empat hati empat jiwa
yang sedang rasa cuma dua
kisahnya mungkin berbeza
penghujungnya bakal sama
kata dia senyum itu peneman setia
tiap kali usai bertemu pangeran hati
kata aku kalau bahagia yang dirasa
nikmati sedaya mampu selagi ada
dua pilihan dengan ungkap atau diam
dua jawapan dibentang kasih atau dibiar mati
kerana rasa tidak akan terungkap pasti
perlahan mula disimpan kemas dalam hati
andai takdirnya kelak menjadi empat rasa
kisah bahagia dikhabar indah pada langit
walau takdirnya kekal dengan dua rasa
kisah bahagia masih setia menemani
sedangkan itu pencipta riang tawa
salahnya apa untuk dibiar mengalir
yang dirasa teruskan sahaja tanpa henti
kerana esok belum tentu ianya masih ada
.end of entry.