Tuesday, March 15, 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"


hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je huda? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh.


Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME. oke dah bye.

.end of entry.

17 comments:

faraherda.razalan said...

hebatlah awk nie dik....nape jarang2 update? kemarau nak bace cite lawak awk yg simple2 tu...

tenggelam punca said...

sekolh asrama mne ni?

haha. btw, tak baik kedekut biskut Loacker Quadratini Chocolate, nanti dalam kubur banyak Loacker Quadratini Chocolate. haha.

bai

Zana Zingaa. said...

haha zaman kita semua bebudak dulu sama je kes an. kalau dulu duduk hostel, asal makan tak habis, member mesti nganjing. kau makanlah tak habis, kang mlam nanti, nasi jadi hantu tanya napa tak makan habis. aduhh seksa. hahaha

semua kenangan beb. zaman laa ni, budak2 tak rasa dah mcm kita. ;p

Unknown said...

cm tuh plak?

aku masa kecik2 org kata klo kedekut, t blkang leher ko, lubung dlm!

huda ox yg ketat, pe kne mgena citer ni ngan tgku sharifah adriana?apakah???

Nursyuhaida said...

hahaha.tang Alaf 21 tu, semua betul.tak de modal lain ke hape?

cukup bulan sy mengandung.cukup bulan sy tergugur ,bks kekasih suami org kaya tolak.cukup bulan suami terus jatuh cinta .cukup bulan kami hidup bahagia hingga ke anak cucu.oh that is so LAME.ok dah bye.

Nurul Huda Rahim said...

mommy fara,
adeyy kak. bz sket. heee. thanks sudi baca. appreciate sgt2! :)

jade,
haha. kemaen pandai lg budak ni ye sekarang. sekeh mau? :p

zana,
woh. ini betul canggeh. nasi jd hantu eh. hantu nasi ar cmtu? pastu hantu tu rupa mcm nasi ka? besar mcm nasi gk ka? hehe.

eiffel,
aku pn tak tahu. tp aku kan mmg suka buat benda yg tade kaitan? haha.

nursyuhaida,
hee. kau g jd penulis novel cepat. kasi idea baru yg lebih ilmiah sket :p

tenggelam punca said...

eleh, sejak2 bertunang dgn abg uzair nih. kemaen garang eh. dh pndai nk sekeh org. haha :D

tenggelam punca said...

eleh, sejak2 bertunang dgn abg uzair nih. kemaen garang eh. dh pndai nk sekeh org. haha :D

sharamli said...

macam dah mas0k air je 0tak w0i...

Anonymous said...

MOTIF GAMBAR?

Nobita Sensei said...

haha..perenggan last memang cukup sempoi.

Nurul Huda Rahim said...

jade,
amboi. sejak habes spm kemaen lg kasi komen sama sampai dua kali. haha.

sharamli,
haha. pasni bleh jd otak padat. padat dgn air :p

shax,
saje. perasan comel. kau pn pernah buat gak. gambar dgn apit tu? perasa sweet kan? keh keh keh.

nobita,
heee. tipikal ;p

Frodo Baggins said...

org kedekut panjang umo daaa. berbahagia hingga kejinjang pelaamin ranjang cucu cicit sampai lah ke kubu


>>___<<

BeYLa! said...

Hahah siyes Huda ckp cmtu dea terus bagi air?? Hahaha! apelaa naseb budakk tuu, kesiannn.

Nurul Huda Rahim said...

frodo,
kubu tu kualau kubu ka? :p

beyla,
haha. mana plak kesian. oke ar tu. drpd kubur mendap. lg kesian. hee.

tenggelam punca said...

eh2, sejak2 dh bertunang nih. spm ngan pmr pun dh x thu beza :P

Nurul Huda Rahim said...

haha! demn! itu bkn sejak dah bertunang. itu sejak dah habes skola mmg tareti beza dah. bkn sama ja ka dedue tu? ngeeee :p

Related Posts with Thumbnails