semalam aku siang ayam, ikan kembung, ikan cencaru, dan sotong (haruslah senaraikan semuanya kan. KAH KAH KAH. dah lama tak membangga diri di blog sendiri. bila ada peluang, harus manfaatkan). bila dah siap siang semua, aku nak masukkan dlm freezer. hangin plak bila aku tgk tade tmpt kosong. aku pn apa lg, laju ja aku amek 2 bungkus nasi minyak sejuk beku mak aku tu pastu aku masuk dlm plastik sampah.
oke. sbb mak aku g melaka semlm. maka dia tade kt rumah. sbb tu aku berani buang tanpa pengetahuan dia. tp aku terlupa nak buang plastik tu keluar rumah. akibatnya, bila dia balik, dia nampak nasi minyak dia 2 bungkus dah terkulai layu dlm plastik sampah.
"sape yg buang nasi minyak ni????! ingat pasir ka???!"
"err uda yg buang. freezer tak muat mak. jd uda buang la nasi minyak mak sket. takkan nak buang ayam ikan bagai plak kan? takpa. kan banyak lg tu nasi mak"
"ye laaaa! masalah nya kamu buang nasi yg baru!"
"err mana uda nak tahu baru ke lama. semua sama ja rupa dia mak. sejuk beku siap ada ketulan-ketulan ais gitu"
"mengada betul laaaaa"
aku berlalu dgn buat muka tak bersalah. terus g depan cerita kt abah. abah dah gelak-gelak ja. "tu la kamu. lain kali dah buang tu cepat-cepat la bawak keluar rumah". adeyyy. lupa daaa. akhir kata, kepada abah, terima kasih kerana tak putus-putus menyokong uda (hah?). kepada mak yg sedang berada dlm bilik, uda minta maaf. jgn sedih-sedih ye. takpa. hari ni kan ank pacik jai kawen? boleh la mak kumpul nasi minyak balik. kui kui kui. dan ya. boleh la uda buang lg nnt. keh keh keh. mungkin mak patut buat label tarikh kt nasi minyak tu kot. senang uda nak buang yg dah lama. tade la terbuang yg baru. hihi. oke dah habes. bye bye bye.
.end of entry.
11 comments:
kiranya nak cerita kau tak sabar nak kawen dan nak suruh mak kau simpan nasi minyak kau la?
HAHAH ya. harap nasi minyak aku ada dlm freezer sampai kau kawen nnt(lama tak lama tak?) kah kah kah.
hahaha..pelik jugak ye hobi mak ko ni huda..pestime aku jumpa org suka simpan nsik myk dlm peti ais..
haha
aku rasa ko tua2 nanti mcm tu gak
mybe dy nak recycle time sis kawen kot ! haha
aku sajes kan supaya makcik tulis dengan permanent marker senang trace tarikh luput. haha
wahaha. lawak la mak ko.
tp ak pn jnis suka gak buang brg2 lama ni. tp bkn nasi la. mak ak jnis suka kumpul brg2 lama. pas2, kalu ak nmpk mcm dh rosak, ak buang je. kemudian, kna membebel sedas. haha
majlis kau nanti sediakan nasi lemak. nasi goreng pun ok. waswas aku nak makan nasi minyak kau. haha
anak derhaka!
kapten;
tak kut. sbb bakal suami aku tak suka simpan2 mknn sgt. haha.
cahaya;
haha. melampau oi. mmg aku kawen lari kt lombok ah kalau cmtu. at least dpt nasi minyak baru. ekekeke.
de'nurul;
ye lah. bagus cadangan kau. akan diusulkan dalam parlimen nnt :p
budak kecik;
hahah. org tua mmg cmtu kan. kumpul ja kejenya. guna nye idak. huu.
shax malas login;
kah kah kah. nasi ayam ja la aku kasi kt kau ye. nasi ayam tu nasi utk ayam mkn. bkn nasi ayam mcm ciken rice shop tu. haha.
faiz;
mana ada derhaka. ni utk kebaikan perut ahli kuarge. mana tahu nasi tu dah tak elok ke kan. saket perut nnt mkn. hee.
cik sha;
nak cuba buat la tu bila tua nnt. kan kan kan? haha.
Post a Comment