Friday, September 24, 2010

nasib si anak kacuk. awwww.

sebelah bilik aku ada kakak baru masuk. aku igt org melayu. rupa-rupanya org narathiwat. aku dah berkop khun khap medai dgn dia td. ramah mesra gitu. bukan apa, senang. mana tahu nnt kalau zaquan adha clash dgn ayu raudah ke kan. boleh la aku bwk dia kawen lari kt sana. dah ada org "dalam" ni, mesti lg lancar urusan nya. dak?

lepas borak sedas dua dgn akk tu, tanpa berlengah, aku terus paw buah duku langsat dia. fhew. sedap habes! fresh dari narathiwat. dia siap suruh aku tapaw byk-byk masuk plastik lg. sbb sifat ketimuran masih menebal dalam diri, aku hanya senyum sambil geleng. cewah. padahal dia letak kotak buah tu kt luar bilik dia ja. anytime kot aku bleh amek ja. td pn aku baru lepas mkn lg. kah kah kah. takpa je kot kan. dah dia sendiri ckp bleh mkn. hee. halal ye kak narathiwat.

time aku nak pergi toilet td, aku nampak acik toilet. acik toilet ni dari sem lepas lg aku mmg slalu jumpa dia. sebab tiap kali dia nak basuh toilet pukul 10 pg, mesti aku baru nak terkedek-kedek pergi toilet sambil berlakon buat muka 'eh-alamak-acik-nak-basuh-toilet-ke?-maaf-la-saya-baru-nak-mandi-plak'. tp acik tu mmg baek. sempoi ja dia kasi aku masuk mandi gak wlpn dia nak basuh toilet. aku bukan sengaja tanak mandi awal. tp aku ada coolterphobic (ha tak tahu? coolterphobic ni maksudnya phobia mandi dgn air sejuk. eh term tu mmg sumpah tade. aku pepandai cipta sendiri ja. hee).  

so senang ckp, aku mmg dah kamcing habes ar dgn acik toilet ni. takat pinjam-pinjam cd ST12 tuh tade hal lah. karaoke lagu yank wali band sama-sama mau 5 kali sehari. tu tak kira bluetooth-bluetooth video ariel...oh eh. tade. tade. yg itu tade buat. haha. dia mmg rajen layan aku borak. selalu gk aku cerita kt dia yg nnt raffi ahmad nak masuk minang aku. dia gelak ja. dia ingat aku main-main gamaknya. td aku jumpa dia lg depan bilik aku. memandangkan hari ni hari jumaat, elok lah kiranya aku berborak sedas dua dgn dia;

"acik, amek ah buah neh. masuk plastik" ewah. pandai-pandai kau je huda suruh org tapaw buah duku langsat akk narathiwat. dia luku kepala kau pastu bawa kau lari g thailand tuka jantina kang tahu la! 

"ohh. iya. td adik tu bilang juga. suruh ambil" haha. nasib baik akk narathiwat pn mmg suruh acik toilet tu tapaw. mmg byk kot.

"ha tu la. byk tu acik. amek ja. nak plastik? sy ada" siap nak provide plastik lg. kau bilang sama aku mana mau ketemu sama anak gadis sesopan, sesantun, dan secomel aku di jaman sekarang ini?

"ga papa. ini acik ada plastik nya. ini punya adik juga ya? buah nya di kumpul sama-sama ya?" dah pulak. acik tu ingat buah duku langsat tu harta sepencarian bersama aku dgn akk narathiwat. sbb aku pandai-pandai suruh dia amek siap masuk plastik bagai kot. haha.

"eh tade la acik. ni akk tu bawa dr thailand"

"ohhh. adik org indonesia ya?" soalan ni boleh masuk list FAQ aku lah nnt. hesh. aku tahu la muka aku ada iras-iras revalina s.temat. tp tak semestinya aku org indonesia. haritu aku beli baju raya pn ada akk kedai tu ckp muka aku mcm muka alisa. ala alisa yg berlakon sinetron kt tv3 tuh. tak stylo betul. jauh na beza nya. kalau ckp mcm laudya cynthia bella ke boleh la gak aku terima. eh tp kalau dpt bf mcm evan, stylo gak. boleh la. alisa comel apa. kah kah kah.

"tak la acik. sy org sini ja"

"ohhh. eh adik ni baru ya kt sini?"

"la. mana ada acik. kan sy selalu tegur acik kt toilet?"

"laaa. adik yg tu ke? tak perasan! maaf!" beria aku borak bagai nak rak. rupa-rupa nya dia tak ingat pn aku siapa. cis. tp mmg bukan salah acik tu. biasa la. org muka kacukan portugis, bugis, dan cina mcm aku ni, mmg tetiap bulan berubah. bulan ni muka iras-iras org portugis. bulan depan iras-iras org bugis. bulan depan lg satu muka iras-iras org cina plak. sbb tu ssh nak cam sket! kah kah kah.

sekian sahaja entri perasan melampau drpd saya. saya sudahi entri saya dengan pepatah; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. berperasan-perasan dahulu, berraffi-raffi ahmad kemudian.

.end of entry.

26 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

haha..

pon boleh..

Anis Che Rusli said...

coiii. tak guna pnya bdak comel anak portugis+bugis+cina= anak pendatang asing.

makcik tu, aku rasa dia cuba nak ngorat kau tu.

makdara TERDIVA said...

hahaha! samela dgn akak..hari isnin mcm rani mukriji, ari jumaat mcm lady gaga...egegegege! :P

otak ketat said...

gadis,
tang mana yg pun boleh? tang dpt raffi ahmad ke? :p

anis,
haha. utk ank lelaki dia mungkin? coy. anak kalau muka mcm raffi ahmad aku nak ah.

makdara,
waww. dari bollywood ke hollywood. akk lg hebat neh! haha. hari selasa smpai kamis mcm apa plak kak? :p

~SukEMakAn~ said...

haha
bley plak acik tu xhengat
lupe sebab nampak buah tu
dok pikir misi mcm mana nak makan gamaknye
haha

otak ketat said...

tu ar. aku dgr dari dlm bilik kemaen lg bunyi plastik dia. siap buat stok utk jual kt pasar tani gamaknya. haha.

FatinZol said...

hahaa...acik tu hot la smpai dia lupa ko sape

hamzah ian said...

aku aku... errr..

siggplus said...

panjang macam gampang. malas la baca.

hannamaruku said...

kadang kadang tengok muka kau macam alisa. kadang kadang tengok muka kau macam abon. darah jawa tak campor skali? mesti kau lupe ni.

FATIN SYAFIQA said...

hahahaha. buat aku nak gelak je baca. terbaik ah~

fadh_q said...

ka tak terpikir ke yang macik tu tak suka kat kau? sebab tu la dia tak ingat kat kau.

Aidi-Safuan said...

ko mandi tiap2 hari kol 10 pagi? gler banyak ko hutang subuh!

otak ketat said...

fatin,
aku yg hot. sampai dia segan nak ingat. wakaka.

hamzah,
ya hamzah. kau nak apa? pelempang sedas dua?

sigg,
malas mcm gampang. berak terapung rajen. lempang karang tahu la!

hanna,
pergh. sekali pandang je dah tahu mmg tade darah jawa. kau nak aku saing-saing dgn kau la ni eh. ada darah jawa sket. tak dpt la hanna oii. ekekeke.

fatin,
kau gelak jujur ke weh? alahai. terima kasih la. terharu aku :)

fadh,
fergh. hari-hari karaoke sama. mustahil lah tak suka. aku syak dia kuciwa la sbb aku ckp raffi ahmad nak masuk minang aku. mesti dia nak jd kan aku menantu dia. awww.

aidi,
bangun 6.30 dah solat subuh bang. mandi ja lambat. haha.

fadh_q said...

er..mugkin lah kot. atau mungkin kau masuk bakul angkat sendiri.

otak ketat said...

masuk bakul angkat sendiri mmg trendz sekarang la. kenapa? kau ada masalah ke? haha.

fadh_q said...

yeke? salah lah. trend sekarang masuk bangkul orang lain angkatkan. masuk bakul angkat sendiri tu trend 5 tahun lepas lah.

Aidi-Safuan said...

sejak bler ko mix portugis,cina ngan bugis?bkn mix lombok,mongolia ngan nepal ke?sukati je tukar

Greenee said...

ahahah! comelnya entri(: prasan lbeh pun ado. ahha

Ann said...

haha akak toilet pun jd eh...ramah betul..

otak ketat said...

fadh,
tak lah. org zaman sekarang suka belot. kang dia ckp nak tolong angkat, tp tengah jalan dia lepaskan tetbe cmne? haha.

aidi,
sejak aku bertunang dgn veloso :p

greene,
hee. perasan lebih kdg-kdg tak pa la dop? nak tingkatkan self-esteem sket. ekekeke.

ann,
sbb tade abg toilet. kalau ada abg toilet, mesti aku jd lebih ramah. awww. wakaka.

fadh_q said...

kalau die lepaskan tetiba, makna nya kau berat lah. haha ;DD

Aidi-Safuan said...

veloso?bangla mane tu?

otak ketat said...

fadh,
oh ya lah. asek melantak ja kt rumah terbuka. lupa plak nak timbang. haish. sbb tu kena angkat sendiri! ngahaha.

aidi,
bangla jual kapet kt rumah aku :p

piNky LuCiA said...

jalan2 kurangkan stress...

otak ketat said...

kurang tak stress? ke makin bertambah? hee.

Related Posts with Thumbnails