Wednesday, June 20, 2012

eh? bila masa aku post benda ni???



hoi hoi. dah lama ye gambar budak kecit ni ter post? sape plak yg tekan publish post ni. rasa nya mcm tak tekan pn haritu. huu. blog sy kena hack. wuwuwuw. mencik ah cmni. wuwuuw. nak delete blog ah cmni. wuwuwuw. hahaha. arr ni gambar aisyah husna. anak along aku. hee. comel kan? alang-alang dah terpost mende ni meh la aku cerita sket satu cerita.

satu hari tu budak ni dtg rumah aku. pastu aku tgk la baju dia lawa semcm je. dia pn mcm asyik duk pusing2 depan aku. mcm nak suruh aku tegur la baju dia comel. aku pn pegang la baju dia pastu aku cakap "ehhh. comel nya baju aisyah ni. sape beli ni?"

dia senyum melebar. pastu dia jawab "ada abang kt rumah tu belikan". aku dah mcm pelik la. abang mana plak belikan dia baju ni? takkan lah abang azim dia yg baru berumur 8 tahun dan hanya tahu beli murtabak megi yg lepastu makan sorg-sorg tanak share dgn org lain tu? (amboi mak uda. kemain kutuk ank sedara sendiri ye HAHA)

"eik. abang mana belikan ni aisyah?" aku tanya dia lg sekali. sama gak jawapan dia "abang kt rumah tu. dia belikan" sbb aku tak puas hati, aku tanya kak long sendiri "kak long. baju baru aisyah ni sape yg belikan?". "eh kak long la belikan" jawab kak long yakin. "habis dia ckp ada abang kt rumah tu yg belikan sape plak?"

muka kak long blur kejap. pastu sambil ketawa, terus dia jawab "OH!!! KAK LONG BELI ONLINE! ABG POSMEN YG HANTAR. DAH DIA INGAT ABANG POSMEN LA BELIKAN KOT!" hahahhaa. oke comel gila kot. tp budak-budak mmg gitu kan. sape yg dia nampak kasi kt dia tu mmg dia igt org tu la yg belikan. heee. apa-apa je la aisyah husna ye. yg penting, maju lah abg posmen utk negara (tetbe).


p/s: tp aku masih tak puas hati ni. dah sape plak yg publish post mende ni oi? aisyah husna kah? abg posmen kah? mistik sungguh. tu la lama sgt tak apdate blog kan. ada benda lain yg tolong nak apdate kan kot. hahaha. seram tak? seram tak? oke dah bye.

2 comments:

NeemoNeemo™ said...

Awak busy kan...awak pakai khadam ek utk post blog supaya dpt byk duit Nuffnang? (Sila baca dgn nada saspisyes)

Nurul Huda Rahim said...

eh mana ada. khadam kena duduk jaga rumah yg lg 2 3 tahun nak roboh tu (scene cite 3 abdul) :p

Related Posts with Thumbnails