni. bleh tahan kental. pijit pijit. aku pijit kepala kau kang bik. nak sangat kan. ha nah aku jawab 4 das

"ngga taw la bik"

 sambil tarik muka, bibik menyelar aku

"ehhhh. bodoh juga kau ni ya"

pelepup. sedas bibik kasi kt aku. masuk terus ke dalam jantung. sedikit pn tak tersasar. peh bibik ni. boleh tahan minta iron panas gak ni. sambil menghempas pinggan, aku pn jawab

"yang bodoh tu engkau bibik. tu pasal engkau jadi bibik! ngerti?!!"

oke tipu je. takkan la aku begitu kurang ajar kan. niat tu ada nak menjawab cmtu. tp memikirkan yg bibik ni 20+ tahun lebih tua drpd aku, maka aku pilih alternatif lain utk menjawab

"sy pakai line bik. tu pasal tak tahu pasal pulsa ni"

"apa nya tu line? arti nya bagaimana?"

"arti nya, sy tade beli2 pulsa ni. tetiap bulan sy bayar je. atau dalam bahasa mudah, sy ni anak orang kaya. bukan mcm bibik. paham?"

KAH KAH KAH oke tak payah bgtahu pn korang mesti tahu punya ayat yg hujung tu sekadar rekaan semata-mata kan?

"oh begituuu. jadi berapa tu kau bayar tiap2 bulan?"

"200 bibik"

jawab aku sombong.

"yg benar 200? banyak bangad! kalau ga ngomong pn masih perlu bayar 200??"

"ya bik ya"

jawab aku sambil angguk-angguk yakin.

"yehhhhhh"

kata bibik sambil mencebik dan berlalu pergi.

pelepup. bak kata pepatah org tua-tua, ibarat sirih pulang ke gagang (entah betul entah idak bantai saje la labu).

oke dah habis bye.

Tuesday, April 10, 2012

tips merangkul hati mak mertua.

hye hye semua. hari ni aku nak bg tips utk merangkul hati mak mertua kalian. kalau sape-sape yg tak faham maksud rangkul tu, senang je. meh aku terangkan. rangkul tu mcm kau rangkul pingat gangsa time hari sukaneka tadika kemas dulu la. haha. mcm poyo plak ayat merangkul tu kan. tp takpa la. aku rasa mcm suka plak nak taip ayat tu. hehe. emm tips ni sangat penting bg mereka yg mementingkan nilai kekeluargaan mcm aku (baca: tinggal di rumah mertua). bagi mereka yg sudah memiliki rumah sendiri di taman jobina, hasil drpd jualan herbalife (onyonyonyonyo tak habis-habis dgn herbalife dia), pun berguna juga tips ni bila korang melawat rumah mertua korang. jadi, moh baca ramai-ramai!

1) sentiasa rajin berbual dan senyum dengan mereka.

ye sahabat handai sekalian. sebagai seorang menantu, kau harus lah sentiasa rajin berbual dgn mak mertua kau ye. kita semua dah tengok cerita ibu mertuaku lakonan p ramlee. dan kita semua tidak mahu mata kita buta gara-gara nyonya mansoor tak suka sama kita kan. jadi senyum dan berbual itu wajib. wlpn kau mungkin bukan calon menantu pilihan, tp at least nampak lah usaha kau utk cuba berbaik dan beramah mesra dgn dia kan. hah? apa? kau tak reti nak berbual dgn org tua? takpe. mujur kau tengah baca blog aku. aku dah siapkan dah petua utk yg itu. nah sila baca INI :p

2) memasak utk mereka sekali sekala

mak mertua sangat menghargai bila menantu dia masak. ye lah kadang-kadang dia pn dah naik bosan dengan masakan dia sendiri kan. jadi bila kau masak untuk dia, dia rasa mcm sgt berbahagia sekali. kalau kau ni kassim selamat, terus jd dr ismadi. terus sayang kt kau. hehe. jadi, rajin-rajin la masak untuk mak mertua korang ye. tak perlu la masak nasi kerabu dagang hujan panas bagai kan. kau masak ayam masak kicap je pun dia dah suka. yg penting kena la sedap kan. tak pn dah kalau kau mmg tareti bebenau nak masak, ate kau masakkan je la spegeti prego yg mcm chef riz ajar tu. senang dan mudah. hanya 3 langkah sahaja kah kah kah.

3) tidak perlu sentiasa, yang penting ADA membantu mereka ketika mereka memasak. dan kalau kasi petua masakan, dapat extra carry marks. extra carry marks penting oke kalau kau agak-agak tak boleh nak score time final nnt (tiba-tiba sangat HAHA).

kalau pun kau tareti masak, atau kau malas masak, tp at least kau tolong la dia masak. bukan buat mende pn, tolong kupas-kupas kan bawang merah putih pn jadi la. tolong potong-potong cili pn jadi la. sambil kau tolong dia masak tu, kalau kau ada petua-petua masakan yg berguna, kau bgtahu la dia. nnt bleh dpt extra carry marks. dah mcm assignment kt u pn ada kn. hee. tp betul. contoh la mcm aku aritu (terpaksa membanggakan diri sendiri. dah nama pn blog aku HAHA). aku tolong mak mertua aku buat bawang goreng. pastu kebetulan dulu nenek aku ada ajar, kalau nak kasi bawang goreng tu garing, bubuh tepung beras/jagung sket. aku pn dan-dan la kasitaw mak mertua aku. wahhh dia punya teruja tu, usah cerita la. bersinar-sinar mata dia bila aku bgtahu petua tu. ngeh ngeh ngeh. best kan? dah kau g tolong mak mertua kau buat bawang goreng pastu kasi dia petua ni. mesti lepas ni kau akan lebih disayangi :p


niat nak berlagak tu memang lah ada sedikit. tp lebih kepada nak memberi contoh tauladan. tolong jgn  suuzon sangat ye. 

ni aku tolong mak mertua aku buat pizza aritu. aku yg bancuh doh dia doh (amcm abg ijaicool, rhythmic tak ayat ni? HAHA). bila dah sapu tomato cili sos bagai, dgn penuh rasa artistik dan astetik (sejak bila kau pandai artistik astetik bagai ni huda? err sejak jd isteri interior designer :p), terus menabur tomato bawang capsicum cheese bagai. alik-alik nak bakar, mak mertua aku g dapur dan terus separa teriak "LAAA! MAK LUPA NAK BUBUH DAGING!" ngehehehe. maka terpaksa mengumbah balik segala isi tu dan letak daging. hasilnya, terlihat lah daging mcm di atas. patutnya daging tu kt bwh skali. tp takpa la. rupa mcm mana-mana pun tak penting. yg penting rasa dia dappppppp angattttttt :') 


eh tips tak habis lg eh? alamak. dah malas nak menaip la plak tetbe. wahahha. emm oke last la ye last.

4) rajin-rajin kan lah tolong buat kerja rumah (basuh pinggan corelle dia, basuh kain, lipat kain, lap pasu bunga sabah dia, hilang-hilangkan habuk bunga yg dia beli kt nilai 3, etc)

oke secara jujurnya, aku pn jarang buat kerja rumah ni. sbb rumah mertua aku ni ada bibik. maka aku sedikit bergoyang kaki sambil mengusap perut. haha. tp kain baju aku dgn suami, aku uruskan sendiri ye. basuh pinggan tu bergantung pada kondisi sink. kalau sink mmg kosong, aku basuh la aku punya. kalau penuh gila tu, aku tak berapa nak basuh sgt la. haha. emm, tp misal kata la kau ni duduk kt rumah mertua yg tade org gaji. bawak-bawak la tolong dia basuh pinggan. bila dah habis makan tu, nak basuh pinggan tu, offer la nak basuh pinggan dia sekali. mungkin depan kau dia tak ckp, tp belakang kau mana nk tahu kan. aku ada je dgr cite macik-macik komplen menantu dia basuh pinggan dia sorg je. idok le nak ngoffer basuh pinggan mak mertua skali. mende tu pn depa perhatikan dan masuk dlm hati ye. so beware ye kwn-kwn. buat-buat la rajin sket kekdg. bukan hipokrit. tp beradaptasi mengikut keadaan :)


dengan itu, sy akhiri entri sy dgn serangkap pantun empat kerat;

burung serindit burung kakak tua,
hinggap berehat di atas pelita,
bantu-membantu sesama kita,
baru lah diri disayangi mak mertua


kah kah kah. pandai tak aku cipta pantun sendiri? 

artistik dan astetik gitu. awww. oke dah bye.
Related Posts with Thumbnails