1. Anda sedang kelaparan yg teramat sangat. kemudian anda pn msg dia memberitahu situasi anda. reaksi dia?
a. bersungguh-sungguh menawarkan diri utk hantar makanan dgn kadar yg segera (cth: la kenapa awk tak ckp yg awk lapar? sekarang juga sy bleh hantarkan mknn. awk nak apa? kenny? JM beriyani? pizza pah? awk ckp je. sy bleh belikan.15 menit lg sy smpai dpn kolej awk)
b. mcm mengambil berat. tp tanak hantar makanan dan hanya suruh anda pergi beli makanan sendiri (cth: ha? awk lapar ke? ala kesian nya. pergi la kafe. tak pn kalau malas masak megi ja. hehe)
c. buat tak kesah ja sambil sempat memerli (cth: la. lapar? bkn pg td dah mkn ke? berapa byk kali nak makan sehari? kalah kucing sy. eh awk tu bukan BMI dah melebihi paras normal ke? bebwk la diet oiii)
2. Setiap hari, anda pasti akan msg dia. dia pula?
a. pasti balas tanpa lambat walau sesaat. kalau lmbt pn sbb tgh cirit. pula tu kalau tanya satu soalan, 12 dia jawab. pej msg pn sampai 3 lai. kalau anda tak start msg dulu pn, dia yg akn start msg.
b. ikut mood la. kadang-kadang balas. kadang-kadang tak. tp mmg tak pernah start msg dulu la. kena anda yg start dulu, baru dia balas.
c. 12 msg ekau hantar, haremmm. takdo satu pun dio baleh nyo. bazir kredit yo. agak kalau ekau hantar msg kek boghuk pn, boghuk lg rajin lah nak baleh msg ekau drpd dio (apa signifikan cuba berdialek nogori pn aku tak tahu la. tolong jgn nak tanya mengapa).
3. Anda seringkali ajak dia keluar bersama. reaksi dia?
a. jawapan dia sentiasa "jom/boleh" diikuti dgn moskot :). tak pernah tak boleh. dan setiap kali tu juga dia akan kelihatan begitu teruja serta sgt tidak sabar utk menantikan hari tersebut.
b. ucap terima kasih sbb ajak keluar sama. tp kasi alasan kata ada hal. kemudian kaver dgn ayat; next time bila free, mungkin boleh keluar sama-sama. dan mmg pernah sekali dua keluar dgn anda. maksudnya, ayt kaver td bukan sekadar omong kosong lah. ngertik?
c. asyik bg alasan. minggu ni tak bleh sbb kucing kesayangan dia ada appointment dgn dokter gigi. minggu depan plak nak ikut promosi tour utk jusmate 5. minggu lg satu, nak pergi lombok cari adek dia yg dah lari dari rumah waktu raya ketiga haritu. ada aja hal dia. bz bukan main. kalah pelakon Dua Alam yg pecah panggung tu.
4. Bila anda mula bercerita mengenai ada lelaki/perempuan yang cuba mengurat/mengusha anda, dia
a. kelihatan sgt jeles dan seboleh-boleh suruh anda supaya tidak layan lelaki/perempuan tersebut. lepastu mula memberikan point-point yg menunjukkan diri dia jauh 12 km lebih bagus berbanding lelaki/perempuan tersebut. hari-hari wajib buat follow up pasal ni.
b. mcm ada sedikit jeles, tp takkan tunjuk. kemudian buat-buat tak percaya dan menuduh anda hanya mereka-reka cerita/perasan lebih.
c. lagi galak suruh anda layan lelaki/perempuan tersebut. kata nya, kalian mmg sgt secocok dan kalau kalian kapel, akan kelihatan seperti brownies secret recipe yg dikerat 6! siap pesan lg kalau jd kawen, jgn lupa hantar kad jemputan. tag kt fesbuk dia tak layan.
5. Time hari jadi anda, dia
a. tepat pukul 12 dah wish. esok nya pula ajak keluar sama makan kt kenny rogers. lepastu kasi hadiah besday yg mahal secara 'surprise'.
b. takda la tepat pukul 12, tp at least ada la juga dia wish. bila anda tanya mengenai hadiah/blanje makan, baru dia akan berespon dgn baik. kalau tak tanya, mmg tade la nak blanje/kasi hadiah.
c. tak wish langsung. bila anda kasi tahu yg hari ini besday anda, dia ckp "oh ye ka? la tak tahu pn" tanpa memberikan sebarang wish. kalau wish tade, hadiah apatah lg. blanje mkn pn jgn harap lah.
6. Bila anda buat status kt fesbuk, dia
a. mesti komen beserta pakej like. wajib. kalau dia tak komen pn tu sbb (bukan cirit. takkan asek cirit ja?) dia tak online.
b. ikut kelapangan. kadang-kadang dia komen. kadang-kadang tak.
c. tak pernah komen langsung. kalau komen pn, dia komen pasal hal yg tak berkaitan (cth status anda "yeay! duet nuffnang dah cecah 50 hengget! gembira sgt! nak pergi mkn eskrem mingo-mingo la ;)" dia komen "woy esok jgn lupa bwk assignment. nak tiru sket. he he he")
dah pilih jwpn dgn tepat? oke. meh tgk apakah keputusan nya!
semua a: woy dia suka kt kau gak lah! apa lg. ajak kapel sudeh. confirm takkan direjek. keh keh keh. err kalau dia rejek pn, mungkin sbb dia belum bersedia utk berkapel. kasi waktu sket oke. awww.
semua b: alamak. dia half-half la. kau kena usaha lebih keras sket lg kalau nak dptkan dia. oke? usaha tangga kejayaan! pantang berundur sblm kalah! err oke. faham dah kan maksudnya? selamat berjaya!
semua c: udah ler wei. dia tak suka kt kau. tak faham-faham lg ke? usah la mebongok-bongok kan diri dgn tetap suka sama dia. tade pekdah nya. cari sahaja org lain! aku kan ada? eh? haha.
campuran a, b, dan c: err yg ini aku tak berapa nak reti interpret. kecelaruan identiti sungguh. kau ikut ja la firasat hati kau ya. tehee.
.end of entry.