Tuesday, May 17, 2011

tentang dia (3).

hari ni awak tanya lg soalan yg sukar utk saya jawab.

"awk rasa kita ni pasangan yg ideal ke?"

saya lengahkan masa untuk jawab soalan awak.

"emm saya tak tahu la. saya jawab nnt boleh tak? otak saya tengah tepu la. mkn ayam penyet ni. pedas sangat"

***

sayang, awak nak tahu kita ni pasangan ideal atau tidak ye. sumpah saya tareti nak jawab cmne. tp saya rasa awak sendiri sedar yg kita sgt berbeza. pasangan ideal awak ckp maksudnya pasangan yg serasi. jadi bila kita berbeza, adakah kita boleh digelar serasi?

emm kalau awak ingat, awal-awal kita kawan dulu pn saya dah pernah ckp dgn awak. saya rasa susah sangat nak berkawan dengan awak ni. ada aje mende yang tak kena. sampai saya dah give up pastu saya cakap "eh saya tak faham kenapa susah sangat kita nak berkawan. mungkin kita memang tak sesuai langsung. nak berkawan pn tak sesuai. so takpa la ya. saya minta maaf sebab tak boleh jadi kawan awak" (lebih kurang la kot. sy pn dah tak ingat ayat nya cmne. heee). ya betul. memang saya rasa sangat-sangat sukar untuk berkawan dengan awak. saya sendiri pn tak faham kenapa. sebab selama ni saya kawan dgn lelaki semua senang ja (ewah. nak bajet-bajet kau terer la bab-bab kawan dgn laki neh? haha)

tapi entah mcm mana, kita berjaya juga kawan. dan kemudian kapel. masa kita kapel awal-awal dulu pun saya rasa susah sangat. kalau awak perasan, tiap kali kita keluar deting, mesti saya ada nanges. hoho. gila segan. ada aja hal nya. antara hal yg paling sy igt, time tu awk jumpa kawan awak tgh jalan. sy duk jauh sket. konon tanak kacau korang berborak. tetbe rasa nak terkencing. sy pn main ikut suka hati ja g toilet tgglkn awak begitu sahaja. kah kah kah. awak punya marah time tu usah cerita la. awak kol sy; "AWK KAT MANA NI? APAHAL AWK MAIN BLAH CMTU JA? AWK TAK BOLEH LA BUAT MCMNI!". saya tak sempat nak jawab awak dah hang up. perghh. gila cuak oh kena marah. tu yg menanges-nanges tu. haha.

banyak lg hal nya kan. kita sama-sama tahu. tak perlu la saya cerita semua kt sini. yg org lain nampak, mmg mcm senang ja. awal tahun kenal, tetbe kapel, tetbe tunang, tetbe nak kawen. haha. padahal in between semua tu orang lain tak tahu. kita ja yang tahu. tp takpa la. semua jadi kenangan untuk kita kan? boleh cerita kt anak nnt. hee.

kita memang berbeza sayang. saya mcm banyak main sket. awak banyak serius. sebab tu bila awak tengah cakap pasal hal nak beli tanah utk masa depan, saya boleh tetbe cakap pasal hal kete orang sebelah cantik sebab kt bhgn tmpt buka pintu dia ada lampu. haha. antiklimaks bak kata awak. elok duk kt india. senang biar kena bakar ye. lol. kejam oh. hehe. saya tak berapa suka plan benda sebab saya lebih gemar buat benda ad hoc. awak memang seorang planner yang berjaya. semua mesti nak teratur dan ada plan. tak boleh main belasah ja. heh. tp takpa la. berbeza baru rare kan? :p 

nak kata pasangan ideal ke tidak, saya tak pasti. yang pasti, awak boleh melengkapi saya. kekurangan saya, awak boleh terima dan sorokkannya dengan kelebihan awak. terima kasih untuk itu. saya berharap, walaupun kita mungkin bukan pasangan yg ideal, tapi kita akan jadi pasangan yang saling melengkapi. bukan untuk sekadar hari ini, bukan untuk sekadar esok, tapi untuk selama-lamanya.

amin.

all i know is i'm lost without you 
i'm not gonna lie


p/s: walaupun awak muntah dalam kereta saya, awak tetap ceo of my heart sayang. dan ya. walaupun awak tengah muntah, awak masih tetap comel. tetap hensem. tetap sweet. tetap kesayangan saya :')

p/s/s: meskipun awak kesayangan saya, tak bermakna muntah awak bau wangi mcm sabun dynamo. sumpah pahit oh muntah awak. haha. sy buh sanitizer. harap boleh hilang la bau dia. keh keh keh.

.end of entry.

8 comments:

Si DauN CeRi said...

sy tak pernah bosan baca crite awk dgn die. sweet!! hehe tak sabar nk tgk gamba tawen korg pulak..




amin.. :)

abdul azim b mohamad isa said...

perbezaan itu satu keserasian.

muntah itu satu kenikmatan.

bau muntah satu kehebatan.

=>

Aimi dan Pakcik Hashim said...

minum susu Ideal banyak2 jd pasangan Ideal --> pesan jiran aku yg sampai ke tua tetap hangat dalam percintaan

Nurul Huda Rahim said...

si daun ceri,
amin. terima kasih. sabar ye. nnt aku post gambar kawen kt sini. kekeke.

abdul azim,
wah. kau dah mcm cucu A Samad Said dah aku tgk :p

aimi,
haha. baik. lepas kawen aku akn pastikan fridge rumah aku penuh dgn susu ideal. hahaha.

Nobita Sensei said...

lain kali kencing di rumah siap-siap sebelum pegi dating tahu.

Nurul Huda Rahim said...

HAHAHAH oke fine. sblm g deting dah kencing. tetbe tgh deting rasa nak terkencing lg. mana bleh tahan oh :p

fYZa said...

huda, kau tak rasa ke die muntah sebab dia malas nak layan ko da,,kehkeh!

Nurul Huda Rahim said...

eh mcm logik gk tu. nnt aku try tanya dia. haha.

Related Posts with Thumbnails