Tuesday, May 4, 2010

6 CIRI LELAKI YG TAK BOLEH DIBUAT SUAMI

1. TIDAK SOLAT

Allahuakbar. yg ini memang lah. tak usah weh. kalau solat pn dia tak buat, mmg susah lah nak jd suami yg bagus. apatah lg nak membimbing kau dan ank-ank utk berjaya di akhirat kelak. orang kata solat tu tiang agama. kalau tiang pn dia tak boleh bina, mcm mana nak bina atap. oh ya tidak terkecuali, solat jumaat juga.

aku tak tahu kenapa ramai lelaki yang suka memperlekehkan solat jumaat. dah lah tuh berbangga pulak berjalan bersama gf di waktu solat jumaat. tak tahu malu sungguh. kalaupun kau malas nak pergi solat jumaat, sila duduk diam-diam di rumah. biar kau sorang je dapat dosa. neh bila kau keluar memperlihatkan diri, kan aku dah dapat dosa sama sbb kutuk kau. tak bagus tahu berkongsi-kongsi dosa dengan orang lain -.- 

2. KURANG AJAR SAMA ORG TUA

Ini mcm iklan yg lelaki tu nak pergi rumah kekaseh dia lalu terlanggar pacik tua yg sedang berbeskal dan bila disuruh tolong pacik tersebut, dia pn menjawab "EK ELEH ORANG TUA NEH. MENYUSAHKAN AKU BETUL LA. BUAT APA AKU NAK TOLONG. AKU DAH LA LAMBAT NAK G JUMPA KEKASEH AKU NEH". sekali bila smpai kt rumah kekaseh, rupa-rupanya org tua yg dia langgar td ialah ayah kekaseh dia. haha. iklan neh doblas kali aku tgk pn aku masih boleh gelak. kelakar kot tgk muka pacik tuh merajuk. hee.

sangat tidak macho lelaki yg kurang ajar sama org tua. nampak mcm tak bertamadun langsung. sbb bila kau kurang ajar sama org tua, kita boleh buat kesimpulan yg kau pn kurang ajar sama ibu bapa kau sendiri. dgn arti kata laen, anak durhaka. atau dalam bahasa sinetron nya, malin kundang woy! nnt lori simen langgar kau pastu simen tumpah atas kau terus kau jadi batu. kah kah kah.

3. SUDAH LAH TAK EDUCATED, MALAS PULAK TU

Heh. ini jenis yang orang kata apa tuh, lousy lah. dah la tak berapa nak pintar, malas nak memajukan diri sendiri pulak tuh. memang tak boleh pakai betul laki macam neh. educated bukanlah bermaksud kau mesti ada phd, master, degree atau diploma yer. bukan. kalau kau lepasan SPM tp kau berjaya, itu juga educated namanya.

kalau kau perasan, ramai je orang-orang yg kaya tapi tak belajar tinggi sgt pn. kenapa mereka boleh berjaya? sebab mereka rajen. kalau kau lepasan SPM tp berusaha gigih utk berjaya, mmg tak ada masalah. ini yg dah la lepasan SPM, malas pulak tu nak berjaya dalam hidup. nak-nak kalau kebetulan keluarga dia kaya. asik nak berharap duit parents ja. cis betul. memang "HOUSTON KITA ADA MASALAH" la jwbnya.

4. MEMPUNYAI STIGMA "KERJA RUMAH SEMUA PEREMPUAN YANG KENA BUAT. LELAKI TAK PERLU TOLONG LANGSUNG. HEY TAK MASKULIN OKE BUAT KERJA RUMAH!"

Yang jenis mcm ini memang aku tak bekenan. berkerjasama la sikit. kerja rumah tuh banyak tahu tak. dulu sebelum kahwin, ayat nak hebat je "SY SANGGUP SEHIDUP SEMATI DGN AWK. SY AKAN SENTIASA BERSAMA AWK DALAM SUSAH ATAU SENANG". cewah. tp bila dah kahwin, minta tolong vaccum rumah sket ja dah merungut mcm nak kena pergi berperang. lempang karang baru tahu. wah suka hati kau nak lempang suami yer. tak cium bau syurga nnt padan muka. haha. tak la. tp tolong la berkerjasama sket. contoh mcm aku masak, kau basuh pinggan ke. tak pn, aku basuh kain, kau kemas rumah ke. habis kalau semua benda aku yg buat, kau buat apa pulak? buat anak? lepas dah dapat anak, malas nak tolong jaga pulak tu. aduhai. memang lah tak patut dijadikan suami.

org kata, kalau kita dah bersedia nak berkahwin, maksudnya kita juga sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang. ya jadi mari lah kita berkongsi segala-galanya. termasuk kerja rumah. spender jgn kongsi. lain pattern dan saiz. haha. eh ini aku cakap dari sudut perspektif kalau suami isteri sama-sama berkerja. kalau kau bercadang untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, takpa la kot buat semua kerja rumah tu. sebab suami kan dah penat berkerja mencari nafkah. haha. aku oke ja kalau suami aku suh duk umah jaga anak. tp tolong bayar gaji aku setara dgn gaji yg aku boleh dapat jika aku berkerja ya. boleh? haha ;)

5. NAK NAMPAK HEBAT SENTIASA

Tolong lah. aku benci betul jenis lelaki mcm ni. aku lg suka yg jenis mengaku kelemahan diri daripada sentiasa nak nampak hebat setiap masa di mata perempuan. konon kalau bercerita tu, dia je lah yg hebat. tiada orang lain lg hebat berbanding dia. asik la nak bercerita pasal kehebatan diri sendiri yg tidak dapat dipastikan kesahihannya.

kalau cerita pasal dia main futsal tuh, dia je lah yg score byk. teammate laen semua sampah la kaki bangku la kaki pengkar la. padahal entah-entah dia buat cubaan utk score pn tidak. cis. meloyakan betul. lagi satu yg jenis suka nak condemn orang padahal diri sendiri pn bukannya hebat sgt. entah kenapa aku paling meluat dgn org yg suka condemn bangsa sendiri tp diri dia sendiri tak menyumbang apa-apa untuk memajukan bangsa dia tuh.

6. SUKA GUNA DUIT PEREMPUAN

Aduh. ini lagi satu. jangan lah dibuat suami lelaki yg mempunyai perangai seperti ini. setiap kali keluar je, semua nak suruh kau yg bayar. sekali sekala boleh la. tp kalau dah selalu sgt, melampau lah tuh. lg satu jenis yg suka meminta-minta dibelikan sesuatu. tahun pertama kapel "AWK, TOLONG BELIKAN SY TOPUP RM 50 EH". tahun kedua kapel "AWK BOLEH TAK BELIKAN SY T-SHIRT TOPMAN SATU?" masuk tahun ketiga kapel "AWK, SY TERINGIN SGT NAK KASUT MERCURIAL YG BARU TUH. BELIKANLAH UTK SY" amboi. memang minta pelempang betul. 

nnt kalau kau dah kahwin dgn lelaki mcm ni, silap hari bulan, semua pn kau yang kena bayar. baik bil letrik, bil air, belanja rumah, lampin anak, susu anak, yuran sekolah anak, loan kereta, pendek kata semua lah. sedih betul. lg menyedihkan kalau dia asik cakap yg dia tade duet, padahal sebenarnya dia kumpul duet untuk tuka sport rim kereta, tambah ekzos kereta, membina para-para sakura di bonet belakang kereta, dan mengubah suai kereta wira nya supaya seakan-akan menyerupai kereta alfa romeo.

p/s: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira.

.end of entry.

26 comments:

Berd said...

lelaki suka tengok porno tak ada dalam list.owh kau saja kan nak lelaki macam tu.

Mimie.Candy Cane said...

aku setuju semua point2 ko kt atas ni terutama yang no 3.boleh jugak dikategorikan bodoh sombong..

nice entry..

s.c.h.u.l.t said...

setuju! :)

Nur -al- Ain said...

yang penting tak curanggggg + bertanggungjawab. eiiii.. macam2 jenis lelaki ade kan..

versi perempuan jangan buat isteri plak? heehee

Farah Hanani said...

scot..ko hebat...apa kata buat tajuk pasal 6 sikap pompuan yg takleh dijadikan isteri plak..aku nak tgok..

Pipi Muncet said...

haha hampir semua laki-laki macam tu.

Q said...

aku tak pernah tgk plak iklan kurang ajar tu. ada eh?

otak ketat said...

berd,
cuba kau baca tajuk elok2. kalau tajuk dia CIRI LELAKI YG TAK BOLEH DIBUAT SUAMI AKU, mmg berjela-jela. tak cukup satu entry ja. haha. ini kira yg paling basic lah. ala, kalau betul2 jaga solat, tak tgk pnya mende2 tak senonoh tuh :p

mimie,
tuh ar. menyampah je rasa dgn lelaki cmtu. hee. thanx! :)

schult,
thanx ;)

nur-al-ain,
yerp. oh nak ka? nnt aku wt kalau rajen ;p

nani,
hakhak. sila rujuk jwpn di ats.

pipi muncet,
aduh. kena berusaha lebih keras utk tidak mendapatkan yg sebegitu. hehe.

q,
alah kau neh. iklan tu pn tak pernah tgk. kau duduk kat chechnya ke? haha.

meo188 said...

macam marah kat lelaki je nie... bias2... :p

Huda said...

dah jumpa sorang 2?

payah plak nak carik skang..hohohoho

Edriena Hazelina said...

setuju sama kamu wahai cik huda!
akak pon sangat2 xsuke lelaki2 kat atas..
loser weh! hahaha!!!

otak ketat said...

meo188,
eh mana ada marah. hee. baik. nnt aku buat 6 ciri perempuan yg tak boleh dibuat isteri pulak yer? baru tak bias kan? haha.

huda,
belum lg. sedang mencari. kah kah kah.

edriena,
thanx. haha. mmg loser sungguh. isk isk.

Q said...

haha. mana ada aku duduk checnya. kolej aku ni takde bilik tv. nak tgk tv kena p cafe. mmg tak dapatlah aku nak menonton.

otak ketat said...

ah alasan. iklan tuh dah berkurun lama kot!

ARC™ said...

mmule aku bace, ingatkan ciri2 yg nak dibuat suami
terperanjat berok aku

otak ketat said...

haha. sabar weh sabar. bwk bertenang. aku tahu kau teruja kan nak baca. nak tgk ada ke tak ciri2 neh. kah kah kah.

Aidi-Safuan said...

la, nak yang baik jer. tak semua yang kita rancang, kita akan dapat. :D

otak ketat said...

haha. mesti la nk yg baek. err sbb tuh aku kasik 4 patah perkataan kt p/s tuh. adoi encik aidi neh.

zida said...

hoho. betul. tak semayang rejek teros. hahha

otak ketat said...

;)

ARC™ said...

ade ciri yg aku ade lol

otak ketat said...

haha. yg mne? biar aku teka. D - semua di ats. haha.

mehah said...

semoga dapat jodoh yang terbaik insyaAllah..soleh lg kachak ye!! doa banyak2..

kalau awak nak kawen jgn lupa ajak kite..kalau tak ajak pun xkira nak pegi jugak..boleh ke?!

otak ketat said...

mehah,
wah! aminnnnnnnn (eh panjang amin kau. gatal sungguh) haha. arr lmbt ag kot ;p

Anonymous said...

ade jgk yg ckup 5 waktu tp ada 5 ciri d atas..

otak ketat said...

anon,
tu la. sbb manusia mmg tak sempurna kan? tp kita hanya mampu berdoa utk diberikan yg terbaek :)

Related Posts with Thumbnails