Wednesday, December 23, 2009

6 FAKTA MENARIK ZAMAN SEKOLAHKU


1. Aku pernah kena sebat 6 kali kat tapak tangan. 3 tangan kanan, 3 tangan kiri. sebab conteng tandas sekolah. kamon la. nak kreatif sket pn tak boleh ke? esoknya dapat cuti umum untuk mengecat tandas sekolah tersebut. sebelum cat, aku conteng sepuas hati dulu!

2. Cekgu sekolah aku rajen merajuk. asal ktaorg bising sket ja mesti buat muka habis kecewa pastu duduk kat depan sambil menyepikan diri. cukup 2 minit, terus blah bodoh je. alahai. biasa la, nama pn budak sekolah. kalau tak bising orang cakap tak pintar plak. yg pelik, cekgu perempuan je slalu cmni. npe eh?

3. Gara-gara memakai kasut jenama North Star yg lebih berupa kpd sneaker berbanding kasut sekolah biasa, aku dituduh sebagai anak org kaya. huk aloh. padahal aku pakai kasut tu sebab tapak dia tinggi. agpn jenama North Star je kot. bukannya Aditas mahupun Nikki. rilek sudah. korg pn boleh beli apa. jom g bata. aku teman.

4. Cekgu subjek kemahiran hidup aku adalah cekgu yg paling aku kurg respect. siapa suruh dia menyerlahkan kekurangan pandaian dia dgn mengeluarkan ayat "EKAU NI LAHIR KEK LUAR NOGORI. TP PASAL APO KULIT EKAU GOLAP JA HAAA?". sebab malas nak tunjuk aku genius berbanding cekgu tersebut, aku biarkan sahaja soalan beliau tidak berjawab. aku harap sekarang beliau dah temui jawapan untuk soalan tersebut. hesh. kesian (sambil geleng-geleng kepala).

5. Pernah sekali tu buku teks aku tertinggal kat asrama. nasib baik kawan sebelah meja aku bermurah hati nak share buku teks dia. tapi tiba-tiba bila dia tahu aku berbeza fahaman politik dengan dia, lantas dia tarik buku tu sambil berkata "ELEEHH. DAH! TAYAH SHARE BUKU DENGAN AKU LG!" eik? padahal dia yg start topik tu.

6. Dek kerana gagal satu subjek, aku pernah didenda berdiri di atas kerusi di tengah dataran sambil memegang kertas yg bertulis "SAYA GAGAL SUBJEK INI DAN BERJANJI UTK TIDAK AKAN GAGAL LAGI". malu gila oke. ini tips untuk menjadi femes dalam masa yg singkat. keberkesanannya tidak perlu diragui. tak percaya boleh cuba esok.

p/s: aku ingat nak buat part II plak nnt. boleh ka? haha.

.end of entry.

19 comments:

Fatt Chin Choy said...

mcm rasis plak cikgu kemahiran hidup ko tu
haha

farah hanani said...

best giler...
hahaha

Saya tension exam dah dekat said...

Hahahahaha...really release tension kite baca post awak neh!!..sile buat post II!!!..^_^..

saya nak belagak said...

Oh..by the way..pakcik Ishkandar ngn makcik Arfah nak datang India 30hb neh..anda tak mahu ikot ke?..kirim barang ke..ekekeke..;p

ZuRaNaI said...

haha..
tarik bku tu yg pling xbley blah skali..
ngokngek..hiii~

otak ketat said...

fatt,
apa boleh buat. time tu tade kempen 1 malaysia.

nani,
mesti kau mcm kenal kan cekgu no 2 tu?

sy tension exam dah dekat,
exam keluar soklan pasal ni ke nnt?

sy nak berlagak (mmg sifat wajib anda),
nak kain sari warna hitam. sekian.

zuranal,
tolong jgn praktik kan.

cik EPAL said...

EDEN PON OGHANG NOGOGHI ;)

Khaleeqa Idrus said...

HAHAHA kak huda! I like this post, like so so much. Mmg menanti part kedua haha.

Eeqa tak pernah tak ngam ngan ckgu. Because since I was in primary school, eeqa budak skema. Smp tingkatan empat baru start tak suke ckgu tu, tak suke ckgu ni. Sbb fikir diri bgs sgt mase tu. -.-"

Dan eeqa pun pakai kasut north star. Tp nmpk mcm eeqa pakai selipar jepun sbb tak prnh basuh. Hitam kalahkan negro. Wahahaha :D tak senonoh perangai kus ><"

Ms.Independant said...

Memang comel huda ni.
Yang last tu comel gilerr!!!
Klo ade gamba mesti ley tag cikgu yang denda huda tu skali kat FB.
Hehehe

:P

otak ketat said...

cik epal,
boleh geng dgn cekgu k.h aku. nak no dia?

eeqa,
hee. kesayangan cekgu ah neh. mesti best kan.
uh kasut kotor la baru nampak hebat. haha.

kak frh,
fhew. malu la. sempat plak nak bergambar bagai :p

saya yang baik said...

hahaha..orang suruh dia kirim barang kat org jauh di India neh..dia pesan barang plaks..iskkkk!!...hahahaha..baiklah..saya cuba kirim nanti..^_^

otak ketat said...

oh ye ke? salah tatabahasa kot? haha. ala nak kirim apa. kirim salam sayang ja lah. boleh ka? hehe. ag satu, cepat sket balik Malaysia. i dah tak sabar nak rasa makanan korean :p

fiD said...

hahaahahhahaha... baru jew kat tangan, aku kat buntut nie, heheheeh...

paling aku xleh lupe. form 2 aku kena lepang sebab lambat pickup jawab soklan pithgoras, haha

tapi aku besyukur jugak coz lepas kena lempang tue, sampai sekarang math aku x mengecewakan, heee

otak ketat said...

wowww. gila ganas sekolah kau. siap main lempang bagai. yg kau kena sebat kt buntut pasal apa? berak merata ka? :p

imah abd rahman said...

huda..pnh kne cubit skru kat perut x mse skolah dlu?power gle tgn cikgu skola rndh kte dlu..drjh 5..cubitan skru perut yg sgt femes..haha~

otak ketat said...

haha. taw taw. tp tak pernah kena kot. mau
berlebam sebulan perut kalau kena tuh :p

rose... (~_^) said...

hahah... mengimbau kenangan silam la ko nie..... bagus2...;p

FATIN kiddy said...

bru bace part 1 nie..hihi.. best arr k.huda niee.. ngeee..lenkali akk lempang jek cikgu tuh..hikhik

otak ketat said...

hehe. cekgu yg mana satu eh? semua ke? wah. lebam jugak tgn akk kang. haha.

Related Posts with Thumbnails