mesti nak kena buat intro ke? tak payah pn takpa kan? ala kalau aku buat intro pn korang skip kan? aku tahu. sbb aku pn slalu skip intro korang. haha. dah tak payah nak intro bagai. baca je terus. ni aku kasi kaedah-kaedah yg boleh digunapakai utk kejut org atau diri sendiri bangun solat subuh. yg rasa mana ada ikatan kemikal dgn diri, bleh la try cuba buat ya (nampak tak cara sebenar mcm mana nak buat intro supaya org tak skip? hebat kan aku)
1. KAEDAH MAK AKU
kaedah ni berpegang pd konsep "kami kaum mak sgt menyokong keras pengunaan emosi dalam apa jua keadaan sekalipun!". sambil kau kejut, sambil kau membebel-bebel dgn nada sedih penuh emosi mcm kau baru lepas terkeluar AF minggu ke 6. lagi hebat kau beremosi, lagi cepat boleh buat org bangun. sedangkan time berjaga pn kau tak suka kena bebel, apatah lg time tidur kan? mesti rasa terganggu dan annoying habes. aku suka guna kaedah ni kt adik aku. end up mesti dia bangun sambil garu kepala yg tak gatal laju-laju, tarik muka tertekan habes, jalan hentak-hentak kaki, dan tutup pintu toilet kuat-kuat. eleh. nak tunjuk protes ah tuh konon.
2. KAEDAH ABAH AKU
konsep nya lebih kepada "kita kaum bapa harus sentiasa kelihatan kool wlpn kita tak pernah minat kumpulan kool". masuk bilik, tayah cakap banyak. satu ayat ja "huda bangun subuh" sambil tangan laju menutup suis kipas tanpa rasa bersalah sedikitpun. wawww. tak sampai 2 minit konpem terus bangun. panas weh. mcm perbuatan yg agak keji je main tutup-tutup kipas ni kan? tp takpa. demi sesuatu yg wajib, terus dikira sbg perbuatan yg mulia. haha. tp disebabkan aku senegara kelahiran dgn alex ferguson (wah! dan-dan), maka setiap kali abah tutup kipas, darah dari hidung aku pasti akan mencurah-curah ke ladang gandum. sejak tu abah dah tak buat kaedah neh kt aku. penat nak bersihkan ladang gandum nnt katanya.
3. KAEDAH MEMPERGUNAKAN BF/GF
yg ini mcm la korang tak biasa buat kan. alalalala. suruh bf/gf tolong kejut subuh. awwww. bajet romantika de amor el islamika la? hak ptuih. oke tak payah nak konon jijik sgt. kau pn pernah buat kan huda? haha. dah diam. semua org pn pernah buat juga. jgn nak banyak bunyi sgt. ya bila org tersayang miskol, mesti kau rasa sgt teruja lepastu laju je nak bangun kan. amboi kau gatal. kecik-kecik tanak demam panas sampai kena sawan tarik. besar-besar menyusahkan org nak kena kejut bangun solat subuh la apa bagai semua. haha. tp takpa. yg penting solat subuh tak tinggal.
4. KAEDAH MOKHDAR
eh cilakak. mana dtg kaedah ni kt sini tetbe neh? haha. ada rasa mcm terimbau kenangan zaman sekolah menengah tak? yo pacik mokhdar! amcm bisnes? dah bersara belum? heh. next!
5. KAEDAH AKU
aku rasa kaedah aku paling simple dan tidak rasis. semua org boleh guna tanpa mengira jantina dan kadar rupa paras. mula-mula kau set alarm henset sendiri (set lagu kasi rancak sket. jgn yg meleleh-leleh bagai neh. nak bangun solat subuh. bukan nak meratapi acara clash), buat description alarm yg boleh menginsyofkan diri sket (contoh: eh kau ni bangang ke apa? cepat bangun solat subuh! berdosa tahu kalau tak solat?!), volume kasi full blast (wah betul ke ayat 'full blast' aku tuh? selalu tgk org pakai rasa mcm kool ja. teringin gk nak pakai. hurm ada gak la rasa kool sket. he he), lepastu sebelum tidur henset tu letak jauh-jauh drpd katil (tp jgn la jauh sgt sampai kau tak bleh nak dgr bunyi alarm plak). motif nya supaya nnt bila alarm berbunyi, di samping kecenderungan utk 'snooze' alarm berkurangan, korang juga memerlukan usaha dan daya tujahan yg jitu untuk bangun tutup alarm tu. jd bila dah bangun, senang ah nak terus pergi toilet.
6. KAEDAH AKU II (TOLONG PERCAYA)
bilal baru ketuk-ketuk mikrofon sket nak buat sound check azan subuh aku dah merakas bangun pergi toilet dah. amcm? berapa ramai macik-macik yg tgh berkira-kira nak jadikan saya sbg menantu?
sebab aku suka no. 6, maka aku kasi 6 kaedah sahaja. boleh kah begitu? kita anggap ja la boleh sebab ini blog aku bukan blog perkongsian mudharabah mahupun murabahah. akhir kata drpd aku, tak payah nak renung-renung kan sgt, amalkan ja la terus woy!
.end of entry.
22 comments:
Aha...kaedah mokhdar memang berkesan untuk bangun subuh...
Apa kata guna kaedah warden aku pulak, terus simbah air dengan baldi..konfrem..kalau tak bangun maknanya dah mati la tu..haha
ko type entri ni pn sbb kau tak bangun subuh pg td kan?
Kaedah renjatan elektrik paling berkesan..kau kena cuba..
aku suka abah kau punya teknik. saiko. sat gi aku nak buat kat anak anak aku.
aku suka abah kau punya teknik. saiko. sat gi aku nak buat kat anak anak aku.
ni mesti kes subuh gajah jek sepanjang 2 minggu ni kan? haha
hehe.. da lame tak bace blog huda tau! rindu la pulak.
the sharkox,
haha! aku rasa kalau guna kaedah mokhdar, aku sambung tdo lg 2 jam kot :p. ala tu taktik kurang bijak. nnt katil basah dan berbau hapak mcm mana? takkan asek nak kena sembur febrezee ja. ahaha.
razman,
kacak sket. aku solat ah. siap qada' yg smlm pnya lg tahu. eh?
fndrocka,
dalam dunia binatang, tiada manusia. tp dlm dunia manusia, ada binatang. wakakaka.
fadh,
masalahnya ada ke org nak kawen dgn kau? awwww.
e-liex,
hoih. bkn takat 2 minggu. 2 bulan kot. awawawa.
edriena,
alalala. kt tuan blog tak rindu ke? ;p
kalau saya, sekarang nih saya pakai kaedah anak-anak... tapi syarat dia kena ada anak keciklah... dekat2 nak subuh bangun melalak pasal lapar susu... nak marah karang budak kecik sgt lagi. pasrah je lah. alang2 dah tersedar, bangun je lah terus...
tapi esok2 bila anak2 dah besar, kaedah tu tak leh diguna pakai lagi dah.
eh. ade je. haaaaa.
vict,
pandai plak dia melalak time2 nak subuh ya. buatnya 2 3 pagi? haha. rasis ah kaedah tuh. ngaaaa.
fadh,
haha. aku sangsi dgn kenyataan kau neh :p
buat laa sampai 15 16 kaedah pun. kalau dah tidur jenis gajah, nak bangun macam mana? .. gaajah lagi kena.
kaedah aku: pasang lagu sepohon kayu kuat kuat. semua housemate bangun. senang. sekali das.
sepohon kayu dah tak 'hip' la. penyanyi dia pn dah jd awwww. apa kata kau cuba maher zain. aku rasa lg berkesan. haha.
aku selalu guna kaedah no 5 tu.. hahaha.. disebabkan ada 2 hp setiap hp 5 alarm.. maknanya ada 10 lah alarm yg akan berbunyi setiap pagi.. kadang2 penah miss jugak.. - -"
kau neh. gajah pn kalah weh. haha. pasneh kau cuba suruh jiran kau pn pasang alarm sama-sama. muhibah gitu. keh keh keh.
maher zain tak boleh. bunyi pop sangat. lagi sedap tidur ada la. aku pun buat ulit tidur kalau lagu maher zain. heh.
pop pulop dah. gitu kau pasang lagu m.daud kilau ah. kah kah kah.
hekhek
semua style dah pernah rasa
tp yg ke6 tu....
yg ke 6 tak pernah terjadi kan? tahu dah tu. tgk ketinggian dah bleh agak dah. eh? haha. maaf dek ery :p
salam perkenalan..
ayah saya suke guna kaedah tutup kipas jgk..bengang je kdg2..tgh sedap2 berselubung kesejukkan,tau2 panas semacam jer..tp nak wat mcm mn, da kwewajipan..huhu
haha. kool kan. cuba sekali sekala try buat kt ayah plak. tgk apa reaksi dia. kah kah kah.
Teringat pla tym sklh mngah dulu.. Warden round asrama ngn rotan pnjg.. Selagi bilik 2 x buka lmpu, slgi 2 dia ketuk ngn rotan pnjg..
Post a Comment