Sunday, December 27, 2009

berbuat baik pasti dibalas baik :p

Aku rasa aku ditimpa ketuahan baru-baru ini (aku kira ini sebagai peringatan Allah. agar aku lebih sering bersyukur dgn nikmat Nya. kantoi tak selalu bersyukur sebelum ni. haha. manusia manusia)

24/12/2009.

      Petang tu mcm biasa keluar makan malam dgn kwn. tetbe kwn aku jmpe kwn sekolah dia yg dh kerja sekarang. dia pn ajak duduk semeja. aku rasa dia ajak-ajak ayam je. tp tataw la kalau dia rasa dia bukan ajak-ajak ayam. yg pasti kwn kpd kwn aku rasa itu bukan ajak-ajak ayam. maka kami pn makan semeja. dia dtg dgn adek angkat dia. yg aku rasa itu sebenarnya gf dia. pastu aku rasa kwn aku pn rasa tu gf dia (ha. ha. pening tak? pening tak? sekarang korg rasa apa? mesti rasa nak sepak aku kan? haha). dah abis makan, time nak bayar, kwn kpd kwn aku tu tolong bayarkan makanan kami sekali. bertuah oh? taw nak dpt mkn free mesti aku order tom yam ayam, kailan ikn masin, telur dadar dan keropok. fhew. sedapnya. pastu air plak icby cappuccino ke. haha. tamahak!

25/12/2009.

      Hari natal. ketuahan pertama, aku berjaya keluar dengan kakak bermata besar. hehe. pastu kami berjalan di jusco dgn tujuan mencari-cari kasut idaman hati. tgh mencari-cari, muncul pula abg berlesung pipi (yakni tunang kakak bermata besar. kan. kan. dpt bygkn tak kalau diaorg dpt ank nnt mcm mana? dah la mata besar, ada lesung pipi plak tu. huih. serius comel. haha). so jalan sama-sama. tiba time solat jumaat, abg berlesung pipi g mesjid. kami masih di jusco. tiba-tiba Polo buat jualan murah 80%. sejam je katanya. aku pn apa lg, g ar serbu tgk handbag. dpt sauk 2. tunjuk kt kakak bermata besar. dia kata besar sgt. cbe cari yg kecek sikit. masuk semula ke medan peperangan. aku dpt sauk satu beg agk kecek. wane ceklat tp nya. tunjuk kt kakak bermata besar. dia kata kalau ada wane itam ag best. takpe. aku cuba berjuang lg!

      Dengan hati yg tekad, aku masuk ag sekali sambil dlm hati "ya Allah tolong la aku. aku nak  beg ni wane itam" (poyo gila. tak ilmiah langsung doa kau tu). tiba-tiba ada org letak beg wane itam yg mcm aku nak tu. wah! happy gila. aku pn pegang ar beg tu. tetbe aunty cina kt sebelah aku pn pegang beg tu. berlaku la sedikit adegan tarik-menarik yg selalunya hanya dapat dilihat di kaca tv rumah anda (malu gila. harap CCTV tak rakam babak tu). "EXCUSE ME" kata aku sambil tarik kuat sikit beg tu. nasib baik dia lepaskan. tp muka mmg nmpk tak puas ati gila. kalau boleh cakap kelantan mesti dia nak ckp "NATE MU!". habis sesi tarik-menarik, perut pn rasa lapar (banyak tenaga kot guna nak tarik beg tu).

      Kami pn pergi la mkn kt Johnny's (tak tahu betul ke tak eja cmni). first time aku mkn steamboat. gila teruja. disebabkan terlalu gelojoh dan teruja, lelangit aku burned sebab makan ciken ball yg masih panas. padan muka. tareti menyabar (sampai sekarang masih sakit woo). haih. ni sume salah Deni. eik? haha. pas dah abeh makan, abg berlesung pipi bayarkan. bertuah kan aku? hikhik. tu je lah nak cerita. tade la bertuah sgt pn. tp sbb dpt mkn free dua kali kan. so aku rasa mcm bertuah gila. oh ada ag satu ketuahan. time nak balik, naik kereta abg berlesung pipi. jimat 2 hengget aku. boleh beli Kosmo hari esok dan lusa. pastu, baki 6 pohsen boleh beli mamee monster 2 peket (mcm hebat matematik plak tetbe).

p/s: aku masih belum jumpa kasut idaman hati. siapa sudi keluar dgn aku? mana taw korg ditimpa 'ketuahan' jugak kalau aku berjaya jumpa kasut idaman hati? haha.

.end of entry.

6 comments:

Ery Farieha said...

kes tarik menarek? hahahaha. da pnah alami ek. ery x pernah lg =P

otak ketat said...

tu ar. segan gila. ingatkan adegan tu dalam drama je ada -.-

Razman said...

haha..aku suka cre ko bcte..rasa nak lempang...

otak ketat said...

haha. aku suka cre kau komen. rasa nak sepak :p

Anonymous said...

slamat kes berebut tu xjadi mcm cite hannah montana the movie..huhu
btw,it's just a bag..huhu..

i peminat u la (ipul)

otak ketat said...

haha. it is not just a bag lah. it's a POLO bag with a cheap price! haha.

Related Posts with Thumbnails