Tuesday, May 24, 2011

tentang dia (4).

kau pernah tak rasa rindu yang lain mcm sket. 

rindu yang bukan macam rindu normal.

rindu yang bukan dpt msg terus riang. 

rindu yang bukan dgr suara terus ok. 

rindu yang agak berat.

baru lepas ketemu.

masih rindu.

tetap rindu.

haih.

r
i
n
d
u

oke fine. aku angau kt tunang sendiri. sekarang nak pergi buka lagu 3 doors down kuat-kuat sambil nyanyi kuat-kuat dgn harapan boleh buat rindu pergi sekejap. bukan. dia takkan pergi. takkan pernah. mungkin, boleh suruh dia duduk sopan-sopan dalam hati sekejap. boleh ya rindu? please. thanks :')

.end of entry.

Friday, May 20, 2011

apa kecek naa dunia neh? bleh plak terjumpa blogger picisan ni. kenapa la aku tak terjumpa blogger yg lebih femes? kn lg best? kah kah kah.

td aku pergi mkn dgn supervisor dan kwn-kwn praktikal. dari luar aku dah perasan sekor budak ni duk ngusha aku. aku pn dah mcm cuak-cuak ubi la. "eh apahal budak ni usha aku semcm ni?? dia igt aku tade duet ka nk mkn kt secret recipe ni? mmg la muka aku selekeh sket. tp tak semestinya aku takdak duet!". bentak aku dalam hati. marah betul aku kalau bab-bab isu dabel stended ni. 

tp takpa la. aku masuk dalam tu buat-buat bodo lg. tp budak ni senyum lain mcm sket. mcm minta penampar pn ada. kalau nak, cakap je la. aku bleh ja kasi sedas dua. haha. sbb dia dah beria naa senyum, aku pn try la usha muka dia. bila dah lama-lama usha baru "eh! kau shax ke??!!" yg dia pn makin lebar senyum. amboi kau. bangga ye aku kenal kau. hahaha. "ye ah. aku dari td dah perasan kau. tp mcm pelik je tgk kau ayu sgt!" kata shax. ceh. mmg ah kena berlakon ayu. nama pn nak keluar mkn dgn supervisor. haha.

so shax pn amek order apa bagai semua. anta makanan air semua lah dia buat. rajen nak mati habak hang budak neh. dari awal aku jejak kaki ke secret recipe tu smpai la aku nak balik, keje dia duk melipat kotak kek ja. haha. gila rajen. lepastu bila kitaorg baru letak sudu garfu lepas habes makan, laju ja dia dtg sambil "emm dah habis makan ke neh?". peh. efisien nak mati. keh keh keh. aku pn tanya la dia "apahal kau ni nk agkt pinggan laju-laju? tak cukup pinggan ke apa?" haha. dia kasi jawapan standard "prosedur weh". hak ptuih.

lepas aku dah nak blah, aku kasi no tepon kt dia. bkn apa, aku dah tanya dia dulu awal-awal "nnt kau boleh ar blanje aku mkn kt sini?". dia jawab "oh boleh ja". hah. sbb tu aku kasi no aku. kalau tak, jgn harap ah. kah kah kah. apa pn sumpah teruja jumpa shax. wlpn takpat nak sembang sgt. maklum ah, dah keje duk melipat kotak ja kan. malas aku kacau. eh kau jgn la nak tanya soalan tipikal mcm bila ada gathering blogger bagai tu; "gambar sama-sama tade ke?" "gambar tunjuk kasut tade ka?" "gambar mulut muncung sket tade ka?" "gambar buat bintang drpd tgn tade ka?". tade tade. mmg tade sekeping gambar pn. jadah nya nak amek gambar dgn shax. bknnya kalau aku post gambar aku dgn dia trafik blog aku naik mendadak. lain la kalau amek gambar dgn honeykoyuki. kui kui kui. oke dah bye.

p/s: oh shax. sorry lupa nak tanya td. lutut kau yg luka dulu tu dah oke ka? mana taw masih ada rasa sengal-sengal lg ke kan. bleh aku tolong bwk g spital selayang. keh keh keh :p

.end of entry.

Tuesday, May 17, 2011

tentang dia (3).

hari ni awak tanya lg soalan yg sukar utk saya jawab.

"awk rasa kita ni pasangan yg ideal ke?"

saya lengahkan masa untuk jawab soalan awak.

"emm saya tak tahu la. saya jawab nnt boleh tak? otak saya tengah tepu la. mkn ayam penyet ni. pedas sangat"

***

sayang, awak nak tahu kita ni pasangan ideal atau tidak ye. sumpah saya tareti nak jawab cmne. tp saya rasa awak sendiri sedar yg kita sgt berbeza. pasangan ideal awak ckp maksudnya pasangan yg serasi. jadi bila kita berbeza, adakah kita boleh digelar serasi?

emm kalau awak ingat, awal-awal kita kawan dulu pn saya dah pernah ckp dgn awak. saya rasa susah sangat nak berkawan dengan awak ni. ada aje mende yang tak kena. sampai saya dah give up pastu saya cakap "eh saya tak faham kenapa susah sangat kita nak berkawan. mungkin kita memang tak sesuai langsung. nak berkawan pn tak sesuai. so takpa la ya. saya minta maaf sebab tak boleh jadi kawan awak" (lebih kurang la kot. sy pn dah tak ingat ayat nya cmne. heee). ya betul. memang saya rasa sangat-sangat sukar untuk berkawan dengan awak. saya sendiri pn tak faham kenapa. sebab selama ni saya kawan dgn lelaki semua senang ja (ewah. nak bajet-bajet kau terer la bab-bab kawan dgn laki neh? haha)

tapi entah mcm mana, kita berjaya juga kawan. dan kemudian kapel. masa kita kapel awal-awal dulu pun saya rasa susah sangat. kalau awak perasan, tiap kali kita keluar deting, mesti saya ada nanges. hoho. gila segan. ada aja hal nya. antara hal yg paling sy igt, time tu awk jumpa kawan awak tgh jalan. sy duk jauh sket. konon tanak kacau korang berborak. tetbe rasa nak terkencing. sy pn main ikut suka hati ja g toilet tgglkn awak begitu sahaja. kah kah kah. awak punya marah time tu usah cerita la. awak kol sy; "AWK KAT MANA NI? APAHAL AWK MAIN BLAH CMTU JA? AWK TAK BOLEH LA BUAT MCMNI!". saya tak sempat nak jawab awak dah hang up. perghh. gila cuak oh kena marah. tu yg menanges-nanges tu. haha.

banyak lg hal nya kan. kita sama-sama tahu. tak perlu la saya cerita semua kt sini. yg org lain nampak, mmg mcm senang ja. awal tahun kenal, tetbe kapel, tetbe tunang, tetbe nak kawen. haha. padahal in between semua tu orang lain tak tahu. kita ja yang tahu. tp takpa la. semua jadi kenangan untuk kita kan? boleh cerita kt anak nnt. hee.

kita memang berbeza sayang. saya mcm banyak main sket. awak banyak serius. sebab tu bila awak tengah cakap pasal hal nak beli tanah utk masa depan, saya boleh tetbe cakap pasal hal kete orang sebelah cantik sebab kt bhgn tmpt buka pintu dia ada lampu. haha. antiklimaks bak kata awak. elok duk kt india. senang biar kena bakar ye. lol. kejam oh. hehe. saya tak berapa suka plan benda sebab saya lebih gemar buat benda ad hoc. awak memang seorang planner yang berjaya. semua mesti nak teratur dan ada plan. tak boleh main belasah ja. heh. tp takpa la. berbeza baru rare kan? :p 

nak kata pasangan ideal ke tidak, saya tak pasti. yang pasti, awak boleh melengkapi saya. kekurangan saya, awak boleh terima dan sorokkannya dengan kelebihan awak. terima kasih untuk itu. saya berharap, walaupun kita mungkin bukan pasangan yg ideal, tapi kita akan jadi pasangan yang saling melengkapi. bukan untuk sekadar hari ini, bukan untuk sekadar esok, tapi untuk selama-lamanya.

amin.

all i know is i'm lost without you 
i'm not gonna lie


p/s: walaupun awak muntah dalam kereta saya, awak tetap ceo of my heart sayang. dan ya. walaupun awak tengah muntah, awak masih tetap comel. tetap hensem. tetap sweet. tetap kesayangan saya :')

p/s/s: meskipun awak kesayangan saya, tak bermakna muntah awak bau wangi mcm sabun dynamo. sumpah pahit oh muntah awak. haha. sy buh sanitizer. harap boleh hilang la bau dia. keh keh keh.

.end of entry.

Monday, May 16, 2011

ini mmg boleh mengundang 'unfriend' di hati.

hey hey. memandangkan aku nak kawen nnt (haha tanak kasi tahu bila tarikh nya. nak buat pengumuman terkejut tetbe nnt. aku kan gila glamer sket? :p), maka aku ada hobi baru sekarang. yakni membuka fb dan mengusha gambar kawan aku kawen. ye lah. mana yg baik, yg boleh aku ikut utk mejlis aku nnt, aku jadikan tauladan. yg buruk aku jadikan sipadan (LOLOLO protes nak g sipadan la tu. ehem, sayang. kalau awk baca entri ni, tolong la bwk sy g sana satu hari nnt ye :p). mana yg aku rasa oke, aku pn "OH BLEH AH NI BUAT CMNI TIME MEJLIS AKU NNT". mana yg aku rasa buruk, aku pn "HUKALOH. GILA TADE TASTE. MACAM NI KAU PANGGIL MEJLIS KAWEN KE OI?? DAH SERUPA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 6 KENARI JA!" haha. tak. tak. kejam sgt. tak baik kutuk mejlis kawen org. nnt org kutuk mejlis kawen kau padan muka. huu. 

biasa ah, kalau kau kawen hari ni, takkan malam tu juga kau apload gambar kawen kau kan? malam tu mesti ada misi yg lebih penting. kejadah plak nak apload-apload gambar. haha. silap haribulan, terus lupa password fb kan lepas kawen. happy sgt dah kawen. hee. so kalau mcm pesen aku ni yg tareti menyabar, maka aku akan buka pej kekwn lain yg pergi mejlis kawen tu. bleh ar aku usha sepam dua gambar kawen kawan aku tu. maka di sini lah kejadian masalah nya berlaku. tajuk album meriah dah "MY BESFWENZZ WEDDING", "HARI PENYATUAN HATI EX-RUMATE KU YG RAJEN PAW CEKEDIS AKU DULU", "MEJLIS PERKAHWINAN SITI NUR TUKINAH BT HAJI MOHD HARUN", "SOLEMNIZATION OF SELLY & ABDUL KASSIM" etc. 

tp bila kau buka, perghhhh. penuh muka dia dgn kekwn lain berposing ja. ada yg buat mulut muncung sket. ada yg buat pis terbuka luas kemudian di rotate kan 90 darjah ke kiri dgn posisinya diletakkan di celah mata kanan. ada yg buat bentuk love drpd tgn masing-masing (ataupun sebelah tgn dia, sebelah tgn kwn lain. awww shooo shwettt). dan bermacam-macam gaya lg la. dahtu gambar pengantin?? ada la terselit sekeping dua. tu pn dari jarak kejauhan 12 km. yg lain-lain gambar, cuma nampak hat kain pengantin sket, tangan pengantin sket, dan veil pengantin sket. adeyyy. kuciwa weh. aku nak tengok gambar pengantin. maka kau seimbangkan la nisbah gambar kau dan kekwn dgn gambar pengantin. kalau tak boleh 5:5, mungkin boleh 3:2 ke. ini tak. ada ke 4.99:0.01 -.-

ada yg lg teruk, langsung sekeping gambar pengantin pn takdak! dgn door gift bley plak kau amek gambar kan. dgn pengapit lelaki yg muka mcm jared padalecki lg laju kau amek gambar kan. tp dgn pengantin haram tade amek nya. aduhai. cmtu kau tayah buat album bertajuk meriah sgt ah. sumpah kasi harapan palsu nak mati kt org mcm aku neh. haih. kecewa. tolong ubah sikap ye kawan-kawan. dah sekarang kau pergi delete album mcmtu kalau kau ada buat. sblm aku unfriend kau. kah kah kah. oke dah bye.


CONTOH BAGUS

row pertama ada la 2 3 keping gambar kwn.
row ke 2, 3, 4, dan seterusnya, gambar pengantin. bagus!
(ehem uyun. gambar kawen aku pn tolong buat  mcmni ye nnt :p)



CONTOH KURENG

err. td dah buat dah. tp takut org tu terasa. maka dah delete.
ala tp faham-faham sendiri ja la kan? jgn kan row pertama, smpai ke row dua puluh tiga pn belum tentu ada gambar pengantin. sume gambar dia dan kekwn dia ja. huuu.


p/s: sape g mejlis kawen aku nnt pastu apload gambar kt fb siap buat tajuk album "WEDDING OF THE YEAR: NURUL HUDA RAHIM & UZAIR MOHD ASRI" tp gambar aku sekeping haramjadah pn takdak, mmg aku kasi penampar berkelajuan 12.23 km per jam ja!

.end of entry.

Tuesday, May 10, 2011

comeback yawww!

kah kah kah. tajuk tamo kalah. dah mcm zaiton sameon yg lama menyepi tetbe nak kuarkan album baru ja bunyinya. hee. mungkin tak bpe nak comeback sgt kot. tak tahu la. bergantung pada tahap kerajenan. hoh. lama gila tak apdate. mau sebulan lebih dak? dulu zaman-zaman tade tunang, seminggu tak apdate pn dah menggelupur. risau blog tak apdate. nnt viewer lari. haha. sekarang sebulan lebih tak apdate pn rilek ja. buat apa nak kejar viewer. baik kejar tunang sendiri. lg best. mreowww. kah kah kah.

maka sebab aku baru lepas makan spaghetti td, meh la aku apdate blog sket. dulu zaman sekola menengah, aku benci gila subjek fizik. sumpah menyampah oh. bila baca ja soalan dia "AHMAD SHAHBUDIN MEMPUNYAI BERAT BADAN 120 KG (obesiti taw ahmad shahbudin ni. mesti time skola dulu asek mkn nasi lemak ja hari-hari). BELIAU INGIN MENOLAK KOTAK SEBERAT 2.3 KG SEJAUH 1.2 KM. BERAPAKAH DAYA TUJAH YG DIPERLUKAN OLEH AHMAD SHAHBUDIN UTK MENOLAK KOTAK TERSEBUT?" pehhhh. mende apa ni? kau nak tolak kotak tu kau tolak ja la. jadah mende nak kira daya tujah bagai oi? jumud habes kan aku ni. marah org-org yg minat fizik. hee. tp sumpah la aku tak faham utk apa kena kira daya tujah bagai tu ha?

oleh kerana aku tak suka subjek fizik, maka time cekgu sebuk ngajar kt depan, aku duk ngelamun kt belakang. bila cekgu tulis nota, semua budak-budak menggelabah salin selaju mungkin. takut tak sempat salin. yg aku rilek ja duk delay 5-10 minit. amek mood katanya sblm nak salin nota. takut tgn cramp. keh keh keh.  

ada satu malam tu, cekgu aku buat kelas tambahan. zaman tu guna ohp nak tulis nota. lepas dia siap tulis nota kt plastik ohp, dia pn suruh kitaorg salin "oke semua salin cepat ye nota ni" kata beliau. maka menggelabah la budak-budak ni tertunduk-tunduk khusyuk salin nota. sebab aku malas nak salin cepat-cepat, maka aku pn usha ja cekgu aku tu. angin kipas kuat sgt time tu. utk kasi plastik ohp tak terbang, cekgu aku pn keluarkan sesuatu daripada poket seluar dia. aku pandang mende tu sambil gosok mata dua tiga kali. pehhhh!! betul ke apa yg aku nampak ni???? dia ni biar betul??? 

















ya, mari kita main peraduan teka dan menang. soalan terkumpul untuk minggu ini: "MENDE APAKAH YG DIKELUARKAN DRPD POKET CEKGU AKU ITU?" sila hantarkan jawapan anda pada kotak komen di bawah. next week aku kasi jawapan oke? hehe.

















oke tak payah nak next week sangat la. kau tu dah la tgh malas gila nak apdate blog. entah-entah next month pn belum tentu kau apdate blog. haha. meh la aku sambung balik cite td. bila dia keluarkan ja mende tu, aku dah sedikit terlopong. dah bersedia nak gelak gila dah ni. mujur dia cepat tersedar. dia pn "eh oh. mcm mana plak boleh keluar mende ni" sambil laju dia sorok balik dalam poket dia. muka dia merah habes time tu. aku nak gelak pn tak smpai hati. tp nak gelak sorang-sorang pn mana best. budak-budak lain tak sempat tgk pn. semua tekun salin nota. rugi oh depa. nak taw mende apa tu?? 

peh baru nak apload gambar. kasi unsur saspen sket. tp line cap siput sedut membataskan segala-galanya. tak berjaya apload gambar. sebenarnya mende yg dia keluarkan tu ialah TWEEZER. ya. mende utk cabut bulu ketiak tu. normal la tuh. on the way nak pergi kelas tambahan cabut bulu ketiak sedas dua dulu. baru la barakah sket ngajar student-student. ye dak? hii hii. neway, fizik sy time spm dulu B3. terima kasih cekgu. berkat tweezer barangkali. keh keh keh. oke dah habes. bye bye bye. nak g sambung kejar tunang balik :p

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails