Friday, October 8, 2010

aku pn waja juga! (wlpn tak bwk kete waja)

td on the way nak balik rumah, aku drive duk kt lane kanan (fuhyo, Nurul Huda Rahim yg tak hebat memandu stay kt lane kanan! bergaya nya! sila kagum). tiba-tiba ada seekor waja yg sgt laju kt belakang kereta aku. dgn semangat yg waja, dia angkat lampu tinggi sekali kt aku. atau dalam bahasa baku nya bermaksud "hoy tepi la! kau tu dah ar kecek, lembap plak tuh!". oke fine. aku terus kesok ke kiri.

tp tp tp, org berlagak dan poyo selalu rugi. dia tak tahu sebenarnya kereta depan aku td yg slow. sbb tu aku pn terpaksa slow. sekarang si waja pn turut sama slow. kah kah kah. mari kita gelakkan dia beramai-ramai. maka oleh kerana aku seorang yg agak poyo, aku masuk lane kanan balik. cucuk baik punya belakang si waja. lalu dgn hati yg sedikit waja juga, aku kasi angkat lampu tinggi sedas. 

lepas aku angkat lampu tinggi, aku terus kesok ke kiri balik. sebab dah exit bangi. jd apa motif aku angkat lampu tinggi kt dia? bukan. bukan bermaksud "hoy tepi lah kau lembap!". tp ianya lebih kpd "eh hye si waja. kita berjumpa lg? tak sangka! dgn kadar kelajuan kau yg td, igtkan kau dah 12,0000 km jauh di depan aku! kikiki".

dah habis cerita. moral of the story, aku suka gila lagu maroon 5 yg misery tuh! oh eh. mcm tade kaitan. jap. aku cuba cari moral lain. ha oke. moral of the story, jgn bwk kereta waja dan berhati waja dgn mengangkat lampu tinggi kt org. boleh mcm tu? hehe. oke dah bye!

p/s: jgn bagitahu si waja yg aku sebenarnya baru blaja cmne nak buat lampu tinggi tu. sbb dah pandai buat, terus aplikasikan. hee. si waja, kau org pertama kena lampu tinggi drpd aku. terharu tak? 

.end of entry.

15 comments:

siggplus said...

aku rasa kalau dia baca ni dia bunuh diri.

fadh_q said...

err...kau nak tau satu taktik best tak kalau ada orang kasi high beam kat kau?

......

dia kasi high beam kat kau, kau break mengejut weh! sirius best!

Anis Che Rusli said...

lepas ni aku nak suruh ayah aku letak lampu banyk2 kat kereta.
dan kalau aku jumpa kereta kau. aku kasi lampu paling kiri.
tahu lampu apa tu?
"hey awek, kahwen jom"

otak ketat said...

sigg,
eh kenapa plak? terlampau terharu kah? ekeke.

fadh,
ah. tak pepsl dia hentam kereta aku kt belakang. dah satu hal plak. kalau kacak takpa gak. ngahaha.

anis,
wawwww. lepastu aku balas, lampu tinggi dua kali. maksudnya "jom! kt narathiwat!"

fndrocka said...

Main lampu tinggi tu macam ala-ala.sarkastik

otak ketat said...

kalau main hon? ala-ala apa plak? hee.

Razman said...

waktu mula2 aku bawa kereta form 3 dulu, aku bajet nak bagi lampu macam bapak aku selalu buat. aku rasa macam cool gila bagi lampu. tapi ntah kenapa viper yang bergerak. musykil.

nurzamfaiz said...

haha. anda sangat waja. mesti terharu dowh kalau pemandu waja tu bce ni. ade entri special utk dia. haha :))

otak ketat said...

razman,
dari form 3 kau mmg dah sediakala bengong kan man. aku tumpang simpati.

faiz,
tuh ar. bkn sng nak dpt entri khas. ehem. yg dpt entri khas, tareti2 nak blanje ke? ngaaa.

Farah Hanani said...

bongok la lu nyer cta..siot jer...
tapi orang gitu mmg kecoh..
baru pakai waja dah heboh..haha
kalo mood aku baik, aku ke kiri..
kalo mood aku tak baik, aku buat tak tahu & makin memperlahankan kenderaan..agak2 dia nk buat apa?? haha..

Greenee said...

hhaha terharu laaa pemandu waja berkenaan. tssk ahah!

nurzamfaiz said...

entri khas? belanje?
haha. mcm terasa pulak diri ni. haha

conteng conteng said...

yeah. memang patut pun kena camtu! huhu. patut hon je sekali. haha

otak ketat said...

nani,
tuh ar. kalau audi, aku tak kesah. mmg awal2 aku dah ke tepi. ni sbb waja ja pn. wakaka. paling-paling pn dia hon, pastu dia potong kau ikut kiri then dia kasi jelingan maut. haha.

greenee,
hehe. kau ke si waja tu? ngaaaa.

conteng conteng,
haha. tak sampai hati la nak hon. sy pemandu berhemah. kah kah kah.

otak ketat said...

faiz (ops tertggl),
haha. terasa ka? lalala. tak tahu tak tahu :p

Related Posts with Thumbnails