Thursday, December 31, 2009

2009 aku akhiri dgn entry yg sgt tak ilmiah (mcm lah entry kau pernah ilmiah selama ni)

"hey, there's a pimple on ur nose"

"yeah. i noe. i'm having my period now"

"heee. it's nice"

"nice? wut do u mean by nice?"

"the pimple on ur nose. it does really look nice there"

samada dia perli aku atau dia mmg maksudkan pimple aku nice pn aku tataw. but i rather choose the latter one. beruntung kot. ada pimple pn org kata nice. haha. oh ye. selamat menyambut twenty ten! tayah susah-susah wt azam baru. menyeksa diri namanya tu :)

.end of entry.

6 FAKTA MENARIK ZAMAN SEKOLAHKU (II)


1. Aku sendiri tidak pasti mengapa setiap org di asrama aku mesti ada kakak / abg angkat. siapa yg tade tu mesti akn dipandang hina (oke. bukanlah hina. tp cume mcm "euwwh. kau ni tak femes lah!"). fungsinya apa pn aku tak pernah taw. nak kata tolong bab pelajaran, langsung tidak. yg pasti, aku slalu dpt hadiah drpd kakak angkat aku dulu. dan aku sgt suka itu. ya. normal bg seorang mata D. lg satu konsep yg aku tak faham, seorang kakak / abg hanya boleh ada seorang adek angkat ja. nape eh? tak galakkan poligami kot (aku siap ada dedue. abg dan kakak angkat. femes dowh aku dulu).

2. Oh ni malu kot nak cerita. tp takpa. aku taip je la demi kalian. dulu sebelum tidur aku mesti pakai sweater,  baju lengan panjang, seluar panjang, kain dalam, stokin dan selimut. akibatnya, aku sering diejek kwn-kwn. mereka ckp aku aneh. ada tu siap ckp "KAU BAJET KAU KT SCOTLAND KE SEKARANG?" (eleh. mcm la kau pernah g scotland). motifnya apa? senang je. aku tanak terjaga time malam. sekolah aku dulu dekat dgn laut. memlm kol 2 3 pg slalu guruh kuat dan ujan lebat gila-gila. zaman tu plak sgt femes dgn cerita mengenai ada seorang kafir, dia masuk islam (sekampung taw), kemudian masuk kafir balik (tanpa pengetahuan sekampung). tak lama pastu, org tu mati. jd dia dikebumikan ikut cara islam. tp disebabkan dia dah kafir semula, dia dikhabarkan keluar dari kubur, ketuk pintu rumah org dan minta dibukakan kain kapan serta dikebumikan dgn cara kafir. oh lg seram dr keliwon bukan? (mesti malam neh ada yg tiru gaya persiapan tidur aku tu kan).

3. Ada sekali tu aku tgh tunggu akk senior utk g surau bersama-sama (sekolah kami WAJIB g surau time subuh dan maghrib. tiada istilah aku rajen g surau dan berlagak alim ye di sini). sedang si akk senior memakai tudung, aku dengar dia membebel "EEE.TUDUNG NI KAN, TIME ORG NAK CEPAT LA DIA BUAT HAL!". aku senyum je. tiba-tiba si akk senior betul-betul berang dgn tudungnya "AKAK BENCI LA TUDUNG NEH!!" terus dia campakkn tudung tu ke dalam bakul sampah. aku tergamam. aku pandang dia. dia pandang aku. pastu dia kutip balik dan pakai semula. elok pulak tu tudung dia tiba-tiba! ajaib kan. dh mcm kesah dongeng indonesia kt tv 3 plak aku rasa. tajuknya dongeng si tudung dan bakul sampah ajaib.

4. Natijah daripada dituduh sbg ank org kaya (sila rujuk 6 Fakta Menarik Zaman Sekolahku, no. 3), aku sering dipulaukan dan dikutuk belakang. pernah sekali tu aku kt blkg katil dan diaorg tak perasan aku ada kt situ. aku pn dengar la diaorg kutuk aku secara live "ELEH BUDAK BARU TU BUKANNYA PANDAI SGT. RESULT PMR DIA TAK BAGUS PN. CMNE NTAH DIA DPT MASUK KELAS SAINS!". huih. sedas aku dapat. cukup seminggu, aku kol abah aku cakap nak pindah sekolah. kpd mereka yg kutuk aku, meh aku bitaw cmne aku dpt masuk kelas sains. sebab ayah aku kwn dgn pengetua sekolah korg tu. mesti korg lg kutuk aku gila-gila kan kalau taw time tu? sbb tu la aku pilih utk bitaw di kemudian hari. nampak tak. aku bukanlah se'bukannya pandai sgt' seperti yg korg sangka sebenarnya.

5. Aku sangat suka main bola tampar. tapi kenyataannya, aku tak pernah lepas serve bola kalau main kt gelanggang bola tampar yg sebenar. sbb net nya sgt tinggi. jd apa yg aku lakukan, aku pujuk semua kekwn untuk main bola tampar kt gelanggang badminton. yeah. di situ aku kelihatan sgt hebat. serve bola betul-betul atas net sikit ja dgn kelajuan 100 km/jam. siap boleh buat bola 'spike' lg (pathetic betul lah kau neh).

6. Kitaorg pernah buat eksperimen kimia yg perlu disimpan untuk beberapa hari bagi melihat hasilnya. tiba hari yg sepatutnya, semua teruja nak tengok hasil eksperimen tersebut. tp buka-buka almari je, semua kecewa bila tgk eksperimen tu dah tade. licin. bersih. berkilat. dah dibasuh oleh si pembantu makmal. "HEIH. SY PELIK BETUL LA. DIA TU KAN PEMALAS. CMNE BOLEH TETBE RAJEN NEH? DAH LA BERSIHKAN EKSPERIMEN KELAS SY PULAK TU. HAIH PENING SY " ayat cekgu kimia aku. semua org pn taw si pembantu makmal tu pemalas. nak sapu makmal pn jarang sekali. tiba-tiba dia rajen plak bersihkan eksperimen ktaorg. terpaksa la ktaorg buat lg sekali eksperimen tu. kali ni siap tulis kt kertas besar-besar 'TOLONG JANGAN BERSIHKAN'. haih. comel la pembantu makmal tu. mmg minta pelempang betul.

p/s: tak tak. aku tak buat part III. jgn risau. haha.

.end of entry.

Monday, December 28, 2009

PARA PENIAGA, TOLONG RASIONAL!

HARI INI AKU MARAH. MAKA NAK GUNA "CAPS LOCK". AKU TENSION BETUL DENGAN PENIAGA-PENIAGA NEH. BOLEH TAK AKU NAK BAYAR GUNA DUIT 5 SEN PN DIA TANAK TERIMA? BODOH. BOLEH GUNA LA 5 SEN TU WEIIII. DAH DUA KALI AKU KENA MCMNI. HANGEN BETUL LAH! KAU INGAT 5 SEN TU AKU DAPAT DARI MESIN ATM KA? KAU INGAT AKU SENGAJA NAK DENGKI KAU BAYAR GUNA DUIT 5 SEN KA? BETUL LA ALASAN KAU TU NNT ORG TANAK TERIMA KALAU BAGI BAKI GUNA DUIT 5 SEN. TP KAU KAN PENIAGA. PANDAI-PANDAI LA KAU FIKIR JALAN SUPAYA ORG TERIMA GAK DUIT BAKI WALAUPUN 5 SEN. TAK PUN KAU KUMPUL BANYAK-BANYAK, PERGI TUKA KAT BANK NEGARA. TAKKAN TU PN AKU NAK KENA AJAR?!

LAGI SATU BAB DUIT BAKI. KAU DAH TAW NAK MENIAGA, SIAPKANLAH DUIT BAKI BANYAK-BANYAK. NNT TADE LA BILA ORG NAK BAYAR GUNA DUIT BESAR, KAU NAK BUAT MUKA PULAK SEBAB TAK CUKUP DUIT BAKI. DAH KALAU ORG TU MMG TADE DUIT KECIK, NAK BUAT MCM MANA? NI PN AKU PERNAH KENA GAK. DAH AR SIAP BUAT MUKA, MARAH DAN MENINGGIKAN SUARA LG TU! AKU GERAM BETUL LA. PADAHAL BUKAN KE KAU PATUT BERSYUKUR ADA ORG NAK BELI JUALAN KAU? NI PN BODOH JUGAK. G BANK NEGARA TUKA DUIT LA! BERAPA BANYAK KALI AKU NAK KENA AJAR??!!

p/s: Bank Negara, kalau dah ramai sgt org tanak terima duit 5 sen tu, hapuskan je lah. habis cerita. tade la aku tertekan mcm ni. haish. kuat mkn mekdi. tu psl dpt byk duit 5 sen -.-

.end of entry.

Sunday, December 27, 2009

berbuat baik pasti dibalas baik :p

Aku rasa aku ditimpa ketuahan baru-baru ini (aku kira ini sebagai peringatan Allah. agar aku lebih sering bersyukur dgn nikmat Nya. kantoi tak selalu bersyukur sebelum ni. haha. manusia manusia)

24/12/2009.

      Petang tu mcm biasa keluar makan malam dgn kwn. tetbe kwn aku jmpe kwn sekolah dia yg dh kerja sekarang. dia pn ajak duduk semeja. aku rasa dia ajak-ajak ayam je. tp tataw la kalau dia rasa dia bukan ajak-ajak ayam. yg pasti kwn kpd kwn aku rasa itu bukan ajak-ajak ayam. maka kami pn makan semeja. dia dtg dgn adek angkat dia. yg aku rasa itu sebenarnya gf dia. pastu aku rasa kwn aku pn rasa tu gf dia (ha. ha. pening tak? pening tak? sekarang korg rasa apa? mesti rasa nak sepak aku kan? haha). dah abis makan, time nak bayar, kwn kpd kwn aku tu tolong bayarkan makanan kami sekali. bertuah oh? taw nak dpt mkn free mesti aku order tom yam ayam, kailan ikn masin, telur dadar dan keropok. fhew. sedapnya. pastu air plak icby cappuccino ke. haha. tamahak!

25/12/2009.

      Hari natal. ketuahan pertama, aku berjaya keluar dengan kakak bermata besar. hehe. pastu kami berjalan di jusco dgn tujuan mencari-cari kasut idaman hati. tgh mencari-cari, muncul pula abg berlesung pipi (yakni tunang kakak bermata besar. kan. kan. dpt bygkn tak kalau diaorg dpt ank nnt mcm mana? dah la mata besar, ada lesung pipi plak tu. huih. serius comel. haha). so jalan sama-sama. tiba time solat jumaat, abg berlesung pipi g mesjid. kami masih di jusco. tiba-tiba Polo buat jualan murah 80%. sejam je katanya. aku pn apa lg, g ar serbu tgk handbag. dpt sauk 2. tunjuk kt kakak bermata besar. dia kata besar sgt. cbe cari yg kecek sikit. masuk semula ke medan peperangan. aku dpt sauk satu beg agk kecek. wane ceklat tp nya. tunjuk kt kakak bermata besar. dia kata kalau ada wane itam ag best. takpe. aku cuba berjuang lg!

      Dengan hati yg tekad, aku masuk ag sekali sambil dlm hati "ya Allah tolong la aku. aku nak  beg ni wane itam" (poyo gila. tak ilmiah langsung doa kau tu). tiba-tiba ada org letak beg wane itam yg mcm aku nak tu. wah! happy gila. aku pn pegang ar beg tu. tetbe aunty cina kt sebelah aku pn pegang beg tu. berlaku la sedikit adegan tarik-menarik yg selalunya hanya dapat dilihat di kaca tv rumah anda (malu gila. harap CCTV tak rakam babak tu). "EXCUSE ME" kata aku sambil tarik kuat sikit beg tu. nasib baik dia lepaskan. tp muka mmg nmpk tak puas ati gila. kalau boleh cakap kelantan mesti dia nak ckp "NATE MU!". habis sesi tarik-menarik, perut pn rasa lapar (banyak tenaga kot guna nak tarik beg tu).

      Kami pn pergi la mkn kt Johnny's (tak tahu betul ke tak eja cmni). first time aku mkn steamboat. gila teruja. disebabkan terlalu gelojoh dan teruja, lelangit aku burned sebab makan ciken ball yg masih panas. padan muka. tareti menyabar (sampai sekarang masih sakit woo). haih. ni sume salah Deni. eik? haha. pas dah abeh makan, abg berlesung pipi bayarkan. bertuah kan aku? hikhik. tu je lah nak cerita. tade la bertuah sgt pn. tp sbb dpt mkn free dua kali kan. so aku rasa mcm bertuah gila. oh ada ag satu ketuahan. time nak balik, naik kereta abg berlesung pipi. jimat 2 hengget aku. boleh beli Kosmo hari esok dan lusa. pastu, baki 6 pohsen boleh beli mamee monster 2 peket (mcm hebat matematik plak tetbe).

p/s: aku masih belum jumpa kasut idaman hati. siapa sudi keluar dgn aku? mana taw korg ditimpa 'ketuahan' jugak kalau aku berjaya jumpa kasut idaman hati? haha.

.end of entry.

Thursday, December 24, 2009

BLACK & WHITE PHOTO CONTEST


SEBAB RAMAI SANGAT ORG JOIN CONTEST NEH, AKU RASA SEPERTI SEDANG MENAIKI KTM WALHAL ORG LAEN SEDANG MENAIKI MONOREL JIKA AKU TIDAK MENYERTAINYA (CEH SIMPULAN BAHASA APA KAU PAKAI NEH?). OLEH ITU DENGAN INI AKU PUN NAK JOIN CONTEST INI. YEAH. MARI TGK GAMBAR AKU.

chan!



"WOI! BLACK & WHITE LA! PESAL GAMBAR KAU BERWARNA? BUTA WARNA KE APA NEH?"

"EH EH. AAH. SORRY SORRY LUPA NAK EDIT. JAP YE"

"ELEH. SENGAJA LA TU NAK JUGAK TUNJUK GAMBAR DIA YG BERWARNA. DASAR GILA FEMES. BOO DIA RAMAI-RAMAI WEI. BOOOOO~"

"BETUL LA LUPA. OKE DAH SIAP"

tadaaa!



p/s: heh. gambar time g piknik akhir sem lepas. kau nampak tak taktik kotor org gila femes cmne? org tanak amek gambar dia pn dia sebuk jugak nak nak masuk dalam gambar tu. betul menyampah.

.end of entry.

Wednesday, December 23, 2009

6 FAKTA MENARIK ZAMAN SEKOLAHKU


1. Aku pernah kena sebat 6 kali kat tapak tangan. 3 tangan kanan, 3 tangan kiri. sebab conteng tandas sekolah. kamon la. nak kreatif sket pn tak boleh ke? esoknya dapat cuti umum untuk mengecat tandas sekolah tersebut. sebelum cat, aku conteng sepuas hati dulu!

2. Cekgu sekolah aku rajen merajuk. asal ktaorg bising sket ja mesti buat muka habis kecewa pastu duduk kat depan sambil menyepikan diri. cukup 2 minit, terus blah bodoh je. alahai. biasa la, nama pn budak sekolah. kalau tak bising orang cakap tak pintar plak. yg pelik, cekgu perempuan je slalu cmni. npe eh?

3. Gara-gara memakai kasut jenama North Star yg lebih berupa kpd sneaker berbanding kasut sekolah biasa, aku dituduh sebagai anak org kaya. huk aloh. padahal aku pakai kasut tu sebab tapak dia tinggi. agpn jenama North Star je kot. bukannya Aditas mahupun Nikki. rilek sudah. korg pn boleh beli apa. jom g bata. aku teman.

4. Cekgu subjek kemahiran hidup aku adalah cekgu yg paling aku kurg respect. siapa suruh dia menyerlahkan kekurangan pandaian dia dgn mengeluarkan ayat "EKAU NI LAHIR KEK LUAR NOGORI. TP PASAL APO KULIT EKAU GOLAP JA HAAA?". sebab malas nak tunjuk aku genius berbanding cekgu tersebut, aku biarkan sahaja soalan beliau tidak berjawab. aku harap sekarang beliau dah temui jawapan untuk soalan tersebut. hesh. kesian (sambil geleng-geleng kepala).

5. Pernah sekali tu buku teks aku tertinggal kat asrama. nasib baik kawan sebelah meja aku bermurah hati nak share buku teks dia. tapi tiba-tiba bila dia tahu aku berbeza fahaman politik dengan dia, lantas dia tarik buku tu sambil berkata "ELEEHH. DAH! TAYAH SHARE BUKU DENGAN AKU LG!" eik? padahal dia yg start topik tu.

6. Dek kerana gagal satu subjek, aku pernah didenda berdiri di atas kerusi di tengah dataran sambil memegang kertas yg bertulis "SAYA GAGAL SUBJEK INI DAN BERJANJI UTK TIDAK AKAN GAGAL LAGI". malu gila oke. ini tips untuk menjadi femes dalam masa yg singkat. keberkesanannya tidak perlu diragui. tak percaya boleh cuba esok.

p/s: aku ingat nak buat part II plak nnt. boleh ka? haha.

.end of entry.

Sunday, December 20, 2009

SIAPA KATA AHLI POLITIK TAK LAWAK?

Akhbar dua hari lepas.

"SAYA TAK CUKUP KACAK UNTUK DIA"

Akhbar hari ini.

"YA. KAMI MEMANG SUDAH BERKAHWIN"

ihik. ihik. awak ni kelakar lah.

.end of entry.

Wednesday, December 16, 2009

ANDAI SAJA MAKCIK MENGERTI..

Tolong-menolong, memang amalan yang mulia. tp kadang-kadang, kita terpaksa untuk tidak menolong. tp hati mesti rasa tak best bila takpat tolong org kan. tp nk wt cmne. terpaksa. mcm aku hari tu, aku baru lepas keluar dari fitting room. betul-betul baru lepas. tetbe ada seorang makcik tua dtg kat aku

"adik, acuh kau try baju neh. makcik nak tgk oke ke tak utk ank makcik la. makcik bekenan sgt dah dgn baju neh"
"em. ank makcik sama saiz dgn saya ke?"
"ha. lebih kurg lah. tp dia tinggi lagi"

ye. saya taw saya pendek makcik -.-

"oh oke. em cmne nak try ye. makcik ukur la kt blkg bdn sy"
"eh kau acuh la pakai kt dalam fitting room tu ha"
"err. emm. sy rasa oke je kot ni"
"ye ke. ank makcik suruh beli saiz M. makcik takut tak muat"
"oh kalau dia suruh beli saiz M, ikut je la kot makcik. kang makcik beli saiz lain dia tak nak pakai plak. ag susah kan. heee"
"makcik ni bkn apa. kalau dia beli sendiri, dia beli baju lengan pendek. makcik tak suka. makcik nak dia pakai baju lengan panjang mcm ni ha. tutup aurat. mcm baju kau pakai ni"

auww. aku jd haiwan teladan lah! eh. maksud aku, manusia teladan.

halamak. sesuci terdengar nurani betul la niat makcik tu. tp aku betul-betul-betul malas nak masuk fitting room ag. penat kot nak bukak tudung. sebab dah dua kali sebenarnya aku masuk fitting room tu. maksudnya dah dua kali gak aku bukak pakai tudung. memang selebet tak hengat ah. haha. cuba kalau dia tanya time sebelum aku masuk fitting room. boleh gak aku acuh! last-last, sikit-sikit aku cuba menjauh drpd makcik tu. buat-buat bz tanya sales girl baju yg aku nak tu ada saiz ke tak. haha. kejam kot. kesian makcik tu kan. tp aku bukan sengaja. maaf ye makcik. huuuu. dulu aku pernah kena gak. time tu uncle indian suruh aku try pakai. tp nasib baik jaket jeans. so bleh sarung je terus. tayah nak bukak-bukak tudung. hehe. aku rasa kan, anak-anak ni patut ikut la kalau parents nak belikan baju. kan senang? dia senang. parents senang. dan yg paling penting, aku pn senang! hahaha. tade kaitan. eh korg kalau ada org suruh minta tolong acuh, acuh la weh. kesian kot. jgn jd cm aku. pemalas gila. kena panah petir kang padan muka. ampun makcik! next time kita g shooping sesme sy acuh ye ;p

p/s: aku ingat pasneh nak minta bayaran la. oke ka? :p

.end of entry.

Sunday, December 13, 2009

KORG DAH BELI ALBUM VALENTINO ROSSI?

aku buka hot. dia tuka hitz. iklan Valentino Rossi berkumandang.

"Valentino Rossi ni nyanyi lagu apa eh?"
"ha?" sedikit berkerut.
"Valentino Rossi neh. dia penyanyi kan?"

aku diam. nak gelak, tak sampai hati. tak gelak, rugi. haha.

p/s: jom g speedy.

.end of entry.

Thursday, December 10, 2009

mimpi, kasihanilah aku.

Dia pergi.
Bukan seperti selalunya.
Bukan untuk sebulan.
Bukan juga untuk setahun.
Tapi untuk selamanya.
Pedih. Perit.
Dada sesak. Mata berair.
Fikiran ligat mengukir setiap detik bersamanya.
Hati sakit mengetahui itu semua takkan terulang.
Mata masih ingin menatap senyumannya.
Telinga masih ingin mendengar bicaranya.
Diri terlalu ingin bertemu dengannya.
Akal, bantulah aku.
Fahamkanlah hati.
Sungguh, aku menyayanginya.

Al-Fatihah. Ya Allah, tempatkanlah roh sepupuku di kalangan orang-orang yg beriman. Hanya pada Mu aku bermohon. Amin.

.end of entry.

Monday, December 7, 2009

NENEK AKU JUJUR KOT. HAHA.

Semalam aku balik kampung. Mcm biasa, ayat pertama nenek bila jmpe aku (wlpn tetiap bulan jmpe, tetap akn keluar ayt ni. harus)

"eh ehhhh. diaaaaa...."

dlm ati dah boleh agak. mesti nk ckp "makin sehat la!"

"makin putih la sejak balik dr london!"

oh. tersasar sedikit di situ.

.end of entry.

Thursday, December 3, 2009

MENCARI LELAKI BERUMUR 25 THN YG BOLEH TAHAN KACHAK, BERKERJAYA BAGUS DAN KAYA. ADA? (INI POST TRAUMATIC STRESS DISORDER NAMANYA)



.end of entry.

Wednesday, December 2, 2009

LONDON.

Hye hye! sorry lambat update pasal London. aku biasa la kalau duduk rumah memang malas sket. haha. em oke. aku rumuskan je la ye. kalau aku tulis panjang-panjang pn bukan korg teruja nak baca kan. hee. London betul sgt seronok. yg paling best, bila bercakap, keluar asap drpd mulut. wakakak. bengom. em org-org kat sana boleh tahan friendly la. tp diaorg bz je sentiasa. tade la nampak budak-budak muda melepak ka merempit ka. tade tade. tataw la plak kalau diaorg melepak dalam bar ke kan. ye la cuaca kan sejuk. larat plak lepak lelama kt luar kan? haha. tp diaorg sgt decent. first time aku smpai kat hotel, abh nak g check in, so aku kne tolong tarik beg abh. mak, abg dgn adek sume dah masuk dulu. tggl aku sensorg kat luar. pastu ada dua org remaja lelaki tgh tunggu nak masuk hotel gak. dia nampak aku mcm ssh je. ye ar nak tarik beg abh ag beg aku ag. terkial-kial gk la. last-last sorg tolong bukak pintu, sorg lg tolong angkatkan beg abh aku tu. decent kan? haha. lg satu, time tu tgh naik tangga kat stesen underground (NEH TREN BWH TANAH). ada la sorg nenek dgn beg agk besar tgh naik tangga, pastu ada sorg dak remaja (GAYA PAKAIAN MMG MCM AGK HIPHOPERS LA) dah smpai atas dh. tp die turun balik semata-mata nak tolong agktkan beg nenek tu. ha amcm? kalau budak Malaysia ada mcm tu? secara jujur la mengaku, aku mmg tak pernah buat mcm tu. haha. ha? bosan dah? oke. aku selang seli kan dgn gambar oke? hee.


jaket agk besar. jaket pinjam. disebabkan aku kurg inchi, tiap
kali pakai jaket ni aku rasa cm tetbe berubah jd penguin -.-


patutnye pic ni aku sorg je. tetbe mak nak masuk. tu jd cmtu. haha.


ni kt area nak smpai oxford street. first day tareti naik tren ag.
so jln kaki ja. penat kot. jauh gak la. seb baek sejuk ja udaranya.

oke. boleh sambung cerita? hehe. underground tu hari-hari kitaorg naik. kad dia kalau beli satu hari tu boleh pakai. bus pn boleh naik. senang kan? stesen dia mmg byk. kat mana-mana pn ada. pulak tu laju je. kalau terlepas tunggu la dalam 2 ke 3 minit. smpai la yg laen. mudah kan. byk gak pengalaman kt underground neh. ada sekali tu ktaorg nak g satu tempat tu. time naik tren, mak dpt tmpt duduk. ktaorg sume xdpt duduk. so cm terpisah sket la. bila dah smpai kat stesen yg sepatutnya turun, ktaorg takut mak tataw kne turun kat situ. ktaorg pn tak turun la. tetbe rupe-rupenya mak dh turun. ape ag, bergegas la ktaorg nk turun. tp last-last aku dgn abh tak lepas. abh pn buat tanda "TUNGGU KAT SITU". next station, ktaorg pn turun. naek yg belah sana pnya tren plak utk g kt stesen td. smpai smpai ja kat stesen td, cari diaorg tak jmpe jmpe. abh dah naik hangen la. ada la dekat doploh kali aku dgr ayt "ORG DAH SURUH TUNGGU PERGI JALAN BUAT APE!". haha. penat cari tak jmpe jmpe, last-last abh ckp kita balik hotel ja la. aku dah cuak sbb terigt kad aku ada kt mak. cmne nak keluar? smpai kt dpn tmpt keluar tu, abh kasik kad dia. aku pn keluar la. abh keluar cmne? abh buat kering je lalu kt belakang org yg pakai kad oyster. laluan tu besar sket. so dia pn lalu ja la. hahaha. seb baek tade pak guard time tu. lepas ktaorg dah selamat smpai kat hotel, tak lama lepas tu baru mak, abg dgn adek smpai. rupe-rupe nya diaorg tunggu kt station seterusnya. sbb abg ckp die buat tanda "TUNGGU KAT NEXT STATION". ha bagus la tu. communication breakdown sungguh. hee.

ada sekali tu plak, time tgh naek tren kami jmpe psgn suami isteri dari Malaysia. best je tgk diaorg. umur baru 25 tp tgh wt phd. haish. seronok betul. tp yg plg seronok taw ape? akk tu tnya aku "OH BERCUTI KE KT SINI. MESTI BARU HABIS SPM KAN? SBB TU PARENTS BWK BERCUTI". ngahahaha. aku ape ag, gelak memalu ar kunun. hikhik. diaorg otw nak g restoran bonda. restoran bonda mmg Malaysian pnye. so ramai ar org Malaysia mkn kt situ. ktaorg pn mkn situ gak. nk cari mknn halal cm sng gk la. sbb area ktaorg duduk tu mmg ramai org islam. so tade masalah sgt la nk cri mknn. oh bosan dah? jum tgk pic :)


ni depan stesen underground.


em belakang tu bangunan, errr arr emm. tataw. teheee.
oke. dah taw. dah google. itu Palace of Westminster :)


oke. itu Big Ben. aku taw! tayah google. hahaha.


belakang tu bkn Eye on Malaysia ye :p

apa? nak dgr cerita lg? dah suka ar tu dgr aku cerita kan? haha. perasan. oke. aku nak cerita ag satu cerita psl kt stesen underground. tak habeh habeh stesen underground ek? dah hari hari mende tu ja yg aku naek. hahaha. oke. sblm nk masuk kn ada tmpt kne masukkn kad kan. ala sama mcm naik lrt dgn komuter tu kan. pastu ada la sorg pacik ni dia nak masukkan kad tu kt tmpt yg kad tu akn keluar nnt. faham tak? berusaha keras jugak la dia. pastu adek aku tanya aku "EH. APA DIA BUAT TU?". hahaha. jahat betul. aku pn pergi la kt pacik tu "EXCUSE ME SIR. U HAVE TO ENTER IT FROM HERE". sambil tahan tahan gelak. pacik tu punya ar segan, tak pandang aku pn. ckp thank you terus bla. hahaha. kesian dia. eh. aku mcm dh mls nk taip la. tampal gambar ja la boleh ka? mesti korg rasa bahagia gila kan? tayah baca-baca. hahaha.








ni kt TRAFALGAR SQUARE. cantik kan?
warna warni kt air pancut tu indah betul!


ops. haha. tak masuk mulut. masuk hidung. salah bajet :p


singa yg kurg comel.


oh ini paling mengujakan! BERKIBARLAH..BERKIBARLAH..
BERKIBARLAH! JALUR GEMILANG! hahah.


ya. science museum. bukti aku tak tipu.
 pic entry di bwh mmg diambil dari sini ye :p


ni dalam science museum gak. mmg hebat oh?


em ni pic kt mana ntah. aku pn tataw nme tmptnye.
tp ktaorg duk cni sbb dah saket kaki berjln. hahaha.


 Madame Tussauds. rasanya semua taw kan ada apa kt dlm tu.
tp ktaorg tak masuk pn. mahal kot. ngahahaha. baek g shooping :p


oke. ni kt dpn Buckingham Palace.


mewah ye pigeon. mkn roti gardenia berkrim blueberry.


cantik kan.


sebab mak seorang Librarian, harus pergi library -.-


library diaorg sgt indah. tak terungkap dgn taipan papan kekunci.


aku mmg cpt bosan dgn mende mende berkaitan buku neh.

hehe. oke tak? cantik kan. hurm. tp seminggu memang tak cukup. tak habis jelajah pn ag dah nak kena pulang. wuwuwuw. nnt la pergi sebln ke dua bln ke (TU PN KALAU DPT SUAMI KAYA). oh kantoi MATA D ag. ngehehe. tp ramai jugak jmpe org Malaysia yg kerja dan belajar kat sana. ada sekali tu jmpe Indian Malaysian keje kt kedai ala ala 7E. ktaorg tanya dia jln nak g central mosque. dia boleh ckp bahasa melayu tu. hahaha. bagus betul. tp paling tak tahan, ada member dia sorg (BKN MALAYSIAN. TATAW BANGLADESHI KE APA) tanya kt adek aku "DO U SPEAK TAMIL?". ngahahaha. apa ag, satu mlm tu adek aku jd bhn ketawa ktaorg (SEBENARNYA SMPAI SEKARANG PN KTAORG BAHANKAN DIA PSL MENDE NI. HAHA). tiap kali ktaorg kutuk dia psl mende neh mesti dia keluarkan ayat "DIA TANYA CMTU SBB TGK MUKA AKU HENSEM MCM HRITHIK ROSHAN LA". gahahahaha. oke la. seingat aku kt awal aku ada ckp nak "rumuskan" je. cmni pnya panjang pn bleh kre rumusan ka? haha. pendek kata, London betul sgt indah. aku simpan harapan utk pergi lg. berhoneymoon mungkin? :p. oke ar. sbg penutup, hamek pic paling indah aku rasa :)



p/s: fuh. akhirnya berjaya "publish post" setelah hampir 3 hari dlm "draft". haha. betul pemalas.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails