Saturday, January 29, 2011

perangai jgn nak tapir sgt boleh tak?


"mende apa ayat yg selalu nak kasi tahu kalau kawasan tu under kawalan cctv tu? this area is under apa eh?" tanya kak ree pada aku. 

"em entah. this area is under cctv survi..surviliance? ke survilancer entah? haha" wah lancer aja. dasar mata duitan kau huda. tp lancer sekarang dah tak best. sbb asal nampak lancer je, dlm hati terus "eleh. sebenarnya inspira. mesti kau tuka lambang ja kan?!". demn u inspira. gara-gara kau aku dah selalu su'uzon kt lancer. lancer maafkan aku. aku dah tak tergamak nak minat kt kau lg. sumpah tak sengaja. wuwuwuwuw. eh babak apakah ini? babak sengaja nak panjangkan entri la. mcm kau tak pernah buat. kah kah kah.

"jadah lancer! haha! mende apa weh ayat dia tu London (bukan nama sebenar)?" kak ree tanya kpd kakak London. kenapa nama dia kakak London? sbb dia slalu merasakan dirinya org London. bila speakings, slangs teruss berubahs dans banyaks S ygs akans keluars tibas-tibas. 

"err tak ingat la. apa eh. this area under cctv..." meskipun akak London merasakan dirinya berkerakyatan London, itu sama sekali tidak menjamin yg dia boleh jawab soalan mudah kak ree.

sbb ustazah xabedah (peh stylo plak ejaan dia kalau X. sebenarnya typo. tp sbb mcm stylo, biar ja ah. kah kah kah) slalu pesan 'repeat paper sekali bukan berarti repeat utk satu sem' (sigg, dis is for u oso. yew will neverw walk alowne kah kah kah), maka aku mencuba lg sekali; "bukan under cctv surviliance ke jadah apa tu ke kak?"

"eh bukan lah. lainnnn lainnn. bukan mcmtu bunyi perkataan dia. ada perkataan dia tuhhh. ish. apa eh.." rungut si kakak London. tak puas hati naa dia dgn bantuan yg aku cuba berikan. cis betul.

tiba-tiba kakak yg selalu pakai kasut clarks datang.

"kak apa ayat yg selalu org tulis nak bitaw ada cctv tu?" kakak London laju ja tanya kat kakak berkasut clarks. 

"emmm bukan this area is under cctv surveillance ke?" sekali lafaz ja kakak clarks jawab. mcm biasa. kalau kau dah pakai kasut clarks otomatis vocab english kau akan hebat. mcm clark kent *tiba-tiba*.

"haaa! betul lah tuh!" kakak London senyum. mata dia bersinar-sinar tanda gembira gila. mcm muka org yg dah lama kawen tp tak berjaya mengandung tiba-tiba lepas makan biodex terus boleh mengandung. 

aku pandang muka dia kelat. cis. kentut lah kau. salah sket ja pun. ye lah. aku pakai kasut cap kamdar ja. mana layak nak sebut perkataan canggeh mcmtu. aku layak sebut a for apple b for ball ja kan -.-'. eh ckp pasal ball, tetbe rasa nak apload pic. jap eh.










A for albrighton B for budak C for cute I for i <3 u (tetbe dah I :p) 

WEH WEH kau yg kt belakang tu! apahal kau nak tidur plak tetbe? hidup kau kalau tak merosakkan gambar org tak bleh ke ha?! emo aku dibuatnya. haha. yg depan tu bf aku. wewewe. mati aku kena "blah la lu" dgn bf betul aku kang. eh? huda dah ada bf? ehem. sesiapa yg patah hati boleh buat luahan perasaan kt bhgn komen. sekian terima kasih. kah kah kah. koya. boo boo. oke dah bye.

.end of entry.

Friday, January 21, 2011

6 CIRI PEREMPUAN YG TAK BOLEH DIBUAT ISTERI

lama tak apdate blog. bila kau dah lama tak apdate blog dia mcm ada satu perasaan yg 'aduh malas gila nak apdate blog!' lepastu kau pn buat bodo ja. tp sbb ada org-org yg terlebih sweet asyik tanya bila kau nak apdate blog, maka kau kena konsider dgn buat-buat rajen. wuuu. terharu la weh tolong la terharu. sumpah aku malas gila nak apdate blog sebenarnya. aku sekarang tgh bz try apply keje jd coach chong wei. maklum la misbun kan dah resign? haha. tak kelakar bye. 

sebab td aku baru lepas makan meehun tom yam, maka hari ni aku nak buat sambungan kpd entri 6 ciri lelaki yg tak boleh dibuat suami. dari dulu dah ada permintaan utk entri ni. tp aku malas. lgpn dulu kan aku mengamalkan pemerintahan kuku besi? sekarang sejak aku dah berubah menjadi seorang yg sgt demokrasi (wlpn belum daftar mengundi), aku rajen ah sket. kah kah kah. oke dah jom!


1. SUKAR MENDENGAR KATA

pertama sekali, tolong jgn cari perempuan yg jenis sukar mendengar kata. susah aku ckp kat kau. serius susah. nnt kau dah kawen dgn dia kan, dia tanak dgr ckp kau cmne? misal kata dia jenis free hair kan. lepastu dah kawen korang nak ar dia tutup aurat kn. lgpn kn korang sbg suami kalau tak tegur isteri nnt dpt share saham dosa sama kan? mmg elok share-share ni. terutama kalau share choki-choki (tiba-tiba). tp kalau share dosa korang nak ka? hesh. dosa sendiri pn tak tertanggung. nak share dgn org lain plak. hehe. ya so, kpd para lelaki, sila cari perempuan yg senang mendengar kata oke? ehem. contoh dia mcm aku ke, aku ke, dan aku ke. bahahaha. next!


2. TAK TAHU DAN TAK MAHU MENJAGA MARUAH DIRI

adoi. ini pn susah gak. nak cari calon isteri, kena cari yg pandai jaga maruah diri. sbb bila dia pandai jaga maruah diri, secara otomatis dia juga akan pandai jaga maruah diri korang sbg seorang suami. tp bila dia tak pandai menjaga maruah diri sendiri, maka susah atau jgn harap la dia akan jaga maruah diri korang. faham eh semua? aku sumpah mengah gila sbb baru lepas mkn meehun tom yam dgn eskrem tropicana. so mcm nak terang byk-byk pn tak larat. takut termuntah plak kang. bukannya korang nak gantikan laptop compaq aku dgn laptop apple pn kalau aku termuntah kt laptop neh. hehe.


3. KUAT MENENGKING/MENGARAH

weuw. ini paling aku tak gemar. aduhai. perempuan tak wajar menengking atau mengarah lelaki (dlm konsep rumah tangga ya. kalau kau keje kt opis lepastu bos kau perempuan, lepastu kau buat keje mcm cagu habes, mmg wajar ja kot dia tengking kau. haha). buruk sgt rupa nya korang kalau para lelaki hanya berdiam diri dan menadah telinga utk ditengking atau diarah oleh seorang perempuan. kamon la. korang tu kaum adam. adam dalam cerita nur kasih kan sgt berwibawa dan berkepimpinan org nya? haha. kalian adalah kaum yg dicipta utk membimbing dan menjadi seorang ketua. plz yarr jgn nak hanya redha dan berserah bila ditengking oleh golongan aweks. plz do something. ditch kan pun boleh. aku kan ada. eh? haha.


4. TAK TAHU DAN TAK MAHU TAHU MENGENAI ILMU RUMAH TANGGA

ilmu rumah tangga termasuklah memasak, mengemas, membasuh kain, mensiang ayam ikan ketam udang sotong, melipat kain, menonton sinetron, menjual hai-o, dan juga mengumpat bersama jiran sebelah rumah. oke yg tiga last tu aku tipu. hehe. jadi kalau korang nak cari bakal isteri, jgn la cari yg jenis tak tahu dan tak mahu tahu mengenai ilmu rumah tangga neh. kalau dia jenis tak tahu tp nak amek tahu, takpa lg. at least dia mmg ada niat utk buat semua tu. tp bila dia tak nak pn amek tahu, hesh mmg susah la. unless kau jenis sutun yg suka buat keje-keje rumah dan tak kesah kalau isteri kau tanak buat keje tu sume. mak nyah, mak oke noks.


5. OBSES PADA KECANTIKKAN

alahhhh. rimas aku tgk org yg obses sama kecantikkan neh. toksah la nak bernano teknologi sgt. kalau dah tua tu mmg ada kedut punya nnt. itu mmg proses dia. takkan kau nak kelihatan sentiasa muda mcm edward cullen? para lelaki, dgr sini aku ckp. tolong jgn terpedaya dgn solekan dan mekap tebal para wanita. sbb disebalik solekan tu, kau tak tahu muka dia penuh parut jerawat jeragat bagai. wakakaka. kau jeles kan huda sbb kau tak pandai mekap?? haha. tak tak. aku tak jeles. muka aku mmg comot habes. byk parut jerawat. tp yg penting aku telus. dah mcmtu muka aku, mcmtu ja la. tade la aku nak kaver apa bagai. aku sumpah pelik dgn golongan wanita yg tak bleh keluar rumah tanpa mekap. mekap bese-bese takpa. sumpah aku tak kesah. tp yg tebal-tebal tu, aduh. plz deh.

para wanita, korang kena yakin dgn diri sendiri sket. nnt kalau dah kawen, takkan setiap masa korang nak bermekap? dlm rumah tgh tgk semanis kurma pn nak pakai mekap ke? baru bangun tidur air liur siap meleleh bagai pn nak bermekap ke? tgh tumbuk belacan dgn udang kering pn nak pakai mekap ke? tak kan? so takpa. yakin diri sket. biar pakwes korang tgk muka korang yg natural apa ada nya. kang kalau dia dah asyik disajikan dgn muka bermekap tebal, tgk muka tanpa mekap korang pn dia dah tak lalu. cmne? 


6. SUKA PERABIH DUET LELAKI

wawww. perabih duet org mmg best kan? aku pn suka buat. hikhik. sekali sekala boleh ar. selalu sekala mmg   minta pelempang percuma lah kan. para lelaki, tolong la jgn selalu perabih duet sgt kt org perempuan ni. nnt dia naik lemak. minggu ni dia suruh kau belikan kasut nose, minggu depan dia suruh kau belikan henbeg coach, minggu lagi satu dia minta kau belikan mini cooper. eh bestnya kalau dpt mini cooper. wakaka. toksah la layankan sgt perangai ngade-ngade pisau cukur aweks korang tu. simpan duit utk g haji lg bagus.


p/s: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira (peh sbb malas buat closing, maka kopipes sahaja. keh keh keh). oke dah habes. bye.

.end of entry.

Tuesday, January 11, 2011

how do you wish to meet your soulmate


auch. comel nya. kalau yg muka ada iras xavi, tayah take me home with you sgt lah. i will follow you secara otomatik! kah kah kah.

oke sebab tajuk dah guna bahasa inggeris, maka isi mesti la kena guna bahasa malaysia. baru la nmpk "gunakanlah bahasa kebangsaan kita! marilah amalkan ramai-ramai!" haha. tak tahu lagu tu? kau boleh pergi pindah uganda sekarang. jgn baca blog aku lg. haha.

em topik kari ni, peh. kari tu. agagaga. typo gara-gara lapaq. nak delete pn malas. gara-gara lapaq gak. haha. ya! topik hari ni ialah, how do u wish to meet ur soulmate. faham? kalau tak faham sila guna google translate. sbb aku nak translate pn mcm klaka ja. eh jap. sbb hari ni aku rajen, meh aku google translatekan utk kau. jap eh. oke dah. ini jwpn dia. "bagaimana anda ingin bertemu dengan soulmate anda" peh! nmpk sgt kopipes nya. siap tak tuka font size bagai. agagaga. ni kalau assignment dah lama fail neh. haha. eh jadah soulmate tu jd soulmate gak? apa bahasa malaysia tade perkataan soulmate ka? teman sehidup semati. auch. geli nya. teman sejiwa seraga senyawa. euh. takpa la. biar la dia jd soulmate ja. kurang geli sket. haha.

ewah. luv is never wrong giteww. 

setiap org, mostly girls mesti ada menyimpan angan-angan pasal hal ni kan? eh ke aku sorg je sebenarnya yg ada angan-angan pasal mende ni? ngaaaa. toksah nak tipu la. siapa tanak kisah cinta yg mcm fairy tales kan. semua nak kan? contoh kisah cinta fairy tales mcm kisah cinta chika atau nurulism. yg tu aku rasa agk menarik kisah cinta dia. atau pun kisah cinta cik alia. pn boleh tahan menarik. mungkin ada byk lg kisah cinta yg lebih menarik. tp aku ja tak jumpa. kalau korg baik hati, meh ar kungsi. hee.   

bila kau ada kisah cinta yg menarik, nak cerita kt org pn rasa girang je. cuba bayangkan antara dua situasi ni;

situasi 1;

kwn korang kawen. lepastu sbb korang tak kawen lg (mcm biasa, isu kompetitif), korang pn tanya la dia mcm mana dia jumpa suami dia;

"eh korang kenal mcm mana eh?"
"kitaorg satu kelas dulu"
"oh"

oke dah habes. satu kelas, satu Universiti, satu kolej, satu sekolah. ala. klise betul. nak lain sket pn, satu persatuan caklempong, satu kelab anak johor, satu persatuan silat gayung pattani.

situasi 2;

kwn korang kawen. lepastu sbb korang tak kawen lg, (mcm biasa, isu kompetitif) korang pn tanya la dia mcm mana dia jumpa suami dia;

"eh korang jumpa kt mana eh? tetbe je kawen neh. hee"
"haha! tu la. panjang gk cerita dia. kau taw la aku kn ada blog kan? satu hari tu aku g mkn kt kenny. usha la sorg mamat ni. mcm kacak ja kan. pastu aku tulis ar kt blog aku"
"ha? pastu??"
"pastu kau taw tak, sebenarnya dia ni follower tegar blog aku!"
"woyyyy. hahaha. pastu apa jd weh??"
"dia pn komen ah kt entri tu. lepastu aku igtkn dia memaen ja la kan. rupa-rupanya..."

ha. nampak tak mcm mana menarik nya kisah tu? oke fine mcm agak klise juga guna medium blog. haha. tak kesah la. aku malas nak pk medium lain. yg penting, nmpk tak point nya? 

so mana lg best? situasi 1 ke 2? kalau aku for sure aku lg suka situasi 2. aku nak dengar cerita dia pn jd teruja dan eksaited lebih ah.



peh sejak bila pandai buh gambar-gambar kt entri ni? ngaaaa!

pendek kata, kalau kisah cinta korang tu menarik, ianya akan menarik utk diceritakan kt org, ank, cucu, dan juga cicit. takdak la tipikal sgt. baru la tak nmpk mcm minda kelas ketiga. eh? haha. tak tak. itu tade kaitan. tak kesah la mcm mana jumpa soulmate pn. yg penting, kalau dah jodoh, bahagia juga ye tak? kalau jumpa bagai fairy tales pn takdak jodoh, tak kawen, tade guna juga kan? tp ya la. aku saje nak taw korg ada tak angan-angan mcm mana nak bertemu soulmate korang. kalau ada, meh ar cite. teringin nak taw ;)










oke gambar last. sumpah tak tipu (tiba-tiba gambar archuleta. haha)

p/s: kau jgn nak kasi cerita yg kau ank org miskin tetbe jumpa lelaki kacak kemudian dia suruh kau berlakon jd kazen dia nnt dia kasi kau duit lepastu korang saling terjatuh hati tp mcm tak bleh berterus terang plak sbb byk masalah yg akan timbul lalu disuruh berpisah oleh si atuk tua kerepot tp kerna cinta sejati ketemu kembali di lapangan terbang last-last dpt gk kawen sbb dah jumpa kazen yg sebenar. lol. mmg aku kasi penerajang on the spot ja kang! oke dah bye.

.end of entry.

Thursday, January 6, 2011

kesah macik kemri dan pengantin yg telus.

aku apdate blog semata-mata sbb hannamaruku dtg blog aku sehari sampai 2 kali. alolololo. sweet gila kau hanna. skang kau pilih. kau nak annei tebar roti canai ke bangla jual kapet kt nilai 3? dedue pn aku bleh bg kt kau. kah kah kah. eh ke ramai lg yg sebenarnya buat mcm hanna tp tak pernah bitaw aku? (perasan booo. booo). haha. takpa la. apa salahnya. aku pn selalu usha blog sendiri sampai lebih drpd 2 kali sehari apa. eh? dasar narcissistic kau huda. haha.

haritu kami pergi majlis kawen. sampai je, aku terus bisik kt mak "mak, mak behave oke". bukan apa. mak aku ni kalau jumpa kwn-kwn dia, mula la nak kenen-kenen kan aku dgn ank kwn-kwn dia. dia tak tahu ke yg xavi hernandez nak masuk minang aku bln 11 tahun ni? hesh. mak balas bisikan aku dgn satu sindiran padu "hey, mak ni timbalan ketua pustakawan kanan oke!" apa perkaitan pangkat dgn behave, aku pn tak pasti. itu kau fikir sendiri. takkan semua mende pn nak kena suap?! ewah. ada gaya lecturer ipta tak? kah kah kah.

tengah salam-salam dgn keluarga pengantin, tiba-tiba sambil buat muka kering, abah tanya kt adik pengantin lelaki "dah kawen?". mak senyum sinis. perlahan mak bisik kt aku plak "ha. beria suruh mak behave. tu abah lg direct tanya". cis. lupa nak pesan kt abah sekali. kalau dpt parents yg pattern mcm ini, mmg kau kena banyak berzikir dlm hati ja. minta tuhan tebalkan iman, tebalkan muka, lepastu kau pergi jalan laju-laju mcm kau konon-konon tak datang saing-saing dgn diaorg, terus pergi amek makanan, mkn diam-diam. haha.

oleh kerana aku jenis melayu berdarah mat kilau, lepas makan nasi terus nak makan bubur pulut hitam plak.  nama pn pahlawan. sblm amek bubur, aku berborak sedas dua dulu dgn pengantin. dptkan tips-tips berguna seperti 'apakah method yg digunakan utk mengaut suami kacak', 'harus pakai produk kecantikan apakah utk memikat enjineer' dan juga '6 langkah utk redha berkahwin dgn pilihan keluarga'. lepas dh habes berborak, pengantin perempuan selamba ja puji aku depan-depan; "huda, kau makin putih dan kurus"(tetbe nak bold HAHA). bab ni aku malas nak ulas panjang. masing-masing dah mumayiz kan? fikir la sendiri ya. keh keh keh.

lepas dah makan kenyang-kenyang, keluar dari dewan, masing-masing buat gaya mcm kontraktor kelas A yg baru lepas menang tender. usap-usap perut boncet. tiba-tiba ditegur seorang macik berkereta kemri. sambil turunkan tingkap, macik tu bersuara "kak hafsah, anak ke?". "aah" jawab mak ringkas. sambil ngusha amir kt depan, kemudian ngusha aku plak, macik tu tanpa ragu terus tanya lg "yg depan tu sulung ke?". aku dah senyum sambil buat muka waww-amir,-aku-lg-muda-drpd-kau-lah. yg amir dah buat muka what-the-heck-macik-!-aku-ank-bongsu-kot. mak senyum lg sambil jawab soalan macik td "eh tade la. tu bongsu. ni nombor 4. hehe". "ohh. maaf" kata macik tu sambil tangan dia laju naikkan tingkap kereta kemri nya. malu gamaknya. bagus taw u ni macik. pemikiran tak jumud. i loike. u ada ank lelaki? meh i jd menantu u. awww. haha.

gara-gara bengang, amir jalan laju ke dpn tak toleh-toleh belakang dah. sambil senyum bajet manja, aku jerit; "abang amir! tunggu la!" kah kah kah. sekali-sekala jd anak bongsu stylo juga perasaan nya.


nah hamek gambar gelis edisi gadis-gadis. mmg azam tahun baru aku nak jd lebih gadis kot. apahal? tak bleh? tak puas hati? pukul kang! kah kah kah. biar la aku nak edit letak crown pun. aku teringin kot nak pakai tudung yg ada ribon ribon tu. belum sampai seru ja lg. nnt dah sampai seru aku pakai ah. wakakak. oke tipu. dah bye.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails