Monday, October 25, 2010

ini puteri yg dah di remix. yawww.

dulu waktu zaman aku skola menengah, setiap hari rabu aku mesti bertukar jd power rangers pink. comel kan? aku rasa hari rabu adalah hari di mana aku kelihatan sgt comel. hari-hari lain tak sgt comel. cuma sgt-sgt comel ja. kah kah kah. meluat kan. aku pun meluat gak. mcm mana la korang boleh tahan baca blog budak perasan mcmni. tak faham aku. takpa. tak penting. yg tu kita bincang nnt.

kenapa jd power rangers pink? sbb nak pergi dating kt perpustakaan skola dgn power rangers merah la. power rangers merah kan kacak bergaya. awww. haha. cokia gila lawak kau huda. nak gelak pn rasa serba salah. oke fine. sebenarnya sbb aku ahli persatuan puteri islam. memang. memang aku sengaja jd ahli persatuan tu. org tua-tua kata apa, sediakan diri sebelum menjadi isteri CEO? ha yg tu lah. aku kan mmg minda kelas pertama punya orang? (bab ni je lah).

selama aku jd ahli persatuan puteri islam ni, byk kaedah jahitan yg aku dah belajar. kau cakap je nak jenis yg mana. jahit jelujur? jahit silang pangkah? jahit insang pari? insang cencaru? semua aku boleh buat. serius tak tipu. aku siap pernah jahit baju kurung kot time tu. hebat kan aku? lepas spm, ada gk Jovian Mandagie offer aku jd share partner dia. rilek je aku tolak. nak sambung belajar konon nya.

tp itu dulu la. dulu. sekarang, ehem. bukan tak hebat dah. masih hebat. cuma skill tu dah kurang la. biasa la. kalau dah lama tak praktis, mmg la cmni kan? td aku nak jahit seluar kt bahagian zip kaki. atas keyakinan dan iman yg teguh, aku pun mula menjahit. bila dah settle, aku senyum senget sebelah tanda "hmph. enteng. tak mencabar langsung". rasa bangga dgn diri sendiri. bukan ramai anak gadis yg boleh menjahit mcm aku di zaman Satu Malaysia sekarang ni. lepas dah siap pakai seluar, aku usha balik jahitan aku...









fhew. boleh tahan smart kan? style habes. ni org panggil jahitan 3D nama dia. tak. kalau kau tak pernah dengar atau tgk jenis jahitan ni takpa. jgn nak rasa down ke nak lari laju-laju langgar dinding ke nak telan ubat gegat ke apa bagai semua. sbb ni mmg jenis jahitan yg rare. one of a kind gitu. mmg jarang org dpt tgk jenis jahitan ni. ni kira korang bertuah la dpt tgk. pergi buat sujud syukur sekarang.

sebelum berpisah, saya tinggalkan anda dgn soalan trivia minggu ini. adakah Nurul Huda Rahim akan buka dan jahit semula seluar beliau tersebut? jgn berlengah! hantarkan jawapan anda ke kotak komen di bawah sekarang dan menangi hadiah berupa jahitan 3D percuma selama satu minggu! (tidak termasuk hari sabtu dan ahad).

.end of entry.

22 comments:

Cik Cha said...

Nurul Huda Rahim tidak akan buka untuk jahit semula seluar. tima kaseh.

Ery Farieha said...

hohoho

puteri islam ye dulu?

ery tunas puteri sbb nak pkai skirt

kah3!!

Yot | is | Yati said...

kamu tidak akan membukak jahitan tersebut kerana ia unik dan rare!

Ain Rusli said...

aku rasa lepas Jovian Mandagie baca ttg yg ni. msti dia call kau balik untk ajar dia cre jahitan tu.

dn jwpan aku. jgnlah bukak. aku sungguh suka. kau sepatutnya memakai seluar itu sewaktu bermain hoki. msti pemain hoki akn iri hati sama seluar kau.

bye :)

fadh_q said...

jawapan aku; kau bukak. tapi tak buka semua lah sebab kau malas nak jahit semua balik. erh, boleh eh bukak sikit2?

weh, kalau camtu boleh la kau jahit suar jeans aku. koyak kat lutut lah. aku tak suka jeans2 koyak ni. aku bukan nye rockers.

Anonymous said...

wow! seni jahit guni

otak ketat said...

cik cha,
wawww! tahniah! sila tuntut hadiah anda dalam masa 24 jam. sekian terima kasih.

ery,
cek eleh. nak bajet ayu aja! haha.

yot,
keh keh keh. sebenarnya lebih kpd sbb aku malas. ngeee.

ain rusli,
betul la weh! jovian text aku td. minta ajar cara jahitan 3D. haha. tp aku tareti main hoki. cmne? aku reti main getah ja. pun boleh kan?

fadh,
utk buka sket2 pn aku tak cukup rajen weh. maka biarkan sahaja dia begitu. hee. ah. jeans koyak beli baru sudeh.

anon,
nama dia jahitan 3D. tolong respek sket nama dia oke. haha.

piNky LuCiA said...

hahaha.. cubaan yang bagus. =P

otak ketat said...

ini perli ka kutuk neh? heee. takpa. makaseh juga la! :p

avid gunner said...

hari rabu hari budak2 pengakap tunjuk macho depan dak2 pompuan. sape paling banyak lencana, banyak la pompuan datang nak tanya. haha.

otak ketat said...

haha. kau berapa byk lencana ada? oh takpa. tayah jawab. aku tahu. satu ja kan? tu pn lencana sekolah yg wajib tampal kt bhgn poket tu. hehe.

fadh_q said...

awak, jeans baru tak sama dengan jeans lama ye wak. jeans lama sangatlaa sentimental. itu sebab orang bukak kedai repair seluar jeans

otak ketat said...

ye ka? alahai. dgn seluar jeans pn nak beremosi ka? haha. entah. aku kalau ada jeans baru, jeans lama semakin dilupakan. haha.

e-liex said...

xyah buka. tetibe suar tu ada poket tambahan~

otak ketat said...

haha! tp poket berlubang lah. minta tolong tampal sket dulu bleh ka dokter? :p

Kuwe said...

apa kaitan pulak puteri islam dengan menjahit?


ada belajar menjahit ke apa benda? takda buat ikatan sekali?

otak ketat said...

ye ah. nama puteri harus la kena belajar menjahit. takkan nak belajar main karom plak. kah kah kah. ikatan takdak.

hannamaruku said...

*TENGAH SUJUD SYUKUR*

otak ketat said...

tayah menipu la hana. nak baca apa time sujud syukur pn kau tak hapal kan? mcm aku tak tahu. kah kah kah.

Zulfahmi Abidin said...

hahaa.tuh la aku suro ko masuk raja lawak ko tak nk.ko masuk puteri islam buat ape.aku rase ko mmg bukak jahitan tuh sbb ko kan mcm rajin jer kan.

honestly aku akan jadi biggest fans blog kau.sbb aku rase kau pon mcm aku jgk.bhahahahaahah.okey.apesal aku gelak? sila jangan pikir pasal ayam kalau tak lawak! okey ko pikir.mmg aku nie lawak rupenyer.

Nurul Huda Rahim said...

haha. ngeng. tp kalau aku fikir pasal ayam mekdi pn dikira juga ka? ngahaha. eh tp apsal kau nak rasa aku mcm kau plak? tanak tanak. aku tanak mcm kau. keh keh keh.

Zulfahmi Abidin said...

ayam mekdi ke bapak ayam ke ayeem ayam ke aku tak kesah.janji ayam.

tah lah knape aku tulis mcm tuh smlm.salah tulis kot tuh.aku lupe pdam.sory.^__^

Terkini: 1. Entry Ke-47 Nie Entry Paling Panjang Aku Pernah Tulis 2. Bila Aku Jumpe Perempuan Yang Aku Benci 3. Selamat Hari Raya Aidiladha

Related Posts with Thumbnails