Thursday, January 6, 2011

kesah macik kemri dan pengantin yg telus.

aku apdate blog semata-mata sbb hannamaruku dtg blog aku sehari sampai 2 kali. alolololo. sweet gila kau hanna. skang kau pilih. kau nak annei tebar roti canai ke bangla jual kapet kt nilai 3? dedue pn aku bleh bg kt kau. kah kah kah. eh ke ramai lg yg sebenarnya buat mcm hanna tp tak pernah bitaw aku? (perasan booo. booo). haha. takpa la. apa salahnya. aku pn selalu usha blog sendiri sampai lebih drpd 2 kali sehari apa. eh? dasar narcissistic kau huda. haha.

haritu kami pergi majlis kawen. sampai je, aku terus bisik kt mak "mak, mak behave oke". bukan apa. mak aku ni kalau jumpa kwn-kwn dia, mula la nak kenen-kenen kan aku dgn ank kwn-kwn dia. dia tak tahu ke yg xavi hernandez nak masuk minang aku bln 11 tahun ni? hesh. mak balas bisikan aku dgn satu sindiran padu "hey, mak ni timbalan ketua pustakawan kanan oke!" apa perkaitan pangkat dgn behave, aku pn tak pasti. itu kau fikir sendiri. takkan semua mende pn nak kena suap?! ewah. ada gaya lecturer ipta tak? kah kah kah.

tengah salam-salam dgn keluarga pengantin, tiba-tiba sambil buat muka kering, abah tanya kt adik pengantin lelaki "dah kawen?". mak senyum sinis. perlahan mak bisik kt aku plak "ha. beria suruh mak behave. tu abah lg direct tanya". cis. lupa nak pesan kt abah sekali. kalau dpt parents yg pattern mcm ini, mmg kau kena banyak berzikir dlm hati ja. minta tuhan tebalkan iman, tebalkan muka, lepastu kau pergi jalan laju-laju mcm kau konon-konon tak datang saing-saing dgn diaorg, terus pergi amek makanan, mkn diam-diam. haha.

oleh kerana aku jenis melayu berdarah mat kilau, lepas makan nasi terus nak makan bubur pulut hitam plak.  nama pn pahlawan. sblm amek bubur, aku berborak sedas dua dulu dgn pengantin. dptkan tips-tips berguna seperti 'apakah method yg digunakan utk mengaut suami kacak', 'harus pakai produk kecantikan apakah utk memikat enjineer' dan juga '6 langkah utk redha berkahwin dgn pilihan keluarga'. lepas dh habes berborak, pengantin perempuan selamba ja puji aku depan-depan; "huda, kau makin putih dan kurus"(tetbe nak bold HAHA). bab ni aku malas nak ulas panjang. masing-masing dah mumayiz kan? fikir la sendiri ya. keh keh keh.

lepas dah makan kenyang-kenyang, keluar dari dewan, masing-masing buat gaya mcm kontraktor kelas A yg baru lepas menang tender. usap-usap perut boncet. tiba-tiba ditegur seorang macik berkereta kemri. sambil turunkan tingkap, macik tu bersuara "kak hafsah, anak ke?". "aah" jawab mak ringkas. sambil ngusha amir kt depan, kemudian ngusha aku plak, macik tu tanpa ragu terus tanya lg "yg depan tu sulung ke?". aku dah senyum sambil buat muka waww-amir,-aku-lg-muda-drpd-kau-lah. yg amir dah buat muka what-the-heck-macik-!-aku-ank-bongsu-kot. mak senyum lg sambil jawab soalan macik td "eh tade la. tu bongsu. ni nombor 4. hehe". "ohh. maaf" kata macik tu sambil tangan dia laju naikkan tingkap kereta kemri nya. malu gamaknya. bagus taw u ni macik. pemikiran tak jumud. i loike. u ada ank lelaki? meh i jd menantu u. awww. haha.

gara-gara bengang, amir jalan laju ke dpn tak toleh-toleh belakang dah. sambil senyum bajet manja, aku jerit; "abang amir! tunggu la!" kah kah kah. sekali-sekala jd anak bongsu stylo juga perasaan nya.


nah hamek gambar gelis edisi gadis-gadis. mmg azam tahun baru aku nak jd lebih gadis kot. apahal? tak bleh? tak puas hati? pukul kang! kah kah kah. biar la aku nak edit letak crown pun. aku teringin kot nak pakai tudung yg ada ribon ribon tu. belum sampai seru ja lg. nnt dah sampai seru aku pakai ah. wakakak. oke tipu. dah bye.

.end of entry.

25 comments:

Ery Farieha said...

ahahahaha.
nasib parents ery tak camtu.
ekeke
cepatla kak
bila nak kawen? hahahahahahaha

kembatolo™ said...

boleh tahan jugak loyar dye nie. hahaha

WZulhilmi said...

Yang tips2 ko tanya pengantin tu mmg layak dibuat buku. Ko try buat lepas tu hanto kt alaf 21.. Hahahaha

Nadya said...

Wahhh...awet muda sungguh..hihihi

fadh_q said...

aku tabik macik kemri. sebab dia nampak kematangan adik kau dan tidak nampak kematangan pada diri kau. ok sekian.

hannamaruku said...

selagi kau tak letak ribon ribon atas tdung, selagi tu kau tak layak di panggil gadis.

gila apa kau tgkap gmbr jari kat pipi weh?

mcm pondan.

Alynn Notnot said...

tak boleh blah doh kau.

aku pun teringin nak merasa jadi adik bongsu.

p/s ; adik bongsu aku slalu org igt sulung. aku memang riak dan takbur dlm hal ni! hahahaha!

Nurul Huda Rahim said...

ery,
belum lg tu. haha. kawen bulan 12. thn bila tataw lg ah. kah kah kah.

kembatolo,
apa maksud kembatolo weh? tetbe curious. haha.

wzulhimi,
tak. aku igt nak hantar kt skop production terus. cara tak? haha.

nadya,
haha. muda tak berapa nak muda sgt la! hee.

fadh,
macik kemri nk amek hati aku. sbb dia berniat nk jadikan aku menantu dia. ewah.

hanna,
peh. tulat gk aku buat online shopping. ahaha.

aku mmg pondan. kau tataw ka noxx? sy pondan, sy oke.

alynn,
padan muka. sape suruh depa tinggi dan bajet matang sgt kan? haha.

irish said...

wakakka lawk ar kak huda ni..x per2 chumel..:P

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..huda sengal..aku pun selalu orang ingat bongsu..wiii..teruja rase..

mak ayah ko dasat ah..kalau aku jadi ko, aku dah pakai topeng kot kalau ikut g kenduri kawen dgn dorg..haha..gile ah ko ni siap warning mak suh behave..haha..adoi la huda..

ishiko said...

parent agent pencari jodoh.. cool la tu..huhuu..

Razman said...

kenapa tak cerita waktu isi minyak pun parents kau tanya kat bangla tu dah kawen belom?

ika honey bunny said...

AHAHAHA. senget ahh kau. eceh, konon malu2 leteww tanak ayah ko kenenkan dgn adik pengantin, tapi mahuuu. kahkahkahkah

sharamli said...

sengaja letak gambar nak bagi 0rang meng0rat ke apa?

Nurul Huda Rahim said...

irish,
ngehehe. comel ka? makaseh! (alolololo. tak malu betul) haha.

cik sha,
parents aku mmg telus. sbb tu aku pn ber gene telus. hee.

ishiko,
haha. kau nak jd klien depa? selamat kejap aku nnt. haha.

razman,
yg tu next entri la. gelojoh taw abg blogger pemes tp bermuka buruk ni.

ika,
haha. ngeng. aku nak shahredza minhat. lalala.

sharamli,
aah niat nya mmg cmtu la. gila apa dah setahun lebih blogging tp tade seko ceo pn yg ngurat aku? ngaaaa!

fara said...

giler sporting ayah huda! huhu ;)

Nurul Huda Rahim said...

ayah sy mmg hebat bab2 cmni. haha.

Mohamad Faizal said...

right click > save image as > huda_rikasari.jpg untuk diletakkan di dalam entri 'Mengkaji Gaya Bergambar Gadis-Gadis di Fesbuk'

Nurul Huda Rahim said...

haha! abg ijai, behave plz. agagaga.

Nazirul said...

hebat loyar buruk ko huda.haha

Nurul Huda Rahim said...

eh aku mende apa yg tak hebat? semua pn aku hebat. keh keh keh.

abdul azim b mohamad isa said...

anak sulung yg kelihatan bongsu adalah anugerah.

anak sulung yg kelihatan lebih tua drpd ayahnya adalah dugaan.

renung2kan dan selamat beramal..

Nurul Huda Rahim said...

haha. kau mesti anak sulung yg kelihatan lebih tua drpd ayh nya tu kan? hikhik.

jade said...

makcik kemri amat stylo. haha.
lawak2 :D

btw, kalau dh tua bwt la cre tua. keh keh keh :P

Nurul Huda Rahim said...

eh. ayat yg last boleh aplikasikan kt team chelsea tak? ngaaaa.

Related Posts with Thumbnails